Jom start buat duit dengan bisnes TShirt tanpa perlu pening nak cetak baju…..
Hai & Salam cetak baju semua,
Apa khabar, semua? Harap2 semua sentiasa ceria selalu walaupun cuaca agak panas sekarang ni. Berpeluh2 kalau tengah printing sekarang ni. 1 hari 3,4 kali kena mandi, baru le sejuk sikit badan.
Alhamdulillah….sekarang ni bila dah buat full time, masa tu lebih banyak untuk diri sendiri & mampu ambil order yang lebih besar.
Kalau masa kerja dulu, stress betul sebab nak siapkan kerja pejabat lagi & nak settle pasal bisnes lagi. Tapi sekarang ni, syukur sangat2. Nak pegi mana2 pun orang tak marah & nak buat apa pun, free je. Memang sangat2 bersyukur. Doa2kanlah bisnes kami berjaya dengan lebih hebat lagi ye.
Oklah…..mulai Tahun 2010, kitaorang dah start buat bisnes printing baju ni tapi untuk pengetahuan korang, bukan saya sorang je yang dapat buat duit dengan bisnes ni tapi saya dah bantu raaaaaamai bisnesman2 & bisneswoman diluar sana untuk sama2 buat duit dalam bisnes TShirt ni.
Kebanyakan besar mereka yang order dengan saya, mereka akan jual balik & senang2 je dapat duit atas angin.
Contohnya ; ada customer order baju ngan saya harga RM20 & kuantiti 100 helai, katakan dia jual balik dalam RM25. So, saje2 je dia dapat untung RM500 tanpa pening kepala nak cetak baju tu.
Pada saya, orang yang nak berjaya jangan fikir nak untung besar & nak untung sekejap je.
Pikirlah pasal periuk nasi korang. Kalau jadi periuk nasi, asalkan order tu masih untung & tak bebankan pelanggan, terus jelah buat bisnes tu.
Jangan hangat2 taik ayam. Baru start jadi ejen & ambik order, pastu dah give up & senyap je. Camane nak buat banyak duit camtu.
Ok..saya kongsi sikit camane nak bagi orang senang & cepat order dengan kita walaupun ada beribu2 orang jual baju dalam internet ni :
- FOKUSKAN JENIS BAJU – Jangan jual macam2 jenis baju dalam satu tempat terutamanya Facebook, website atau offline. Kalau kita jual semua jenis baju, nanti jadi macam kedai pasaraya atau kedai runcit. Macam2 nak jual.
Pilih baju yang lain dari yang lain & jarang offer. Pastu kecikkan fokus. Contohnya ; Baju Jersi Muslimah. Jual baju jenis tu je. Konfem korang lebih berjaya dari jual macam2 jenis baju muslimah. Orang akan nampak kita lebih pakar.
2. TUNJUKKAN YANG ANDA WUJUD – Sesetengah orang tak buat marketing apa pun. Tunggu je orang order. Camane orang nak tahu yang kita ni wujud kalau kita tak bagitahu orang.
Sekurang2nya buat le flyers ke, banner ke, bunting ke, FB Ads ke, Google Adwords ke, atau apa sahaja jenis iklan yang tunjukkan yang korang wujud. Kalau just tunggu je…sampai mati pun bisnes takkan maju.
3. JUAL DENGAN HARGA BERPATUTAN – Nak letak harga untuk baju printing ni memang kritikal sebab kalau pelanggan order sikit mesti harga mahal dari harga kalau jual banyak. Jual baju bercetak bukan jual barang dah siap. Kita kena order baju, cetak & siap pos(kalau pos). Akan ada banyak kerja. So, harga mesti berpatutan sebab nanti fight dengan orang lain.
4. JAWAB PERTANYAAN CUSTOMER DENGAN CEPAT – Customer zaman sekarang nak cepat je. Kalau sape2 yang jual baju guna Facebook atau internet, anda kena jawab cepat. Kalau tak diaorang sekali tekan je & dah pegi ke website lain dah.
5. KALAU SIBUK, AMBIL UNTUNG ATAS ANGIN JE – Bagi sesetengah orang, dia tak suka buat kerja berat2 macam cetak baju dll. Ada sesetengah orang, dia sibuk dengan rutin harian, tak sempat pun nak cetak. So, camane nak buat tu…
Apalagi sub tempahan baju tu kat orang yang dah memang mencetak baju macam kami & ambil untung atas angin je. Ramai dah yang buat duit sejak dulu lagi dengan kami. Hanya dengan mengambil order, letakkan harga, tunggu kami siapkan baju & pos. Tahu2 dapat untung je.
So, cara2 camni akan jadikan TShirt yang korang jual cepat orang order & tak payah pening2 nak cetak.
Masalahnya…bila anda tak buat apa2 langsung untuk jadikan bisnes TShirt korang berjaya.
Carilah ilmu, banyak2 baca buku, jadilah lain dari yang lain & usaha kuat2 + jangan give up.
Ingat tu…..tapi kalau korang dah memang jenis macam tu, saya tak boleh buat apa. Yang penting…DIRI SENDIR!
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Oklah…..cam biasa, hari ni saya kongsi le sikit tempahan baju yang kitaorang buat sebelum ni ye…
Ni baju konvoi ni tapi sempat ambik gambar belakang je. Lupa nak ambik gambar depan. Gambar belakang je. 2 kaler print. Guna baju cotton brand 4square. Puashati jugak.
Baju crew bekwoh. Simple & sempoi. Banyak baju camni customer yang order. Kalau dekat2 nak cuti sekolah, memang banyak betul kitaorang dapat order baju ni.
Yang ni baju group bola. 2 kaler print atas baju jersi brand Change. Design ni diaorang buat dalam Microsoft Word je. Cuma design tu nanti kitaorang kena adjust balik supaya senang nak print. Cuma nanti kena bagitahu customer supaya prepare font2 yang nak print tu. Nanti cepat sikit boleh print. Kalau tak, terkial2 nak cari font tu.
Kalau sape2 nak buat baju I love camni, bagitau ye. Tak payah nak pegi jauh2 beli baju tu. Order je ngan kitaorang. Tapi mesti 5 lai ke atas ye.
Yang ni baju homeroom untuk student MRSM. Banyak jugak student MRSM buat baju homeroom ngan kitaorang.
Yang ni ada print belakang lagi ni. Tapi lupa nak upload gambar belakang.
Ni lak baju untuk kakak2 sado ni…hehehe. Cantik design dia. Memang feminin. Sweet….
Oklah korang. Sampai ni saje dulu buat kali ni. Cam biasa….
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Jangan malu & jangan segan ye. Kitaorang buat duit, korang join le sekali. Sama2 untung nanti, In Sha Allah.
Oklah…jumpa lagi ye. Baiii….bai….baiiii….
Yang sentiasa ingin membantu,
Abg Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com
Posted on 14/03/2016, in Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju jersi, Baju Kelas, Umum and tagged baju cetak, baju group, baju kelas, baju murah, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, contoh design baju kelas, design baju, print, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, t shirt rewang, tshirt cetak, tshirt keluarga, tshirt murah, tshirt online, tshirt raglan. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0