Jual TShirt cetak design sendiri bukan macam jual barang dah siap….

Makluman page mohcetakbaju

 

Hai & Salam cetak baju semua,

Lama tak berjumpa dalam blog ni kan. Maaf pada semua. Kebelakangan ni sibuk sangat2 sebab baru ambik staf 2 orang untuk bantu kitaorang kembangkan lagi bisnes cetak baju ni.

Lepas2 ni pun saya & the team akan lebih sibuk sikit sebab saya sedang usahakan satu website baru untuk mudahkan customer buat design sendiri atas baju tu.

Sebelum ni saya tumpang website Customink.com(website orang putih) untuk customer saya buat design tu sendiri tapi lepas ni bila website tu siap, korang akan lebih mudah buat design sendiri dengan design lebih berbentuk Ke “Malaysia” an nanti.

Nanti saya akan masukkan design Doodle, awek muslimah, kartun yang lebih sopan dll.

So, nantikan website baru saya tu nanti ye. Mau dalam sebulan dua jugak siap kot.

Sementara tu korang godek2 le blog ni dulu untuk korang tengok apa yang kitaorang offer kat korang ye.

Berbalik pada tajuk atas tu…..

Pada korang yang masih blur atau ingat jual baju bercetak sendiri ni mudah je macam jual barang dah siap, korang kena tukar cara pemikiran tu ye.

Bukan apa…nak bagitau, jual baju TShirt bercetak sendiri ni bukannya semudah yang disangka.

Masih ramai yang order baju, esok lusa nak dah baju tu. Kalau camni, boleh buat tapi dengan syarat :

  1.  TShirt memang dah ada ready stok. Ambik je yang ready stok. Tinggal nak print je.
  2. Tak ada order lain masuk.
  3. Pekerja ramai. Boleh print bila2 masa.
  4. Customer dekat dengan orang yang cetak baju tu

Kalau ada benda2 ni, In Sha Allah dapat cepat.

Tapi saya rasa agak susah nak siap cepat kalau :

  1. Customer bukan boleh dapat terus baju tu. Nak kena deal pasal berapa lai nak order, design nak print & nak dapat harga lagi.
  2. TShirt tak ready stok. Order baru boleh start print.
  3. Order lain menimbun2. Maknanya kena ikut giliran. Tak aci le order kemudian, dapat cepat.
  4. Pekerja tak ramai. Terpaksa bayar OT lebih kalau nak cepat.
  5. Customer nun jauh di penghujung Malaysia atau di ceruk kampung. Kena pikir pasal nak order baju, nak print & nak pos lagi. Courier pun bukan kita boleh kawal.

Tu antara sebab2 kenapa TShirt2 ni biasanya tak dapat cepat. Bukan macam baju yang dah siap cetak. Baju camtu tunggu nak beli je. Memang dah siap print. So, cepat sikit boleh jual.

Bagi korang yang buat bisnes TShirt atau jadi orang tengah, korang kena educate customer korang. Bagitau yang TShirt tu memang tak dapat sesegera yang diaorang nak sebab ianya akan ambik banyak step untuk siapkan sehelai baju.

Bagi printer kecil-kecilan mungkin diaorang dapat siap cepat sikit berbanding printer yang agak besar scale dia sebab printer kecil-kecilan mungkin tak banyak order yang menunggu. So, mungkin boleh dapat cepat. Kalau yang ada printer yang dah established, masa untuk siapkan sehelai baju sangat kritikal untuk disiapkan.

Bagi customer betul2 faham supaya akan datang diaorang tak senang2 je nak order hari ni & esok dah nak dah. Educate diaorang tentang step2 untuk selai baju siap supaya akan datang diaorang akan order lebih awal supaya sempat siap nanti.

So..harap2 korang faham le ye camane bisnes cetak baju ni sebenarnya ye.

Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Oklah…cam biasa. Apa cerita hari ni?

tshirt fishing

tshirt memancing

tshirt mancing

tshirt memancing

Ni Tshirt geng2 mancing. Banyak jugak saya dapat order baju camni. Kebanyakannya lelaki yang ramai order. Jarang orang pompuan order baju mancing ni…hehehhehe.

Kalau ada memang suspek sungguh saya kat pompuan. Susah nak cari orang pompuan minat mancing ni….   🙂

hoodie print

cetak hoodie

Cer tengok baju ni. Bukan orang Malaysia je yang order baju ni. Student kat Yarmouk, Jordan pun ada order ngan kitaorang. Ni guna baju hoodie brand Gildan ni. Diaorang courier naik kapal.

Murah sikit. Sape2 student Malaysia yang duduk oversea, kalau korang nak order TShirt ngan kitaorang bagitau ye. Baju muslimah yang tak ada kat oversea pun banyak…

tshirt group

tshirt syarikat

Design ni agak biasa sebab 2 kaler printing je tapi cantik & naik kaler dia. Kontra kaler oren & putih depan belakang. Memang cantik.

tshirt group

tshirt print gold

Baju ni print kaler Gold. Gold ni mahal sikit dari print kaler biasa sebab kena guna special dye. Tapi korang nak buat, boleh je. Terpulang pada korang & bajet korang jugak….

tshirt felcra

Yang ni baju Felcra kat tempat kitaorang. Diaorang buat main bowling sblm ni. Tempat nak print tu saya kena tindih papan kecik sebab kalau tak tindih, takut masa print nanti bahagian butang tu halang blok printing. Takut jadi tak cantik nanti. Bila papan tu naik sikit dari bahagian butang, bila print lebih cantik & licin nanti.

tshirt doodle

Yang ni sempat ambik gambar belakang je. Customer guna nombor Doodle untuk print nombor tu. Korang kalau nak buat jugak, bagitau ye.

baju family day

tshirt family day

Testimoni Auni Najwa

Baju family day ni print 2 kaler. Hitam putih. Design asal tu saya trace terus dalam Ai. So, tak payah nak edit balik. Agak puashati sebab memang cantik bila dicetak.

Tengok..betapa seronoknya diaorang dapat pakai baju tu beramai2…memang bangga oooo….

tshirt group

Yang ni biasa je. 2 kaler print. So, agak sempoi. Cepat jugak siap.

tshirt memancing

Ni satu lagi baju memancing. Yang ni ada 4 kaler print ni. Cantik jugak. Guna baju Raglan Enzo. Boleh klik kat page2 katalog baju kat atas nun untuk pilih baju korang ye.

Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Oklah…actually ada banyak lagi gambar yang belum di upload. Nanti akan datang saya masukkan lagi ye.

Sampai jumpa lagi lain kali ye….

Baaaaiiiiiiii……

Daripada :

Abg Nik & Kak Salina

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 17/04/2016, in Baju Company, Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: