Monthly Archives: April 2016
Masih mencari2 tempat nak buat TShirt Kelas atau apa sahaja TShirt korang ke?
Hai & Salam Cetak Baju semua,
Alhamdulillah….sehingga kini kami mendapat sambutan yang terlajak laris dari semua pencinta, pelanggan & bakal pelanggan cetak baju dari seluruh Malaysia.
Pada saat saya menulis blog ni, kami sedang menyiapkan beberapa ratus order yang masuk non-stop sehingga kini.
Syukur sangat2 & terima kasih sangat2 sebab anda lah antara penyokong bisnes kami berkembang pesat sehingga kini.
Bagi membalas jasa anda serta membantu anda untuk sama2 berjaya dengan bisnes TShirt ni, kami akan buka untuk proses pengambilan EJEN dalam beberapa minggu ini.
Kertas kerja serta dokumen sedang disiapkan sebab nak bagi anda betul2 dapat buat duit dengan bisnes cetak baju ni nanti.
Sementara tu, pada sape2 yang sedang mencari tempat nak order baju bercetak atau tengah cari lubang2 duit untuk duit sampingan korang, apakata korang deal ngan kitaorang.
Buat masa ni, korang cuba promote dulu apa sahaja TShirt yang korang rasa sesuai untuk korang promote & tanya detail tentang order tu, pastu dapatkan harga dari saya.
Kalau saya bagi RM20, korang boleh letak harga dalam RM25 ke atas untuk dapat untung atas sehelai baju tu. Senang je.
Buat bisnes ni konfem susah kalau korang fikir susah. Cer fikir senang. Senang le jadinya nanti.
Korang rasa nak order baju kelas ke & rasa nak buat design lain dari yang lain?
Cer baca ni…….
Kalau korang rasa boring dengan design sedia ada, korang boleh buat design sendiri. Ikut suka hati korang.
Klik link bawah ni & korang pilih le nak design camane korang nak.
Macam yang saya bagitahu sebelum ni. Kitaorang juga ada supply macam2 jenis baju.
Paling glamer….baju Raglan. Tapi itu terpulang pada bajet korang jugak……
Ni baju Raglan Enzo
Ada jugak brand lain….
Ni brand Matahari
Ni brand Gildan
Ni antara contoh baju Raglan yang kami buat sebelum ni. Tapi bukan baju2 camni je. Macam2 katalog kami ada. Pilih je mana yang korang nak ye.
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
So…tunggu apa lagi? Baik order sekarang. Tahun depan dah masuk tahun lain dah. Sejarah tak boleh ulang dah kecuali korang buat baju reunion. Tengah ada geng ramai2 ni baik buat cepat. Kalau tak menyesal seumur hidup…tauuuu!
Oklah…hari ni saya nak kongsi gambar2 baju yang saya dah siapkan sebelum ni ye.
Banyak lagi baju nak tunjuk sebenarnya tapi takut tak muat lak page ni..
Ada jugak gambar testimosi nak tunjuk satu.
Seronok betul budak2 ni dapat baju…bersungguh2 diaorang nyanyi. Terima kasih pada cikgu yang order baju tu.
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Oklah…sampai jumpa lagi di lain cerita ye…baiiiiii…
Yang sentiasa bersama anda,
Abg Nik & Kak Salina
Jual TShirt cetak design sendiri bukan macam jual barang dah siap….
Hai & Salam cetak baju semua,
Lama tak berjumpa dalam blog ni kan. Maaf pada semua. Kebelakangan ni sibuk sangat2 sebab baru ambik staf 2 orang untuk bantu kitaorang kembangkan lagi bisnes cetak baju ni.
Lepas2 ni pun saya & the team akan lebih sibuk sikit sebab saya sedang usahakan satu website baru untuk mudahkan customer buat design sendiri atas baju tu.
Sebelum ni saya tumpang website Customink.com(website orang putih) untuk customer saya buat design tu sendiri tapi lepas ni bila website tu siap, korang akan lebih mudah buat design sendiri dengan design lebih berbentuk Ke “Malaysia” an nanti.
Nanti saya akan masukkan design Doodle, awek muslimah, kartun yang lebih sopan dll.
So, nantikan website baru saya tu nanti ye. Mau dalam sebulan dua jugak siap kot.
Sementara tu korang godek2 le blog ni dulu untuk korang tengok apa yang kitaorang offer kat korang ye.
Berbalik pada tajuk atas tu…..
Pada korang yang masih blur atau ingat jual baju bercetak sendiri ni mudah je macam jual barang dah siap, korang kena tukar cara pemikiran tu ye.
Bukan apa…nak bagitau, jual baju TShirt bercetak sendiri ni bukannya semudah yang disangka.
Masih ramai yang order baju, esok lusa nak dah baju tu. Kalau camni, boleh buat tapi dengan syarat :
- TShirt memang dah ada ready stok. Ambik je yang ready stok. Tinggal nak print je.
- Tak ada order lain masuk.
- Pekerja ramai. Boleh print bila2 masa.
- Customer dekat dengan orang yang cetak baju tu
Kalau ada benda2 ni, In Sha Allah dapat cepat.
Tapi saya rasa agak susah nak siap cepat kalau :
- Customer bukan boleh dapat terus baju tu. Nak kena deal pasal berapa lai nak order, design nak print & nak dapat harga lagi.
- TShirt tak ready stok. Order baru boleh start print.
- Order lain menimbun2. Maknanya kena ikut giliran. Tak aci le order kemudian, dapat cepat.
- Pekerja tak ramai. Terpaksa bayar OT lebih kalau nak cepat.
- Customer nun jauh di penghujung Malaysia atau di ceruk kampung. Kena pikir pasal nak order baju, nak print & nak pos lagi. Courier pun bukan kita boleh kawal.
Tu antara sebab2 kenapa TShirt2 ni biasanya tak dapat cepat. Bukan macam baju yang dah siap cetak. Baju camtu tunggu nak beli je. Memang dah siap print. So, cepat sikit boleh jual.
Bagi korang yang buat bisnes TShirt atau jadi orang tengah, korang kena educate customer korang. Bagitau yang TShirt tu memang tak dapat sesegera yang diaorang nak sebab ianya akan ambik banyak step untuk siapkan sehelai baju.
Bagi printer kecil-kecilan mungkin diaorang dapat siap cepat sikit berbanding printer yang agak besar scale dia sebab printer kecil-kecilan mungkin tak banyak order yang menunggu. So, mungkin boleh dapat cepat. Kalau yang ada printer yang dah established, masa untuk siapkan sehelai baju sangat kritikal untuk disiapkan.
Bagi customer betul2 faham supaya akan datang diaorang tak senang2 je nak order hari ni & esok dah nak dah. Educate diaorang tentang step2 untuk selai baju siap supaya akan datang diaorang akan order lebih awal supaya sempat siap nanti.
So..harap2 korang faham le ye camane bisnes cetak baju ni sebenarnya ye.
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Oklah…cam biasa. Apa cerita hari ni?
Ni Tshirt geng2 mancing. Banyak jugak saya dapat order baju camni. Kebanyakannya lelaki yang ramai order. Jarang orang pompuan order baju mancing ni…hehehhehe.
Kalau ada memang suspek sungguh saya kat pompuan. Susah nak cari orang pompuan minat mancing ni…. 🙂
Cer tengok baju ni. Bukan orang Malaysia je yang order baju ni. Student kat Yarmouk, Jordan pun ada order ngan kitaorang. Ni guna baju hoodie brand Gildan ni. Diaorang courier naik kapal.
Murah sikit. Sape2 student Malaysia yang duduk oversea, kalau korang nak order TShirt ngan kitaorang bagitau ye. Baju muslimah yang tak ada kat oversea pun banyak…
Design ni agak biasa sebab 2 kaler printing je tapi cantik & naik kaler dia. Kontra kaler oren & putih depan belakang. Memang cantik.
Baju ni print kaler Gold. Gold ni mahal sikit dari print kaler biasa sebab kena guna special dye. Tapi korang nak buat, boleh je. Terpulang pada korang & bajet korang jugak….
Yang ni baju Felcra kat tempat kitaorang. Diaorang buat main bowling sblm ni. Tempat nak print tu saya kena tindih papan kecik sebab kalau tak tindih, takut masa print nanti bahagian butang tu halang blok printing. Takut jadi tak cantik nanti. Bila papan tu naik sikit dari bahagian butang, bila print lebih cantik & licin nanti.
Yang ni sempat ambik gambar belakang je. Customer guna nombor Doodle untuk print nombor tu. Korang kalau nak buat jugak, bagitau ye.
Baju family day ni print 2 kaler. Hitam putih. Design asal tu saya trace terus dalam Ai. So, tak payah nak edit balik. Agak puashati sebab memang cantik bila dicetak.
Tengok..betapa seronoknya diaorang dapat pakai baju tu beramai2…memang bangga oooo….
Yang ni biasa je. 2 kaler print. So, agak sempoi. Cepat jugak siap.
Ni satu lagi baju memancing. Yang ni ada 4 kaler print ni. Cantik jugak. Guna baju Raglan Enzo. Boleh klik kat page2 katalog baju kat atas nun untuk pilih baju korang ye.
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Oklah…actually ada banyak lagi gambar yang belum di upload. Nanti akan datang saya masukkan lagi ye.
Sampai jumpa lagi lain kali ye….
Baaaaiiiiiiii……
Daripada :
Abg Nik & Kak Salina


























































