Monthly Archives: June 2016
Start plan TShirt anda lepas raya ni ye!
Hai & Salam Cetak Baju semua,
Alhamdulillah….dah selamat kita berpuasa & raya pun dah lepas dah.
Saya jangka lepas raya ni permintaan & tempahan TShirt akan naik mendadak sebab masa puasa, ramai yang simpan duit sebab nak beli baju raya. Tapi bila dah habis raya, ramai yang plan nak buat aktiviti masing2.
So, nasihat saya terutamanya kepada ejen2 saya….masa nilah anda semua nak all out untuk betul2 start jana duit dengan bisnes TShirt ni.
Kalau anda hanya duduk diam je, berpeluk tubuh & tunggu je order masuk, itu saya tak dapat nak tolong.
Usahalah sikit. Kadang2 usaha tak seberapa tapi merungutnya lebih. Maaf cakap ye.
Selagi dalam diri anda tu ada bisikan2 yang negatif, selagi tu lah anda akan duduk je ditempat yang sama.
Lepas raya, bagi ejen2 kami…..boleh dah start plan camane nak buat promosi, camane nak bagi orang tahu kita wujud & camane nak buat duit pertama anda.
Bagi yang nak order TShirt untuk apa sahaja aktiviti anda, anda dah boleh plan dengan kawan2, camane nak buat design, nak pilih baju & nak kumpul duit.
Kalau dari dulu lagi asyik berbincang je tapi hasil pun tak ada…so, sekarang tiba masa untuk dah buat keputusan.
Kalau anda nak buat TShirt kelas, inilah masa yang sesuai. Kalau dah start cuti panjang, buang masa je anda order nanti sebab dah tak dapat nak pakai ramai2.
Kalau anda plan nak buat TShirt Family day….plan segera sebab kalau dah terlewat, takut tak sempat nak pakai nanti.
Kalau anda plan nak buat TShirt Ofis…bagitahu kami segera supaya anda dapat pakai sepanjang baki tahun ini.
So, tunggu apa lagi. Plan sekarang & lepas raya anda terus boleh order nanti ye.
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
UNTUK MAKLUMAN JUGA…OREN SPORT ADA BAJU BARU SEPERTI DIBAWAH!
Kalau nak tengok banyak lagi baju baru di Oren Sport, klik kat page Katalog Oren Sport kat bahagian atas nun ye!
Oklah…so, cam biasa. Hari ni tak nak cakap banyak sangat. Letih sikit puasa hari ni.
Lihat je tshirt apa yang kami dah siapkan baru2 ni.
Yang ni print putih biasa je. Walaupun biasa je tapi mesti kena print 2 layer. Kalau tak design dia tak naik nanti. Kalau 1 layer, nanti nampak kaler baju nanti.
Yang ni baju geng ganu ni. Juga 1 kaler print depan belakang. Depan lupa nak upload. Sori….tapi design dia memang cantik.
Yang ini 3 kaler print. Mula2 print semua putih termasuk yang merah & hijau tu. Pastu tindih dengan kaler merah & hijau tu lak.
Yang ini 4 kaler print depan & 1 kaler belakang. Kalau camni mahal sikit sebab banyak kaler depan tapi customer sanggup bayar, saya ok je.
Yang ni guna teknik halftone. Sebijik design dia macam yang asal. Siap ada tone kaler lagi kat design tu. Saya suka gak print design camni sebab nampak real.
Kalau korang nak nombor & nama guna font sendiri…kami amat alu2kan. Contoh macam customer ni yang pilih nombor sendiri untuk kami print. So, terpulang pada korang sendiri. Bagitahu je nak print stail apa. In Sha Allah, kami buatkan ye.
Satu lagi contoh customer yang guna nombor biasa. Cantik kan? Font jenis Nike 90. Kalau korang nak, bagitahu cepat2 ye.
Yang ni print atas baju hoodie. Masa saya print ni baju ni belum siap lagi tapi excited nak tunjukkan baju hoodie ni kat korang.
Oklah….
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Macam2 jenis TShirt kami ada. Klik je kat katalog2 baju kat atas nun & pilih je baju pilihan anda sendiri ye.
Ok….jumpa lagi. Baaaiiiiii….
Yang Disini,
Abg Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com
P/S : Sape2 nak jadi ejen kami, klik button dibawah ni ye. Anda akan mula menjadi sebahagian keluarga kami & start buat duit dengan bisnes TShirt anda nanti….
Tempah TShirt Hari Keluarga, Reunion & Baju Rewang untuk raya ini…..
Hai & Salam cetak baju pada semua,
Sebelum tu kami di http://www.mohcetakbaju.com ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua ex pelanggan, pelanggan & bakal pelanggan kepada semua yang beragama Islam.
Semoga Ramadhan tahun ini memberikan sejuta harapan & rahmat yang berlipat kaliganda kepada anda semua.
Pada kebiasannya, bulan Ramadhan ni tempahan sedikit slow tapi akan naik balik secara mendadak selepas raya nanti. Ini kerana mungkin ramai pelanggan yang simpan duit untuk beli baju raya kot.
Tapi kadang2 tak menang tangan jugak time bulan puasa ni. Macam tahun lepas, Alhamdulillah…tak disangka2 kitaorang dapat order dari Labuan, Sabah untuk baju Family Day sebanyak 1,000 helai. Itupun untuk Family Day time raya tahun tu. Memang tak disangka2 betul. So, ada le sikit kerja kitaorang puasa tahun lepas.
Tahun ni pun Alhamdulillah, ada beberapa ratus helai yang baru masuk untuk disiapkan dalam bulan puasa ni.
So, pada korang yang dah bercadang2 nak buat baju family day korang, apakata tempah segera sebelum kami angkat tangan surrender tak sanggup buat. Kalau dah hujung2 nak raya baru nak order, memang kami tak sanggup.
Tahun lepas pun camtu jugak. Ada satu customer tu push kami mintak siapkan baju family day diaorang. Time tu ada beberapa hari lagi nak raya.
Saya terpaksa tolak sebab kalau saya terima, mungkin raya pertama saya tak dapat beraya sebab kena siapkan baju tu.
So…kalau bercadang nak buat TShirt Family Day, Reunion atau TShirt Rewang untuk raya ni….tolong order awal ye. Kalau tak, melepas korang nanti.
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Satu lagi…bagi yang berhajat nak cari duit raya ni, apakata korang daftar jadi ejen TShirt kitaorang. Pastu kalau family atau grup korang nak order TShirt, deal ngan saya untuk dapatkan harga. Pastu, ambik le untung sikit atas baju tu. So, dapat le korang buat duit raya nanti.
Ok..kalau tak ada idea nak buat design, kami ada caranya.
Mudah je…korang godek2 le dalam website tu & cuba buat ikut idea korang sendiri.
Lagi mudah kalau buat sendiri sebenarnya. Kalau orang lain buatkan takut tak puashati lak nanti.
Tapi kalau nak buat design baju rewang, cer klik button bawah ni & anda akan dapat banyak pilihan untuk design baju rewang tu.
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
So..apa tunggu lagi. Jangan terlepas peluang untuk dapatkan TShirt grup anda sekarang sebelum terlambat ye.
Pasti akan menjadi kenangan terindah buat korang semua nanti. Percayalah!
Oklah….cam biasa. Hari ni nak jugak kongsi ngan korang design atau tempahan yang kitaorang siapkan baru2 ni.
Yang ini guna design Doodle. Saya pernah promote design doodle pada artikel yang lepas. Klik SINI untuk tengok macam2 lagi design doodle kalau korang berminat nak buat ye. Macam2 jenis Doodle ada.
Design ni pun cantik. Guna 3 kaler pada asalnya….mrah, putih & hitam tapi nak jimat & murah sikit, yang hitam tu guna background baju.
Memang cantik. Baju jenis microfiber.
Yang ni guna baju hoodie TShirt seperti bawah ni. Sesuai bagi sape2 yang nak baju hoodie tapi bajet dia murah je.
Ni baju untuk grup Permata Pintar ni. Kombinasi warna memang cantik. Baju kaler royal & print hitam putih. Memang menyerlah.
Depan lupa nak upload. Ada design belakang je.
Yang ini 3 kaler printing belakang. Design belakang tu saya kena upah designer saya untuk designkan balik. Kalau tak, jenuh jugak nak lukis balik tu.
Korang pun jangan risau kalau ada design yang agak komplikated(tapi bukan semua boleh cetak sebenarnya)…saya boleh upah designer saya untuk lukiskan balik design tu supaya senang nak print nanti.
Design ni diaorang ambik dari website www.cetaktee.com kami. Website ni khas untuk design tshirt kelas je. Korang yang nak order TShirt kelas, boleh order jugak.
Yang ni guna design halftone 2 kaler. Mula2 print putih, pastu print hitam. Baju geng PASTI ni. Buat rombongan sekolah ke KL.
Oklah…setakat ni dulu buat hari ni. Kami sentiasa menunggu & melayan semua pertanyaan anda nanti.
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Klik juga pada katalog2 baju kat atas nun untuk pilih apa sahaja TShirt pilihan korang ye!
Jumpa lagi…baaaaaiiiiii…..
Selamat Berpuasa pada semua muslimin muslimat seluruh dunia.
Ikhlas Dari :
Abg Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com




















































