Lepas raya….bersedialah untuk tempah & cetak apa sahaja jenis TShirt anda!

Hai & Salam cetak baju semua,

Kami di http://www.mohcetakbaju.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya…Maaf Zahir & Batin kepada semua pelawat blog saya termasuk  ex-customer, regular customer, bakal customer & pelawat yang selalu melawat blog kami.

Saya mohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki jika ada salah silap di sepanjang 7 tahun kami deal dengan korang semenjak 2010 lagi.

Ada yang saya tersilap, terlewat atau tak dapat buat tu..walaupun dalam kuantiti yang kecil tapi saya mintak maaf jugak ye.

Untuk makluman semua, kami di http://www.mohcetakbaju.com akan mula bercuti raya sakan dari 23/06/2017 (Jumaat) sehingga 02/07/2017 (Ahad).

In Sha Allah pada 03/07/2017 hari Isnin kami akan masuk kerja balik.

TAPI PERHATIAN : TEMPAHAN BAJU & PERTANYAAN PASAL ORDER BAJU, KAMI STILL TERIMA DALAM TEMPOH CUTI TU. CUMA KAMI TAK DAPAT SIAPKAN DALAM TEMPOH TU JE…..

 

Bagi anda yang masih mencari2 tempat nak tempah TShirt untuk apa sahaja aktiviti anda, cuba try tengok sini sebab kami boleh prepare macam2 jenis TShirt untuk apa sahaja aktiviti anda.

 

Bagi korang yang dah berkobar2 nak tempah TShirt anda lepas raya ni…bersiap sedialah dengan semua detail yang ada untuk dapatkan harga dari kami nanti.

Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Untuk tatapan korang yang tengah beraya tu, sini saya ada sediakan beberapa cerita pasal cetak baju yang saya buat sebelum ni ye…

Ni design asal customer bagi. So, dia bagi dalam format pdf, senang sikit nak edit. Tulisan pun dah siap vektor.

So..bila transfer ke baju, camnilah jadinya. Gambar family tu saya kena guna halftone & 1 kaler print je.

Memang sempoi. Ni kalau dalam 2,3 puluh tahun lagi tengok balik baju ni, mau syahdu hati ni sebab mungkin ada yang tersayang dalam gambar tu dah tak ada kot.

 

Yang ni pun sempoi jugak. Buat baju pengawas sekolah siap ada nama & lencana lagi.

Lencana tu guna stiker yang tahan lama & bukan yang jenis cikai punya. Basuh banyak kali pun tak ada tanggal. Sekarang ni teknologi dah advance dah. Bukan stiker murah2 macam dulu2.

Basuh sekali dua masuk dalam mesin basuh dah cabut dah. Yang ni tak..memang tahan lama ni.

Ni baju untuk salah sebuah vokasional di pantai timur. Belakang & lengan ada print lagi tapi lupa nak ambik gambar. Baju microfiber brand Gildan.

Memang cantik oooo….

Yang ni sakan betul….TShirt untuk bride & groom. Seronok betul diaorang dapat bergambar ngan baju sedondon camtu.

Kalau korang nak seronok pakai baju sedonodon camtu pun boleh. Bagi tau je kitaorang nanti.

Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Jika korang jadi ejen kami, korang ada harapan untuk mendapat harga special dari kami dengan syarat2 tertentu. Anda akan belajar banyak benda tentang bisnes TShirt ini jika anda menjadi ejen kami.

Oklah….saya rasa setakat ni sajelah dulu ye.

Selamat Hari Raya…maaf Zahir Batin sekali lagi…berhati2 dijalan raya!

Dari Kami :

Abg Nik, Kak Salina Sekeluarga

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 23/06/2017, in Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Baju Kerja Kawin @ Rewang, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: