Bagaimana sales cetak baju dalam bulan puasa ni…..

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Alhamdulillah…..dah 2 minggu dah puasa. So, maknanya tinggal setengah bulan lagi nak raya.

Kejap je masa berlalu. Rasa macam baru semalam je buka puasa hari pertama.

Ok…hari ni saya nak kongsi ngan korang pasal Sales dalam bulan puasa ni.

Perkara ni just nak kongsi ngan korang sebab korang boleh dapat ilmu sikit sebanyak tentang bisnes cetak baju ni (bagi sape2 yang nak buat duit dengan bisnes cetak baju)

Untuk makluman korang terutamanya ejen2 mohcetakbaju.com, semenjak saya buat bisnes TShirt dari Tahun 2010, dalam banyak2 bulan setahun….bulan puasa agak slow sikit permintaannya.

Bukan bisnes cetak baju je…tapi banyak juga bisnes lain yang kena efek ni time raya.

Cuma bisnes2 tertentu yang bermusim macam bisnes kuih raya, baju raya & apa sahaja berkaitan raya yang dapat sambutan tinggi.

Tapi bisnes2 yang ni time raya je sales mencanak2 tapi time lain sales biasa je.

Lagilah kalau orang yang buat bisnes time raya je. So..dapat duit pun time raya je. Masa2 lain bisnes pun tak bukak.

Kebiasaannya orang camni buat bisnes part time. Full time mungkin dia makan gaji kat lain.

Tapi bagi yang rasa bisnes dia slow bulan puasa ni….jangan terus rasa give up & putus asa.

Ada hikmahnya sebenarnya bisnes slow time puasa ni.

Kat sini saya bagi 5 hikmah sebab apa ada bisnes yang slow time raya ni & apa korang kena perlu buat :

  1.  Allah nak suruh kita buat ibadat lebih sikit time puasa. Mungkin bulan2 lain sibuk sangat dengan bisnes sampai hubungan dengan Allah pun jarang2 buat.

  2. Mungkin untuk kita muhasabah atau cek balik diri kita apa yang silap kita buat sebelum ni.

  3. Mungkin juga untuk kita cek balik cara2 pemasaran kita atau cara bisnes kita sebelum ni.Mungkin sebelum ni order masuk banyak tapi tak sempat nak study cara marketing yang lebih efisien.

  4. Mungkin nak bagi peluang kita tambahkan pahala dalam bulan puasa ni.

  5. Mungkin Allah nak suruh kita banyakkan sabar….rezeki itu dari Allah. So, sabar le banyak2.

 

Camane nak buat kalau bisnes slow ni :

  1. Bila dah banyak masa FREE, study balik kempen2 marketing yang kita buat sebelum2 ni. Mungkin ada yang dah lama tak adjust macam Google Ads, FB Ads dll.

  2. Banyakkan doa time puasa ni sebab kebanyakan doa saya masa nak berhenti kerja sebelum ni, banyak daripada doa dalam bulan puasa.

  3. Tukar cara marketing supaya lebih agresif berbanding bulan2 biasa.

  4. Bila dah banyak masa FREE ni, selain buat ibadat…..masa ni lah cuba rapatkan hubungan dengan keluarga.Mungkin sebelum ni tak ada masa bersama….time camni lah kena eratkan lagi hubungan dengan keluarga & terus sampai lepas raya & sampai bila2.

  5. Buat plan baru lepas raya ni supaya sales naik balik.

  6. Tolong banyakkan sedekah dalam bulan puasa ni. Cara camni jugak boleh jamin income bulanan korang.Sedekah ni bukan untuk orang islam je…non muslim pun boleh buat jugak.Ingat…..WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK! atau ADA, BERI, DAPAT….So, banyakkanlah sedekah. Korang pasti terkejut dengan outcome dia.

 

Ada beberapa orang kawan saya cerita, akibat permintaan slow dalam bulan puasa ni….ada yang tutup terus kedai.

Bagi saya….kalau orang yang betul2 bisnesman, mungkin dia akan cuba bertahan dulu dalam bulan puasa ni.

Lepas raya pulun balik kecuali bisnes dia memang masalah sebelum puasa lagi.

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Bagi korang yang jadi ejen saya pun, mungkin korang akan terasa sikit sales kurang dalam bulan puasa ni.

So..jangan cepat give up. Kalau saya give up untuk 1 bulan ni je…saya mungkin tak akan bertahan sampai 8 tahun dalam bisnes ni.

Bila bisnes agak slow, saya buat macam2 untuk naikkan balik sales lepas raya.

Apa yang saya buat? Antaranya ….

  1.  Tukar ayat marketing dalam FB Ads & Google Ads. Bagi ayat yang lebih power dari sebelum tu.

  2.  Baca buku pasal marketing dll.

  3. Study balik pasal nak uruskan bisnes lebih efisien.

  4. Perah idea untuk bagi servis yang lebih menarik..contohnya; standby design ikut aktiviti & buat ebook.

  5. Google pasal printing baju untuk improve kualiti printing.

  6. Study camane nak bantu ejen betul2 buat duit.

 

Ni antara perkara yang saya buat sendiri dalam bulan puasa kalau sales slow.

TAPI Alhamdulillah…..sebab dah lama dalam industri ni, so tahun ni sales maintain macam biasa. Cuma kemasukan agak slow.

Ni lah antara perkara2 yang korang kena ambik tahu kalau sales korang slow bulan puasa ni.

Nasihat ni KHAS untuk ejen2 kitaorang & sape2 yang bakal nak jadi ejen TShirt kitaorang ye.

 

Apa kata customer tentang servis mohcetakbaju.com!

 

Ni antara bukti2 dari pelanggan yang puashati dengan servis cetak baju kami.

Kalau saya sendiri yang cakap, mungkin korang rasa sangsi sikit sebab tuan kedai boleh cakap macam2 pasal bisnes dia.

So..baik saya tunjuk bukti customer sendiri cakap. Ada banyak lagi bukti tu tapi banyak2 kang, penuh lak page ni.

Harap2 boleh bagi korang konfiden sikit nak order dengan kami ye.

 

OK….apa cerita cetak baju hari ni?

Ni design sulam atas baju. Just wording je. So..mudah je. Lagipun saya ada mesin sulam sendiri.

Senang le sikit nak sulam. Bagi korang yang ada niat nak buat sulam baju, meh le order sini.

 

Ni baju doodle kelas yang budak kat atas nun yang kata dah 4 kali order ngan kitaorang.

Design semua diaorang bagi & kitaorang edit balik supaya senang nak print guna silkscreen printing.

Print 2 kaler ni. Mula2 hitam, pastu tindih putih.

Baju raglan brand Enzo.

 

Ni baju budak Persatuan Anak2 Melaka yang belajar kat Jordan. jauh betul diaorang order tapi pos kat Malaysia je.

Tak pasti lak dia tengah cuti atau mak ayah dia yang poskan baju tu kat dia.

Bendera kat lengan tu guna stiker high quality. Logo kelabu putih tu print guna silkscreen printing.

Memang sempoi.

 

Yang ni satu lagi contoh logo guna stiker. Yang lain print cam biasa.

Biasanya kalau print camni, saya buat putih dulu semua. Pastu baru tindih oren supaya naik design dia.

Baju microfiber brand Gildan. Baju brand Gildan ni mudah sikit nak print. 1 layer pun dah naik dah warna dia.

 

 

Yang ni pun agak simple & sempoi sebab design ni saya pernah buat sebelum ni.

Cuma tukar wording dalam tu je.

Ni tshirt untuk budak Kolej Komuniti ni. Logo tu tak guna stiker tapi guna silkscreen printing.

Background kena buat putih supaya logo dia naik. Dalam 4 warna print jugak tu…maknanya 4 blok printing.

Oklah…rasanya setakat ni dululah ye.

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Bagi korang yang nak merasa buat duit dengan bisnes cetak Tshirt kami lepas raya ni….klik pada gambar bawah ni untuk daftar sebagai ejen ye.

Pastu DAPATKAN EBOOK FREE….5 CARA MUDAH & SEGERA MENJADI EJEN TSHIRT di http://www.mohcetakbaju.com!

 

Bukan itu je….ada macam2 servis yang kami tawarkan dalam blog keramat ni…

  1. Pelbagai jenama TShirt READYMADE <<KLIK BAHAGIAN ATAS WEB ATAU KLIK MENU UNTUK PENGGUNA HP>>

    # Kami ada…..Oren Sport, Enzo, Gildan, Rightway, 4Square, Arorasport dll.
  2. Pelbagai Contoh design sedia ada sedia untuk di pilih <<KLIK SINI>>

  3. Website untuk BUAT DESIGN SENDIRI <<KLIK SINI>>

  4. Pelbagai artikel untuk korang baca yang boleh bagi korang lebih faham tentang bisnes TShirt ni.
  5. Pelbagai PAKEJ MENARIK bukan sahaja TShirt tapi macam2 lagi produk lain.

Nak tahu lebih lanjut….

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Sampai jumpa lagi…baaaiiii…

Ikhlas Daripada :

Abg Nik & Kak Salina

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 31/05/2018, in Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: