Monthly Archives: June 2018

Buat Duit Sampingan sambil Tempah Cetak TShirt Anda!

 

Hai & Salam Cetak Baju,

Apa khabar semua selepas raya ni?

Kepada yang menjadi ejen cetak TShirt kami, saya harap selepas raya ni, korang akan lebih agresif & pulun untuk betul2 menjana duit dengan bisnes cetak TShirt korang sebelum tamat akhir Tahun 2018 ni.

Kepada yang ada niat nak order TShirt dengan kami, apakata sambil2 tempah tu korang buatlah duit sekali.

Rugilah sikit kalau dah dapat peluang order dengan kitaorang tapi tak buat duit sampingan tu.

Tapi kalau korang berniat nak bantu kawan2, anak murid atau sape saje kat luar sana untuk dapatkan TShirt diaorang & korang tak nak caj apa2 pun atas baju tu….itu terpulang pada korang & mungkin itu yang terbaik buat korang.

Bagi korang yang rasa2 nak tempah TShirt dengan kitaorang & dalam masa sama nak buat duit sampingan jugak, ada beberapa perkara yang korang kena tahu & kena buat.

Selagi korang tak buat benda ni, rasa macam tak complete je niat korang nak buat duit sambil tempah TShirt tu.

 

Ikuti Langkah2 ni?

Apakata korang daftar dulu jadi ejen TShirt kitaorang kat button bawah ni & dapatkan benefit2 yang orang biasa tak

dapat.Dapatkan FREE Ebook “5 LANGKAH MUDAH & SEGERA MENJADI EJEN TSHIRT DI www,mohcetakbaju.com”

selepas daftar & FREE Ebook “APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG CETAK TSHIRT?” jika anda mengisi borang untuk

dapatkan nombor ejen nanti.

  1.  Bila dah daftar ejen, korang start dulu promote kat kawan2 rapat atau kawan2 kelas korang.Cari beberapa kawan ( lebih 5 orang) pastu pakat2 buat TShirt untuk grup korang tu.

 

2.  Pastu….buat design TShirt yang grup korang nak tu dulu.Bincang elok2…jangan gaduh2 lak….Ni ada sampai bermasam2 muka. Tak naklah camtu kan.Kalau boleh design nak cetak tu buat dalam komputer sebab mudah sikit saya nak faham untuk bagi harga nanti.Kalau rasa macam tak ada IDEA camane nak designkan TShirt tu, korang KLIK pada gambar bawah ni & cuba create design korang sendiri kat situ. Senang je!

3.   Dah tahu design nak print & kuantiti tempahan, pilih lak TShirt mana yang korang nak.Ada 6 brand baju yang korang boleh pilih….Klik je link bawah ni & pilih je baju ikut bajet korang.

1.  KATALOG 4SQUARE <<KLIK SINI>>

2.  KATALOG ENZO <<KLIK SINI>>

3.  KATALOG GILDAN <<KLIK SINI>>

4.  KATALOG OREN SPORT <<KLIK SINI>>

5.  KATALOG ARORASPORT <<KLIK SINI>>

6.  KATALOG MATAHARI/EMPIRIC <<KLIK SINI>>

7.  KATALOG RIGHTWAY<<KLIK SINI>>

Ada macam2 jenis TShirt yang korang boleh pilih ikut kemampuan korang.

Kalau rasa macam tak tahu nak pilih baju mana, bagitau kitaorang untuk kitaorang bagi cadangan ye.

Bila dah ada 3 PERKARA ni, terus ambik langkah seterusnya :

A.  DESIGN NAK PRINT

B.  KUANTITI TEMPAHAN

C.  JENIS BAJU ATAU KOD BAJU

Dah ada tiga2 perkara ni, ambik langkah ni…..

1  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3   SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4  Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

6.  Ok..bila dah dapat harga dari kami, pandai2 lah korang mark up harga yang saya bagi tu nanti.

Kebiasaannya…..harga yang saya bagi bergantung pada ketiga2 perkara diatas iaitu design, kuantiti & jenis baju.

Kalau sikit mahal & banyak murah.

Kalau design simple & tak banyak warna, murah dari warna sikit.

Baju murah akan murah dari baju mahal.

Pastu…bila dah dapat harga tu, untuk permulaan ni…korang boleh ambik untuk dalam RM2 ke RM5.

Jangan tamak2 sangat mula2 ni.

Just untuk tengok sambutan customer & belajar cara nak berniaga dulu.

Nanti bila dah banyak2 kali nanti, terpulang nak ambik untung berapa ringgit.

Tapi biasanya kalau sikit ambik untung banyak & kalau banyak ambik untung sikit.

Contohnya…kalau 5 helai, boleh ambik untung RM5 sehelai = RM25 untuk 5 helai untung korang dapat.

Kalau 100 helai, ambik untung RM2 sehelai pun dapat RM200 untung buta2 je.

Tak perlu pening2 fikir kos2 lain macam cetak baju, pos dll.

Faham tak camane caranya tu?

Kalau tak faham, bagitau saya ye. Nanti saya explain detail.

Ada customer saya ni tahun lepas…baru Form 4 time tu tapi dah buat Sales RM50,000 lebih dengan 3,000++ helai tempahan.

Bayangkanlah….berapa RM dia dapat untung. Baru Form 4.

Tak caye…cer KLIK SINI!

Ok….ini antara langkah2 basic yang korang boleh guna untuk tempah TShirt korang sambil buat duit sekali.

 

Ada beberapa TIPS yang korang boleh buat untuk mudahkan korang dapat order & senang nak uruskan order tu nanti :

1   Pakat dengan 1 ke 2 orang lagi kawan rapat korang (yang boleh dipercayai) untuk sama2 uruskan order tu nanti.Untung tu nanti bahagi sama rata ikut kehendak korang.Buat sorang2 ni bukan apa…..nanti mudah give up bila ada masalah.Kalau ada kawan yang agresif sikit…nanti diaorang boleh bantu atau tegur kalau ada masalah nanti.

2   Tetapkan satu TEMA TShirt yang korang rasa boleh buat duit.Jangan tumpu semua jenis baju. Nanti fight dengan orang lain nanti.Contohnya…korang fokus pada TShirt MUslimah je atau TShirt warna hitam je dll.Buat design yang lain dari yang lain & korang rasa orang akan berebut2 beli baju tu nanti.Kalau korang rasa nak IDEA yang lebih banyak tentang design apa yang korang boleh buat duit, dapatkan Ebook kami “101 IDEA BISNES TSHIRT” yang korang boleh apply dalam bisnes TShirt korang.KLIK LINK bawah ni untuk dapatkan ebook tersebut.

3    Lantik wakil kat sekolah, universiti, kolej, pejabat, cawangan atau dimana sahaja tempat yang korang promote.Bila lantik wakil ni, bagi komisyen sikit supaya berbaloi dengan tugas diaorang.Cara camni boleh jana lagi banyak duit daripada buat sorang

4    Siapkan terus contoh2 design untuk customer korang pilih.Contohnya design TShirt Kelas….korang lukis siap2 beberapa contoh, pastu tunjukkan kat customer korang.Tak kisah secara berdepan atau melalui handphone korang.Janji diaorang tahu yang korang jual TShirt tu.

5   Jangan malu atau segan nak promote kat customer korang.Kalau malu jugak tapi still nak berniaga….jual secara online.Muka pun tak nampak. Kadang2 suara pun tak dengar.Guna jari je….terus dapat order.Biasakan guna Whatsapp atau IG untuk promosi korang.

 

Oklah…harap2 artikel kali ni membantu korang untuk betul2 buat duit dengan bisnes TShirt korang.

Kami memang ikhlas nak membantu korang diluar sana sebab kami tahu…kalau kami buat duit, korang pun sama2 boleh buat duit.

So..sama2 buat duit nanti ye.

Mari kita lihat…tempahan yang kitaorang dah siapkan sebelum ni ye.

Hari ni nak kongsi sikit pasal baju yang kami dah siapkan bulan puasa baru ni.

Yang ni cetak jenis emboss atau cetakan timbul.

Kalau tengok dekat2 macam gambar 2 & 3 tu, nampak design tu timbul.

Kalau kita raba dengan tangan pun kita akan rasa ke”timbul” annya tu. So..pada sape2 yang nak order design camni, bagitau je kitaorang ye.

Yang ni lak print kaler GOLD guna Vynil atau stiker.

Vynil ni bukan sebarang stiker tapi stiker yang tahan lama. Maaf…gambar selipar pun ada masuk sekali. Tak perasan…hehehe.

Yang ni print atas baju jersi brand Gildan ni.

Memang naik kaler dia.

Yang ni memang sempoi. Ada nama tulis jawi & nombor sorang2.

Tak pernah buat lagi camni. Biasa tulisan rumi.

Ni print atas baju muslimah brand Enzo ni.

Yang ni print biasa je. Baju hitam print putih.

Tapi nak bagitahu…….kalau cetak cerah atas baju gelap biasa saya caj lebih RM1 dari cetak atas baju cerah sebab design putih kena cetak 2 layer.

Kalau baju cerah, print gelap…1 layer pun dah ok dah.

Oklah…ni antara TShirt yang kitaorang dah siapkan bulan puasa baru ni. Alhamdulillah.

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Nak lebih mudah…guna Whatsapp je…macam bawah ni…..

Bagi yang nak cetak GOLD, SILVER & FLORAL. Kami tengah ada Promosi ni….

So…JANGAN TUNGGU LAGI SEBAB TAHUN 2018 ADA 6 BULAN LAGI. BILA LAGI KORANG NAK PAKAI TSHIRT SEDONDON DENGAN GRUP KORANG!

Sampai jumpa lagi……baaaiiiiii……

Ikhlas :

Abg Nik & Kak Salina

Standby…..tempah TShirt lepas raya ni…

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Sebelum saya bercerita lanjut pasal cetak2 baju kami, disini saya nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam diseluruh Dunia.

Mohon ampun & maaf……disepanjang kami berurusan dengan anda semua semenjak 2010 lagi ye.

Terutamanya kepada semua pelawat, bakal pelanggan, bekas pelanggan & ejen2 TShirt kami.

Semoga Raya tahun ni berikan korang seribu keindahan & kenangan.

Ok….lepas raya ni, korang patut standby dah untuk tempah TShirt untuk grup korang atau untuk korang buat duit ye.

Lepas raya ni…saya jangka permintaan untuk TShirt naik semula & sekali lagi, In Sha Allah…..kitaorang tak menang tangan nak siapkan order korang nanti.

So…jom join kitaorang untuk sama2 untuk BETUL2 buat duit dengan bisnes TShirt korang.

Sebagai permulaan untuk lepas raya ni, saya nak promote TShirt dengan design FLORAL, GOLD & SILVER yang menggunakan stiker & Vynil.

Stiker yang kami guna bukannya stiker yang cikai tapi yang high quality punya.

Korang boleh pilih apa sahaja JENIS FONT yang korang nak & apa sahaja jenis bunga yang korang nak….TERPULANG!

Dibawah ni saya tunjukkan harga promosi yang bakal ditarik semula selepas tiba satu waktu nanti.

So..apa lagi…..

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

 

Harga ada tercatat pada gambar diatas nun.

BERIKUT ADALAH HARGA YANG KAMI TAWARKAN (TAK TERMASUK BAJU) :

  1.  DESIGN SAIZ A4 – FLORAL (RM15) / GOLD & SILVER (RM10)
  2.  DESIGN SAIZ A3 – FLORAL (RM20) / GOLD & SILVER (RM15)

# KORANG BOLEH PILIH APA SAHAJA JENIS FONT & FLORAL.

 

Design jenis Floral, Gold & Silver ni selalu dapat permintaan yang tinggi tapi akibat harga yang agak tinggi, customer akan tukar ke warna lain.

Tapi untuk promosi ni…saya turunkan sikit harga supaya korang dapat jugak merasa untuk pakai TShirt design yang korang nak selama ni.

 

Jika korang TAK NAK jenis FLORAL, GOLD atau SILVER ni, korang boleh cetak apa sahaja yang korang nak (tanya dulu saya) seperti gambar2 dibawah ni.

Yang ni print warna biru biasa. 1 kaler print tapi 2 layer supaya desgn lebih naik & menyerlah.

Tengok gambar pun tahu yang diaorang seronok dapat pakai baju tu….tersengih2 je masing2….hehehe.

 

Yang ni untuk baju kahwin pelanggan kitaorang ni tapi non-muslim.

Design asal sebelum ni diaorang tunjuk design atas baju lain & saya edit balik, jadi camni.

Bila diaorang dah setuju…terus saya proceed untuk print.

Diaorang pun sangat puashati bila dapat baju tu….

Yang ni ada 2 jenis printing. Satu jenis 1 kaler print & satu jenis lagi 2 kaler print.

Cetak atas baju jenis jersi. Papan tu kena letak gam lebih sikit supaya baju lekat elok time printing.

Kalau cotton tak ada masalah sangat.

 

Yang ni cetak 3 warna atas baju jersi brand Oren Sport.

Customer dah bagi design siap vektor. So..senang sangat. Cuma time nak print tu kena standby 3 blok printing berasingan.

Order time puasa ni & mungkin aktiviti lepas raya kot. Kalau hiking time puasa…mau hancusss puasa diaorang ni….hehehe.

Yang totally guna stiker untuk kedua2 logo tu.

Stiker pun bukan stiker yang biasa2 tapi stiker yang high quality.

Memang cantik kalau print atas baju tu.

Semenjak 2,3 menjak ni banyak pulak customer order design abju yang ada nama nombor kat bahagian belakang baju.

Macam baju bola tu. Macam baju yang ni. Cetak guna silkscreen printing ni.

Alhamdulillah…time puasa ni ada jugak customer order TShirt untuk aktiviti amal kebajikan diaorang.

Actually ada design depan belakang tapi ntah camane…ada design depan je.

Cetak 2 kaler…hitam & putih.

 

Macam saya cakap tadi…ni satu lagi contoh baju untuk yang ada nama nombor kat belakang baju.

Korang pun kalau nak pun boleh jugak.

Nama & nombor tu boleh pilih font sendiri kalau rasa tak berkenan dengan font yang kitaorang offer.

Tapi janji font tu bukan berbayar sebab banyak jugak font yang kena bayar dalam internet tu.

Nak selamat cari yang FREE FONT je.

Apa2 pun bagitahu kitaorang dulu sebelum kitaorang boleh bagi harga nanti.

Tempahan ni customer nak urgent. Alhamdulillah…kurang seminggu siap sebab baju hitam roundneck cotton memang kitaorang ada simpan stok.

Baju lain kitaorang tak simpan stok sebab takut masalah nak simpan stok nanti.

Tapi nasib baik design dia simple je. So..tu yang jadi dapat cepat jugak tu…

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

BAGI KORANG YANG BERCADANG NAK BUAT DUIT LEPAS RAYA NI, JOM JOIN KAMI DENGAN MENJADI EJEN KAMI!

 

Korang tak perlu pening kepala bagaimana nak CETAK BAJU tu sendiri.

Serahkan pada yang PAKAR untuk cetak baju korang tu.

Korang hanya perlu dapatkan sales & start jana duit dengan bisnes TShirt korang tersebut!

SEKALI LAGI…SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN SEMUA!

Ikhlas Dari :

Abg Nik & Kak Salina

%d bloggers like this: