Buat Duit Sampingan sambil Tempah Cetak TShirt Anda!
Hai & Salam Cetak Baju,
Apa khabar semua selepas raya ni?
Kepada yang menjadi ejen cetak TShirt kami, saya harap selepas raya ni, korang akan lebih agresif & pulun untuk betul2 menjana duit dengan bisnes cetak TShirt korang sebelum tamat akhir Tahun 2018 ni.
Kepada yang ada niat nak order TShirt dengan kami, apakata sambil2 tempah tu korang buatlah duit sekali.
Rugilah sikit kalau dah dapat peluang order dengan kitaorang tapi tak buat duit sampingan tu.
Tapi kalau korang berniat nak bantu kawan2, anak murid atau sape saje kat luar sana untuk dapatkan TShirt diaorang & korang tak nak caj apa2 pun atas baju tu….itu terpulang pada korang & mungkin itu yang terbaik buat korang.
Bagi korang yang rasa2 nak tempah TShirt dengan kitaorang & dalam masa sama nak buat duit sampingan jugak, ada beberapa perkara yang korang kena tahu & kena buat.
Selagi korang tak buat benda ni, rasa macam tak complete je niat korang nak buat duit sambil tempah TShirt tu.
Ikuti Langkah2 ni?
Apakata korang daftar dulu jadi ejen TShirt kitaorang kat button bawah ni & dapatkan benefit2 yang orang biasa tak
dapat.Dapatkan FREE Ebook “5 LANGKAH MUDAH & SEGERA MENJADI EJEN TSHIRT DI www,mohcetakbaju.com”
selepas daftar & FREE Ebook “APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG CETAK TSHIRT?” jika anda mengisi borang untuk
- Bila dah daftar ejen, korang start dulu promote kat kawan2 rapat atau kawan2 kelas korang.Cari beberapa kawan ( lebih 5 orang) pastu pakat2 buat TShirt untuk grup korang tu.
2. Pastu….buat design TShirt yang grup korang nak tu dulu.Bincang elok2…jangan gaduh2 lak….Ni ada sampai bermasam2 muka. Tak naklah camtu kan.Kalau boleh design nak cetak tu buat dalam komputer sebab mudah sikit saya nak faham untuk bagi harga nanti.Kalau rasa macam tak ada IDEA camane nak designkan TShirt tu, korang KLIK pada gambar bawah ni & cuba create design korang sendiri kat situ. Senang je!
3. Dah tahu design nak print & kuantiti tempahan, pilih lak TShirt mana yang korang nak.Ada 6 brand baju yang korang boleh pilih….Klik je link bawah ni & pilih je baju ikut bajet korang.
1. KATALOG 4SQUARE <<KLIK SINI>>
2. KATALOG ENZO <<KLIK SINI>>
3. KATALOG GILDAN <<KLIK SINI>>
4. KATALOG OREN SPORT <<KLIK SINI>>
5. KATALOG ARORASPORT <<KLIK SINI>>
6. KATALOG MATAHARI/EMPIRIC <<KLIK SINI>>
7. KATALOG RIGHTWAY<<KLIK SINI>>
Ada macam2 jenis TShirt yang korang boleh pilih ikut kemampuan korang.
Kalau rasa macam tak tahu nak pilih baju mana, bagitau kitaorang untuk kitaorang bagi cadangan ye.
Bila dah ada 3 PERKARA ni, terus ambik langkah seterusnya :
A. DESIGN NAK PRINT
B. KUANTITI TEMPAHAN
C. JENIS BAJU ATAU KOD BAJU
Dah ada tiga2 perkara ni, ambik langkah ni…..
1 Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2 Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3 SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4 Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
6. Ok..bila dah dapat harga dari kami, pandai2 lah korang mark up harga yang saya bagi tu nanti.
Kebiasaannya…..harga yang saya bagi bergantung pada ketiga2 perkara diatas iaitu design, kuantiti & jenis baju.
Kalau sikit mahal & banyak murah.
Kalau design simple & tak banyak warna, murah dari warna sikit.
Baju murah akan murah dari baju mahal.
Pastu…bila dah dapat harga tu, untuk permulaan ni…korang boleh ambik untuk dalam RM2 ke RM5.
Jangan tamak2 sangat mula2 ni.
Just untuk tengok sambutan customer & belajar cara nak berniaga dulu.
Nanti bila dah banyak2 kali nanti, terpulang nak ambik untung berapa ringgit.
Tapi biasanya kalau sikit ambik untung banyak & kalau banyak ambik untung sikit.
Contohnya…kalau 5 helai, boleh ambik untung RM5 sehelai = RM25 untuk 5 helai untung korang dapat.
Kalau 100 helai, ambik untung RM2 sehelai pun dapat RM200 untung buta2 je.
Tak perlu pening2 fikir kos2 lain macam cetak baju, pos dll.
Faham tak camane caranya tu?
Kalau tak faham, bagitau saya ye. Nanti saya explain detail.
Ada customer saya ni tahun lepas…baru Form 4 time tu tapi dah buat Sales RM50,000 lebih dengan 3,000++ helai tempahan.
Bayangkanlah….berapa RM dia dapat untung. Baru Form 4.
Tak caye…cer KLIK SINI!
Ok….ini antara langkah2 basic yang korang boleh guna untuk tempah TShirt korang sambil buat duit sekali.
Ada beberapa TIPS yang korang boleh buat untuk mudahkan korang dapat order & senang nak uruskan order tu nanti :
1 Pakat dengan 1 ke 2 orang lagi kawan rapat korang (yang boleh dipercayai) untuk sama2 uruskan order tu nanti.Untung tu nanti bahagi sama rata ikut kehendak korang.Buat sorang2 ni bukan apa…..nanti mudah give up bila ada masalah.Kalau ada kawan yang agresif sikit…nanti diaorang boleh bantu atau tegur kalau ada masalah nanti.
2 Tetapkan satu TEMA TShirt yang korang rasa boleh buat duit.Jangan tumpu semua jenis baju. Nanti fight dengan orang lain nanti.Contohnya…korang fokus pada TShirt MUslimah je atau TShirt warna hitam je dll.Buat design yang lain dari yang lain & korang rasa orang akan berebut2 beli baju tu nanti.Kalau korang rasa nak IDEA yang lebih banyak tentang design apa yang korang boleh buat duit, dapatkan Ebook kami “101 IDEA BISNES TSHIRT” yang korang boleh apply dalam bisnes TShirt korang.KLIK LINK bawah ni untuk dapatkan ebook tersebut.
3 Lantik wakil kat sekolah, universiti, kolej, pejabat, cawangan atau dimana sahaja tempat yang korang promote.Bila lantik wakil ni, bagi komisyen sikit supaya berbaloi dengan tugas diaorang.Cara camni boleh jana lagi banyak duit daripada buat sorang
4 Siapkan terus contoh2 design untuk customer korang pilih.Contohnya design TShirt Kelas….korang lukis siap2 beberapa contoh, pastu tunjukkan kat customer korang.Tak kisah secara berdepan atau melalui handphone korang.Janji diaorang tahu yang korang jual TShirt tu.
5 Jangan malu atau segan nak promote kat customer korang.Kalau malu jugak tapi still nak berniaga….jual secara online.Muka pun tak nampak. Kadang2 suara pun tak dengar.Guna jari je….terus dapat order.Biasakan guna Whatsapp atau IG untuk promosi korang.
Oklah…harap2 artikel kali ni membantu korang untuk betul2 buat duit dengan bisnes TShirt korang.
Kami memang ikhlas nak membantu korang diluar sana sebab kami tahu…kalau kami buat duit, korang pun sama2 boleh buat duit.
So..sama2 buat duit nanti ye.
Mari kita lihat…tempahan yang kitaorang dah siapkan sebelum ni ye.
Hari ni nak kongsi sikit pasal baju yang kami dah siapkan bulan puasa baru ni.
Yang ni cetak jenis emboss atau cetakan timbul.
Kalau tengok dekat2 macam gambar 2 & 3 tu, nampak design tu timbul.
Kalau kita raba dengan tangan pun kita akan rasa ke”timbul” annya tu. So..pada sape2 yang nak order design camni, bagitau je kitaorang ye.
Yang ni lak print kaler GOLD guna Vynil atau stiker.
Vynil ni bukan sebarang stiker tapi stiker yang tahan lama. Maaf…gambar selipar pun ada masuk sekali. Tak perasan…hehehe.
Yang ni print atas baju jersi brand Gildan ni.
Memang naik kaler dia.
Yang ni memang sempoi. Ada nama tulis jawi & nombor sorang2.
Tak pernah buat lagi camni. Biasa tulisan rumi.
Ni print atas baju muslimah brand Enzo ni.
Yang ni print biasa je. Baju hitam print putih.
Tapi nak bagitahu…….kalau cetak cerah atas baju gelap biasa saya caj lebih RM1 dari cetak atas baju cerah sebab design putih kena cetak 2 layer.
Kalau baju cerah, print gelap…1 layer pun dah ok dah.
Oklah…ni antara TShirt yang kitaorang dah siapkan bulan puasa baru ni. Alhamdulillah.
Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Nak lebih mudah…guna Whatsapp je…macam bawah ni…..
Bagi yang nak cetak GOLD, SILVER & FLORAL. Kami tengah ada Promosi ni….
So…JANGAN TUNGGU LAGI SEBAB TAHUN 2018 ADA 6 BULAN LAGI. BILA LAGI KORANG NAK PAKAI TSHIRT SEDONDON DENGAN GRUP KORANG!
Sampai jumpa lagi……baaaiiiiii……
Ikhlas :
Abg Nik & Kak Salina
Posted on 28/06/2018, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju santai, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju jersi, baju kelas, baju murah, baju muslimah, baju sukan, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak jersi, cetak t shirt, cetak t shirt muslimah, cetak tshirt, cetak tshirt muslimah, contoh design baju kelas, design baju, nombor jersi, print, print baju, print jersi, print nombor jersi, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt islamik, t shirt kumpulan, t shirt murah, tshirt cetak, tshirt group, tshirt murah, tshirt muslimah, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0