Monthly Archives: January 2013
Balik dari bercuti, tempahan sedia menanti (Pantun 2 kerat…..)
Hai & Salam Cetak Baju kat korang semua,
Kitaorang dah kembali balik dari bercuti. Bukan jauh pun…pergi Langkawi je.
Kitaorang naik keretapi dari Tapah Road, sampai ke Arau. 8 jam dalam keretapi. Sejuk bukan main. Tido pun tak lena.
Pastu, dari Arau ke Kuala Perlis, naik teksi lak. Punya lah ramai manusia, sampaikan beratur beli tiket feri pun kat sejam. Tapi Alhamdulillah…semuanya berjalan lancar.
Kitaorang duduk kat Homestay, 3 bilik. Siap ada dapur, mesin basuh ngan rice cooker lagi. Jimat skit. Beli beras, beli telur, beli ikan…masak je sendiri.
Time tengah bercuti pun bertalu2 emel ngan call masuk tanyakan pasal baju. Mana yang saya lambat jawab tu, mintak maaf le ye sebab sy tak bawak notebook…bawak tablet jer. Itu pun line susah dapat.
Tu yang balik hari ni, terus pulun jawab emel mana yang belum berjawab lagi tu.
Dah lama sebenarnya tak pergi langkawi ni. Kitaorang pegi 2 family. Seronok le jugak. Pegi underwaterworld, bukan setakat kita tengok ikan…ikan pun boleh tengok kita sekali. Pastu naik kereta cable…anak2 rileks je. Ibunya ada le ngucap panjang skit tapi seronok sangat. Ini le antara gambar yang saya sempat ambik time naik kereta cable tu…
Pagi tadi…kul 3.00 pagi baru sampai kat Tapah Road naik keretapi dari Arau. Letih…jangan cakap le. Sakit habis badan2..bukan sebab apa. Mengangkat barang2 yang beli kat Langkawi tu yang jenuh skit. Masa beli tak ingat pasal tu..Bila nak bawak balik baru sedar.
Tapi Alhamdulillah…semuanya berjalan lancar & ini le antara rezeki dalam bisnes cetak baju yang bawak saya ke sini. In Sha Allah, ada rezeki lagi boleh berjalan lagi.
So….kepada korang yang lambat dapat balasan emel saya, saya mintak maaf banyak2. Macam yang saya cerita kat korang sebelum ni, line susah gak dapat kat sana. Terpaksa le tangguh ke hari ni.
Diringkaskan cerita…sebab rasanya dah mamai2 ni. Jap lagi nak sambung tido lak. Letih tak habis lagi, kat sini saya nak kongsi ngan korang tempahan2 baju yang kitaorang sempat buat sebelum pegi bercuti hari tu….
Cerita pertama…..
Mula2 tu customer ni bagi gambar sketch cam kat atas ni secara kasar. Disebabkan customer ni memang sungguh2 nak design camtu, so dia sanggup bayar berapa je untuk baju tu.
Bila dah deal harga semua sekali & customer pun setuju dengan harga yang saya bagi, saya pun start buat design dalam Adobe Illustrator. Hasilnya cam kat bawah ni…..
Pastu, bila customer puashati & setuju dengan design tu, dia pun start buat deposit & saya start order baju. Baju ni ada 3 proses time nak buat hari tu iaitu gambar kapalterbang merah depan belakang & tulisan kaler hitam tu print silkscreen, logo kat dada & belakang heat press & logo ngan nama kat lengan sulam. Harga agak mahal sehelai tapi diaorang sanggup bayarkan. So, hasilnya dalam bentuk fizikal ialah seperti dibawah ni…..
Cerita nombor 2….yang ini lak baju kain jersi plain…kaler hitam….
Asalnya customer emelkan camni….
Pastu, lepas dah deal harga & buat deposit….ini lah hasilnya….
Yang atas, bahagian depan & yang bawah bahagian belakang. 2 kaler je…kuning & putih.
Yang design putih saje ni, ini design sebelum tindih putih. Dah buat base putih, baru print kuning. Kalau tak, kaler kuning tu tak akan naik kaler dia. Biasanya design warna kuning, saya besarkan skit dari design putih sebab nanti masa nak tindih, tak ada le kaler putih belakang tu nampak.
Apalagi cerita tempahan baju tu…..
Yang ini jauh tempahan ni…..dari Lahad Datu lagi. Untuk geng skuter diaorang. Design kat tshirt tu, diaorang buat sendiri kat Customink.com. Senang je. Tak payah pening2 nak buat design. Semua ada kat situ.
Ok…takat ni dulu le cerita tempahan baju kitaorang hari ni. Agak simple je cerita hari ni sebab dah letih. Nak gi tido jap.
So…korang cam biasa. Kalau nak order saya haraaaaap sangat korang isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya tu dulu untuk saya bagi harga. Jangan guna komen kat bawah setiap artikel untuk buat order sebab saya tak sempat nak jawab kat situ. Satu lagi, tolong emelkan design nak print sekali sebelum isi form tu sebab selagi tak dapat design baju tu, saya tak boleh bagi harga melainkan awak nak baju kosong & design korang simple je.
Takpun korang boleh kontek saya terus, emel atau sms. Ikut le mana yang korang rasa selesa.
Ok, jumpa lagi….baiiiiii….
Mohcetakbaju.com bercuti dari 24/01/2013 hingga 27/01/2013 tapi tempahan masih berjalan…
Hai, hai, hai & Salam Cetak Baju semua,
Berjumpa lagi kita dalam rancangan…Mari menempah baju…hehehee. Cam rancangan TV jer.
Korang dah baca ke tajuk ngan banner kitaorang kat atas tu. Ni bukan apa ni, takut nanti ada lak yang nak order baju time kitaorang bercuti tu. Takut frust lak kang. Kitaorang bercuti je tapi order berjalan cam biasa gak.
Kitaorang start balik operasi 28/01/2013 ni. So, kalau sape2 yang nak baju dia lepas tu, In Sha Allah boleh. Kalau nak baju sebelum kitaorang bercuti tu pun boleh, tapi dengan syarat print simple & kuantiti tak banyak. Kalau camtu boleh. Kalau nak print banyak kaler, pastu kuantiti banyak…saya mintak maaf, dari hujung bulu rambut sampai le ke hujung anak jari kaki…saya tak dapat nak tunaikan.
So….jangan risau. Walaupun kami bercuti, order tetap berjalan. Saya akan sentiasa buka emel walau dimana saya berada, In Sha Allah.
Hari ni kan…saya tak nak le berceloteh panjang. Hari ni nak bercerita banyak skit pasal tempahan sebelum ni. Nak kongsi ngan korang tentang macam2 stail baju diaorang order ngan kitaorang. Yang mana boleh ditunaikan, saya bagitau boleh & mana yang tak boleh tu, saya akan bagitau siap2, tak boleh.
Kitaorang berniaga ni memang le hajat utama tu nak untung tapi kalau dapat untung tapi menganiaya orang buat hape…alamat tinggal separuh jalan le bisnes camtu. Kalau boleh nak le sampai bila2 bisnes cetak baju ni, ye tak.
Ok….apa ke cerita hari ni. Cuba tengok ni….
Design baju ni diaorang guna Customink.com je. Buat design kat situ, pastu bagitau font jenis apa. Bila dah dapat maklumat tu, saya terus prepare untuk buat blok printing. 1 kaler printing camni, memang cepat kalau nak buat.
Baju roundneck, cotton kaler Grey brand Oren Sport.
Selain daripada baju kelas, kitaorang ada banyak gak terima baju untuk family day. Macam cerita kat bawah ni. Design dia, lain dari yang lain..siap ada jawatan dalam syarikat lagi tu….
Design ni pun, customer ni buat sendiri dalam website Customink.com tu. Korang pun boleh buat gak sebenarnya. Senang je. Kalau nak tunggu saya buat, alamat berjanggut le….masa saya agak padat skit sebenarnya. Kalau design sendiri, senang skit. Lagi puas hati.
Simple & sempoi….
Ok..sebab hari ni nak kongsi banyak skit cerita, so ini lagi cerita pasal tempahan baju tu…..
Yang ini senang je. 1 kaler je. Printing ni bergantung pada bajet customer sebenarnya. Kalau bajet tak mahal, simple je lah. Kalau nak banyak kaler & cantik, korang kena berani le letak bajet tinggi skit. So, baru puas hati,ye tak?
Kalau bajet rendah tapi nak baju berkaler2 macam kat luar nun, saya mintak maaf banyak2 le ye. Baju kat luar nun, diaorang order beribu2 lai. So, kalau camtu, kilang pun boleh supply sebab diaorang untung ikut kuantiti tempahan baju.
Cam kitaorang gak..kalau korang order banyak, boleh le murah skit sebab kitaorang pun dapat untuk ikut kuantiti. Tapi kalau just order 5 ke 6 lai je, kena berpatutan le dengan harga tu. Korang fahamkan?
Ok…apalagi….haaaa..ini pasal baju kawin lak. Cer tengok…
Yang atas nun gambar depan, yang bawah ni gambar belakang. Ramai betul yang berkenan gambar kartun ni utk baju kahwin. Baju tshirt kitaorang guna cotton roundneck, Oren Sport kaler Seablue kod CT0128.
Bawah ni satu lagi tshirt kahwin…yang ini pun geng Bekwoh gak ni…..
Ok…ini antara cerita2 yang sempat saya upload dalam blog saya setakat ni. Memang banyak lagi yang tak cerita sebenarnya sebab nak kejar masa. Sekarang ni, design pun saya kena touch up balik. Marketing pun kena buat gak & blok printing pun saya jugak. Jadi, agak terhad skit le masa tu.
So, pada korang yang nak order baju, cam biasa…klik je kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun & isi form kat situ. Takpun call, sms atau emel je. Yang penting, korang happy…..
Ok…jumpa lagi, guys!!!….baaiiii……
Senang je sebenarnya nak order baju kat mohcetakbaju.com ni!
Hai & Salam Cetak TShirt buat korang semua,
Pekabo? Harap sihat2 le selalu hendaknya. Syukur pada Allah yang masih lagi bagi kudrat untuk saya menaip berkenaan tempahan2 baju untuk dikongsi ngan korang hari ni.
2013 ni saya akan cuba menunaikan sebanyak mungkin permintaan dari pelanggan-pelanggan kitaorang. Tahun2 sebelum ni bukannya tak menunaikan permintaan tapi ada sesetengah permintaan tu saya terpaksa tolak sebab tempahan sedia ada terlalu padat & ada sesetengah tu masa mengorder tu suntuk sangat. Hari ni order, lusa nak pakai dah.
Kalau yang macam tu, simple & sempoi punya design In Sha Allah, saya boleh tunaikan tapi kalau macam2 kaler ada, mintak maaf le banyak2. Takut tak sempat kalau nak cepat.
Biasanya saya boleh siapkan baju yang banyak kaler tu dalam 2 minggu ke atas le. So, pada korang yang nak order baju tu, pastikan order awal & cepat2. Takut tak sempat siap lak kang.
Hari ni nak kongsi ngan korang le bagaimana sebenarnya korang nak order baju ngan kitaorang. Bukan susah sebenarnya. Ikut je langkah2 kat bawah ni & gerenti korang akan puashati nanti. Cer tengok apa langkah2 nya tu :
1. Tetapkan dulu berapa lai nak order?
2. Pilih dulu baju pilihan korang kat Katalog2 baju kat blog kitaorang.
3. Pastu, pakat ngan kawan2 berapa bajet selai termasuk print. Maklumat ni penting sebab kalau bajet korang ciput, saya boleh syorkan baju murah & kualiti bawah skit. Kalau bajet korang tinggi, saya boleh pilih baju mahal skit & berkualiti skit. Tapi apa2 pun, korang pilih le dulu baju kat katalog kitaorang tu.
MAKLUMAN : SETAKAT INI BAJU DARI LUAR SAYA TAK TERIMA LAGI SEBAB AGAK TAK BERBALOI DENGAN USAHA NAK MEMERINT NANTI. SORI YEK!!
4. Pastu…langkah ni paling PENTING!!!!
ISI FORM KAT PAGE “NAK TAHU HARGA TAK?” KAT BLOG SAYA KAT BAHAGIAN ATAS NUN.
TOLONG YE….DIULANGI….TOLONG JANGAN TANYA HARGA ATAU ORDER KAT BAHAGIAN KOMEN DIBAWAH SETIAP ARTIKEL. LAMBAT NAK JAWAB NANTI.
5. Pastu emelkan design yang korang nak print atas baju tu. Kalau tak ada design sendiri lagi, buat design korang sendiri kat page “BUAT DESIGN SENDIRI” kat bahagian atas nun. Bila dah buat, klik SEND kat bahagian bawah website tu.
6. Pastu tunggu je jawapan harga dari saya.
INI PUN LANGKAH PENTING….TOLONG CEK EMEL LEPAS KLIK “SUBMIT” YE.
7. Bila kita dah berbalas-balas emel & dah dapat harga, baru le buat deposit 50% dari harga yang kita setuju tu.
Nak buat bayaran, klik kat page “CARA BAYARAN” kat blog saya untuk detail bank & isi form kat situ.
8. Dah terima bayaran, saya akan terus order baju & akan cuba siapkan dalam tempoh yang korang nak tu.
So, itu le 8 langkah yang korang perlu ikut untuk order baju ngan kitaorang. Senang je.
Kalau pening jugak nak pikirkan cara nak order tu, terus je emel atau call saya untuk dapat maklumat. Terpulang le.
Ok, hari ni nak cerita lagi pasal tempahan baju yang kitaorang terima sebelum ni ye. Apa ceritanya?
Baju ni senang je nak print. 1 kaler depan & 1 kaler belakang. Kalau camni, 1,000 lai sehari, In Sha Allah, boleh buat. Design diaorang buat kat Customink.com je. Korang pun boleh buat sebenarnya.
Ini bahagian belakang lak. Simple je. 1 kaler memang mudah nak buat terutamanya baju kaler cerah & print kaler hitam.
Tempahan ni lak memang banyak saya terima. So, saya kongsi jugaklah dengan korang walaupun sebelum2 ni dah masuk dah cerita dia ni….
Cuba teka…nak print gambar apa sebenarnya ni? Ini baru base kuning. Kalau diikutkan sebelum base kuning ni, saya print base putih dulu nak bagi naik kaler kuning tu. Cuba teka gambar apa?
Taadaaa……
Baju ni lagi…..yang ini saya consider sebagai mudah nak buat le sebab design dia besar & blok dah ada siap dah. Tunggu nak print je. Baju guna jenis TShirt murah. Yang ini diaorang order dalam 20 lai ni. Macam2 kaler baju ada. Pilih je.
Apalagi?….
Ini lak baju geng tunggang kuda kat Port Dickson. Design depan belakang. Baju jersi. 2 kali layer ni…putih, pastu oren.
Ini dia buat depan belakang. Simple je. Depan 1 kaler, belakang 1 kaler.
Ok…takat ni dulu ye korang. Ada hal skit nak buat ni. Nanti akan datang saya upload citer lain lak ye.
So, cam biasa….sape2 nak order baju ngan kitaorang, sila2kanlah ikuti langkah2 macam yang saya cerita pada awal tadi.
Senang je. Dah isi & submit, tunggu jawapan dari saya untuk tahu berapa harga baju tu.
Korang jangan risau…In Sha Allah, saya akan layan korang sebaik mungkin.
Jumpa lagi, korang….baiiiiiii……






















































