Daily Archives: 26/07/2011

Baju Kelas Putera Perak

Ni baju kelas yang sedang dijemur untuk dikeringkan…..lepas tu lipat masuk plastik.

Ni satu lagi baju kelas yang budak2 ni tempah. Baju dia sama cam baju Kelas 4 Khawarizmi tadi. Kalau tengok kat gambar kat atas ni ada 5 ke 6 design tapi tak banyak warna. Hitam putih jer.

Ini saya letak harga dalam RM27 sebab banyak design. Tapi kalau lagi banyak lai, lagi murah sebab 1 blok design buleh guna banyak baju.

Kalau tak ada masalah, dalam masa 2 ke 3 hari boleh siap dah. Kalau nak cepat 1 hari boleh siap, tapi kualiti dia tak tahu lagi le. Baik siap lambat skit puashati daripada siap cepat tapi ntah hape2.

Ni ha…ada lagi design baju tu….

Baju Kelas Putera Perak bahagian belakang

Ni baju kelas putera Perak tadi bahagian depan lak...siap ada nama lagi kat bawah tu.

Senarai nama student kat bahagian belakang.

Cam biasa, kalau nak order baju kelas korang, klik je kat sini di hubungi kami kalau nak detail camane nak order baju2 korang tu. Harga student mesti spesial daripada harga biasa.

Baju Pra U

Baju Pra U

Baju Pra U yang dah siap...tengah jemur.

Ini pun baju kelas budak2 jugak tapi ini untuk budak form 6 ni. Elok jugak buat baju camni. Ada le motivasi skit nak masuk U nanti. Yang kat atas ni design baju bahagian depan. Design guna 2 warna ni. Hijau ngan putih.

Base pakai putih supaya nampak design tu menyerlah skit.

Baju ni brand Enzo ni. Kain cotton, lengan panjang. Harga sekitar RM25 siap print depan belakang.

Inipun harga spesial ni….cuba cari kat luar ataupun kat KL. Rasanya mau RM30 ke atas kot.

Kat bawah ni ada lagi design baju Pra U kalau nak tengok…

Ni bahagian depan…sori blur skit gambar. Ambik guna handphone cikai ni.

Ni bahagian belakang lak….tulisan tu diaorang tulis PRA U pastu kat bawah lak nama sekolah, warna putih.

Terima kasih pada Wan, Form 6 yang tolong buat design ni. Tapi bijok jugak le budak2 Pra U ni sebab diaorang buat design asal.

Apa2 pun, kalau ada sape2 nak order, klik je kat sini di hubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut.

Adios labistos….bai!

Baju Kelas Form 3

Baju Kelas

Ni baju Kelas 4 Khawarizmi Sekolah kat Chenderong Balai, Perak. Design semua diaorang buat. Mula2 tu diaorang nak penuh line2 kat bawah tu…alah!ala2 jersi Malaysia gitu tapi tak cantik sebab nampak crowded.

Rasanya ok le ni…lagipun diaorang tak kisah punya. Yang penting, bbaeekk punya!

Ini maklumat skit tentang baju ni :

Brand baju  –  Oren sport (antara brand yg banyak diguna oleh peniaga cetak baju macam I)

Jenis baju  –  Cotton single jersey (nama jer jersi tapi kain cam cotton)

Warna baju  –  Royal blue/Black.

Warna design pada baju  –  putih semua.

Kalau design 1 warna ni senang skit. Tak perlu tindih2 warna. Kalau banyak warna mahal skit sebab kena buat 2,3 blok.

Aisey! sori..harga kalau tak silap hari tu saya letak RM24 ke RM25. Lupa le..tapi budak2 sekolah saya bagi harga spesial. Kesian, diaorang mana ada duit banyak2. Kalau dah keje tu lain le.

Bawah ni ada lagi tambahan design baju tu.

Ini design dari belakang…siap nama cikgu lagi.

Ni bahagian depan…simple & sempoi.

Kalau ada yang berminat nak order baju kelas dengan harga spesial untuk student, call saya terus di 0192254028 (Nik) ataupun bos saya, Salina di 0193643692 atau datang terus ke kedai kami. Cek alamat & peta kedai kami kalau nak detail.

Ok…next please…

%d bloggers like this: