Monthly Archives: March 2012

Minggu cetak baju yang agak padat…….

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Tengah buat hape tu? Mesti le tengah baca blog, ye tak…..dah jumpa tempat nak cetak baju korang ke? Kalau susah2 sangat singgah terus jer kat sini. Tak yah dah kalih ke channel lain. Sini pun dah boleh order tshirt dah.

Untuk makluman korang, semenjak blog ni di lancarkan pada June, 2011 (10 bulan yang lalu), dah ada 59,000 pengunjung dah kat blog saya ni. Saya rasa ini satu pencapaian yang agak membanggakan jugak le (nampak tak hidung kembang semacaaam jer…hehehe).

Dan alhamdulillah jugak le…ramai yang dah jadi customer teman. Tengok ajelah cerita2 yang saya kongsikan sebelum ni. Semuanya pasal tempahan2 yang dah dibuat seblum ni. Kalau nak diikutkan, baaaaanyak lagi tempahan yang dah dibuat tapi tak sempat nak cerita dalam blog ni.

Tapi macamanapun, biasanya saya maintain masukkan cerita dalam blog ni seminggu sekali supaya korang lebih konfiden ngan teman kalau nak buat order nanti.

Cuma nak pesan satu jer….kalau ada sape2 yang nak tempahan urgent, mintak mahap le sebab tak dapat nak tunaikan sebab tempahan yang ada pun tengah bersusun. Kalau nak jugak, 2 minggu ke atas, Insya Allah. Tapi kalau design print dia simple, insya Allah saya ambik.

So…..cam biasa jugak, hari ni nak cerita lagi pasal tempahan2 yang dah dibuat sebelum2 ni, yek.

Pertamanya..nak kongsi ngan korang baju kapel karikatur yang ditempah oleh pak we mak we ni. Dia bagi gambar asing2 pastu mintak saya tukarkan ke kartun & print atas baju.

cetak baju kartun

Gambar nampak terang sangat tu sebab kena flash tu…kalau tak ok je. Diaorang buat belakang saiz A4 & depan kat dada kecik je, cam saiz logo.

baju kartunkartun cetak

Ok, tak? Satu kaler jer sebab kalau banyak2 kaler kang lari bajet lak. Korang kalau nak order boleh gak tapi ambik masa skit sebab nak lukis lagi, nak print lagi. Satu lagi….karikatur tu kena upah gak.

Hmmm….ok, kita beralih lak ke tempahan kedua ni.

Yang ini tempahan dari sorang brader ni dari Melaka…geng2 diver..alah!geng2 menyelam. Yang ni bahagian depan…

print baju

cetak tshirt

Yang ni bahagian belakang lak….design dia simple jer. Saya ambik sebijik daripada design yang dia emel. Kat depan saiz A3 & belakang A4.

Bawah ni gambar2 baju tu tengah dipaksa berjemur…..

cetak bajucetak baju menyelam

tshirt cetaktshirt diver

Ada 25 lai semuanya….kalau baju putih & warna print tak banyak, memang kejap jer kitaorang buat.

Nak tahu tak, orang yang tempah ni puji kualiti printing kitaorang…heheheh. Tq, Bro. Nama dia Syed Syairazi, orang Melaka. Kembang sekejap bila kena puji..hhehe.

Ok…satu lagi citer pasal printing baju minggu ni, cer tengok gambar kat bawah ni…

cetak baju

Ini tempahan daripada budak2 grafik Uitm Seri Iskandar. Diaorang kata kartun tu diaorang buat sendiri. Kagum jugak tengok kartun2 tu….memang badak berendam..opss!!bakat terpendam le diaorang ni. Yang ini diaorang print depan jer semua…simple & sempoi….

cetak tshirt kartun

cetak baju

tshirt cetak

Baju2 ni diaorang pilih baju kelabu cerah…senang nak print. Design nampak terang skit.

Kat sini saya paparkan skali lagi, gambar2 baju yang diaorang tempah kat atas nun untuk tatapan korang.

Ok….sampai takat ni dulu le ye. Minggu depan jumpa lagi.

So..cam biasa, kalau nak order baju samada isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?”, sms/call atau emel terus kat emel kitaorang kat adminkomisen@gmail.com.

Pertanyaan korang pasti dilayan….satu lagi, kalau boleh jangan guna komen kat bawah ni sebab susah nak feedback.

Ok….jumpa lagi…baiiiiii…..

Hari2 cerita cetak baju….

Hai & Salam Cetak Baju pada u all semua,

Apa kabor korang? Harap2 sihat le selalu hendaknya. Almaklum le skang ni tengah musim cuaca tak menentu. Kejap hujan, kejap panas, kejap banjir…

So, pada yang tak ditimpa musibah tu, korang bersyukur le banyak2. Jangan lupa pada Dia udoh. Kalau korang lupa, Dia pun akan lupa gak korang tahu tak.

Sama gak macam bisnes saya ni. Terus terang saya cakap sebelum ni memang agak susah nak cari customer & agak perit nak jadikan bisnes ni maju tapi alhamdulillah, time tu, kitaorang memang tak lupakan Dia sampai le kini.

Skang ni saya syukur sangat2 sebab rezeki melimpah ruah masuk walaupun bisnes tepi rumah je. Printing pun orang rumh pakai baju klawar je…heheheh.

Jadi…bila kita ingat kat Dia selalu, Insya Allah Dia pun tak akan lupa kat kita.

Fuuuh!!cam Ustaz Halaqah lak rasanya. Bercerita berdasarkan pengalaman….

So..saya tak nak membebel panjang. Cam biasa, hari ni nak berkongsi cerita pasal tempahan yang dah dibuat baru2 ni…memang padat & melekat.

Cerita pertama pasal baju rewang ataupun baju kawin…maklum le bulan 3 ni dah masuk musim mengawan..heheh.

Cer tengok gambar baju kahwin yang diaorang order sebelum ni…

cetak tshirt kahwin

Ini bukan atas baju ni…ni kitaorang buat atas apron. Apron customer punya, dia mintak saya buat design jer. So..ini le hasil idea saya sendiri….

Ni ada lagi gambar2 printing tu kat bawah ni…

cetak tshirt

baju rewang

Kat bahagian poket dia nak buat nombor lak..untuk cabutan bertuah. Kalau kat kampung memang biasa buat cabutan bertuah tu.

Kalau 1 warna memang kejap jer kitaorang buat.

Cerita kedua lak, pasal baju family day…design diaorang sendiri. Senang skit. Ambik sebijik daripada diaorang terus siapkan untuk print.

Cer tengok ni….

baju hari keluarga

Baju ni print atas kain cotton. Sebab print warna putih, so kitaorang kena tindih 2 kali untuk bagi warna tu menyerlah lagi…

Ni lagi gambarnya…

baju family day

baju hari keluarga

baju family day

Ni lak kat bahagian kolar belakang…kecik skit daripada depan.

Simple & sempoi.

Cerita ketiga…yang ni best kalau nak kongsi ngan korang. Baju tshirt kahwin print gambar orang betul tapi dalam hitam putih.

Cuba tengok gambar bawah ni…cantik tak?

tshirt rewang

Baju ni customer bagi gambar asal, pastu kitaorang touch up balik guna Photoshop. Tu yang nampak real tu. Kalau camni, ada tambahan kos skit tapi tak banyak pun. Korang pun mampu bayar lagi..

Ni lagi gambar2 baju tu…

baju rewangt shirt rewangcetak t shirt rewang

Bukan setakat depan..belakang pun ada gak. Yang ini design dia sendiri. Sonang jer….orang Dungun ni, tu yang bunyi Tengganu tu…heheh.

t shirt rewangcetak t shirt kawinbaju rewang

Hah…camane korang? Seronok tak tengok macam2 design baju ada.

Kalau diikutkan memang nak cerita macam2 pasal tempahan baju ni tapi tak leh banyak2, nanti boring. Satu lagi, takut tak ada idea lak nak buat pas ni.

So….cam biasa, kalau korang nak order baju korang sendiri, apa kata isi jer borang kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ataupun emel kat adminkomisen@gmail.com aaaaataupun sms/call jer kitaorang terus kalau nak dengar suara lemak merdu kitaorang. Insya Allah! korang akan dilayan sebaik mungkin.

Jumpa lagi, guys…baiiiii…..

Apa dia baju ready made & apa dia pulak baju custom made?

Hai & Selamat Cetak Baju pada semua,

Jumpa lagi kita dalam blog I yang hebat ni….hebat ke? heheheh…hebat le kot.

Setakat ni memang tak menang tangan saya melayan & menyiapkan tempahan dari customer. Alhamdulillah le…saya punya tempahan bukan saje dari dalam Malaysia. Sampai ke Sabah Sarawak sekali diaorang mintak order.

Dan Alhamdulillah jugak, setakat ni memang saya masih lagi sempat menjawab emel2 yang masuk. Pada korang yang nak tanya soalan, kalau boleh emel atau sms jer soalan korang kat saya sebab kalau guna form komen kat bawah ni takut tak sempat nak baca & terlepas pandang.

Ok…straight to the point..puh! cakap omputih lak aku..Pendek citer, mungkin ada antara korang yang tak tahu apa benda baju ready made & apa benda pulak baju custom made ni.

Untuk makluman korang…baju ready made tu dah siap jahit. Semua baju kat dalam katalog kitaorang kt atas nun semuanya readymade. Maknanya…dah siap jenis camane atau design baju tu camane.

Lain le pulak kalau custom made….custom made ni kalau korang rasa nak kolar warna lain, lengan warna lain, pastu pulak kat tengah2 tu ada kain lain pulak..hah..yg cam gitu, custom made.

Saya tak terima tempahan selai dua untuk custom made sebab baju jenis ni, kilang yang kena jahit. Kilang tak akan terima kalau nak buat 2,3 lai jer.

Paling kurang dalam 80 lai ke atas, baru diaorang terima. Kalau takat selai dua tu, korang guna baju ready made je lah. Lagi sonang.

Ok…cam biasa, saya nak kongsi ngan korang tempahan yang dah dibuat sebelum ni.

Ni ada satu tempahan ni..geng kapak silang. Macam bunyi gengster jer. Tak adalah. Ni untuk budak2 pompuan ni sebenarnya tapi ganas je bunyinya.

Baju ni diaorang buat time Dato’Najib datang kat tempat kitaorang hari tu. Tapi pasal apa letak logo Kapak Silang..tak tahu le sebab apa.

cetak t shirt

Baju camni memang cepat buat….tak sampai 1 hari pun sebab 1 warna jer.

Tengok lagi kat bawah ni…

cetak tshirt

print tshirt

cetak tshirt group

 

 

 

 

 

 

 

 

Siap nama masing2 lagi kat lengan tu…semua design tu kitaorang yang buatkan.

Ada jugak yang nak baju group sukan kat sekolah diaorang. Macam design kat bawah ni, diaorang order dalam 50 lai untuk group penyokong diaorang. Simple & sempoi….

cetak tshirt

print tshirt

Ni baju untuk geng penyokong ni. Depan 1 kaler  belakang 1 kaler. Tapi walaupun print 1 kaler putih saje pun, kitaorang kena tindih 2 kali sebab nak bagi warna dia menyerlah. Kalau sekali print jer, tak cantik sebab nampak warna baju.

Kat bawah ni ada lagi citer pasal baju tu….

print tshirt kumpulantshirt online

tshirt print

cetak baju

Cam biasa…baju sedang dijemur. Jemur pun tak jauh. Tepi komputer jer….kejap je dah kering.

Ok…takat nilah dulu ye. Kalau diikutkan banyak lagi cerita yang nak dikongsi tapi sebab nak buat blok dulu.So, stop dulu le kejap.

Nanti kalau korang nak oder, korang isilah dulu borang “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun atau sms/call je kitaorang.

Jumpa lagi…baiiiii…..