Monthly Archives: June 2014
KAMI TERIMA 5 HELAI KE ATAS JE & KOS POS KAMI FREE UNTUK SEMENANJUNG (dari 2010 lagi….)
Assalamualaikum wbt & Salam Cetak Baju semua,
Mula2 ni nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua muslimin muslimat diseluruh dunia (blog ni dapat dicapai ke seluruh dunia).
Semoga korang bersedia fizikal & mental untuk sama2 berpuasa dalam bulan Ramadhan ini. Ini perintahya. So, kenalah ikut perintahNya sebab dia yang prepare Syurga Neraka. Terpulanglah pada korang nak ikut ke tak……semua dah besar2 dah.
So, hari ni nak bagitau kat korang semua terutamanya yang baru lawat blog saya, saya hanya terima 5 helai ke atas untuk 1 design sahaja. Saya tak terima tempahan bawah 5 helai sebab kos pos saya FREE. Syarat ni saya buat semenjak 2010 lagi & maintain sampai le ke hari ni, Alhamdulillah.
Pada korang yang nak order selai2 tu, saya cadangkan kumpulkan order korang & order 5 helai ke atas. Baru saya boleh terima sebab paham2 je lah…orang bisnes macam saya ni nak jugak untung, walaupun harga tshirt kitaorang masih lagi dalam tahap berpatutan lagi.
Untuk pengetahuan korang jugak….TShirt I AM still jadi pilihan ramai lagi setakat ni & semakin menjadi kegilaan ramai sekarang ni. Tshirt I AM ni pun saya terima 5 helai ke atas jugak macam baju2 lain. Pengiraan dia macam bawah ni….
So, pada korang yang berminat nak buat baju I AM atau apa sahaja tshirt bercetak untuk apa sahaja aktiviti korang, jangan segan & jangan silu, boleh order guna pilihan dibawah ni. Untuk pengetahuan korang, bulan puasa ni kami tetap terima tempahan korang tau…..
1. Guna page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun & isi form kat situ lepas tu.
2. Emelkan pertanyaan korang pasal baju tu ke adminkomisen@gmail.com.
3. Call kitaorang terus di 019-2254028 (Nik) atau 019-3643692 (Salina). (Siang je ye…malam nak berehat)
4. Whatsapp atau SMS
Nak bgtau korang jugak ni….baju Oren Sport banyak baju baru sekarang ni & harga pun banyak yang kami turunkan sebab supplier turunkan harga tu.
Antara baju baru yang ada ialah :
Dan macam2 lagi……kalau nak tengok, klik kat Katalog Baju Oren Sport kat atas nun & tengok Tshirt pilihan korang tu ye.
So….sebagai mana biasa, tak lengkap rasanya kalau tak kongsi ngan korang tshirt yang ditempah oleh customer sebelum2 ni.
Cerita 1….
Ada 3 kaler printing ni. Tak pakai locking pun. Guna kuasa mata orang rumah je nak bagi design dia ngam2 atas baju. Kitaorang cuma guna marking biasa je. So, agak mudah buat tshirt ni & tak lama pun kitaorang buat. Alhamdulillah.
Cerita 2…
Design ni memang sempoi. Asalnya customer bagi gambar yang lukis tangan je. Kemudian saya guna teknik halftone untuk dapatkan gambar camni.
Design camni kena guna kain lubang halus ni. Saya guna kain kod #1500 supaya titik2 dia mudah keluar dye.
Saya jugak guna special printer untukm dapatkan artwork camni. Tapi time print, mudah je. 1 kaler hitam je.
Cerita 3…..
Yang ini pun 1 kaler kelabu. Customer yang bagi design tu. Saya just print out. So, agak mudah jugak tapi gambar muka tu nampak real je.
Cerita 4….
Design camni pun banyak jugak saya terima. Yang jenis jawi camni. Design jawi ni saya ambik dari Internet. Agak mudah nak print sebab 1 kaler je.
Cerita 5….
Design bawah ni pun banyak gak saya terima. Memang ramai betul kaki K Pop yang order baju ngan saya. Contohnya camni…..
So, camane? Excited ke nak order…..
Setakat ni sajelah dulu….cam biasa jugak…..
So, seperti biasa, bagi customer yang dah excited balik nak order baju2 tu, korang boleh kontek kitaorang samada :
1. Guna page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun & isi form kat situ lepas tu.
2. Emelkan pertanyaan korang pasal baju tu ke adminkomisen@gmail.com.
3. Call kitaorang terus di 019-2254028 (Nik) atau 019-3643692 (Salina).
4. Whatsapp atau SMS
Kitaorang tunggu order korang ye…..
Baaiiiiiii…….
Ikhlas dari kami :
Tempahan TShirt I AM & apa sahaja cetakan baju anda dah dibuka semula…..yahooo!!!
Hai, hai & Salam Cetak Baju Semua,
Selamat berjumpa kembali kepada semua pelanggan2 setia & kepada semua pelawat2 mohcetakbaju.com yang budiman.
Dah hampir sebulan saya terpaksa tutup order disebabkan tempahan yang masuk diluar dugaan saya terutamanya selepas saya iklankan baju I AM.
Korang bayangkan, kebiasaannya order yang masuk dalam 1,000 lai sebulan semenjak 4 tahun lepas tapi 2 bulan lepas, tempahan menjadi sekali ganda iaitu dalam 2,000 helai ++. Macamana saya nak terima order lagi sedangkan yang menunggu menimbun2.
Bisnes printing baju ni lain dengan bisnes produk siap yang lain sebab printing baju ni base on tempahan yang masuk. Kalau kita dapat siapkan cepat, orang akan sukahati tapi kalau tempahan lambat siap, konfem nanti kena marah dengan customer.
Itulah yang terjadi pada kami. Memandangkan order yang nak disiapkan menimbun, so ada tempahan yang dapat lambat. So, mulalah customer merungut sebab lambat dapat.
Last2, bila dah berbincang dengan wife, saya ambik jalan selamat. Saya stopkan je order dulu walaupun yang menunggu nak order ada beberapa ratus lai lagi. Bagi saya, baik saya tolak dengan baik daripada sakit hati kena marah dengan customer.
Bagi saya, kualiti & hubungan dengan customer lebih penting sebab saya nak bisnes lama.
Ada ramai gak customer diluar sana yang mengadu kena tipu dengan orang lain. Ada yang dah ambik duit, pastu senyap je lepas tu.
Ada tu yang dah order & dah siap tempahan dah tapi bila baju ada silap, tak nak ganti. Buat derkkk je. Macam2 jenis manusia.
Macam saya lak, saya dah kira jujur dah berniaga tu tapi kena dengan customer lak….saya dah bersungguh2 siapkan tempahan customer sampai ke malam tapi ada yang tak bayar2 baki sampai hari ni.
Macam2 jenis. Tapi saya saaaaaaangat bersyukur kepada Allah kerana kerana Dialah saya mendapat rezeki yang melimpah ruah ni.
So…..happy sangat bila dah selesaikan banyak tempahan tshirt tanpa sakit hati kena marah.
Saya juga dalam proses membeli alat printing yang lebih canggih bagi menampung permintaan yang semakin meningkat. Saya import barang tu dari US & dijangka sampai kat saya selepas raya nanti. Nanti bila dah sampai & saya dah mula guna alat tu, nanti saya ceritakan ye. Setakat ni…tunggguuuuuuu………
Ok, hari ni saya nak kongsi dengan korang tentang tshirt2 baru dalam blog saya. Banyak supplier perkenalkan TShirt2 baru & antaranya Oren Sport, Enzo & Gildan.
Macam2 baju baru ada seperti :
Baju Raglan
Atas ni baju Raglan Enzo.
Baju Muslimah pun ada design baru dah. Contohnya :
Ada baju microfiber baru jugak…..
Pastu, Gildan ada gak jual baju sweatshirt….
So, yang paling glamernya ialah baju I AM…..
CUMA NAK BAGITAHU JE……..PERINGATAN!
TShirt lengan panjang HITAM brand 4Square tak ada stok, so sy akan guna baju Enzo tapi itupun kalau ada stok. Kalau tak ada stok, saya tak boleh buat apa jugak sebenarnya. Yang paling kritikal sekarang ni, baju lengan panjang hitam.
Tapi…..apa2 hal pun saya akan bagitau nanti ye.
NAK BAGITAU LAGI….PERINGATAN KEDUA!!!
Memandangkan ramai jugak customer yang dah dapat baju tapi agak liat nak bayar baki bayaran, saya terpaksa mengetatkan syarat bayaran. Sebelum ni saya berani pos dulu tapi mintak baki lepas dah pos barang. So, kali ni, bila barang tu dah siap, saya akan upload ke dalam emel & mintak korang bayar baki dulu. Selagi tak bayar baki, saya tak akan pos baju tu. Boleh ye. Just untuk elakkan customer2 yang agak liat nak buat bayaran ye.
So, seperti biasa, bagi customer yang dah excited balik nak order baju2 tu, korang boleh kontek kitaorang samada :
1. Guna page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun & isi form kat situ lepas tu.
2. Emelkan pertanyaan korang pasal baju tu ke adminkomisen@gmail.com.
3. Call kitaorang terus di 019-2254028 (Nik) atau 019-3643692 (Salina).
4. Whatsapp atau SMS
So, kitaorang menunggu tempahan korang ye…..
Baiiiii…..
Dari teratak kami,
Nik & Salina
adminkomisen@gmail.com



































