Nak tahu harga TShirt siap cetak tak?
Hai,
Jumpa lagi kita dalam www.mohcetakbaju.com.
Kejap je masa berlalu…tup tup dah masuk bulan 2 dah.
Tapi Alhamdulillah……..setakat ni Allah masih memberi rezeki yang tak putus2 kepada kami.
Terima kasih Allah & semua yang menyokong kami ye.
Kebelakangan ni bertalu2 kitaorg dpt soalan & pertanyaan dr customer utk dapatkan harga baju siap cetak.
Antara soalan2 biasa yg diaorang tanya…
1. Brp harga selai baju?
2. Pm harga ye
3. Boleh tahu harga baju tak?
4. kalau design camni berapa RM ye?
Dan mcm2 lagi pertanyaan yg kitaorang tak leh jawab direct sebab maklumat tak cukup.
Nak bagi harga utk baju siap cetak ni bukan mudah macam bagi harga untuk barang dah siap.
Kalau barang dah siap, kita boleh terus letak harga & customer boleh beli terus.
Lain dengan harga bju siap cetak design sendiri ni.
Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Ada beberapa perkara yang akan efek harga bju tu yang korang wajib tahu & perlu tahu.
So..tak perlu lah saya explain lagi time korang tanya nanti ye.
Ni antara perkara yg Wajib korang kena ambil tahu & korang kena sediakan sblm tanya harga kat kitaorang ye..
1. Design nak print
Dah nak print atas baju, nak jugak tahu design apa yg nak diprint tu.
Bukan semua design saya boleh print.
Kalau design tu bkaitan agama lain, yang tak senonoh, yang jolok mata, ganas dan design2 yang tak patut cetak atas baju..saya rejek awal2.
Pastu lagi…design tu banyak warna ke, ada tone kaler ke, abstrak ke, 1 warna ke…semua tu akan efek harga jugak.
Kalau terlampau banyak warna, kadang2 sy suggest guna stiker je atau kurangkan kaler nak print.
So stiker akan efek harga lagi.
Saiz design pun efek harga jugak.
Design kecik murah lagi dari design besar.
Ada yang nak penuh satu bju.
So..ada yg boleh buat & ada yang saya tak sanggup buat.
Pastu kedudukan design pun efek harga jugak.
Ada yang nak kat tepi bju. Betul2 tepi bju.
Kalau baju custom made mungkin boleh buat tapi kalau atas baju readymade..mungkin susah sikit nak buat.
Ada jugak nak print keliling leher atau keliling lengan…yang ni pun susah nak print kalau baju dah siap jahit.
Apa2 pun kena tunjuk dulu kat kitaorg…baru bgtau boleh buat ke tak.
Kalau tak ada idea nak buat design baju tu…..klik je banner bawah ni ye. Boleh buat sendiri. Mudah je.
KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT CONTOH DESIGN TSHIRT KELAS!
KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT CONTOH DESIGN TSHIRT HARI KELUARGA!
KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT CONTOH DESIGN TSHIRT REWANG!
2. Kuantiti tempahan
Kami terima 5 helai ke atas utk baju bercetak & 10 helai ke atas untuk baju kosong.
So..kuantiti selain tu memang kami tak terima.
Kuantiti tempahan ni pun efek harga jugak.
Kalau order sikit mahal & kalau banyak murah.
Biasanya harga atas pertimbangan akan diberi utk kuantiti ratus2 lai.
Maknanya..harga tu tak ikut harga biasa tapi harga ikut budibicara kami sendiri nanti.
Semestinya akan lagi murah dari kuantiti sikit.
So..nak tahu harga..mesti prepare kuantiti tempahan jugak nanti.
3. Jenis baju / Brand baju / Material Baju
Yang ni pun salah satu benda yang akan efek harga selai siap print.
Ramai yg duk wasap atau tanya saya, harga baju kat katalog tu harga baju siap print ke?
Kalau ikut lojik…design customer kan lain2..so mestilah harga baju situ utk harga bju kosong.
Kalau nak tahu harga bju kosong tu, korang boleh klik kat page katalog2 baju kat blog sy di www.mohcetakbaju.com ye.
Ada macam2 jenis baju kat situ siap dgn harga bju kosong lagi.
So…ni lah 3 PERKARA PENTING yg korang kena sediakan sblm tanya harga kat kitaorang ye.
Kalau tak ada tiga2 ni…memang saya tak dapat bagi harga siap print nanti.
Dah dapat detail2 tu semua…cepat je saya bagi harga nnti.
Lagi cantik kalau buat design atas baju terus. Lagi mudah untuk saya bagi harga nanti sebab saya anggap design camtulah customer nak order nanti.
Kalau tak ada idea atau rasa nak letak design tu atas baju, korang boleh klik kat page BUAT DESIGN SENDIRI kat bahagian atas nun (kat bahagian menu kalau guna hp) atau KLIK SINI je untuk buat design tu sendiri.
Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni & prepare maklumat2 diatas ye :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
LIHAT…BETAPA SERONOKNYA DIAORANG DAPAT BAJU TU!!!
KLIK SINI UNTUK LIHAT RAMAI LAGI CUSTOMER YANG SERONOK & GEMBIRA DENGAN TSHIRT DIAORANG YE!
Ok…apa cerita cetak TShirt kitaorang hari ni?
Baju ni memang sempoi. 3 kaler print depan & 2 kaler belakang. Bendera guna stiker. Bukan stiker biasa2 tapi stiker high quality punya.
Masa saya tulis artikel ni, rasanya brader ni dah gerak pergi Hatyai ni.
Dia punya kombinasi warna pun cantik. Memang naik dengan baju tu. Baju dia guna brand Gildan sebab dia suka kain Gildan. Dia kata lembut je. Tak lah panas sangat time konvoi nanti.
Yang ni pun grup konvoi gak ni. Design asal semua dia bagi. Pastu saya kena edit sikit kasi cantik & mudah nak cetak guna silkscreen printing.
Warna putih & merah memang naik kalau print atas baju hitam. Sesuai sangat kalau buat konvoi ni. Geng2 rider suka sangat baju hitam camni.
Depan merah kuning. Kalau dari jauh memang menyerlah.
Yang ni baju sulam logo depan & belakang print. Jauh baju ni terbang ni…sampai ke Sandakan, Sabah ni.
Kitaorang memang ada mesin sulam satu & kalau korang rasa nak buat logo sulam, memang dialu2kan.
Tapi logo sulam ni, harga mahal sikit sebab biasanya ikut bilangan stitches jugak.
Kalau logo tak banyak stitches, murah sikit. Apa2 pun..korang bagi je detail kat kitaorang dulu sebelum kitaorang boleh bagi harga tu ye.
Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Yang ni TShirt sukan. Rasanya untuk team futsal ni kot. Design depan tu customer ikut hampir sebijik dengan contoh design dalam katalog kitaorang.
Saya just edit balik je supaya sesuai dengan kehendak dia.
Belakang nama ramai2…so, boleh jadi kenangan seumur hidup baju ni nanti.
Lain kali bila dah berumur & dah ada keluarga masing2 pastu buat reunion lak, pakai lak baju ni (mana yang muat lagi)…konfem kenangan time main bola datang semula nanti…dok gitu?
Yang ni cetak kepala stormtroopers dari filem Star Wars. Yang ni kitaorang print 2 kaler ni.
Mula2 cetak putih 2 layer, pastu tindih merah untuk efek darah tu.
Memang sempoi.
Yang ni biasa je sebab 1 kaler print je. Pastu ada print kat lengan lagi. So..agak simple & kalau camni memang cepat jugak kami print. Tak sampai sejam jugak ni dari masukkan baju dalam papan meja sampai le siap sepenuhnya.
Cetak ni wife yang buat. Dia dah berpengalaman selama 8 tahun dah dengan printing ni. So..kalau camni memang agak mudah bagi dia.
Ada banyak lagi gambar sebenarnya…tak apa saya kongsi dalam next artikel ye.
Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Ok…rasanya setakat ni dulu.
Kalau korang nak order TShirt korang, ikut je step diatas & pastikan sediakan detail untuk saya bagi harga tu ye.
Katalog2 baju pun banyak kitaorang sediakan untuk korang. So…pilih je ikut suka korang.
Sampai jumpa lagi ye….baiiiiii…..
Posted on 03/02/2018, in Baju Company, Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Baju Konvoi and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, baju keluarga, baju murah, baju sukan, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak jersi, cetak t shirt, cetak t shirt muslimah, cetak tshirt, cetak tshirt kartun, cetak tshirt muslimah, contoh design baju kelas, print, print baju, print jersi, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, t shirt murah, tshirt cetak, tshirt group, tshirt kartun, tshirt keluarga, tshirt murah, tshirt muslimah, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0