Syukur & seronok betul bila customer gembira dengan cetak TShirt masing2….

 

Assalam & Salam Cetak Baju kepada semua,

Apa khabar you all diluar sana?

Terima kasih banyak2 le sebab sudi jenguk blog kami di http://www.mohcetakbaju.com ni ye.

Sebelum saya bercerita tentang kisah hari ni, saya nak maklumkan lagi sekali ni….

Cuti sekolah & hujung Tahun 2019 dah hampir sangat dah.

Ada kurang lebih 2 bulan je lagi…

So…pada korang yang sedang mencari2 TShirt untuk program korang, janganlah lengah & tunggu lagi sebab masa tak akan menunggu kita.

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

 

Kalau korang ada niat nak buat kenangan dengan TShirt…time ni lah yang paling elok sebenarnya sebab tahun depan mungkin kawan2 dah ramai berpecah.

Mungkin ada yang sambung belajar nnti & susah dah nak jumpa.

Mungkin ada yang berpindah…dah jarang2 boleh jumpa.

Mungkin ada yang nak kawin tahun depan…tak ada geng dah nak membawang atau membujang.

Tak macam2 lagi.

So…masa tengah bersama ramai2 camni le korang boleh buat kenangan dengan grup korang.

 

Kami ada sediakan macam2 jenis TShirt untuk korang tempah & korang sediakan je design nak print nanti.

Kalau korang tengok camane seronoknya customer2 kitaorang sebelum ni…camtu lah seronoknya kitaorang buat TShirt tu nanti.

Ada macam2 feedback yang kami terima & Alhamdulillah semuanya positif.

Bagi kitaorang…komen customer sangatlah penting sebab komen customer tu lah yang boleh jejaskan bisnes kitaorang & boleh bagi bad record kepada kitaorang.

Bila customer komen positif…kitaorang rasa seronok sangat sebab berjaya puaskan hati diaorang.

Tapi bila ada masalah timbul & customer bagi komen negatif….kitaorang dah start susah hati dah.

Sebab benda ni boleh jadi buah mulut dari sorang ke sorang.

Bila kitaorang buat TShirt & customer tak puas hati, nanti diaorang akan sebarkan kepada orang lain & ia akan jejaskan periuk nasi kitaorang nanti.

Tapi Alhamdulillah….setakat ini ( mulai 2010 lagi) hanya segelintir sahaja (dalam 2% dari 120K helai TShirt kitaorang siapkan) yang tak puashati dengan servis & produk kitaorang.

Dan yang tak puashati ni pulak…biasa kitaorang akan bagi sedikit diskaun atau apa2 offer yang boleh bagi lebih adil kepada diaorang.

Tak pernah sekali pun kitaorang abaikan yang komen negatif atau yang tak puashati tu.

Janji customer rasa terbela atau puashati & kitaorang expect diaorang akan order lagi selepas ni.

Itulah antara prinsip bisnes yang kitaorang pegang sejak dulu lagi.

Alhamdulillah….sehingga kini ramai yang ulang order dengan kitaorang walaupun dah bertahun2 berurusan.

Ada yang terus masukkan duit dalam akaun kitaorang tanpa beritahu.

Tahu2 dia nak order TShirt.

Ada satu kali tu, student dari Labuan, Sabah…bank in RM17,000 ke dalam akaun saya tanpa beritahu nak bank in (walaupun harga dah deal sebelum tu).

Kalau dapat kat penipu…habislah duit diaorang ni.

Selain daripada tu, kitaorang juga ada kongsikan pasal beberapa teknik cetakan seperti cetakan gold & halftone dalam artikel kitaorang pada hari ini.

Cuba baca apa customer ni kata….

Yang lawaknya….abang kakak yang kuat komplen pun suka baju yang diaorang pakai tu.

Alhamdulillah….kami yang tukang cetak baju ni pun tumpang seronok mendengarnya.

 

Yang ni tShirt untuk grup geng takut bini…hehehe.

Memang lawak betullah diaorang ni…..TShirt takut bini pun ada jugak.

Saya just print je. Tapi yang customer ni seronok sangat sebab ni kali ke 2 order dengan kitaorang.

Nak dijadikan cerita……mula2 tu macam tak sempat pos ke Penang (tempat dia) sebab hari tu nak pegi majlis kahwin kawan dia kat Batu Caves.

Last2 saya suggest tukar tempat pos ke Batu Caves….Alhamdulillah sempat pakai masa majlis kawin tu.

Seronok bukan main customer tu….saya pun tumpang seronok jugak.

Ada macam2 lagi style customer kitaorang seronok bila dapat baju tu tapi tak ingat dah kat nombor telefon mana.

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

 

Cam biasa…..apa cerita hari ni ye?

Ni hoodie brand Gildan ni. Mula2 tu customer bgtau ada kedai tak boleh print macam bahagian depan tu tapi saya kata ok je.

Dah lepas deal beberapa kali & setelah saya konfidenkan diaorang banyak kali, akhirnya diaorang setuju jugak nak order.

Memang puashati betul diaorang bila dapat baju tu.

Ni cetak warna gold bahagian depan & kat lengan.

Tapi ni bukan gold shining tp gold yang kami bancuhkan warna…last2 jadi warna seakan2 gold camtu.

Tapi warna dia still cantik & hampir macam gold.

Yang ni cetak tulisan jawi. Design asal customer yang bagi & diaorang scan guna komputer.

Lepas dah scan, diaorang emelkan ke emel kitaorang & last sekali ni lah hasilnya.

Depan letak logo stiker yang jenis high quality. Memang sempoi….

 

Yang ni satu lagi contoh TShirt cetak Gold yang kitaorang bancuh & bukan gold yang shining.

Actually…gold shining lagi mahal dari gold yang bancuh ni sebab gold bancuh ni guna dye biasa je.

Kalau gold yang shining tu kena guna serbuk khas untuk nampak shining…tu yang mahal sikit tu.

Macam baju atas ni…walaupun gold bancuh tapi kaler gold dia still menyerlah..habaq hang..

Yang ni pulak customer mintak print camni. Warna bendera Perancis…depan gambar eiffel tower.

Tak tahu lak kenapa print bendera Perancis ni…diaorang ada rombongan sekolah ke Perancis kot…

Fuhhh…hebat betul sekolah diaorang ni…

Satu lagi contoh TShirt cetak gold bancuh….belakang gold & depan putih.

Design asal ni customer dah bagi siap2 dalam Ai…senang sebab terus boleh print.

Tak payah nak mengada2 gi lukis balik pulak…jimat sikit masa.

 

Hahh….yang ni special sikit sebab cetka yang ni kitaorang guna teknik halftone.

Apa tu halftone? Halftone tu ialah teknik cetakan guna design asal & design dia kena tukar ke dot dot dot supaya kekal sebijik macam gambar asal.

Macam gambar atas ni….background kena buat putih..pastu gambar tengah tu gambar blok printing untuk cetak yang warna hitam teknik halftone tu.

Memang akan dapat sebijik macam design asal guna teknik ni.

Yang ni kitaorang bukan cetak atas baju ye…yang ni cetak atas beg galas.

Tulisan asal tu customer tulis atas kertas, diaorang scan pastu emelkan kat kitaorang.

Beg ni yang ada tali tu.

Cuma time nak print tu kena masukkan dalam papan jugak supaya design masa print tu naik & lebih cantik.

 

Oklah korang…setakat ni dulu lah cerita kami buat masa ni.

Bagi korang yang beria2 nak order TShirt dengan kitaorang…hasrat korang tu sangat2 lah dialu2kan…

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

 

# UNTUK PERHATIAN KORANG :

KAMI ADA SEDIAKAN MACAM2 SERVIS CETAK BAJU LAIN SEPERTI :

  1. CETAK SILKSCREEN PRINTING
  2. CETAK HEATPRESS (STICKER HIGH QUALITY)
  3. SULAMAN LOGO, NAMA & WORDING

KAMI JUGA SEDIAKAN PELBAGAI JENIS TSHIRT READYMADE UNTUK KORANG :

  1. BRAND ENZO
  2. BRAND GILDAN
  3. BRAND OREN SPORT
  4. BRAND 4SQUARE
  5. BRAND ARORASPORT
  6. BRAND RIGHTWAY

KAMI JUGA SEDIAKAN DESIGN2 TSHIRT YANG SIAP SEDIA UNTUK KORANG PILIH IAITU :

  1. DESIGN TSHIRT HARI KELUARGA
  2. DESIGN TSHIRT KELAS
  3. DESIGN TSHIRT REWANG/KAHWIN/BEKWOH

SEMUANYA READY & SEDIA UNTUK KORANG ORDER…

So…jumpa lagi dilain siaran…baaaiiiii…

Abg Nik & Kak Salina

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 25/10/2019, in Baju Company, Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju jersi, Baju Kelas, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: