Category Archives: Baju Company

Pelbagai jenis baju company

Lagi cerita pasal tshirt kawin ngan tshirt group…..

Hai,

Pekabo? Masih mencari tempat untuk cetak baju ke? Buat apa susah-payah cari & terus mencari sedangkan sini pun boleh buatkan. Cuba u all pikir. Kalau buat kat luar, kena bayar harga baju ngan printing jer. Tak payah pikir pasal kos pos le..kos membungkus le…kos itu ngan kos ini le..

Sama gak macam servis yang kitaorang bagi ni. Cuma bayar harga baju ngan printing jer. Kos pos tak payah pikir dah sebab semuanya kitaorang tanggung. Macam ada sorang Cikgi kat Dungun. Dah 2 kali ode ngan kitaorang. Dua2 takyah bayar kos pos. Semua ditanggung beres.

Macam yang saya citer sebelum ni, antara sebab saya bagi kos pos free ni sebab saya nak customer tengok website saya lain dari yang lain. Orang lain semua letak kos pos…saya punya tak payah fikir pun tentang tu. Kalau lepas ni ada yang buat kos pos free jugak, mungkin saya kena tambah lagi strategi lain le pulak kot. Tapi setakat ni kos pos masih lagi free, kosong, yillek, nehi, inspektor sahab he…

Baru2 ni adik kat kampung ada order baju kawin 50 lai…walaupun adik sendiri pun, kos pos tetap free. Tp baju tu sebenarnya bukan untuk dia pun, untuk sepupu orang rumahnya. Kos posnya boleh tahan jugak tapi apa boleh buat, dah janji free. Free le kena bagi. Cer tengok gambar2 baju tu kat bawah ni….

cetak tshirt orang kawin

Ni design bahagian belakang ni. Nak tahu apa benda “Bekwoh” tu? Mengikut terjemahan bahasa sanskrit utara bilangan 7 kali 8, Dewan Makan Asrama Putera…”Bekwoh” bermakna “Big Work” iaitu “Kerja besar”. Maknanya kenduri kawin le tu. Orang pantai timur memang canggih gak bab2 bahasa ni.

Ni lagi antara design2 yang kitaorang sempat “catch the picture” :

t shirt kahwin

tshirt kahwin

t shirt kahwin

Yang sebenarnya ada lagi gambar design kat bahagian depan. Dia buat kat bahagian dada kiri, gambar love tapi lupa nak ambik gambar. Baju dah pos dah…aisey! lupa le.

Design ni diaorang bagi jenis tulisan & kitaorang buatkan gambar orang tu. Yang lain tu, saya touch up skit2 le.

Yang kat bawah ni lak, baju untuk geng Photographer. Diaorang buat untuk 1 group. Design diaorang sendiri yang buat. Tak ada adjust apa2 pun. Terus jer print atas blok. Ni gambar nya…

cetak t shirt group

Diaorang buat ari tu dalam 10 lai. Rasanya le kot. Sebahagian berkolar & sebahagian roundneck. Ni lagi gambar baju tu…

cetak tshirt groupt shirt grouptshirt cetak

cetak tshirt

Kalau baju hitam, biasanya saya buat design kaler putih. Nanti naik menyerlah skit. Kalau tak buat putih, saya buat kelabu. Kelabu pun naik gak warna dia. Semua tshirt ni saya dah pos siap kat diaorang. Kalau nak buat fotografi, boleh panggil diaorang ni. Nombor telefon ada kat baju kat atas tadi.

So….takat ni dulu hari ni. Lepas ni saya citer pasal tempahan paling mencabar yang saya pernah buat lak. Camane tak mencabar…saya kena buat 7 blok untuk 7 kaler. 5 blok saiz A3 & 2 saiz A4. Pastu pulak nak asingkan warna ambik masa 2 hari..tapi berbaloi le dengan harganya. Tunggu citer saya lepas ni ye.

Cam biasa…kalau nak tempah baju..jangan segan, jangan silu. Call, sms atau emel kitaorang. Insya Allah! korang akan berpuashati ngan servis kitaorang nnti.

Ok…see you next time. Bai….

Baju Family Day En.Syed Abd Rahim dan Baju Catering Restoran Murni….siaaaaap!!!

Assalamualaikum & Salam Cetak Baju buat rakan2 semua,

Ni nak citer skit…..akhir2 tahun ni alhamdulillah, rezeki melimpah ruah masuk.

Ada yang nak baju kawin, baju kelas, baju geng, baju family day, baju restoran……huh!seronok jugak bila dapat tempahan tak henti2 ni.

Cuma ari ni nak kongsi ngan korang baju Family Day En.Syed Abd Rahim ngan Baju Restoran Murni yang kitaorang siapkan sebelum ni.

Baju Family Day tu tak banyak. Dalam 9 lai jer. Diaorang mintak saya buatkan design….yang simple2 aja katanya. So, saya perah skit idea saya tak seberapa ni, timbul le idea seperti design baju kat bawah ni.

cetak t shirt

Oleh sebab yang empunya baju kata ikut sukalah nak buat design camanepun baju tu, so senang skit le kerja saya. Gambar orang tu search kat Google Image. Dapat yang gambar orang happy skit terus saya angkat buat design. Ni bahagian belakang ni.

Tulisan tu saya dah memang dah ada jenis tu. Kalau korang nak tengok, cer tengok kat page “Jenis Tulisan” kat atas nun. Macam2 jenis tulisan ada. Kebanyakannya memang tak ada dalam Microsoft Word biasa. Saya beli dalam Internet tulisan2 tu….so, skang ni saya ada dalam 10,000++ jenis tulisan yang saya boleh buat.

Tapi kalau korang nak tengok sendiri jenis2 tulisan tu, korang masuk website www.1001freefonts.com. Kat sini pun banyak jenis tulisan kalau korang berminat.

Gambar atas tu bahagian belakang, bahagian depan dia nak jenis lain lak. Cer tengok gambar kat bawah ni.

cetak t shirt

Siap ada gambar Harimau Malaya lagi tu…..ada 9 lai semuanya. 1 lai baju budak kecik. So, saya ambik yg saiz 28 le. Itu je yang paling kecik.

Semua cetakan ni kitaorang ambik masa tak sampai 1 jam pun. Kalau sikit cepat le siapnya.

Kalau you all nak bukti tempahan cik adik ni, tengok maklumat yang dia berikan kat bawah ni. Nak konfiden lagi, boleh emel terus kat dia seperti kat bawah ni. Dia duduk KL. Saya dah pos hari ini guna Kangaroo. Tak yah bayar kos pos pun sebab saya dah janji KOS POS FREE. Cer tanya dia kalau nak tahu.

Nama: Ija
Alamat Emel: sharifah.nurhasliza@gmail.com
Alamat nak hantar barang: –
No.Telefon: 012-325xxxx
Cara Bayaran: Maybank
Tarikh dan no.rujukan bayaran: 2/12/11 10.54pm saya transfer kat atm tadi
Amaun Bayaran: RM 100
Ada nak bagitahu apa2 tak?: Nanti dah siap and nak pos bagitau saya. Pos cepat2 tau. Saya nak pakai 9/12/11, harap sebelum khamis boleh sampai. Terima Kasih.

Time: Friday December 2, 2011 at 3:50 pm
IP Address: 113.210.103.178
Contact Form URL: https://mohcetakbaju.com/cara-bayaran/
Sent by an unverified visitor to your site.

Ini komen dia, tanpa suntingan : saya order dengan nik kejap je siap. alhamdulillah. sebab saya nak cepat, tempah pulak dah agak lewat, takut juga takde org nak ambik tempahan tapi alhamdulillah sgt sebab nik sudi ambik dan mampu siapkan dalam masa yg singkat. mmg tak sangka sgt. saya happy lahsebab satu family dapat pakai baju sama waktu family day nanti. tq nik and wife. insyaAllah ija akan promote kat kwn2 dan family. keep up the good work!

Satu lagi akak kat bawah ni order untuk restoran dia tapi bukan guna online sebab kedai dia kat area rumah saya jer.

Akak ni nak buat tshirt untuk staf dia. Kata dia nak prepare untuk catering. Tu yang letak no.hp skali tu. Senang orang nak tempah katanya. Ni hah bajunya….

cetak t shirt

Ni baju bos ni. Bos nak baju hitam….gempak skit. Anak buah baju warna merah cam bawah ni.

cetak tshirt
cetak tshirt

Kat depan ada tulis crew. Nampak skit mana anak buah, mana bapak buah..heheheh.

So, kat bawah ni saya rangkumkan skali semua tshirt yg kitaorang dah buat untuk tatapan korang semua.

So…cam biasa. Kalau sesape yang berminat nak tempah t shirt untuk aaaaaapa saje aktiviti korang, jangan segan silu bagitahu kitaorang. Kalau nak survey harga dulu, klik page “Nak tahu harga tak?” kat atas nun, pastu isi jer maklumat kat situ.

Kalau nak cakap ngan kitaorang pun dialu2kan jugak. Call atau sms kitaorang kat 0192254028 atau 0193643692.

ok..jumpa lagi! baiiiii…..

Masalah cetak tshirt korang selesai dengan kami sebab….

Hai,

Jumpa lagi geng. Apa kabor semua? Sihat2 le selalu hendaknya. Nak bagitahu jer, semalam saya join Seminar MarketingPower Dr.Azizan kat KL 3 hari berturut2. Memang gile punya maklumat pasal marketing saya belajar kat situ. Yang paaaaaling hebat saya belajar kat situ ialah “What U give U get back”..kalau dalam bahasa Jawanya, apa yang u bagi u akan dapat balik. Kalau kita tolong org, Insya Allah, Allah akan bantu kita dalam apa cara sekalipun.

Tu le yang saya praktikkan dalam bisnes cetak baju ni. Saya dah selesaikan masalah sesiapa sahaja kat luar sana nak dapatkan tshirt bercetak dengan harga murah, pastu lagi KOS POS tak payah fikir sebab free. Rasanya org gila pun tak bagi KOS POS free cam saya.

Walaupun nampak macam rugi jer tapi rasanya berbaloi sebab saya dah bantu ramai org kat luar sana nak beli baju tshirt group korang. Amacam? Ada berani…?

Nanti dalam masa terdekat saya nak buat kupon diskaun lak. Tunggu le ye. Kebelakangan ni cebukk skit. Nak update cerita pun tak sempat.

Berbalik pada kos pos tu…saya gerenti ramai yg kat luar sana pening time nak order baju sebab kena tanggung kos pos kan. Tu le yang saya cuba elakkan tu. Kalau korang order ngan saya, kos pos tak yah pikir dah. Semua saya tanggung. Terus-terang saya cakap yg hrga baju pun saya tak tambah untuk cover kos pos. Harga baju dengan cetak tu yang paling reasonable saya boleh bagi…(bisnes nak untung jugak…heheeh!)

So, jgn pikir panjang lagi. Kalau ada website lain yang buat offer yg sama, terpulang pada u all. Saya hanya ingin membantu…..

Ok, cam biasa…tengok skit apa citer pasal cetak tshirt hari ni.

Hahhh…hari ni nak citer pasal akak jual gorang pisang kat Kg.Gajah, Perak ni. Jual goreng pisang jer tapi pemikiran akak ni memang ke depan. Baju pun nak kena seragam. Cuba tengok kat bawah ni…

Nanti nak ambik gambar akak ni live le. Biar real skit. Goreng pisang pun ada baju bercetak….heheheh. Suspek le kak.

Ok, cam biasa…kalau korang nak ambil peluang nak kos pos free, jangan segan, jangan malu…kontek ataupun sms kitaorang seperti nombor hp kat atas nun.

Kalau nak tahu bajet korang lak, isi jer borang seperti page kat atas nun.

Jumpa lagi…baibai..titi…tutu…..

Baju Badan Kebajikan Felcra Fasa 8

Hai…..jumpa lagi. Kali ni aku nak kongsi ngan korang baju badan kebajikan kat tempat aku.

Baju ni tak ada sepesel sangat tapi memang simple giller. Walau camanepun, tima kasih kat isteri aku sebab dia yang buat printing ni. Aku yang pegi kursus, dia lagi terer dari aku…cit!

Tak silap aku ada 12 lai semua sekali diaorang tempah. Rasanya dalam 1/2 hari je siap ni sebab 1 kaler jer.

Kat bawah ni ada lagi contoh baju kalau korang nak tengok.

Tak yah citer panjang le. nanti boring sebab design simple jer.

Ok le….sbelum terlambat aku nak ucap Selamat Berpuasa kat semua. Semoga kita semua beroleh pahala yang berlipat kali ganda dariNya…Insya Allah!

Cam biasa…kalau nak order T Shirt bercetak jangan lupa klik kat atas kat hubungi kami ataupun call terus aku…Nik (0192254028) ataupun Salina (0193643692).

Adios…..amigos!!!