Blog Archives
Cetak T Shirt….Cetak T Shirt…….Cetak T Shirt……..dan lagi…dan lagi…dan…
Hai….jumpa lagi. Masih beraye ke? Tak abih2 lagi beraye. Almaklum le pose sebulan. Raye pun sebulan le.
Cam biase, aku nak kongsi ngan korang baju yang kitaorang dah buat sebelum2 ni. Bukan apa, nak bagi korang konfiden yang kami ni memang buat t shirt bercetak. Bukan saje2 citer je.
Sebelum tu, korang tengok le dulu model cilik kitaorang ni. Upah singgit sorang je. Buat beli aiskem wak kat blakang rumah nun..hehehe.
Ok….hari ni aku nak kongsi baju t shirt kartun elmo yang dah ditempah sebelum ni. Kartun elmo ni ambik dalam internet je. Pastu sendiri buat blok. Senang je.
Ini le bajunya. Buat depan jer. Hidung tu sepatutnya kuning tapi ini tengah jemur ni. Mula2 buat putih. Pastu tindih hitam & tindih kuning.
Aisey…..lupa nak ambik gambar yang dah siap. Kalau ada sape2 nak order, cam biasa kontek je nombor telepon kat atas nun. Kami sedia menghantar ke serata Malaysia dengan harga orang kampung….murah dari biasa. Al maklumlah buat kedai tepi rumah jer. Sewa pun tak payah bayar…
Ni ada satu lagi set baju yang kitaorang dah siap buat. Kalau korang nak baju yang berkualiti dengan harga yang agak murah dari pasaran biasa, korang boleh cuba tempah ngan aku.
Kat atas ni lagi baju yang dah siap buat. Kalau betul2 banyak jugak order diaorang tapi sempat ambik gambar skit termasuk le gambar model cilik kat atas tu. Bila masa dia datang menyelit tak tahu le.
Semua baju kat atas ni dalam lingkungan RM25 ke bawah. Harga student tu. Kat tempat lain tak tahu le teman berape hargenya. Tempahan ni kitaorang buat kejap je sebab design dia simple je. Kalau tak silap, tak satu hari buat ni rasanya.
Ok le…..kalau berkenan nak order, call atau sms kitaorang. Kami akan layan anda semua sebaik mungkin, Insya Allah!….jumpa lagii….
Bukan susah tempah T Shirt online sebenarnya…
Hai,
Jumpa lagi. Hari ni dah masuk 15 hari kita raya. Masih terasa lagi angin-angin raya. Puasa 6 pun belum abis lagi. Tinggal 3 hari je lagi. Liat le pulak nak habiskan puasa tuh….heheheh. Tapi kalau dalam bulan puasa tu rilek je puasa. Syaitan kot.
Tapi apa2 pun hari ni nak kongsi je tentang nak tempah T Shirt secara online. Mungkin ada yang rasa susah sebab duk jauh kot. Apa susah…..cuba follow step mudah kat bawah ni, mesti boleh punyaaaaa :
1. Klik pada ikon “Katalog Baju” kat link kat atas nun.
2. Pastu klik website supplier baju pilihan anda.
3. Pilih kod baju pilihan anda. Kalau nak detail, emel kat saya kod2 baju pilihan kat emel saya di adminkomisen@gmail.com kalau nak tahu harga. Cuma nak bagitahu, baju kosong paling mahal ialah RM29.00 tak termasuk printing. Biasanya harga tu harga kampung. Kalau harga bandar lagi mahal.
4. Kalau dah setuju dengan harga & design baju. Emelkan kat saya saiz baju yang u all nak & design yang nak masuk dalam baju tu. Nanti saya bagi harga penuh lepas tu.
5. Kalau setuju, bank in skit deposit untuk confirmation.Kalau tak jadi, rugilah I.
6. Pastu tunggu saya siapkan dalam masa 2 minggu.
Senang kan…kalau pikir susah, susah le jawabnya. Kalau yang dekat2 boleh datang terus kat kedai saya. Lagiiiiii le senang.
Hari ni nak kongsi skit, baju yang saya rasa cantik jugak le design dia.
Baju ni untuk kumpulan nasyid Shoutul Imtiyaz, Sekolah kat Kg Gajah.
Kalau nak order baju, jangan lupa kontek I atau wife I seperti kat atas nuuuuuun.
Baju ni warna-warni dia punya design. Bangga jugak le dapat buat baju ni. Cantiiiikkk wooo….
Rasa cam kembang je hidung bila dah siap baju tu…hehehehe.
Ok le….see you all soon. Bye….
Baju T Shirt Kartun Sempoi.
Hai..jumpa lagi. Hari ni aku nak kongsi dengan korang satu T Shirt favourite aku. Ada mamat ni sorang mintak aku buat t shirt ni untuk sekolah dia. Buat saje2 je. Untuk santai2. Tak ada function apa pun.
Kartun dia buat sendiri. Keje aku touch up mana yang kurang pastu buat blok. Cantik jugak…..heheheh. Angkat bakul.
Aku ada jugak buat selai. Buat sampel plus pakai untuk pegi jalan2. Bijok jugak brader ni.
Kat bawah ni ada lagi contoh gambar baju tuh.
Baju ni aku jual around RM25 untuk lengan panjang & RM23 untuk lengan pendek. Baju jenis cotton warna hitam. Memang sempoi gillerrr……
Cam biasa, sape nak order klik je hubungi kami kat atas nuuun ataupun call terus Nik di 0192254028. Malu nak cakap dengan I, U call je my wife Salina 0193643692. Insya Allah! akan dilayan cam putera or puteri. Kui…kui…kui.
Jumpa lagi..tata…titi…tutu…..
Baju Kelas Putera Perak
Ni baju kelas yang sedang dijemur untuk dikeringkan…..lepas tu lipat masuk plastik.
Ni satu lagi baju kelas yang budak2 ni tempah. Baju dia sama cam baju Kelas 4 Khawarizmi tadi. Kalau tengok kat gambar kat atas ni ada 5 ke 6 design tapi tak banyak warna. Hitam putih jer.
Ini saya letak harga dalam RM27 sebab banyak design. Tapi kalau lagi banyak lai, lagi murah sebab 1 blok design buleh guna banyak baju.
Kalau tak ada masalah, dalam masa 2 ke 3 hari boleh siap dah. Kalau nak cepat 1 hari boleh siap, tapi kualiti dia tak tahu lagi le. Baik siap lambat skit puashati daripada siap cepat tapi ntah hape2.
Ni ha…ada lagi design baju tu….
Cam biasa, kalau nak order baju kelas korang, klik je kat sini di hubungi kami kalau nak detail camane nak order baju2 korang tu. Harga student mesti spesial daripada harga biasa.
Baju Pra U
Ini pun baju kelas budak2 jugak tapi ini untuk budak form 6 ni. Elok jugak buat baju camni. Ada le motivasi skit nak masuk U nanti. Yang kat atas ni design baju bahagian depan. Design guna 2 warna ni. Hijau ngan putih.
Base pakai putih supaya nampak design tu menyerlah skit.
Baju ni brand Enzo ni. Kain cotton, lengan panjang. Harga sekitar RM25 siap print depan belakang.
Inipun harga spesial ni….cuba cari kat luar ataupun kat KL. Rasanya mau RM30 ke atas kot.
Kat bawah ni ada lagi design baju Pra U kalau nak tengok…
Ni bahagian depan…sori blur skit gambar. Ambik guna handphone cikai ni.
Ni bahagian belakang lak….tulisan tu diaorang tulis PRA U pastu kat bawah lak nama sekolah, warna putih.
Terima kasih pada Wan, Form 6 yang tolong buat design ni. Tapi bijok jugak le budak2 Pra U ni sebab diaorang buat design asal.
Apa2 pun, kalau ada sape2 nak order, klik je kat sini di hubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut.
Adios labistos….bai!
Baju Kelas Form 3
Ni baju Kelas 4 Khawarizmi Sekolah kat Chenderong Balai, Perak. Design semua diaorang buat. Mula2 tu diaorang nak penuh line2 kat bawah tu…alah!ala2 jersi Malaysia gitu tapi tak cantik sebab nampak crowded.
Rasanya ok le ni…lagipun diaorang tak kisah punya. Yang penting, bbaeekk punya!
Ini maklumat skit tentang baju ni :
Brand baju – Oren sport (antara brand yg banyak diguna oleh peniaga cetak baju macam I)
Jenis baju – Cotton single jersey (nama jer jersi tapi kain cam cotton)
Warna baju – Royal blue/Black.
Warna design pada baju – putih semua.
Kalau design 1 warna ni senang skit. Tak perlu tindih2 warna. Kalau banyak warna mahal skit sebab kena buat 2,3 blok.
Aisey! sori..harga kalau tak silap hari tu saya letak RM24 ke RM25. Lupa le..tapi budak2 sekolah saya bagi harga spesial. Kesian, diaorang mana ada duit banyak2. Kalau dah keje tu lain le.
Bawah ni ada lagi tambahan design baju tu.
Ini design dari belakang…siap nama cikgu lagi.
Ni bahagian depan…simple & sempoi.
Kalau ada yang berminat nak order baju kelas dengan harga spesial untuk student, call saya terus di 0192254028 (Nik) ataupun bos saya, Salina di 0193643692 atau datang terus ke kedai kami. Cek alamat & peta kedai kami kalau nak detail.
Ok…next please…
MOH KITE CETAK BAJU!!!!
Hai!!!! Pekabo semua. Heeheh..Selamat Datang ke Blog mohcetakbaju.com.
Hari ni 25/07/2011..tercatat satu sejarah di negeri Perak. Aku dah ada blog sendiri.Bangga giler…..ini le kali pertama aku ada blog sendiri. Blog ni penting untuk sape2 di seluruh Malaysia yang nak order baju bercetak dengan harga kampung. Bayangkanlah kalau kat KL diaorang jual TShirt siap cetak boleh sampai RM40. Aku jual RM30 jer. Kalau jaket bersulam, diaorang jual RM70, aku jual RM60 jer. Murah giller….almaklumlah, aku tak payah bayar sewa kedai. Buat pun kat rumah jer. Tapi buat kat rumah pun, aku rasastart bulan 10 tahun lepas aku buat rasanya mau 1000 lai dah kot baju buat org tempah.
Kalau you all nak tengok sendiri baju2 yang aku dah buat tu, boleh tengok sendiri kat sini.
Picture shows thousands words beb….
- Cetak T Shirt
Ini baru sikit.Ada banyak lagi baju2 bercetak akan menyusul. Nantikannya……
Apa2 hal pun sape2 yang berminat nak order baju bercetak dengan mohcetakbaju.com, u all bleh trus emel ke adminkomisen@gmail.com ataupun call trus gue, Nik di 0192254028 ataupun isteri tercinta gue merangkap CEO syarikat printing gue di 019-3643692.
Heeehehe..ingat ini baru permulaan. Nantikan macam2 ada dalam blog hebat gua ni…adios!!!
















































