Monthly Archives: March 2014
Baju 4Square untuk korang yang ingin bajet rendah!
Hai korang,
Semalam saya baru balik dari bercuti & rasa macam bercampur2 perasaan sebab ada rasa seronok & ada rasa risau.
Seronok sebab dapat jumpa bonda & ayahanda tercinta. bila balik kampung ni, hati rasa tenang je bila lihat wajah mak ayah kita. Pastu, bangga lah jugak sebab dapat lagi berbakti dengan diaorang selagi nyawa mereka masih ada ni.
Bagi saya, rezeki yang melimpah ruah ni pun hasil dari usaha kitaorang berbakti kepada mak ayah semasa diaorang masih hidup ni. Saya selalu mintak mak terutamanya untuk kami sekeluarga murah rezeki & hasilnya, rezeki yang melimpah ruah sehingga kini, Alhamdulillah.
Risau lak ada 2. Satunya, risau yang tak habis2 tentang MH370. Mana le pergi kapalterbang ni ye. Doa le korang. Kalau kita duduk kat tempat penumpang tu, baru le kita tahu macamana perasaan sebenarnya situasi yang diaorang hadapi tu.
Risau keduanya ialah tentang order yang menimbun menunggu lepas balik kampung ni. Harap2 dapat le disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan ye.
Ok…hari ni saya tak nak bercakap panjang. Cuma nak bagitau semula yang design I AM NIKON(Nikon ganti nama masing2) masing lagi menjadi design yang popular sekarang ni. Kalau korang nak order, emelkan kat emel saya di adminkomisen@gmail.com ye.
Ok…selain daripada tu, nak bagitau jugak ni, brand 4square ada offer baju lengan panjang & lengan pendek untuk korang. Dewasa ada & kanak2 pun ada. Cer tengok gambar bawah ni.
Ni baju lengan pendek.. Lengan panjang lak….
Lengan panjang 4square ni ada 2 jenis – roundneck & V Neck.
Nak tahu harga baju ni, klik kat page Katalog 4Square.
Kanak2 4square pun ada.
Harga pun boleh tengok kat page Katalog 4Square.
Ok….pada korang yang nak buat tshirt untuk apa sahaja aktiviti korang tapi nak bajet rendah, korang boleh pilih baju brand 4Square ni.
Kualiti baju ni walaupun murah tapi boleh menyamai Oren Sport atau Gildan.
Saya pun suka print baju 4Square ni sebab mudah nak print & tak mudah kembang kalau basuh banyak kali.
So, kalau korang rasa nak order baju ni, emelkan detail tempahan & design nak print tu kat emel saya di adminkomisen@gmail.com atau call kami di 0192254028 (Nik) / 0193643692 (Salina), SMS atau Whatsapp. Terpulang pada korang.
Ok….hari ni saya tak kongsi cerita printing ngan korang sebab agak sibuk skit. Baru balik dari kampung. Lain kali le ye.
Jumpa lagi…baaiiiii……
Design tshirt paling POPULAR sekarang ni……
Hai, Hai & hai…..Salam cetak baju semua,
Sehingga artikel ni ditulis, order & tempahan baju masih lagi non stop ke inbox saya. Alhamdulillah….syukur sangat tapi nak bagitahu awal2 ni..kalau ada sape2 yang nak dalam masa terdekat iaitu kurang dari seminggu lepas dapat deposit, saya tak dapat ambik sebab yang menunggu pun dah menimbun dah sebenarnya ni. Semuanya nak urgent. Biasanya saya dapat siapkan dalam 2 minggu ke atas lepas dapat deposit ye.
Pastu, nak bgtau jugak….saya terima order 5 lai ke atas je ye. Dilulangi…….5 lai ke atas je sebab saya takut yang sikit ni terlepas pandang. Bukannya sombong, tak nak ambik tapi memang pernah jadi, kuantiti yang sikit akan terlepas pandang. Kesian nnti.
Ok….hari ni, saya nak kongsi ngan korang antara tshirt2 yang menjadi PILIHAN ramai customer kebelakangan ni.
Salah satunya, tshirt yang ada tulis I AM NIKON tapi NIKON tu tukar dengan nama sorang2. Ramai betul bertanya…contohnya macam baju ni…
Suka tak? Ramai betul yang berminat nak order baju camni. So, korang yang nak order pun boleh gak.
Saya terima 5 lai ke atas je. So, kalau nak order & nak tahu harga, PM saya kat emel saya di adminkomisen@gmail.com.
Yang biasa order ngan saya, biasanya student2 yang nak jual balik. Samada diaorang jual kat Facebook dll.
Selain daripada design atas ni, yang I LOVE pun banyak gak saya terima. Biasanya yang I LOVE ni, diaorang order dalam kuantiti yang besar sehingga ke 400 – 500 lai. Baru2 ni pun dalam beberapa ribu lai saya siapkan untuk baju I LOVE tu saje. Contohnya, macam kat bawah ni……
Saya guna tshirt brand 4square sebab walaupun harganya agak murah tapi kualiti baju tu menyamai baju Gildan & saya suka print atas baju ni sebab kain dia cantik & licin masa nak print. Beza skit dengan Oren Sport.
Yang ni pun, kalau sape2 nak order atau nak tahu harga, PM saya kat emel saya di adminkomisen@gmail.com sebab harga tshirt siap print bergantung pada kuantiti tempahan.
Selain dari tu, tshirt dengan cetakan GEEK, SWAG, SICK, CHILL dll pun banyak saya terima. Contohnya cam gini….
Memang bertimbun2 pelanggan order baju camni. Ni hanyalah sebahagian sahaja sebab banyak gak tempahan yang saya tak sempat nak ambik gambar.
Harga baju ni pun bergantung pada kuantiti tempahan untuk selai siap print.
Selain daripada tu, tshirt untuk artis KPop & Running Man. Tak menang tangan kitaorang dapat order baju camtu.
Zaman FB sekarang ni, budak2 dah pandai buat bisnes sebab kebanyakan yang order dengan saya, semuanya untuk dijual balik.
Bagus le camtu, boleh cari side income skit tanpa susahkan mak ayah, betul tak?
Tshirt Kpop yang kitaorang dapat baru2 ni macam kat bawah ni….
Ini le antara baju2 yang saya buat baru2 ni. Terpulang pada korang sendiri. Design2 ni ada antara yang diaorang ambik dari Internet & ada yang diaorang buat sendiri kat Customink.com.
Semua tshirt2 kat atas ni adalah antara yang paling GLAMER & POPULAR yang diaorang tempah kat kitaorang sekarang. Kalau korang nak jugak, jangan lupa emelkan detail termasuk design nak print tu ke emel saya di adminkomisen@gmail.com ye.
Selain daripada tempahan diatas, ni ada lagi design2 yang saya nak kongsikan ngan korang hari ni. Design sama macam I AM NIKON tu tapi lain skit…ada I AM jugak…cer tengok kat bawah ni….
Pastu, ada gak yang order HOODIE dari brand Gildan.
Tshirt yang jugak dapat banyak tempahan dari customer iaitu tshirt Family Day…..
Semua design ni customer buat dalam Customink.com.
Ni lak tshirt fitness. Customer ni guna untuk perasmian training centre diaorang ni.
Last sekali, tshirt putih biasa je tapi kaler kartun ni cantik betul. Saya suka….
Simple je design dia. Memang seronok kalau bila print menjadi & customer puji…Alhamdulillah.
Oklah ye….banyak gak gambar baju yang sempat saya upload hari ni. Sibuk gak sebenarnya sekarang ni. So, pada korang yang nak order baju, ingat ni :
1. Isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun & emelkan sekali design nak print ye.
2. Emelkan terus detail nak order & design ke emel saya di adminkomisen@gmail.com.
3. Hantar SMS atau Whatsapp ke Nik – 0192254028 atau Salina – 0193643692.
4. Atau ; call terus kitaorang kalau nak dengar suara kitaorang ye.
So, sampai jumpa lagi korang…baiiiii…..












































