Cetak TShirt sekarang vs cetak TShirt dulu2………

Hai korang,

Jumpa lagi kita dalam blog yang sentiasa menceritakan tentang cetak TShirt untuk apa sahaja aktiviti anda dimana sahaja anda berada.

Tadi masa saya duk tengok album2 lama, tiba2 teringat balik macamana kitaorang start buat bisnes TShirt ni 7 tahun lepas.

Time tu bukan macam sekarang ni sebab sekarang dah ada meja printing KHAS. Ok sikit.

Dulu..masa mula2 buat bisnes cetak TShirt ni, ada jugak print baju atas lantai. Tak sempat nak ambik gambar time tu. Tertonggeng2 nak print selai baju. Pastu malam kena urut sebab sakit pinggang.

Hari ni saya nak kongsi sikit ngan korang TShirt2 & bagaimana cara kitaorang cetak TShirt tu walaupun tempat terhad.

Sebelum tu…cuba korang tengok antara TShirt yang bagi saya agak kreatif hasil tangan customer2 kitaorang. Baju2 ni hasil printing kitaorang masa mula2 masuk dalam bisnes cetak baju ni.

 

Ni antara gambar TShirt dulu2 sebelum kitaorang ada meja printing KHAS tu. Masa ni wife yang buat full time tapi saya kerja kerajaan lagi masa ni.

Kira2 sebelum tahun 2015 ni. Tu yang jemur ikut dan je tu.

Kalau korang nak tahu…baaaaanyak betul beza cetak baju dulu2 & sekarang. Nak tahu tak?

 

Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

 

Antara beza cetak TShirt dulu2 & sekarang ialah :

Dulu…..jemur baju main ikut dan je mana2 sempat & muat. Ada atas katil, ada kat luar rumah, ada atas meja, atas lantai dll.

  1. Ni jemur atas meja printing. Time ni ruang printing kecik lagi. Sebelah dinding tu belum pecah lagi. Tahun 2013 baru start besarkan kedai tu. 

     

     

Alahai…segan lak nak tunjuk. Time ni keringkan atas katil tidur dalam rumah je. Masa 2011 ni printing atas meja makan lagi. So…sebab desperate sangat tak ada tempat nak jemur, mintak kebenaran mak mertua jemur atas katil time tu.

Mak mertua cakap….no problem menantuku, janji bawak masyuk duit, mak setuju je nak…..hehehe. Sib baik mak mertua tak baca blog ni….hehehe.

Ni jemur atas meja makan. Masa printing tu memang cari masa bukan tengah makan.

Kalau nak makan kitaorang printing jugak, mau kena halau dari rumah. Jadi si tanggang nanti…hehehe. Tak pasal2 kami jadi batu atau peti ais nanti…

Free2 je dapat jadi anak derhaka…..tak ke haru biru tu.

Tshirt Kartun

Yang ni satu lagi baju yang kitaorang terpaksa jemur atas katil. Kalau jemur kat luar, takut kena curi nanti. Baik tumpang katil mak je…nasib baik mak sporting. Tq bonda.

 

Dulu printing guna papan yang dimasukkan dalam baju sehelai2.

Bila dah masuk papan, baru saya letak atas meja untuk dicetak.

Cam gambar bawah ni….

Tshirt Kartun

Cuba tengok dalam baju tu ada papan kan?

Camtu lah kami belajar printing dulu. Masukkan satu2 papan dalam baju, pastu letak atas meja untuk printing.

Bila dah masukkan papan, pastu kami start print macam atas ni.

Masa ni tempahan tak sebanyak sekarang. So..setakat 2 lai sekali cetak masih mampu buat lagi.

Tapi sekarang kalau order 2 ke 3 ribu lai sebulan, kalau masih guna cara camni, mau tak sempat nak gi kencing kot.

Mak mertua pun makan atas lantai je sebab meja makan dah jadi meja printing utama…..hehehe.

Time ni kalau guna jugak meja makan, baru le jadi Si Tanggang nanti….hehehe.

Last2 kena buat gak kedai tepi rumah.

Apa yang termenung tu dik? Macam pandai sangat duk depan komputer. Main game le tu.

Orang sibuk printing dia main game. Tengok tempat kami printing dulu, dah macam dilanggar todak je…. 🙂

Ni lah rupanya kedai yang kitaorang bina pada 2013 sebab dah tak tahan banyak sangat order masuk, sampai dah tak cukup tempat nak print.

Alhamdulillah….akhirnya siap le cam gambar bawah ni..

Opppsss….sori…silap gambar.

Cam bawah ni ye….

So…bila dah ada meja camni & ruang lebih besar, senang le kitaorang nak siapkan order dengan kuantiti yang lebih besar.

Kalau tak…jenuh le menunggu, bila nak siap baju. Time tidur pun kena printing jugak kot sebab dah terdesak sangat tak ada tempat nak print kan…

Alhamdulillah…memang melimpah ruah rezeki kami dengan sokongan korang semua.

Apa yang saya nak kongsikan ni, bagaimana saya bermula dari bawah & dari susah.

Apa sahaja yang kita buat, kalau kita start dari susah…In Sha Allah bila kita dah senang & kita susah balik. Mudah untuk kita naik balik nanti.

So..pada korang yang tak sabar2 nak dapatkan TShirt grup korang cam yang kami pernah buat sebelum ni, follow je step bawah ni….

Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Ok..nanti saya cerita lak camane kitaorang besarkan lagi bisnes kitaorang dari satu bengkel ke 2 bengkel sebab dah tak cukup ruang nak print.

Pastu, bagaimana kitaorang beli mesin sulam & mesin printing untuk mudahkan lagi cara printing kitaorang.

Tunggu ye……..

Selain daripada boleh buat design tu sendiri, kitaorang ada jugak sediakan design yang dah siap nak print.

Tunggu korang pilih je. Terus boleh print.

KLIK BAWAH NI UNTUK CONTOH DESIGN TSHIRT HARI KELUARGA


 

KLIK BAWAH NI UNTUK CONTOH DESIGN TSHIRT KELAS

 

 

KLIK BAWAH NI UNTUK CONTOH DESIGN TSHIRT REWANG/BEKWOH/KAHWIN

 

Ok…sampai jumpa lagi dilain masa… nak order TShirt bagitahu kami ye…

Baiiiii…..

Yang Ikhlas,

Abg Nik & Kak Salina

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 25/07/2017, in Baju Company, Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju I AM, Baju jersi, Baju kanak-kanak, Baju Kelas, Baju Kerja Kawin @ Rewang, Baju santai, TShirt Koperasi Sekolah, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: