Blog Archives

Projek bulan puasa 2……

Hai, Assalamualaikum…..

Jumpa lagi. Ni satu lagi aku nak citer pasal projek di bulan puasa ni. Tak silap aku ada dalam 6 ke 7 order jugak bulan pose ni. Alhamdulillah.

Yang ini, baju jersi untuk dorm asrama. Dia nak print depan(cam kat atas), ada nombor kecik, tulisan 11 line, pastu Saidina Uthman. Nasib baik putih semua, senang skit nak print. Kalau banyak kaler, jenuh gak aku.

Yang ni lak gambar belakang. Nama samaran, nombor dan tulisan Dorm 3. Putih jugak. Ini harga dia dalam RM25 selai.

Bagi aku agak murah berbanding market luar. Korang kalau berminat nak order baju camni gak, boleh kontek aku terus nanti. Kat bawah ni ada lagi gambar-gambar baju tu kalau korang nak tengok. Simple & sempoi.

 

  

Ok…cam biasa, kalau rasa2 nak order jersi camni, jangan lupa kontek I di 0192254028 & 0193643692 – isteri gue.

Takpun klik hubungi kami cam kat atas nuuuuun… jumpa lagi!

Projek Bulan Puasa……..

 

 

  

  

Hai,

Jumpa lagi….lama dah tak update blog. Sibuk sikit. Bulan puasa pun banyak dapat order..Alhamdulillah!

Hari ni aku nak kongsi projek yang aku baru dapat dari sebuah kilang kat Teluk Intan. Baju diaorang siap potong. Kitaorang buat printing jer. Semua ada 336 lai. Tapi nasib baik 3 warna je. Senang skit.

Gambar kat atas ni sebahagian dari order yang dah siap 2 warna, pink ngan biru. Bijok jugaklah orang yang print tu. (sape lagi…..I punya bini le).

Ingatkan tak ada job dalam bulan puasa ni tapi Alhamdulillah…melimpah ruah.

Lepas ni aku nak kongsi baju jersi siap nama ngan nombor yang kitaorang dah buat. Itupun rezeki bulan puasa.

Ya Allah Ya Tuhanku…..Kau limpahkanlah rezeki yang tak putus-putus kepada hambaMu ini, Insya Allah!..Aminnn.

Ok, takat ni dulu. Cam biasa, kalau nak order jangan lupa kontek no.hp saya di 0192254028 atau pun isteri 0193643692.

Takpun klik je Hubungi Kami kat atas nuuun…

Bai…..

Baju jersi sukan yang dah siap…..

Hari ni aku nak kongsi pelbagai baju jersi yang orang order sebelum ni. Simple je baju jersi tu.

Blok dah sedia dah, jadi senang skit. Biasanya baju jersi ni diaorang order complete 16 lai satu group.

Rasanya tak perlu le nak cerita panjang lebar. U all boleh tengok contoh baju jersi tu kat atas ni.

Selai saya caj dengan baju sekali dalam RM25 ke bawah. Kalau korang nak tempah print nama dan nombor belakang jer, aku caj tak mahal…..RM10 jer selai.

Oklah….kalau nak detail lagi, boleh kontek aku terus di 019-2254028 ataupun isteri aku merangkap bos aku, Cik Sally di 019-3643692.

Bai….bai…tata…titi…tutu.

Baju Badan Kebajikan Felcra Fasa 8

Hai…..jumpa lagi. Kali ni aku nak kongsi ngan korang baju badan kebajikan kat tempat aku.

Baju ni tak ada sepesel sangat tapi memang simple giller. Walau camanepun, tima kasih kat isteri aku sebab dia yang buat printing ni. Aku yang pegi kursus, dia lagi terer dari aku…cit!

Tak silap aku ada 12 lai semua sekali diaorang tempah. Rasanya dalam 1/2 hari je siap ni sebab 1 kaler jer.

Kat bawah ni ada lagi contoh baju kalau korang nak tengok.

Tak yah citer panjang le. nanti boring sebab design simple jer.

Ok le….sbelum terlambat aku nak ucap Selamat Berpuasa kat semua. Semoga kita semua beroleh pahala yang berlipat kali ganda dariNya…Insya Allah!

Cam biasa…kalau nak order T Shirt bercetak jangan lupa klik kat atas kat hubungi kami ataupun call terus aku…Nik (0192254028) ataupun Salina (0193643692).

Adios…..amigos!!!

Baju T Shirt Kartun Sempoi.

T shirt kartun

T shirt santai kartun....sempoi je.

Hai..jumpa lagi. Hari ni aku nak kongsi dengan korang satu T Shirt favourite aku. Ada mamat ni sorang mintak aku buat t shirt ni untuk sekolah dia. Buat saje2 je. Untuk santai2. Tak ada function apa pun.

Kartun dia buat sendiri. Keje aku touch up mana yang kurang pastu buat blok. Cantik jugak…..heheheh. Angkat bakul.

Aku ada jugak buat selai. Buat sampel plus pakai untuk pegi jalan2. Bijok jugak brader ni.

Kat bawah ni ada lagi contoh gambar baju tuh.

Diaorang order dalam 50 lai jugak..lengan panjang + lengan pendek.

Ni bahagian depan. Splashing of love...jiwang karat tu!!!

Kalau buat untuk couple ok jugak...

Simple & sempoi

Baju ni aku jual around RM25 untuk lengan panjang & RM23 untuk lengan pendek. Baju jenis cotton warna hitam. Memang sempoi gillerrr……

Cam biasa, sape nak order klik je hubungi kami kat atas nuuun ataupun call terus Nik di 0192254028. Malu nak cakap dengan I, U call je my wife Salina 0193643692. Insya Allah! akan dilayan cam putera or puteri. Kui…kui…kui.

Jumpa lagi..tata…titi…tutu…..

Baju Kelas Putera Perak

Ni baju kelas yang sedang dijemur untuk dikeringkan…..lepas tu lipat masuk plastik.

Ni satu lagi baju kelas yang budak2 ni tempah. Baju dia sama cam baju Kelas 4 Khawarizmi tadi. Kalau tengok kat gambar kat atas ni ada 5 ke 6 design tapi tak banyak warna. Hitam putih jer.

Ini saya letak harga dalam RM27 sebab banyak design. Tapi kalau lagi banyak lai, lagi murah sebab 1 blok design buleh guna banyak baju.

Kalau tak ada masalah, dalam masa 2 ke 3 hari boleh siap dah. Kalau nak cepat 1 hari boleh siap, tapi kualiti dia tak tahu lagi le. Baik siap lambat skit puashati daripada siap cepat tapi ntah hape2.

Ni ha…ada lagi design baju tu….

Baju Kelas Putera Perak bahagian belakang

Ni baju kelas putera Perak tadi bahagian depan lak...siap ada nama lagi kat bawah tu.

Senarai nama student kat bahagian belakang.

Cam biasa, kalau nak order baju kelas korang, klik je kat sini di hubungi kami kalau nak detail camane nak order baju2 korang tu. Harga student mesti spesial daripada harga biasa.

Baju Pra U

Baju Pra U

Baju Pra U yang dah siap...tengah jemur.

Ini pun baju kelas budak2 jugak tapi ini untuk budak form 6 ni. Elok jugak buat baju camni. Ada le motivasi skit nak masuk U nanti. Yang kat atas ni design baju bahagian depan. Design guna 2 warna ni. Hijau ngan putih.

Base pakai putih supaya nampak design tu menyerlah skit.

Baju ni brand Enzo ni. Kain cotton, lengan panjang. Harga sekitar RM25 siap print depan belakang.

Inipun harga spesial ni….cuba cari kat luar ataupun kat KL. Rasanya mau RM30 ke atas kot.

Kat bawah ni ada lagi design baju Pra U kalau nak tengok…

Ni bahagian depan…sori blur skit gambar. Ambik guna handphone cikai ni.

Ni bahagian belakang lak….tulisan tu diaorang tulis PRA U pastu kat bawah lak nama sekolah, warna putih.

Terima kasih pada Wan, Form 6 yang tolong buat design ni. Tapi bijok jugak le budak2 Pra U ni sebab diaorang buat design asal.

Apa2 pun, kalau ada sape2 nak order, klik je kat sini di hubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut.

Adios labistos….bai!

Baju Kelas Form 3

Baju Kelas

Ni baju Kelas 4 Khawarizmi Sekolah kat Chenderong Balai, Perak. Design semua diaorang buat. Mula2 tu diaorang nak penuh line2 kat bawah tu…alah!ala2 jersi Malaysia gitu tapi tak cantik sebab nampak crowded.

Rasanya ok le ni…lagipun diaorang tak kisah punya. Yang penting, bbaeekk punya!

Ini maklumat skit tentang baju ni :

Brand baju  –  Oren sport (antara brand yg banyak diguna oleh peniaga cetak baju macam I)

Jenis baju  –  Cotton single jersey (nama jer jersi tapi kain cam cotton)

Warna baju  –  Royal blue/Black.

Warna design pada baju  –  putih semua.

Kalau design 1 warna ni senang skit. Tak perlu tindih2 warna. Kalau banyak warna mahal skit sebab kena buat 2,3 blok.

Aisey! sori..harga kalau tak silap hari tu saya letak RM24 ke RM25. Lupa le..tapi budak2 sekolah saya bagi harga spesial. Kesian, diaorang mana ada duit banyak2. Kalau dah keje tu lain le.

Bawah ni ada lagi tambahan design baju tu.

Ini design dari belakang…siap nama cikgu lagi.

Ni bahagian depan…simple & sempoi.

Kalau ada yang berminat nak order baju kelas dengan harga spesial untuk student, call saya terus di 0192254028 (Nik) ataupun bos saya, Salina di 0193643692 atau datang terus ke kedai kami. Cek alamat & peta kedai kami kalau nak detail.

Ok…next please…

MOH KITE CETAK BAJU!!!!

Hai!!!! Pekabo semua. Heeheh..Selamat Datang ke Blog mohcetakbaju.com.

Hari ni 25/07/2011..tercatat satu sejarah di negeri Perak. Aku dah ada blog sendiri.Bangga giler…..ini le kali pertama aku ada blog sendiri. Blog ni penting untuk sape2 di seluruh Malaysia yang nak order baju bercetak dengan harga kampung. Bayangkanlah kalau kat KL diaorang jual TShirt siap cetak boleh sampai RM40. Aku jual RM30 jer. Kalau jaket bersulam, diaorang jual RM70, aku jual RM60 jer. Murah giller….almaklumlah, aku tak payah bayar sewa kedai. Buat pun kat rumah jer. Tapi buat kat rumah pun, aku rasastart bulan 10 tahun lepas aku buat rasanya mau 1000 lai dah kot baju buat org tempah.

Kalau you all nak tengok sendiri baju2 yang aku dah buat tu, boleh tengok sendiri kat sini.

Picture shows thousands words beb….

Ini baru sikit.Ada banyak lagi baju2 bercetak akan menyusul. Nantikannya……

Apa2 hal pun sape2 yang berminat nak order baju bercetak dengan mohcetakbaju.com, u all bleh trus emel ke adminkomisen@gmail.com ataupun call trus gue, Nik di 0192254028 ataupun isteri tercinta gue merangkap CEO syarikat printing gue di 019-3643692.

Heeehehe..ingat ini baru permulaan. Nantikan macam2 ada dalam blog hebat gua ni…adios!!!