Monthly Archives: November 2011

Baju TShirt Kelas siap muka sorang2 lagi……..

cetak tshirt kelas

Assalamualaikum & Salam Cetak Baju buat kengkawan yang sudi jenguk blog saya yang tak seberapa ini.

Apa kabor? Harap2 you all sihat2 le selalu hendaknya.

Ok….cuba korang tenung gambar tshirt kat atas nun. Agak2 kalau korang buat tshirt camtu (pada yg masih belajar le) pastu 20 ke 30 tahun akan datang, time buat reunion kelas, pastu bawak lak tshirt ni, mesti korang gelak besar sebab tengok gambar masing2 muda belia lagi time tu.

Time print baju ni, tersengih sorang saya sebab ini antara idea buat baju yang bijak sebab biasanya ada tulisan je. Tapi yang ni siap ada gambar masing2 lagi.

Ni gambar ori ni tapi dah di touch up jadi black & white camtu.

Yang ini lak, siap ada gambar belakang lagi. Kreatif tul budak2 ni.

cetak tshirt kelas

Terpulang pada korang nak buat baju stail apa pun,Insya Allah! kitaorang buatkan.

Kat sini saya paparkan banyak lagi design baju camtu….

Cuma satu jer nak bagitahu, pada korang yang nak buat design camni tapi tak tahu nak buat, saya caj skit harga buat design dalam RM20 sebab buat design ni akan ambik masa saya berbanding kalau design dah siap.

Sama jugak kalau you all tak ada design tapi nak suruh saya buatkan, sama jugak, saya caj RM20 tak kira berapa lai korang order.

Rasanya caj RM20 ni masih berpatutan lagi sebab kat luar sana ada yang caj sampai RM30 ke RM40 untuk buat design.

So…kalau korang berminat, jangan lupa tengok katalog baju kat atas nun & klik page “Nak tahu harga tak?” kat atas nun kalau nak tahu bajet korang selai.

Ok…jumpa lagi. tatatata titititi tutututu.

Malaysia Boleh! Cetak jersi bola pun boleh…..

Assalamulaikum & Salam 1Malaysia,

HHooohyeey!! Hooohyeey!!  akhirnya Malaysia menang jugak bola pingat emas.

Berdebar giler time tengok Malaysia lawan Indon semalam. Kejap tutup muka ngan bantal, kejap buat2 tidur, kejap2 masuk toilet. Tak tentu arah rasanya.

Kadang2 pujuk hati, dapat pingat Perak pun jadilah. Last2 skali tengok gak sampai habis.

Berbaloi gak tengok sampai habis. Menang jugak akhirnya. Hoohyey! HohYey!….

Heheheheh…citer pasal bola ni, hari ni saya nak kongsi ngan semua pasal kebelakangan ni ramai gak yang order baju jersi siap ngan nama diaorang lagi.

Bukan setakat nama ngan nombor, siap nombor kecik kat depan. Pastu ada gak yang letak logo pasukan kat depan & tulisan kat belakang.

Tak caye…..cuba tengok gambar2 baju jersi yang sempat saya ambik sebelum ni…

Baju jersi bola ni diaorang buat satu team. Jersi camni boleh dijadikan kenangan sampai bila2 sebab bila dah berjumpa ngan member2 bila dah tua nanti, kita pasti teringat2 time main bola sama2 nanti.

Semua baju jersi ni diaorang tempah terus ngan kitaorang. Tapi ada gak yang dah ada baju siap, pastu suruh kitaorang cetak jer. Terpulang le kat korang….janji korang bahagia.

Hohyey! Hohyey!….so, korang pun boleh gak nak buat baju jersi ni. Pastu lak, kos pos free jer…tak yah susah2 pikir nak order baju tu sebab satu masalah dah selesai.

Hah..apalagi, kontek le kitaorang seperti nombor hp kat atas ataupun klik jer page “Nak tahu harga tak?” kat atas kalau nak tahu harga baju korang.

Ok…jumpa lagi. Daaaaa…….

 

Tempahan TShirt couple dan TShirt family

cetak baju couple

Assalamualaikum & Salam Cetak Baju,

Huaaargh……letihnya. Semalam baru balik dari Langkawi ada kursus.Pukul 12 mlm baru sampai.

Minggu depan ada kursus lagi, seminggu. Hari ni duk pulun buat 5 ke 6 blok untuk orang tempah sebelum ni. Almaklum le, orang rumah pandai print jer. Blok ngan design saya yg buat. Orang lain pegi kursus cetak baju, org lain lak yang terer.

Esok ada lagi blok kena buat. Alhamdulillah, mencurah2 rejeki datang. Online pun ada, tak online pun ada.

Ni sebenarnya masih letih lagi ni tp kuatkan jugak bukak komputer sebab ada org order online hari ni.

So, alang2 bukak komputer tu, saya nak berkongsi skit pasal buat baju couple sebelum ni. Diaorang suruh buat gambor kat atas nun. Simple jer. Kaler oren jer. Korang kalau nak order untuk balak ke, awek ke, sepasang ke, husband wife ke, mak ayah ke, atuk nenek ke, aci aney ke….semua kitaorang boleh buat.

Selain drpd TShirt couple, saya ada gak terima tempahan untuk family baru ni. 6 lai untuk anak2 dia. Akak ni duduk kat Skudai, saya duduk Perak. Dalam tak smpai seminggu siap. Hari tu ada jugak mintak jadi testimoni, tapi sibuk lagi kot.

Cer tengok contoh2 baju yg akak tu order baru2 ni + tshirt couple skali.

Korang kalau ada hasrat nak order baju cam akak ni, feel free untuk kontek/sms saya seperti nombor kat atas nun.

Kalau nak tahu harga, klik jer page”Nak tahu harga tak?” seperti kat atas nun jugak.

INGAT…..MANA LAGI NAK CARI WEBSITE CETAK BAJU YANG BAGI KOS POS PERCUMA KALAU TAK WEBSITE NI….PIKIR2KANLAH….

Ok…jumpa lagi dilain siaran. Baiii….

Nik
0192254028

Nota : Baju kelas sendiri adalah antara kenangan yang tak boleh dilupakan sehingga bila2. Letak semua nama student satu kelas pd satu baju hari ini….jangan buang baju tu, pastu cuba tengok balik 10 ke 20 tahun akan datang, pasti teringat2 zaman dahulu. Betul tak? 

Cetak tshirt warna GOLD tuuuuu……

Assalamualaikum,

Pada yang baru singgah blog saya terima kasih diucapkan. Blog ni tak le seberapa sangat tapi mampu le jugak bagi idea kat sape2 yang nak cari baju atau tshirt untuk aktiviti korang.

Kalau nak tshirt untuk kelas, ini le blognya…kalau nak tshirt untuk pertubuhan, ini juga blognya…kalau nak tshirt untuk kumpulan…ini le jugak blognya. Pendek dan panjang kata, kalau sape2 je nak order baju untuk aktiviti korang…ini le blog yang dicari2 sebenarnya.

Ok…saya taknak cakap panjang, cuma nak berkongsi ngan korang (mana tahu ada yang teringin nak buat design lain dr yang lain)…tentang tshirt dengan design warna emas (gold) untuk korang.

Biasanya warna biasa jer tp yang ni spesel skit sebab design dia warna emas.

Actually, budak2 ni buat baju jersi bola sebab siap ada nombor skali tapi design & corak2 dia warna emas.

Contohnya kat bawah ni.

cetak tshirt

Penuh satu baju dengan design. Separuh putih, separuh gold.

Siap buat lambang nike lagi…kalau kena saman ngan nike tak tahule aku. Kena saman ngan nik tak apa lagi.

Kalau tak silap diaorang order ari tu dalam 20 lai. Semua ada nombor depan belakang. Tapi untuk buat kaler gold ni sesuai kalau baju jersi hitam jer. Baju jersi putih tak tahu le ok ke tak? Ok ke?

Cam gambar2 kat bawah ni, korang boleh tengok hasil kerja tangan isteri saya. (mengecop le tu). Saya tukang buat design ngan blok jer. Orang lain pegi kursus, orang lain lak terer.

Design baju jersi warna gold ni jarang2 orang buat. Biasa diaorang buat baju warna biasa. Cuma nak bagitau skit yg kos warna gold ni lebih skit dari biasa sebab warna dia spesel.

Kalau korang & the gang rasa nak test buat baju design warna gold ni, boleh le tempah ngan kitaorang.

Call/sms jer kat 0192254028 atau 0193643692. Kalau segan, emel jer kat adminkomisen@gmail.com.

Jangan le malu2 nak kontek kitaorang. Korang pasti puashati, Insya Allah!

Ok…jumpa lagi di artikel seterusnya. Baii……

T Shirt sempena Hari Raya Korban…..

Assalamualaikum semua,

cetak tshirt

Tshirt sempena Hari raya Korban 2011

Pertama2nya nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kat semua muslimin muslimat yang lawat blog saya ni. Saya org Terengganu, kerja kat Teluk Intan, Perak. Biasanya raya balik kampung Trg tapi tahun ni giliran raya kat rumah isteri lak. Bukan cabut undi tapi ikut giliran…..suami mithali. Cam tu le. Bertolak ansur. Barulah rumahtangga aman, makmur dan sejahtera sentiasa. Chewaaah! macam kelas Pendidikan Moral lak.

Oklah….sempena raya korban tahun ni, nak kongsi skit citer pasal tempahan untuk majlis korban.

Design dia cam biasa jer tapi ada 2 warna kena print. Cam korang tengok kat atas nun….memang sempoi jer.

Kat bawah ni ada lagi.Lepas ni saya nak kongsi pasal aktiviti diaorang lak. Baru nampak real skit.

Nota :

Bagi sesape yg rasa nak tahu berapa agaknya kos baju korang atau nak tahu harga baju kosong, korang bolehlah klik pada katalog Enzo, Qmsport atau Oren Sport kat atas nun dan emelkan kepada kami kod baju tersebut. Nanti kitaorang bagi harga yang betul nanti.

Kalau nak tahu harga dengan bajet korang, klik lak pada page “Nak tahu harga tak?” dibahagian atas nun dan isi borang yang disediakan.

Cam biasa…korang boleh call/sms atau emel seperti diatas nun kalau nak tahu dengan lebih lanjut….

Ok…jumpa lagi. Selamat Berhari Raya!