Blog Archives
2015 dalam kenangan & 2016 cetak lagi,lagi dan lagi……..
Salam cetak baju & Selamat Tahun Baru kepada semua pelawat mohcetakbaju.com,
Kejap je masa berlalu. Semalam 2015, hari ni dah 2016 dah. Dah setahun berlalu camtu je.
Alhamdulillah…perancangan kitaorang dalam bisnes cetak baju ni berjalan lancar. Bagi sape2 nak join kitaorang untuk start buat duit ngan bisnes TShirt ni, jom lah. Bagi saya, bisnes pakaian atau tshirt ni antara bisnes yang sentiasa berkembang maju sebab pada saya setiap manusia akan pakai baju walau dimana saje mereka berada.
Tapi kan…dalam 2015 ni ada macam2 suka duka yang kitaorang lalui. Ada sedih & ada gembira.
So…mari saya kongsikan apa yang suka duka dalam bisnes kitaorang yang mungkin korang perlu tahu & korang nak tahu. Mana tahu korang lak lalui benda tu nanti…sape tahu kan…
Antaranya :
- Tanggal 30/09/2015 – saya berjaya menghantar surat BERCUTI TANPA GAJI selama setahun mulai 01/01/2016 hingga 31/12/2016. Sebelum ni saya bekerja disektor kerajaan & isteri yang buat full time. Dah berapa tahun asyik terbantut je. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga.
- Tanggal 14/10/2015 – syarikat kitaorang Ainix Resources berjaya membeli sebuah mesin sulam 1 head dengan 6 pilihan warna benang brand SWF berharga RM45K dengan hasil titik peluh kitaorang dalam bisnes cetak baju ni.
3. Kami juga berjaya mempunyai tag baju dengan nama syarikat sendiri – Ainix Resources.
4. Berita sedih dalam 2015 – saya kematian bapa pada 28/12/2015 yang lalu. Saya anggap satu kehilangan besar buat saya sekeluarga sebab beliau bukan saja bapa kepada kami tapi antara punca rezeki kitaorang murah. Kalau balik kampung, memang kitaorang akan dengar dia doa untuk anak2, satu persatu lepas setiap solat dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan ditempat orang beriman.
Itu antara suka duka yang sempat saya masukkan dalam blog kitaorang hari ni.
Selain daripada TShirt, saya juga ada prepare servis untuk buat karikatur atau kartun muka sorang2. Ni antara yang disapkan baru2 ni.
Tahun 2016 ni, saya akan cuba beri kelainan yang tak ada pada website orang lain, In Sha Allah tapi berikan sedikit masa. Bila dah banyak masa free ni, senang le nak fikir macam2 perancangan untuk bisnes tshirt ni.
So, pada korang yang nak join kitaorang buat duit dengan bisnes tshirt atau nak order tshirt group korang yang lain dari yang lain, follow je blog kitaorang sentiasa ye. In Sha Allah, korang pasti tak menyesal nanti.
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Ok…untuk hari ni saya akan kongsikan kepada korang pelbagai jenis baju yang kitaorang pernah print sebelum ni. Ianya sebagai bukti yang kitaorang memang betul2 buat bisnes TShirt ni.
Selamat menonton!
Ini antara gambar yang sempat di upload daripada ribuan baju yang telah berjaya disiapkan.
So, kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Ada macam2 jenis baju kosong yang korang boleh pilih. Klik pada page katalog2 diatas sana untuk pilih apa sahaja baju ikut citarasa korang ye.
So….sentiasalah follow kitaorang untuk lihat apa sahaja perkembangan tshirt kitaorang…..tunngggguuuuu!!!!
Yang sentiasa ikhlas membantu,
Abg Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com
www.cetaktee.com
www.mohcetakbajuiam.com
www.ainixtshirt.myshopify.com
Korang tengah cari baju jersi lengan panjang ke? Cer tengok ni…..
Hai & Salam Cetak baju pada korang semua,
Apa khabar? Aku tanya apa kabaaaarrr….semuaaaa…?
Kitaorang doakan korang sentiasa sihat sokmo. Kita doakan orang, In Sha Allah, berbalik kat kita balik nanti.
Hari ni straight to the point lah….sebelum ni, ramai betul customer terutamanya customer perempuan cari baju kain jersi lengan panjang. Alhamdulillah…kesedaran nak menutup aurat tu ada.
So, setelah berpusing2 cari baju lengan panjang tu, saya jumpa satu company ni iaitu arorasport.
Tapi saya hanya promote baju2 tertentu je sebab sebelum ni pernah promote tapi masalah stok pulak. Nanti kesian kat customer.
Yang ini pun saya cuba dulu. Kalau ada masalah stok jugak, maknanya saya terpaksa berhenti jugak promote nanti.
Cuma nak bagitau….baju jersi lengan panjang ni, untuk permulaan, saya terima 10 lai ke atas dulu. Kalau sambutan menggalakkan, saya akan turunkan kepada 5 lai ke atas nanti.
Bukan sekadar lengan panjang biasa tapi ada juga baju muslimah kain cotton yang saya nak promote ni.
So, sape2 yang berminat nak order, cam biasa lah ye…
Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)
Ini design baju yang saya katakan tu ye….
Ok…kalau nak order bagitau ye…
Selain daripada baju diatas, saya juga ada jual baju Raglan lengan 3 suku, body putih lengan hitam & body grey lengan hitam.
Bawah ni antara baju2 yang saya dah print sebelum ni untuk tatapan korang….
Ni baju Raglan print Senior kat depan. Banyak yang order camni terutamanya senior2 yang dah tahun akhir kat sekolah, kolej, U dll.
Belakang 2 kaler print & depan 1 kaler. Simple je tapi penuh makna & kenangan.
Selain daripada tu….
Yang ni print 3 kaler. Putih, hitam & merah. Sori…gambar blur skit sebab ambik gambar guna handphone. Yang ni print guna locking. So, sharp sikit dia punya design.
Yang ni pun sempoi je. Semua design customer bagi. Memang cantik betul. 2 kaler depan & 2 kaler belakang. Memang masuk kaler dia.
Selain daripada tshirt Raglan lengan 3 suku, kitaorang ada jugak jual baju Raglan lengan pendek cam bawah ni.
Ni antara baju yang kitaorang print untuk baju Raglan tu…
Ni just 1 kaler print je. Cuma nak tunjukkan gambar baju tu je.
Maknanya….macam2 pilihan baju yang ada dalam blog kitaorang ni.
Cumanya..kalau memang nak design baju sendiri & jahit lain, saya hanya terima 50 helai ke atas je sebab kos buat baju ni bukan murah sebenarnya. Nanti nak cover GST lagi. Kos pos lagi. Tu yang ambik banyak2 sekali tu.
Oklah…setakat ni dulu buat kali ni. Bagi sesiapa yang nak order TShirt jersi lengan panjang, korang bolehlah mula buat tempahan sekarang. Takut stok habis kang.
Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)
Jumpa lagi korang….baaaiiiii.
Yang Ikhlas Membantu,
Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com
www.cetaktee.com
www.mohcetakbajuIAM.com
MAKLUMAN PENTING : Perubahan harga mulai Mac, 2015!
Hai & Salam mohcetakbaju semua,
Ni nak bagitahu ni…..kami akan buat beberapa perubahan harga terutamanya yang berkaitan dengan kuantiti yang sedikit.
Actually, baru2 ni, saya masuk ke kelas otai printing & dia bagitau pasal kos untuk bisnes TShirt ni. Sejak dari 2010 lagi, saya guna harga yang saya belajar dari tok guru lama & inilah pertama kali saya akan buat perubahan harga. Hanya perubahan yang kecik je & tak efek untuk kuantiti yang banyak.
Dari 2010 hingga ke saat ini jugak, kitaorang maintain bagi kos pos FREE kepada semua pelanggan. Kos yang saya tanggung untuk kos pos ni anggaran sebulan ialah RM1,500.00 ke RM2,000.00. Maknanya, saya dah rugi sebanyak ni sebab bagi kos pos FREE tu. Tapi saya tak kisah sebab sekurang2nya saya punya servis ada kelainan daripada website lain & sebab saya bagi kos pos FREE nilah, saya punya bisnes mencanak2 naik semenjak 2010 lagi…Alhamdulillah.
So, bagi korang yang nak merebut peluang sebelum kenaikan harga tu, boleh start order dengan kitaorang sebab bila masuk je Mac, 2015, saya akan naikkan harga tu.
Selain daripada tu, kami akan buat beberapa perubahan dengan blog kitaorang & kami start jual produk2 lain termasuk design yang guna printing plastisol, cenderamata, dll. So, kalau sape2 nak tahu apa perubahan2 yang akan kitaorang buat dalam blog ni, follow sokmo blog ni ye.
Ada lagi satu nak bagitahu ni…..In Sha Allah, kami dalam proses nak buka cawangan di Bangi. So, itu pun saya maklumkan kemudian.
In Sha Allah, saya akan mula menjual baju2 cam bawah ni…
TAPI SAYA TERIMA DESIGN CAMNI UNTUK 30 HELAI KE ATAS SAHAJA…….PRINTING PLASTISOL ATAU CMYK
(INI BUKAN PRINT GUNA STIKER ATAU HEATPRESS)
Ok….REBUTLAH PELUANG SEBELUM SAYA BUAT PERUBAHAN LAGI KELAK…
So, cam biasa…..apa cerita cetak baju yang kitaorang dah siapkan sebelum ni.
Design camni tak susah nak print sebab base dia paling besar putih. So, kalau nak print kaler lain, senang sikit nak buat marking sebab kitaorang guna kaler putih sebagai marking.
Tulisan tu kena guna font yang di download dari internet. Kalau bagi tulisan dalam format jpeg, takut design dia pecah. Biasanya saya akan download dari internet untuk dapatkan font sebenar sebab kalau print guna font sebenar, design dia lebih sharp bila kita print.
Cerita 2
Yang ni agak komplikated sikit sebab yang logo tu ada 4 kaler kena print. Design asal tu saya kena upah designer saya untuk pecahkan ikut kaler asal. Pecah kaler ni bukan semua orang tahu buat. Yang biasa dengan printing baju, diaorang akan mahir dengan pecahkan kaler ni.
Saya terpaksa upah designer luar sebab saya memang tak sempat nak buat sendiri. Lagipun, nak bantu jugak designer2 kat luar nun buat duit. Tak le rugi bakat diaorang nanti.
Belakang simple je. 1 kaler print je. Yang ni biasa je.
Yang ni baju muslimah. Saiz printing sama dengan baju TShirt biasa. Alhamdulillah…walaupun ada locking, tak guna pun tapi tok guru marah saya sebab kalau tak guna locking, kerja lambat sikit. Betul cakap dia. In Sha Allah, saya akan start guna locking dah. Tak ada le penat sangat nak print nanti.
Cerita 3
Yang ni biasa je. 1 kaler printing. Ada sorang chinese tu mintak buat baju untuk family day dia.
Cantik betul kalau print kuning atas baju merah. Memang menyerlah betul.
Ok…setakat ni je dulu untuk kali ni.
Peringatan Penting Sekali lagi…..
Kami akan buat perubahan harga mulai Mac, 2015 ini.
Oleh itu, sesiapa yang nak rebut harga sebelum dinaikkan, sila berbuat demikian sebelum 1 Mac 2015.
So, cam biasa…..pada korang yang berkenan nak buat TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang & menggunakan TShirt Raglan kitaorang atau apa sahaja jenis TShirt kat katalog atas nun, korang boleh order terus samada melalui :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)
Selamat Berjumpa kembali….baaiiiii….
Yang Ikhlas Membantu,
Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com
Kedai baru & meja printing baru ku dah siap…hoooorrreyyyy!!!!!
Hai korang & Salam Cetak Baju semua,
Alhamdulillah, Alhamdulillah & Alhamdulillah…syukurrrr sangat2 pada Allah sebab bagi rezeki yang melimpah ruah kat kitaorang.
Minggu lepas, kedai baru kitaorang yang dah dibesarkan & meja printing baru pun dah siap dah. Hari tu saya janji nak kongsi ngan korang tentang meja printing baru tu kan…
Meja tu hasil idea saya sendiri & saya order kat kedai besi@welding kat area rumah saya je. Mula2 tu uncle tu buat silap skit tapi bila saya explain balik, dia betulkan balik.
Alhamdulillah…tercapai gak cita2 nak besarkan kedai lepas 3 tahun berhempas pulas buat printing tanpa tempat yang sesuai.
Kali ni, meja printing kitaorang boleh print 50 lai sekali jalan berbanding 9 lai je sebelum ni. Tapi walaupun 9 lai, tapi wife saya memang hebat sebab dapat siapkan semua tempahan dalam tempoh. Cuma sakit2 badan skit le sebab kena banyak kali angkat papan2 baju tu.
Ok…nak tengok meja & kedai baru saya tu tak. Cer tengok gambar bawah ni…..
Actually meja ni saya letak span & lapik plastik lagi sebenarnya tapi lupa nak upload gambar dia. Saya kena letak span & plastik supaya masa nak print baju tu, kaler dia rata je. Kalau tak letak span, takut tak rata bila kena papan kayu tu.
So, gambar bawah ni untuk baju2 yang tengah di print tu…
Kalau sebelum ni, jenuh le nak print banyak2 lai. yang ini, kalau 50 lai sekali jalan je. So, lagi cepat skit kerja kitaorang.
Cuba tengok ada besi tercacak kat setiap meja tu. Itu sebenarnya locking atau kunci bila nak print banyak kaler. So, nanti tak ada le design dia lari masa print nanti.
Dalam gambar atas ni, masih ada meja yang belum letak papan lagi. Tak sempat lagi sebab banyak kerja skit. Nak gergaji papan lama lagi. nak lekat kat meja lagi…so, banyak kerja skit le.
Sebab tu, untuk order yang masuk baru2 ni saya mintak extend skit sebab sibuk dengan kedai & meja baru ni le.
So, lepas ni, korang jangan risau. In Sha Allah, dengan izin Allah, order2 korang kitaorang akan buat secepat mungkin sebab meja dah bertambah. Kalau kuantiti order bawah 50 lai, mungkin akan dapat disiapkan lebih cepat.
Tapi apa2 pun bergantung pada tokey yang printing sebab dia incharge untuk printing. Harap2 lepas ni tak ada masalah lewat lagi, In Sha Allah.
Okaylah…..cerita pasal kedai & meja baru dah setel. Cam biasa, kita cerita lak pasal tempahan2 tshirt yang kitaorang buat sebelum ni.
Cerita 1
Cer tengok gambar atas ni……bangga gila sebab TShirt kitaorang dah sampai ke Korea. Ni student Malaysia yang order baju ngan kitaorang. Guna EMS ataupun pos laju ni. Disebabkan dia order dari luar Malaysia, so kos pos dia tanggung semua.
Asalnya tshirt muslimah tu cam kat bawah ni…
Pastu kitaorang print jadi cam kat bawah ni….
Ni guna meja printing lama lagi ni tapi Alhamdulillah dapat print 3 kaler dengan mudah. So, kalau korang yang duduk kat Malaysia ni nak order, jangan risau….tempahan kitaorang dah sampai beribu2 kilometer dah ke Korea.
Yang order dari Brunei pun ada tapi masih dalam proses nak printing.
Ok…cerita 2
Asalnya customer tu buat dalam Customink.com kat page “Buat Design Sendiri” kat blog saya, cam kat bawah ni….
Kemudian saya transfer ke baju seperti diatas nun. Apa yang saya buat ialah saya copy & paste balik design tu masuk Adobe Illustrator untuk mudah saya touch up balik & tiru sebijik kedudukan & saiz design yang diaorang nak tu. Guna Customink.com ni mudah skit sebab customer kitaorang boleh buat design sendiri kat situ. Kalau nak mintak saya buat, memang tak sempat. Lagipun, buat design sendiri ni lebih puas hati.
Cerita 3……
Nak kongsi gak ngan korang ni……kitaorang banyak jugak terima order yang nak tshirt artis Korea….Running man ada, group K Pop pun ada. Cam kat bawah ni. Memang minat betul diaorang ngan K Pop ni ye. Saya just print je….
Simple je tapi nice. Siap ngan nama artis2 tu sorang2 lagi diaorang letak. Korang yang berminat nak buat camni pun dialu-alukan le ye. Macam2 stail kitaorang boleh buat.
Cerita 4
Just wording je. Depan 3 kaler…merah, oren & putih. Kebiasaanya kena tindih putih dulu, baru tindih kaler lain supaya naik kaler dia. Belakang pun simple je.
Cerita 5….last episod…
Asalnya customer ni bagi design camni. Guna TShirt muslimah Oren Sport. Biasanya kalau diaorang buat design camni, saya akan tanya diaorang punya font & design nak print tu. Mintak diaorang emelkan design2 tu semua. Bila dah dapat dalam softcopy, baru senang nak print out macam kat bawah ni….
Ni guna TShirt muslimah dari Katalog Oren Sport ni. Kalau nak tengok contoh baju tu, korang klik kat page Katalog Oren Sport & cari kat bahagian TShirt muslimah. Ada banyak kaler gak untuk pilihan korang.
So, okaylah dulu korang buat kali ni. Nak gi sambung buat blok printing lak ni.
Kalau rasa2 nak order tshirt korang, jangan malu & jangan segan. Korang boleh isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun, ataupun korang call terus kitaorang di 0192254028 (Nik) atau 0193643692(Salina), ataupun boleh Whatsapp kitaorang ataupun, emelkan ke adminkomisen@gmail.com ataupun sms dll. Mana2 yang korang rasa selesa le ye.
So, jumpa lagi dicerita2 yang akan datang. Sampai jumpa lagi…daaaaaaa….
Yang Ikhlas & Dekat,
Nik
Pengurus & Penggemuk mohcetakbaju.com
Macam2 cerita pasal tempahan cetak tshirt…..
Hai,
Hari ni saya nak kongsi ngan korang beberapa cerita pasal cetak baju yang kitaorang dah buat tahun lepas tapi belum dimasukkan lagi dalam blog ni.
Kalau diikutkan memang tengah banyak tempahan sekarang ni tapi tak sempat lagi nak dimasukkan dalam blog ni. Cuma hari ni nak kongsi ngan korang baju2 yang dah di save dalam desktop ni sbelum ni untuk dikongsi ngan semua.
Antara t shirt yang saya dah buat sebelum ni ialah t shirt group main tennis. Diaorang taknak banyak…4 lai je tapi simple jer design dia.
Cuba tengok gambar kat bawah ni…
Sempoi jer design dia. Korang pun boleh buat sebenarnya. Kalau 1 design camni memang senang kalau nak buat.
Cuba tengok lagi design kat bawah ni yang sempat kitaorang ambik gambar.
Nampak tak….sori le. Ambik gambar time petang ni. Yang sebenarnya ada tulisan lagi kat atas tu, belum buat lagi.
Ini lak gambar testimoni kitaorang tengah bergambar ngan baju tu. Tak sabar2 diaorang nak ambik baju ni. Masa nak ambik tu, kami terus mintak diaorang berposing. Terima kasih le adik2. Sporting tul….
Bahagian belakang tu ada tulisan Tennis & depan ada nama diaorang kat bahagian depan kiri tu. Kalau design camni, memang cepat jer siap. Tak sampai sejam pun. Memang isteriku expert le bab2 printing ni…
Ok….ini ada lagi citer printing yang tak sempat nak kongsi ngan korang sebelum ni…cer tengok…
Cuba teka….kat bahagian mana saya print ni. Bukan baju ni….tahu tak kat mana?
Atas beg nih. Ada yang mintak saya print atas beg diaorang. Simple je. SURIA YAKIN.
Ada dalam 12 beg kena print. Simple & sempoi.
Ni lagi gambarnya….
Nasib baik simple jer. Kalau banyak kaler,jenuh gak kitaorang kena print.
Hahhh….yang ni pulak, design baju yang saya paling suka sebab tuan punya design ni memang kreatif.
Actually, dia buat bisnes TShirt gambar Islamik. Lama jugak kitaorang berbalas2 emel untuk konfemkan betul2 harga tu. Last2 skali saya bagi harga yang paling berpatutan yang saya boleh bagi & dia terima, Alhamdulillah.
So, ni antara tshirt yang kitaorang dah siapkan.
Ada banyak lagi sebenarnya tshirt yang kitaorang dah siapkan. Tapi kebetulan tak banyak gambar yang kami ambik. Cuma nak bagitahu….sape yang berminat nak order tshirt ni, korang boleh lawat blog dia di http://www.redoart.blogspot.com/.
Saya tak boleh jual t shirt tu terus sebab ini design dia. Kalau saya yang jualkan tshirt tu terus kat sini, maknanya saya dah salahguna dsign dia. So…terus deal ngan dia untuk tshirt2 ni.
Kat sini ada lagi tshirt yang sempat saya ambik gambar….
Layari http://www.redoart.blogspot.com/ kalau nak tengok lain2 design tshirt tu.
Ok…rasanya takat ni le dulu cerita kitaorang buat hari ni.
Minggu depan saya masukkan cerita tempahan minggu ni yang bertimbun2 tu. Tunggu tau…
So, cam biasa..kalau nak order baju ataupun nak tahu harga tempahan baju korang samada korang pilih page “TShirt Bajet” ataupun page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun.
Takpun korang call/sms/emel jer terus kat kitaorang…Insya Allah! soalan korang pasti terjawab.
Ok…jumpa lagi….daaaaaaa….



































































































































































































