Blog Archives

Kedai baru & meja printing baru ku dah siap…hoooorrreyyyy!!!!!

Hai korang & Salam Cetak Baju semua,

Alhamdulillah, Alhamdulillah & Alhamdulillah…syukurrrr sangat2 pada Allah sebab bagi rezeki yang melimpah ruah kat kitaorang.

Minggu lepas, kedai baru kitaorang yang dah dibesarkan & meja printing baru pun dah siap dah. Hari tu saya janji nak kongsi ngan korang tentang meja printing baru tu kan…

Meja tu hasil idea saya sendiri & saya order kat kedai besi@welding kat area rumah saya je. Mula2 tu uncle tu buat silap skit tapi bila saya explain balik, dia betulkan balik.

Alhamdulillah…tercapai gak cita2 nak besarkan kedai lepas 3 tahun berhempas pulas buat printing tanpa tempat yang sesuai.

Kali ni, meja printing kitaorang boleh print 50 lai sekali jalan berbanding 9 lai je sebelum ni. Tapi walaupun 9 lai, tapi wife saya memang hebat sebab dapat siapkan semua tempahan dalam tempoh. Cuma sakit2 badan skit le sebab kena banyak kali angkat papan2 baju tu.

Ok…nak tengok meja  & kedai baru saya tu tak. Cer tengok gambar bawah ni…..

meja printing baju

meja printing baju

Actually meja ni saya letak span & lapik plastik lagi sebenarnya tapi lupa nak upload gambar dia. Saya kena letak span & plastik supaya masa nak print baju tu, kaler dia rata je. Kalau tak letak span, takut tak rata bila kena papan kayu tu.

So, gambar bawah ni untuk baju2 yang tengah di print tu…

tshirt print

cetak baju

Kalau sebelum ni, jenuh le nak print banyak2 lai. yang ini, kalau 50 lai sekali jalan je. So, lagi cepat skit kerja kitaorang.

Cuba tengok ada besi tercacak kat setiap meja tu. Itu sebenarnya locking atau kunci bila nak print banyak kaler. So, nanti tak ada le design dia lari masa print nanti.

Dalam gambar atas ni, masih ada meja yang belum letak papan lagi. Tak sempat lagi sebab banyak kerja skit. Nak gergaji papan lama lagi. nak lekat kat meja lagi…so, banyak kerja skit le.

Sebab tu, untuk order yang masuk baru2 ni saya mintak extend skit sebab sibuk dengan kedai & meja baru ni le.

So, lepas ni, korang jangan risau. In Sha Allah, dengan izin Allah, order2 korang kitaorang akan buat secepat mungkin sebab meja dah bertambah. Kalau kuantiti order bawah 50 lai, mungkin akan dapat disiapkan lebih cepat.

Tapi apa2 pun bergantung pada tokey yang printing sebab dia incharge untuk printing. Harap2 lepas ni tak ada masalah lewat lagi, In Sha Allah.

Okaylah…..cerita pasal kedai & meja baru dah setel. Cam biasa, kita cerita lak pasal tempahan2 tshirt yang kitaorang buat sebelum ni.

Cerita 1

Cetak TShirt

cetak tshirt

Cer tengok gambar atas ni……bangga gila sebab TShirt kitaorang dah sampai ke Korea. Ni student Malaysia yang order baju ngan kitaorang. Guna EMS ataupun pos laju ni. Disebabkan dia order dari luar Malaysia, so kos pos dia tanggung semua.

Asalnya tshirt muslimah tu cam kat bawah ni…

Cetak tshirt

Pastu kitaorang print jadi cam kat bawah ni….

cetak tshirt muslimah

cetak tshirt muslimah

Ni guna meja printing lama lagi ni tapi Alhamdulillah dapat print 3 kaler dengan mudah. So, kalau korang yang duduk kat Malaysia ni nak order, jangan risau….tempahan kitaorang dah sampai beribu2 kilometer dah ke Korea.

Yang order dari Brunei pun ada tapi masih dalam proses nak printing.

Ok…cerita 2

tshirt cetak kelas

tshirt cetak kelas

Asalnya customer tu buat dalam Customink.com kat page “Buat Design Sendiri” kat blog saya, cam kat bawah ni….

Design Baju Nazurah

Kemudian saya transfer ke baju seperti diatas nun. Apa yang saya buat ialah saya copy & paste balik design tu masuk Adobe Illustrator untuk mudah saya touch up balik & tiru sebijik kedudukan & saiz design yang diaorang nak tu. Guna Customink.com ni mudah skit sebab customer kitaorang boleh buat design sendiri kat situ. Kalau nak mintak saya buat, memang tak sempat. Lagipun, buat design sendiri ni lebih puas hati.

tshirt kelas

Cerita 3……

Nak kongsi gak ngan korang ni……kitaorang banyak jugak terima order yang nak tshirt artis Korea….Running man ada, group K Pop pun ada. Cam kat bawah ni. Memang minat betul diaorang ngan K Pop ni ye. Saya just print je….

tshirt k pop

tshirt k pop

Simple je tapi nice. Siap ngan nama artis2 tu sorang2 lagi diaorang letak. Korang yang berminat nak buat camni pun dialu-alukan le ye. Macam2 stail kitaorang boleh buat.

Cerita 4

tshirt kelas

tshirt kelas

Just wording je. Depan 3 kaler…merah, oren & putih. Kebiasaanya kena tindih putih dulu, baru tindih kaler lain supaya naik kaler dia. Belakang pun simple je.

tshirt kelas

tshirt kelas

Cerita 5….last episod…

tshirt muslimah
tshirt muslimah

Asalnya customer ni bagi design camni. Guna TShirt muslimah Oren Sport. Biasanya kalau diaorang buat design camni, saya akan tanya diaorang punya font & design nak print tu. Mintak diaorang emelkan design2 tu semua. Bila dah dapat dalam softcopy, baru senang nak print out macam kat bawah ni….

tshirt muslimah

tshirt muslimah

tshirt muslimah

tshirt muslimahNi guna TShirt muslimah dari Katalog Oren Sport ni. Kalau nak tengok contoh baju tu, korang klik kat page Katalog Oren Sport & cari kat bahagian TShirt muslimah. Ada banyak kaler gak untuk pilihan korang.

So, okaylah dulu korang buat kali ni. Nak gi sambung buat blok printing lak ni.

Kalau rasa2 nak order tshirt korang, jangan malu & jangan segan. Korang boleh isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun, ataupun korang call terus kitaorang di 0192254028 (Nik) atau 0193643692(Salina), ataupun boleh Whatsapp kitaorang ataupun, emelkan ke adminkomisen@gmail.com ataupun sms dll. Mana2 yang korang rasa selesa le ye.

So, jumpa lagi dicerita2 yang akan datang. Sampai jumpa lagi…daaaaaaa….

Yang Ikhlas & Dekat,

Nik
Pengurus & Penggemuk mohcetakbaju.com

Custom made atau bukan readymade saya terima dalam 60 ke 70 lai ke atas je….

Iklan Ebook 5 Cara Mudah 2

 

 

Hai, hai, hai…..

Salam cetak baju kepada semua pelawat2 blog mohcetakbaju.com. Terima kasih banyak2 sbb sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni tapi dah menyiapkan beribu-ribu helai dari seluruh Malaysia semenjak 2010 lagi.

Alhamdulillah….memang tak disangka sambutan tshirt di mohcetakbaju.com saaaaaaangat menggalakkan sehinggakan ada beberapa ratus helai yang terpaksa ditolak kerana nak dalam tempoh yang sangat pendek. Kualiti kena jaga jugak. Kalau buat cepat, kitaorang tak jamin, kualiti akan 100% cun.

Hari ni…saya nak bagitahu tentang tempahan tshirt yang bukan dari katalog2 kitaorang. Maknanya korang nak jahit lain, kolar kaler lain, lengan kaler lain…iaitu design baju korang sendiri. Yang sebenarnya, saya tak jahit baju. Mostly, tshirt yang saya jual ada kebanyakannya tshirt readymade atau baju yang dah ada siap stok macam tshirt Oren Sport, Enzo, Change atau Gildan.

Tapi kalau korang nak jugak design korang sendiri….saya hanya terima 60 ke 70 lai ke atas sahaja sebab kalau buat bawah daripada tu, memang tak berbaloi kalau nak jahit balik.

So, kalau korang nak jugak design sebijik cam korang punya design tapi kuantitiu bawah 60 lai…maaf sangat2. Saya tak dapat terima. Nanti cubalah korang survey kat luar. Mungkin diaorang boleh terima.

Faham tak apa yang saya nak cuba sampaikan tu. Tapi biasanya, saya akan maklumkan dalam emel untuk cadangan guna tshirt readymade tu. Terpulang pada korang sendiri ye.

Ok…hari ni saya tak nak bercakap banyak. Baaaaaanyak sangat order tengah menunggu ni. Lambat2 kang customer marah sebab takut tak boleh siap on time.

 

KEDAI BARU

Satu lagi ni…nak cerita jugak. Kedai kitaorang dah diluaskan lagi bagi menampung permintaan dari customer kitaorang. Cer tengok sebelum, semasa & selepas kedai kitaorang tu siap.

tshirt cetak

 

Cuba tengok…betapa crowded nya kedai lama kitaorang. Tapi walaupun camni, masih mampu siapkan tempahan customer dalam tempoh.

Dalam gambar ni siap ngan kerani sorang, merangkap penyibuk, penyepah, tukang cat dan yang sewaktu dengannya. Ni gambar sebelum kedai kitaorang diluaskan lagi.

Pastu, bila dah diluaskan, camni le rupanya….

cetak tshirt

 

Operasi menggali lubang bermula. Gambar bawah kanan tu, yang tengah menggeliat tu, mandur tu. Nampak santai je tu. Tengok kalau senget, dia bgtau nanti…..hehehe.

cetak tshirt

cetak tshirt

 

Bata dah dinaikkan. Muat banyak meja printing gak ni.

cetak tshirt

 

 

Haaah…..2 minggu siap. Jangkaan dalam 9 meja printing yang boleh siapkan 50 lai baju sekali jalan boleh muat dalam kedai baru ni. So, In Sha Allah, cepat skit siap tempahan korang nanti.

cetak tshirt

 

cetak tshirt

 

Ni antara pekerja cilik yang kitaorang sempat upah. Upah dia senang je. Yang atas nun upah susu sebotol. Pastu, yang atas ni pegi pasar malam, nasi lemak lauk ayam je. Senang je…..

Nanti saya kongsi pasal meja printing yang saya order lepas ni lak ye.

Ok, apa cerita pasal tempahan baju hari ni…

Cuba tengok design baju bawah ni….

cetak tshirt kelas

cetak tshirt kelas

 

 

Asal design ni guna lukisan tangan je. Pastu, saya lukis balik dalam Ai. Dah siap semua, saya tunjuk dulu kat customer, pastu customer dah setuju baru saya start print.

Depan 1 kaler, belakang 2 kaler. Yang belakang tu, saya print hitam dulu, pastu print outline putih.

tshirt kelas

cetak baju kelas

 

Ni design kat dalam rumah. Tumpang jap rumah mak, sementara tunggu kedai siap.

tshirt group

tshirt group

 

Yang ni biasa je…1 kaler depan & 1 kaler belakang.

tshirt kelas

baju kelas

Yang ni baju kelas ni. Guna Customink.com ni. Diaorang buat dulu dalam Customink.com, emel kat saya & dah konfem, terus print.

Depan belakang 2 kaler. Oren ngan putih. Cantik gak.

tshirt kumpulan

baju kumpulan

baju kumpulan

baju kumpulan

shirt kumpulan

Yang ni print untuk baju kumpulan. 2 kaler printing. Merah ngan putih. Dalam 50 lai gak baju ni.

Ok…rasanya udah le tu ye. Nanti saya masukkan macam2 lagi cerita lepas ni ye.

Nak cepat ni sebab banyak lagi blok printing belum disiapkan. So, jumpa lagi ye.

Cam biasa…kalau sape2 nak order baju tu, cam biasa, isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya dulu sebelum saya boleh bagi harga tu ye.

Takpun, emel ke adminkomisen@gmail.com, call atau sms je.

Sampai jumpa lagi korang, baiiii….

Dari komputer teman,

Nik,
adminkomisen@gmail.com

Iklan Ebook 5 Cara Mudah 2

 

5 Cara mudah buat bisnes TShirt TANPA Perlu pening memikirkan bagaimana nak mencetak TShirt tersebut…..

Hai, hai, hai & Salam Cetakbaju semua,

Apa khabar semua? Terima kasih banyak2 kepada korang yang sudi melawat blog kitaorang yang tak seberapa ni.

Setiap minggu korang pasti akan mendapat pelbagai info2 baru untuk korang guna samada untuk cetak baju sendiri, order TShirt bagi pihak orang lain atau buat bisnes TShirt sendiri.

Bagi korang yang rasa malas nak fikir pasal cetak baju tu sendiri & tak minat pun nak cetak baju tu, apakata korang dapatkan ebook bagaimana 5 Cara Mudah yang korang boleh praktikkan kalau nak buat bisnes TShirt tu tanpa korang pikir bagaimana nak cetak sendiri baju tu.

Iklan Ebook 5 Cara Mudah 2

Bagi yang dah download ebook tersebut, tahniah diucapkan tapi bagi yang nama mereka dah ada dalam subscribe list kami & tak dapat nak download ebook tersebut, emelkan kepada saya di adminkomisen@gmail.com untuk dapatkan ebook tersebut.

Ebook tersebut hanyalah permulaan bagi korang mendapatkan maklumat ringkas tentang bagaimana untuk membuat bisnes TShirt TANPA perlu mencetak. Selepas ini, pelbagai maklumat yang akan saya berikan tentang bagaimana korang boleh betul2 buat bisnes TShirt tersebut.

Secara ringkasnya tentang ebook tersebut……tahu tak korang, bisnes tekstil ataupun khususnya TShirt pada hari ini semakin berkembang dan terus berkembang. Cuba korang fikirkan…berapa ramai manusia dalam dunia ni yang tak pakai TShirt. Hampir seluruh manusia dalam dunia ini akan pakai TShirt, betul tak?

Pastu, kalau kita kaji, adakah pemakaian tshirt ini akan berhenti dalam masa terdekat? Sudah tentu tidak, sebab manusia akan sentiasa membesar & manusia juga akan mempunyai pelbagai aktiviti dalam hidup mereka.

Maknanya….bisnes TShirt ni memang menguntungkan.

Kalau kita tengok persekitaran di Malaysia sekarang pun, bisnes TShirt ni makin bertambah maju. Student2 makin mampu membeli TShirt untuk aktiviti mereka, keluarga beli TShirt untuk Family Day, bakal pengantin buat kenangan baju rewang, mat2 motor buat tshirt untuk konvoi, sekolah buat tshirt untuk hari sukan sekolah dll. Perkembangan ni akan berterusan dalam masa yang lama sebab setiap tahun pasti TShirt yang berlainan yang mereka nak buat. Tak ke satu perkembangan yang bagus tu…

So, ini adalah serba sedikit tentang bisnes TShirt untuk pengetahuan korang. Kesimpulannya….bisnes TShirt ni boleh bagi korang duit tambahan kalau korang pandai menguruskannya…

Ok…..harap2 korang excited le nak mulakan bisnes TShirt tu ye.

So, hari ni, cam biasa…tempahan yang kitaorang dah siapkan sebelum ni…

tshirt kelab

tshirt persatuan

Design baju ni agak besar gak nak print ni. Lebih dari A3 sebab kena print dari atas sampai ke bawah. So, akan guna dye banyak skit dari biasa. Tulisan jawi kaler kelabu & rumi kaler putih.

Design semua customer yang berikan, so tak banyak kerja untuk touch up balik design tu. Baju guna brand Immaculate ataupu saya panggil TShirt murah. Walaupun murah tapi kualiti masih lagi cantik.

Kuantiti tempahan sebanyak 130 helai. Campuran kaler hitam ngan biru.

tshirt kelab

Untuk baju kaler biru ni, depan print 2 kaler, putih ngan kuning. Kalau ada sape2 berkenan nak beli baju camni, bgtau saya…nnti saya bgtau customer tu nanti….

Ok….cerita kedua…

tshirt kelas

Tshirt ni print depan ngan lengan je. Depan 1 kaler & lengan 2 kaler ngan nama.

tshirt kelas

Tepi kaler kuning. Cam biasa, tindih putih dulu baru tindih kuning. Baju hitam wajib tindih putih, kalau tak konfem kaler dia tak naik.

Ok…apalagi….

tshirt group

Ok…cer teka berapa kaler saya guna untuk print baju ni. Nampak macam 2 kaler, putih ngan merah je kan. Tapi sebab nak bagi kaler hitam tu naik, so saya print 3 kaler…..putih, merah & hitam.

Kalau ikutkan hitam guna kaler baju, jimat skit dye tapi sebab nak jaga kualiti, saya akan print hitam last sekali supaya kaler dia menyerlah.

Belakang pun ada jugak….

tshirt group

Ni stesen radio online ni. Actually, ni pertama kali saya dengar stesen radio ni. Kalau korang nak cek tengok website dia, cer taip address ikut address kat atas ni.

Diaorang buat tshirt ni utk peminat2 diaorang ni. Stesen ni kat rumah je ni. Senang je……

Ok..apa cerita lagi….

tshirt cetakAisey…gambar kelabu skit le. Yang ini banyak tempat print gak ni. Logo depan kat dada tu sulam tu. Customer yang nak camtu. Pastu, nama sorang2 kat bahagian bawah tu print cam biasa.

Belakang lak….

tshirt cetak

tshirt cetak

Siap print kat lengan lagi….

tshirt cetak

Yang ambik masa skit, bahagian belakang tu sebab ada 3 kaler kena print. Satu lagi nama….nama sorang2 pun akan ambik masa skit nak print sebab kena print ikut saiz. Tapi bila dah siap…memang puas hati.

Oklah ye…setakat ni sajelah dulu buat kali ni.

Seperti yang saya ceritakan pada awal cerita ni, kalau nak download ebook tu, klik je kat banner yang saya sediakan tu ye.

So, sape2 nak order tshirt untuk apa sahaja aktiviti korang, jangan segan & jangan silu, korang boleh isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun, emel, call atau sms terus. In Sha Allah, saya akan menjawab semua persoalan korang tu ye.

Ok, jumpa lagi….bai bai….

Dari meja penulis,

Nik
adminkomisen@gmail.com

Kalau nak tahu harga selai baju siap print, korang kena bagi……

Hai, Hai, Hai korang & Salam Cetak Baju semua….

Kabare? Waraaaas…..jangan lawas udoh. Tengah buat ape tu, korang. Hari ni hari last kitaorang berpuasa 6. Dah last minit baru nak pose. Sibuk sangat sebelum ni.

Ok….hari ni, saya nak berkongsi ngan korang tentang perkara2 yang memberi efek kepada harga sehelai baju siap print.

Ramai customer yang tanya saya pasal harga baju selai tapi maklumat tak lengkap. Ada sesetengah company printing tetapkan harga berdasarkan berapa kaler nak print tapi dengan saya bukan camtu. Saya ada pengiraan sendiri.

Sebagaimana korang tahu……minimum order kitaorang adalah 5 helai. Saya tak terima 5 helai ke bawah sebab kesian. Oleh sebab saya tumpu kepada kuantiti besar, so takut yang kuantiti sikit ni terlepas pandang. Lagi satu, harga mahal kalau order sikit ni.

Ok…antara perkara yang saya perlukan dari customer sebelum boleh bagi harga tu ialah :

1.  KUANTITI TEMPAHAN

Saya print guna silkscreen atau priting dye & guna blok printing. Tahu tak blok printing saya camane? Cuba tengok contoh blok printing tu kat bawah ni.

Cetak T Shirt Group

1 blok printing mewakili 1 kaler print. So, harga 1 blok printing tu akan dibahagikan dengan kuantiti tempahan & dapatlah kos printing bagi sehelai baju. Maknanya, kalau banyak kaler printing…mahal le sikit harga dia sebab kena buat banyak blok printing.

Kalau nak tengok pengiraan detail KOS PRINTING ni, korang klik kat page “Kos Printing” kat bahagian atas nun. Situ korang boleh study kalau nak tahu detail.

So…faham ke anak2??? Perkara pertama untuk saya bagi harga sehelai baju siap print ialah KUANTITI TEMPAHAN. Apa dia anak2….KUANTITI TEMPAHAN….Faham ye!!!!

2.  JENIS & KOS BAJU

Saya mintak maaf, banyak2….saya tak terima baju luar sebab kos printing saya agak murah. So, saya hanya jual tshirt printing dengan baju saya sendiri sahaja.

So…..kalau nak order baju ngan saya, korang kena pilih dulu baju mana yang berkenan melalui katalog2 baju kat blog saya, baru saya boleh bagi harga.

Harga bergantung kepada jenis kain & brand. So, korang boleh pilih sendiri mana yang berkenan kat blog saya tu ye.

3.  DESIGN NAK PRINT ATAS BAJU

Design nak print ni penting sebab saya nak tengok berapa kaler nak print. Macam yang saya cakap tadi, ada sesetengah company letak harga ikut bilangan kaler terus & bukan kos blok printing.

So, macam saya…saya kena tahu design dulu sebelum boleh bg harga tu sebab ada kaler2 yang kecik, saya tak perlu buat banyak blok. Saya boleh je selit kat mana2 blok nanti.

Korang boleh emelkan design tu dalam sebarang format samada jpeg, pdf, word, excel, Photoshop, gif, tff, Illustrator dll. Lukis tangan pun boleh asalkan maklumat dia clear.

Kalau nak buat sendiri design tu pun boleh. Guna software kat website http://www.customink.com. Buat kat situ, pastu send design tu ke emel saya untuk saya bagi harga nanti.

Tolooooooong jangan explain design dalam perkataan. Saya fail skit nak baca kalau explain guna perkataan.

Emelkan ke emel saya di adminkomisen@gmail.com beserta ngan maklumat di atas tadi.

Itulah 3 perkara penting untuk saya tahu & untuk saya bagi harga nanti.

Kalau korang tak nak emel…..isi je form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya & emelkan design lepas tu.

Pastu….CEK EMEL KORANG. Balasan emel akan dapat dalam tempoh 24 jam, In Sha Allah. Kalau tak dapat, call atau sms saya nanti ye. Emel inbox saya 1 hari 30 ke 40 emel sehari. Sekarang dah kosong dah inbox tu. Menunjukkan semua dah berbalas. Tapi kadang2 tu, customer lak tak balas balik…..hehehehe.

So, camane? Harap2 korang lepas ni, kalau nak tanya pasal harga, kena ada 3 perkara kat atas ni dulu ye. Kalau tak ada, susah skit le saya nak bagi jawapan nanti.

Ok……apa cerita hari ni? Untuk pengetahuan korang, Alhamdulillah walaupun menimbun2 order masuk lepas raya ni, Alhamdulillah hampir semua dapat disiapkan on time. Customer pun ramai yang puashati….

Ni antara cerita tempahan baju yang sempat saya upload….asalnya baju camni….

tshirt cetak kartun

cetak tshirt kartun

Nah…..ini le hasilnya. Ada 4 blok printing saiz A3 yang saya buat untuk design baju ni. Kaler hitam saya ambik kaler background baju je. Senang. Tak yah buat blok baru. Design ni, print depan je. Belakang kosong.

Korang mesti agak suspek jugak, camane saya boleh print baju tu tanpa guna locking(teknik printing silkscreen). Itu saya guna mata tajam wife tu. Dia yang buatkan. Suspek betul le…..hehehee.

cetak tshirt kartun

Yang bawah ni lak, tshirt special untuk anak sendiri & kawan2 dia. Sempena nak UPSR tahun ni, so saya bagi le hadiah kat diaorang, biar rasa seronok skit. Free Of Charge ni. Berbakti pada anak2….

cetak tshirt kelas

cetak tshirt kelas

Dalam 6 A tu ada nama2 student. Mudah je nak buat design tu. Guna Adobe Illustrator je. Korang kalau nak pun boleh buat.

Memang seronok betul budak2 time dapat baju tu hari tu. Kurang2 ada le skit kenangan diaorang time Darjah 6 tu.

Lagi, apa cerita……

cetak baju family day

Yang ini baju untuk geng Sabahan. Untuk family diaorang. Gambar depan asalnya gambar kaler, pastu nak sesuaikan ngan bajet diaorang, saya suggest buat camni. Sama macam yang pernah buat sebelum ni.

tshirt family day

tshirt hari keluarga

Ini bahagian belakang. Baju diaorang guna kaler Purple Gelap dari brand Oren Sport. Simple je.

Kemudian ada lagi tempahan yang macam ni….

tshirt kelas

Asalnya diaorang bagi gambar macam bawah ni, guna Customink.com, pastu saya transfer atas baju seperti diatas ni.

tshirt kelas

tshirt kelas

Baju guna brand Oren Sport, kaler Grey. Print kaler hitam je. Agak mudah. Rasanya tak sampai sejam siap semua sekali ni.

Ok…cerita last…..

tshirt kelas

baju kelas

Baju ni antara yang mudah & cepat saya buat sebab customer ni dah siap dah design dalam Illustrator. Terus print out je. Tak yah nak adjust2 dah. Kalau yang ambik masa lama tu, kalau yang jenis lukis tangan atau jpeg. Yang itu, saya kena buat balik sebab nak pecahkan kaler lagi tu. Tu kadang2 ambik masa lama nak siapkan tu.

Ok…..rasanya takat ni dulu buat hari ni. Panjang2 kang, letih lak korang membacanya nanti. Bukan semua orang suka membaca, betul tak?

So….nak order tshirt & nak tahu harga selai tshirt siap print, korang kena ingat 3 perkara penting kat atas nun :

1. Kuantiti nak tempah

2. Jenis baju

3. Design nak print.

Dah dapat tiga2 tu…baru le saya boleh bagi harga kat korang.

Jangan lupa, isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun, call, sms atau emel. Terpulang pada korang.

So…jumpa lagi. Assalamualaikum & Salam Cetak baju, korang.

Dari meja penulis merangkak pencuci tingkap pejabat,

Nik
adminkomisen@gmail.com

Jujur & ikhlas saaaaangat penting dalam bisnes online…..

Hai, hai, hai & Haiiiii……

Tengah buat apa tu? Makan ketupat ngan satey ke? Jaga2…jangan tercucuk lidah udah.

Dah banyak hari dah kita beraya ni & masa pun makin cepat berjalan.

Untuk pengetahuan korang, pada masa sekarang kitaorang duk tengah berhempas pulas menyiapkan order2 yang dah diterima sebelum hari raya lagi. Banyak yang nak jenis jersi yang ada nama ngan nombor kat belakang. Kalau jenis camtu, memang akan ambik masa untuk disiapkan berbanding satu kaler je semua baju.

Alhamdulillah jugak…tempahan kami terima tak putus2. Walaupun agak padat skit masa kitaorang tapi setakat ni mampu lagi nak handle. Cuma nak maklumkan awal2 …..kalau sape2 nak tempah baju dalam masa seminggu, saya tak dapat terima dah. Kalau nak dalam 2 minggu ke atas lepas dapat deposit, In Sha Allah, saya boleh tunaikan. Takut nanti marah lak orang yang order awal hari tu.

Ok..hari ni, saya nak kongsi skit le pengalaman kitaorang bisnes cetak baju secara online dalam 3 tahun ni.

Kalau diikutkan, baaaaaanyak sangat dugaan & cubaan yang datang dalam bisnes ni tapi ada perkara yang membantu kitaorang menjalankan bisnes ni dengan lancar & kurang masalah.

Pertamanya…..JUJUR. Dalam bisnes secara online ni, ramai jugak yang membuat bisnes tapi hanya nak dapat untung semata2. Diaorang tak fikir pun untuk maintain bisnes tu dalam jangkamasa yang lama.

Actually, bukan semua camtu tapi ada juga yang bersikap camtu.

Dalam bisnes online ni, customer tak nampak muka kita, tak tahu pun siapa kita & tak tahu pun latarbelakang kita. So, sape yang kena tunjukkan siapa kita sebenarnya kalau bukan si peniaga sendiri.

So…apa yang perlu dibuat untuk mendapat kepercayaan customer tu…mestilah bersikap JUJUR, betul tak?

Kalau kita jujur walaupun benda tu pahit…contohnya, memang kita tak boleh cetak baju tu & kita mengakuinya, so, itu dah kira baik untuk kita sbb Allah ni dia akan balas apa sahaja kebaikan kita.

Katakan kita ni nak untung je, benda yg tak boleh buat, kita kata boleh buat & last2 sekali benda tu tak jalan…tak ke menyusahkan diri sendiri & orang lain tu. Lepas tu, orang dah tak datang dah kat kedai kita, betul tak?

Sikap JUJUR ni kalau kita praktik betul2, banyak kelebihannya sbb macam yang saya kata tadi, Allah akan balasnya.

Bukan nak riak atau takbur tapi saya akui, saya praktikkan sikap jujur ni. Dan Alhamdulillah, Allah bagi rezeki yang melimpah ruah kat kitaorang. Saya tahu kalau kita berterus terang & jujur dan kalau dah itu rezeki kita, akhirnya kita akan dapat juga. So, redhalah.

Satu lagi…JUJUR bila menerima duit dari customer. Macam saya, terus terang nak bgtau yang beberapa kali customer yang percaya kat kita, terus bank in duit dalam akaun kitaorang. Macam hari tu, bukannya sikit..RM12,000.00. Maknanya kalau saya tak jujur & saya buat senyap je bgtau yang tak ada pun duit tu masuk, memang saya boleh buat. Tapi selama mana kita boleh bertahan macam tu. Bila kita buat macam tu,konfem rezeki kita tak berkat & jadi darah daging. Mati nanti, jenuh menjawab dengan malaikat pasal dah makan harta haram tu.

Satu lagi, ramai jugak customer yang bayar lebih. Kalau camtu, saya akan pulangkan duit baki tu ataupun masukkan dalam tabung masjid. Tak pernah lagi saya ambik duit lebihan tersebut melainkan customer halalkan dunia akhirat.

Begitu juga dengan IKHLAS. Bila kita ikhlas membantu orang, Tak semena2 rezeki akan datang pada kita. Banyak kali dah terjadi pada kitaorang. Yang penting ikhlas. Jangan nak pentingkan untung sahaja.

Rasanya agak panjang lebar jugak tazkirah hari ni….bukannya apa, ada jugak diluar sana yang masih meragui bisnes online ni sebenarnya. Yang sebenar2nya….orang yang TIDAK JUJUR & TIDAK IKHLAS le, yang memberi persepsi negatif kat orang yang jujur dalam bisnes online ni.

So, fikir2kanlah ye…kawan2…….

Hari ni cam biasa….ada beberapa tempahan yang dah buat sebelum ni utk dikongsikan bersama….

Cerita pertama…..

tshirt family day

Tshirt family day. Lupa nak upload gambar depan. Dapat ambik yang belakang je. Design ni ikut citarasa sendiri. Baju brand Oren Sport ni. Kain lacoste berkolar.

tshirt hari keluarga

tshirt hari keluarga

Tshirt family day banyak gak saya terima. Banyak yang nak buat reunion atau family gathering dengan guna baju special sebagai kenang-kenangan.

Baju ni dua blok printing ni…satu untuk kaler putih & tindih kaler merah, blok lain.

Cerita ni agak simple. Ok, yang bawah ni untuk tshirt kelas lak. Sebelum ni dah pernah buat dah design yang sama tapi untuk customer yang berlainan.

t shirt kelas

Actually, banyak gambar saya ambik dalam kamera saya tapi lupa nak upload dalam komputer. Ini antara gambar yang ada dalam simpanan tapi masih belum dipaparkan.

1 kaler printing & agak simple.

tshirt kelas

tshirt kelas Baju ni pun print 1 kaler depan belakang. Semua design baju ni, customer buat sendiri.

Buat atas baju dari Katalog Change, kod R4026, baju jenis cotton. Cantik gak baju dia. Kalau nak tengok contok, cer KLIK SINI

Baju jenis cotton ni. Sedap pakai. Print pun simple je. So, kalau korang nak order baju2 korang sendiri, bgtau kitaorang ye.

So…setakat ni dulu. Nanti dalam masa terdekat saya akan masukkan lagi gambar2 yang belum di upload dalam blog ni. Tak sempat nak upload lagi. Dah ratus keping dah gambar saya ambik rasanya. So, tunggu ye.

Cam biasa…..tolong jangan order baju melalui komen dalam setiap artikel ye. Kalau nak order & nak tahu harga selai baju tu siap print, klik ke page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya. Pastu emelkan design nak print tu.

Takpun, emelkan detail order korang ke adminkomisen@gmail.com, call kitaorang seperti di header atas sekali nun, sms dll.

Nanti dah dapat semua detail tu, saya bagi feedback nanti ye.

Jumpa lagi, guys…..baiiiii……

Jumpa lagi lepas beraya sakan & cetak baju disambung kembali….

Hai & Salam Hari Raya buat semua yang menyambut raya lagi….

Korang masih beraya sakan ke? Belum puas pegi open house ke….sekarang ni mana2 je buat open house dah. Bukan cam dulu. Sekarang ni, raya sebulan. Selagi tak abis sebulan bulan Syawal, selagi tu le dok pulun kuih raya. Ingat lagi masa kecik2 dulu, masa remaja purba dulu..lepas raya, naik beskal ngan kawan2 pegi kutip duit raya. Sekarang ni nampak kurang skit budaya tu.

Masing2 duk rumah je layan TV ataupun main game. Seronok dulu lagi kalau nak compare.

So…apa2 pun, yang penting nak bgtau yang bisnes kitaorang dah beroperasi balik dah. Hari tu balik kampung kat Terengganu hampir seminggu jugak. Malam Ahad baru balik rumah sendiri & sambung lagi open house kat rumah pulak.

Customer non stop call tanya pasal baju tapi layan tetap layan walaupun tengah bercuti.

So, balik raya ni agak menimbun gak order kena siapkan sebab hari tu tak sempat siapkan sebelum cuti raya. Mana yang dah siap bagi design nak print tu, cepat sikit kitaorang buat tapi masalahnya yang belum ada design tu…ambik masa skit nak buat sebab nak kena mengadap komputer lak.

Satu lagi, sekarang ni tengah sibuk menilik2 & memilih2 sape yang berjaya dapat hadiah baju FREE hari tu. So, saya jangka keputusan muktamad dapat tahu hujung bulan ni. Sape2 yang berjaya, saya akan bgtau melalui emel atau call nanti ye. Bagi yang tak berjaya tu,redha je lah ye sebab rezeki tu milik tuhan sebenarnya. Saya hanya menyampaikan sahaja.

Ada beberapa perkara nak kongsi ngan korang projek2 yang bakal kitaorang buat lepas raya ni. Ni hanya perancangan dulu & tak tahu lagi bila masa sesuai untuk launch projek2 tu. Kalau korang nak join nnti pun boleh. Antaranya :

1.  Projek Cetak Baju Kelas – Blog khas untuk cetak baju kelas yang di “design”kan oleh designer luar yang nak buat duit.

Projek ni dah setahun terbantut sebab tak cukup masa nak handle. In Sha Allah, saya akan usahakan balik utk lancarkan blog ni nanti.

2.  Projek Cetak Baju Kawin – yang ni pun blog khas untuk sape2 nak tshirt kawin je. Mungkin saya akan selitkan apa sahaja tempahan yang berkait dengan kawin sekali kot macam kad kawin & cenderamata nak bg kat pengantin dll.

3.  Projek Cetak Baju Family Day – satu lagi blog khas hanya untuk korang yang nak tshirt utk buat family day.

Ketiga2 projek kat atas ni mungkin saya akan buka kepada sape2 yang kreatif kat luar sana untuk sumbangkan idea kreatif mereka kat blog saya sambil buat duit sekali. Tapi tak tahu lagi bila nak launch…doa2kanlah projek2 ni berjaya ye.

4. Lepas raya ni jugak, saya bakal besarkan lagi kedai saya untuk senang printing baju dalam kuantiti banyak. Saya akan update cerita2 tu kat korang nanti bila projek tu dah sedia.

5. Hari tu pegi kursus Advance Printing…so, In Sha Allah, saya akan cerita jugak pasal tu nanti & lepas ni kalau sape yang nak banyak kaler tapi tak nak guna stiker pun, saya akan launch produk saya nanti.

So…kalau korang nak tahu cerita2 terkini yang mohcetakbaju.com bakal lancarkan nanti, korang  follow le blog kitaorang ye.

Ok…hari ni nak kongsi ngan korang tempahan yang kitaorang siapkan sebelum raya hari tu…

tshirt cetak

Huiiyooo…..Rock brader!!!!

Ni baju metalicca untuk satu customer tu. Actually ada 2 kaler. Merah ngan putih. So, ni design sebelum tindih merah ni. Cer tengok bawah ni pulak….

cetak baju

Baju ni customer ni nak bawak pegi tengok konsert live Metallica nanti. So, memandangkan 2 kaler print je. So, agak mudah nak print tapi camane pun kaler putih mesti kena layang atau print 2 kali biar naik betul kaler dia. Kalau guna rubber dye biasa ni, kitaorang print dulu sekali, pastu bagi kering skit, baru print kali kedua. Tu yang naik kaler putih tu.

Kalau nak print kaler atas baju hitam, bagi saya wajib kena print putih dulu. Kalau orang lain saya tak tahu camane. Tapi kalau kaler kelabu, tak yah tindih putih pun sbb kaler dia memang dah naik dah.

Belakang pun ada print jugak…

cetak baju

cetak tshirt

Apa cerita lagi……

tshirt cetak

cetak baju

print tshirt

Korang tahu tak yang design I LOVE KMB kat atas ni, saya buat 1 blok printing je. Senang je. Time nak print I ngan KMB tu, kitaorang tutup ngan salotape yang lambang LOVE tu & masa nak print LOVE, kitaorang tutup lak yang tulisan tu.

Isteri saya, tukang print merangkap CEO syarikat memang dah pakar bab2 tutup menutup ni. Dah 3 tahun buat kerja ni. So, bekerja berdasarkan pengalaman le.

Maknanya, tak yah buat 2 blok untuk 2 kaler, buat 1 blok pun dah cukup.

Selain tu….

cetak baju kelab

Antara kerja yang agak rumit time nak print ialah masa print logo sebab perlu kedudukan yang sharp & tepat.

Macam kitaorang, lagi le susah sebab tak guna locking & marking (orang yang biasa buat bisnes printing tahu le apa maknanya tu). Saya guna marking yg saya cipta sendiri je & campur ngan kemahiran isteri untuk jadikan design tu tepat je untuk ketiga2 kaler tu.

Nanti, In Sha Allah, dah siap tempat baru nanti, baru saya akan buat locking ngan marking tu nanti.

cetak baju kelab

 

Print logo antara perkara yang agak mencabar untuk dibuat. Bukan sahaja dari segi nak print tapi masa nak design balik logo tu biar ngam dengan setiap kaler yang nak printing tu.

Korang bayangkanlah ye…kalau logo tu ada 5 warna, tak ke 5 kali kena tindih kaler tu. Harga pun mahal skit dari biasa sebab nak cover printing yang mencabar tu.

Last2 sekali saya suggest kat customer buat 1 kaler je. Murah & mudah kalau nak buat.

Kalau susah jugak nak print, biasanya saya cadangkan sulam. Tapi sulam ni, satu logo RM5. Berbeza ngan printing, harga ikut kuantiti.

Nama kat bahagian bawah baju tu pun dalam RM2 bagi selai baju. Kalau kat dada atau lengan, RM1 je sebab kecik skit. So, terpulang pada masing2.

So, apa citer lagi ye…..

tshirt kelas

tshirt kelas

Ini design baju kelas yang biasa di print. Kadang2 nak print nama ngan nombor belakang yang ambik masa skit. Tapi kalau print hitam memang cepat.

So, rasanya takat ni dulu le ye. In Sha Allah, apa2 update saya bgtau nanti ye.

Cam biasa ye…..tolong jangan guna bahagian komen di setiap artikel untuk tanya soalan. Saya memang akan jawab guna emel soalan2 korang. Kalau nak tahu harga…klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun & emelkan design nak print sekali ye. Takpun call terus je kitaorang kat nombor 0192254028 (Nik) atau 0193643692(Salina).

See you again, guys……daaaaaa…….

Dari teratak kecil kami,

Nik & Salina
adminkomisen@gmail.com

 

Dah boring dengan font biasa je…kenapa tak cuba font atau tulisan yang lebih canggih?

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Pekabo semua? Sihat le selalu ye….bagi yang muslim, Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Lagi beberapa hari kita nak berpuasa.

Kalau diikutkan tahun lepas, walaupun puasa…bertalu2 jugak masuk order. Tahun ni pun Alhamdulillah…walaupun belum bertalu2 lagi tapi setakat ni hampir tak menang tangan jugak order masuk.

Hari ni kan, nak kongsi le ngan korang pasal font atau jenis tulisan yang makin canggih sekarang ni. Kalau dulu, tulisan jenis Arial atau Times New Roman je yang biasa orang guna untuk print atas baju. Tapi sekarang ni, ada beratus ribu jenis tulisan yang ada dalam internet & sebahagian besarnya kita boleh download secara free je.

Cer tengok antara contoh tulisan yang saya ada masukkan dalam blog saya sebelum ni….

Jenis font

KLIK SINI KALAU NAK TENGOK JENIS2 TULISAN YANG LAIN!!!

Kalau dulu jenis yang melengkung & straight je kat bahagian belakang. Nampak macam boring je…tapi sekarang ni, kalau korang search FREE FONTS kat Google, berlambak2 jenis font yang korang tak pernah jumpa pun.

Antara website yang banyak saya ambik jenis2 font ni ialah dafonts.com, 1001fonts.com, ufonts.com dll. Kalau tak pecaye, cuba korang survey sendiri dalam internet. Rambang mata korang time nak memilih fonts tu.

Tapi kan…bukan semua font ni FREE. Ada gak yang berbayar. Kebanyakan fonts dalam website buat design baju saya iaitu Customink.com saya kena bayar.

Actually, Customink.com ni orang putih punya website. Saya menumpang je sebenarnya sebab bagi pilihan pada korang yang tak tahu nak buat design baju camane. So, banyak gak fonts dalam tu yang diaorang letak, saya perlu bayar dulu. So, mana yang font kena bayar, saya terpaksa bgtau customer suruh pilih fonts jenis lain atau saya cari fonts yang seakan2 dengan fonts yang diaorang pilih tu. Biasanya fonts yang berbayar ni dari website House Industries. Memang cantik fonts2 dia tapi kos dia sampai USD100++. So, rugi le kalau nak bayar. Setakat nak print je. Boleh deal balik ngan customer.

So…..pada korang yang dah bosan dengan tulisan2 biasa kalau nak print baju, kat blog saya ni macam2 jenis tulisan kitaorang FREE. Pilih je yang mana satu.

————————————————————————————————————————————————————-

TIPS HEBAT UNTUK KORANG :

Kalau korang nak tulisan yang sharp dan cantik, korang perlu pilih jenis2 tulisan dalam internet & download ke komputer korang.

Jangan bagi dalam format .jpeg, .pdf dll sebab kitaorang kena touch up dulu font tu, baru boleh print.

———————————————————————————————————————————————————–

Ok…nak bagitahu lagi ni, promosi FREE Tshirt tu masih lagi berjalan sehingga akhir bulan Julai ni. Ada 2 promosi….dapat TShirt FREE kalau sape2 bagi pendapat atau cadangan yang paling hebat tentang bisnes cetak baju kami ni & FREE TShirt selai pada sesiapa yang order 30 lai ke atas sehingga akhir bulan Julai ni. Kalau tak caye, cuba KLIK SINI!!!

Rebut le peluang ni sementara masih ada….Pasni, tak tahu le nak offer apa lagi tapi In Sha Allah, akan ada lagi offer untuk korang nanti ye.

Ok….kalau tak kongsi cerita pasal baju tak sahkan. Hari ni nak cerita beberapa tempahan yang sempat diambil gambar baru2 ni. Kalau diikutkan banyak yang dah siap tapi mana yang print simple je, saya tak akan masukkan dalam cerita ni sebab dah biasa tengok dah print camtu.

CITER PERTAMA……..

cetak baju kelas
Saya suka design baju ni sebab ada kartun kat depan tu & 2 kaler kat belakang. Customer ni guna Customink.com je tapi gambar kartun tu dia emel lain masa saya nak start print. Cuba tengok jenis font yang diaorang pilih tu. Kan ke lain skit font dia…Cuma kalau korang tengok tulisan Memories 2013 yang baju belakang tu, kalau diikutkan tulisan tu kena bayar tu tapi saya cuba buat tracing dalam Adobe Illustrator. Tapi kalau tracing, tulisan dia tak sharp sangat. So, biasanya kalau nak sharp macam tulisan2 lain saya akan suggest guna font lain yg FREE kat internet. Baru mudah nak print & sharp kat tepi2 line tulisan tu.

cetak tshirt kelas

baju kelas

Kalau diikutkan mudah je print baju ni tapi nama soarng kat depan tu yg akan ambik masa skit tapi masih lagi mudah bagi kami nak print.

CITER DUA :

tshirt kelas

Sekarang ni banyak betul tempahan TShirt kelas yang saya terima. Satu lagi, design “The Class of 2013” cam kat atas ni paling banyak dapat pilihan dari customer. Pastu, biasanya kalau pompuan diaorang letak nama kat bawah baju sebab pakai tudung & nama lelaki kat dada atau lengan.

Cer tengok font nama tu….kan lain dari yang lain tu. Semua ni diaorang buat kat Customink.com je. Maknanya kalau korang tak ada idea nak buat design….website tu bagi banyak pilihan design kat korang. Senang & korang pun puas hati. Kalau nak suruh saya buatkan memang tak sempat & saya mesti akan caj design tu.

cetak baju kelas

cetak baju kelas

Seronok betul budak2 ni dapat baju ni….bila jalan ramai2 kat sekolah pakai baju sama je, rasa cam kembang kempis je hidung…bangga ooooo….hehehehe. Bukan saya tak tahu. Dah ada pengalaman sebelum ni..tu yang boleh cerita tu.

Ok…CITER TIGA :

TSHIRT KELAS

Lagi satu design yang diambil dari Customink.com….Yang SMK Assyakirin tu jenis tulisan dia “BORING LESSON”. Lain kan font dia. Yang ini baju kelas ala2 jersi bola ni sebab diaorang buat ada nama ngan nombor kat belakang…

tshirt kelas

Haaaaa…lupa nak bgtau..saya ada set nombor yang baru. Cam gambar kat atas ni. Kalau korang nak jenis font cam kat atas ni, bgtau ye.

Setakat ni saya ada 2 set nombor je untuk nombor jersi ni. Satu jenis font Jersey & atas jenis Capture It.

Kalau korang nak buat jenis lain boleh…..tapi saya akan caj mahal sikit sebab saya kena buat blok printing baru. Maknanya, kalau korang sanggup bayar lebih, kitaorang boleh buatkan.

tshirt kelas

CITER EMPAT :

tshirt kelas

Lagi tshirt kelas……tapi yang ini diaorang lukis tangan je & saya lukiskan balik. Kalau camni, saya akan caj skit untuk buat design tu & biasanya saya serapkan kos atau caj buat design tu dalam harga baju diaorang.

Bila dah siap saya tunjukkan kat diaorang dulu, pastu baru saya start print.

tshirt kelas

baju kelas

Kalau yang jenis lukis tangan ni…biasanya diaorang tak banyak songeh sangat sebab diaorang bergantung pada saya untuk buatkannya. Tapi nasihat saya kalau korang nak lagi puashati, korang buat le sendiri design tu ngan kawan2 pastu emelkan kat saya. Lagi korang puashati, betul tak?

Ok….rasanya setakat ni dulu buat kali ni.

Saya nak mintak le jasabaik korang…tolong le jangan buat order atau tanya soalan kat bahagian komen di setiap artikel. Kalau nak tanya pasal harga baju korang boleh isi form kat page “Cara Bayaran” kat blog saya atau emel terus ke adminkomisen@gmail.com atau call/sms terus. Whatsapp pun boleh tapi paaaaaaaaling baik ialah emel je maklumat nak order tu sebab tiap2 hari saya jawab emel korang, In Sha Allah.

Ok…jumpa lagi…baaaaaiiiiii….

Nik & Salina,
adminkomisen@gmail.com

TShirt….antara kenangan terindah korang bersama orang tersayang!

Hai, hai & hai….

Salam cetak baju pada korang yang sudi melawat blog kitaorang. Dari hari ke hari, Alhamdulillah rezeki semakin bertambah2 & kalau ada yang kami terpaksa tolak sebab nak segera sangat…maafkan kitaorang.

Bukan apa…saya risau, kalau buat tergesa2 ni, kualiti dia takut tak cantik sangat. Korang tak puas hati, kitaorang lagi tak puas hati. So, jalan selamatnya ialah tolak dengan cara baik. Kalau diikutkan hati, semua nak buat sebab semuanya duit tapi bak kata orang tua2…Orang tamak selalu rugi. Kang kalau ambik semua kang…pastu, janji nak siap tapi tak siap2, tak ke naya tu, betul tak? Janji semua puashati.

Ok…..hari ni kan, saya nak kongsi le ngan korang cerita pasal TShirt ni. Korang bukan pakai saje2 je baju ni tapi actually, kadang2 tu ada sentimental value lagi.

Contohlah kan….kalau buat tshirt kawin, rewang atau bekwoh. Bila waktu kawin tu, pakat ramai2 pekerja kenduri tu pakai baju tu. Memang akan nampak meriah sebab seragam je semua. Pastu kan..korang tempah le jugak untuk diri sendiri selai sbg kenangan.

Lama2 bila korang dah kawin 2,3 tahun….masa hubungan agak suram sikit, korang tengok balik tshirt kawin tu. Mesti korang akan mengimbau balik cerita time kawin dulu. Mungkin mana tahu…tak jadi korang gaduh. Betul tak?

Pastu, contohnya lagi kan….baju kelas. Time belajar buat tshirt satu kelas. Memang meriah giller. Korang pun kembang je hidung sebab ada baju sama je semua. Time tu le korang boleh tengok macam2 jenis nama samaran diaorang letak. Nama cam alien pun ada.

Pastu kan…bila korang dah berpisah & satu hari nak buat reunion, bawak le balik baju tu. Pastu imbau balik kenangan korang dengan tshirt tu. Takpun, time duduk sorang2, korang rasa teringat kat kawan2 dulu, tengok balik tshirt tu. Bila tengok nama sorang2 kat situ, baru le teringat balik kisah2 lama. Betul tak?

Contohnya lagi….baju family day. Setiap tahun korang buat tshirt family day. So, bila korang lupa tahun tu pegi ke mana, so bukak balik tshirt tu. Imbaukan balik kenangan ngan tshirt tu….mesti korang teringat balik nanti. Janji korang tak lupuskan tshirt2 tu.

Macam2 kenangan yang kita boleh dapat ngan baju yang ada cetakan sendiri ni. Memang seronok giler. Cam saya cerita sebelum ni…antara penyebab saya bertemu ngan isteri saya dulu pun, disebabkan tshirt jugak. Tu yang buat bisnes printing tshirt tu….heheheehe.

So…pada korang yang nak order baju..kat sini le tempat yang paling sesuai untuk korang cetak apa sahaja tshirt mengikut aktiviti korang.

Ok…..setakat tu dulu cerita pasal kenangan terindah ngan baju tu. Cam biasa2…mari le kita baca pasal tempahan tshirt yang kitaorang terima sebelum ni.

Cerita pertama…..

cetak baju

cetak baju

cetak baju

Untuk print baju ni, bukan mudah sebenarnya sbb ada banyak kaler nak cetak tu. Kalau diikutkan ada 3 ke 4 blok saya terpaksa sediakan. Depan belakang & kat lengan. Cer tengok kat gambar kedua kat gambar Sengkuang Calit tu.

Kalau sesetengah orang, diaorang akan guna marking atau locking utk print tindih2 kaler. Tapi saya tak guna locking. Saya biasanya saya buat marking sendiri. Biasanya print kali pertama, semua putih, pastu blok kedua utk kaler kuning, saya akan buat design yang mempunyai design penuh tapi masa nak print, saya tutup ngan salotape mana2 design yg saya tak nak print. So, itu le marking saya. Paham ke?

Kalau print camni, ambik masa skit sbb banyak kaler nak kena print.

Cerita kedua….

cetak tshirt

Yang ini simple je. Design ni ambik kat Customink.com je. Saya cuma adjust skit2 design dia sebelum print tu.

cetak baju

Cerita ketiga……

cetak baju sukan

tshirt kelas

Design nak print tak banyak…just depan je. Kain jenis microfiber. 2 kali print utk GTF tu. Simple & sempoi.

Actually ni gambar lama dalam komputer saya ni sebenarnya. Gambar baru dalam kamera lagi. Lupa nak upload. Nanti cerita akan datang saya akan masukkan gambar baru nanti.

So, setakat ni dulu buat kali ni. Cam biasa….saya nak bagi peringatan sikit. Tolong jangan masukkan pertanyaan kat bahagian komen disetiap artikel. Lambat sikit kalau nak jawab kat situ.

Kalau nak order, korang boleh isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” ataupun emel boleh, sms boleh & call pun boleh. Terpulang pada masing2…tapi jangan risau, semuanya akan berjawab nanti, In Sha Allah.

So…jumpa lagi korang….baiiiiiiiiiii……

Tips baik punya untuk korang yang nak start bisnes jadi ejen jual tshirt……

Hai, hai, hai & Salam Cetak baju pada korang yang baru melawat blog kitaorang & yang tak jemu2 datang melawat kitaorang,

Haaaa…..minggu ni, saya nak kongsi ngan korang tips2 berguna berdasarkan pengalaman sebenar kitaorang, bagaimana untuk menjadi seorang ejen jual baju yang hebat sama cam kitaorang…hehehe..(angkat bakul skit). Tak tahu le hebat ke tak? Saje je cakap camtu supaya motivasi kitaorang naik lagi lepas ni. Kang kata riak lak. Mintak jauh le…kalau korang nak tahu, permulaan kejatuhan sesebuah bisnes apabila seseorang itu mula riak & sombong, pastu lupa dengan masa mula2 nak buat bisnes dulu. Lagi satu, sombong dengan Allah…masa susah, doa bukan main nak suruh senang lenang tapi bila dah senang lenang..mula lupa diri. So, pelajaran pertama….jangan sombong & riak, bila dah berjaya. Bila dah start cam tu…akan mulalah jugak kejatuhan bisnes korang. Faham ye, anak2…..hehehe?

Antara tips yang saya boleh kongsi ngan korang kalau nak jadi ejen jual tshirt, tak kira ngan saya sendiri atau ngan sape sahaja…

1. Jangan cepat2 nak cari untung besar. Baru mula nak bisnes dah berangan nak untung besar…salah tu. Orang macam ni biasanya buat bisnes bermusim macam orang jual kat bazzar Ramadhan(bukan semua…sori). Ada yang setahun sekali buat bisnes & time tu jugak nak pulun untung besar2an. Lepas tu diam terus.

So, kalau nak jadi ejen jual tshirt atau apa sahaja bisnes…mula2, jangan fikirkan untung yang besar. Fikirkan dulu, laku ke tak kalau aku jual baju ni. Untung ciput tak mengapa, asalkan bisnes jalan berbanding untung besar tapi jarang2 orang beli. Faham kan….

2.  Ejen jual tshirt yang hebat juga sanggup bersusah payah dahulu. Orang kata, susah dahulu, senang2 kemudian. Jangan lak susah2 dahulu, sampai sekarang susah. Camtu..memang kena mandi bunga le jawabnya. Takpun memang salah pembawakan tu. Mungkin kena tukar bisnes. Susah2 dulu ni maknanya, sanggup mencari ilmu atau mencari bahan walau macamana cara sekali pun. Bukan hanya tunggu je peluang datang menimbun ikut tingkap & pintu rumah korang. Maknanya….usaha le skit. Nak senang, bukannya senang bro….

3.  Berkenaan cari untung besar tu…kalau boleh bertolak ansur le kalau customer tawar harga. Yang ini maaf cakap ye….kebanyakan orang melayu fail skit bab ni. Kadang2 kita nak mintak tawar skit pun, dengan muka masam mencuka cakap “tak boleh!”. Cuba korang tengok kedai cina(maaf ye teman2)….kalau kita mintak tawar, memang dia akan cuba bagi selagi tak merugikan dia. Yang penting kita dapat pegang customer tu, jangan bagi lari kat orang lain.

4.  Mulut kena manis beb…walaupun bisnes online, penggunan bahasa pun kenalah beradab sopan. Banyakkan maaf kalau tak boleh tunaikan. Ini kadang2 macam bercakap dengan robot. Jenis yang tak belajar sivik atau tatarakyat ni. Kalau boleh, buat ayat macam kita bersembang dengan dia. Baru le customer rasa ada chemistry nak deal ngan kita. Betul tak?

5.  Last sekali….belajar, belajar, belajar. Banyakkan baca buku tentang bisnes. Kalau ada kursus, pegi. So, bukan saje korang boleh buat bisnes tshirt…hatta apa kebenda bisnes pun korang boleh kasi hentam. Semua boleh buat duit maaaaa.

So, itu antara tips2 yang sempat saya kongsikan ngan korang tentang nak jadi ejen tshirt ni sebab korang yang akan deal ngan customer. So, nak bagi laku tshirt yang korang jual tu, ilmu kena ada le. Jangan main langgar je.

Apa yang saya kongsikan ni adalah pengalaman sendiri sebenarnya. Bagaimana dengan tips2 yang saya guna tu, Alhamdulillah, saya mampu menjana pendapatan 5 angka sebulan secara kasar & mampu bawak anak 3 orang, isteri seorang, bapa & mak mertua pergi umrah baru2 ini hanya dengan duit bisnes kitaorang ni sahaja. So, bayangkanlah bagaimana bisnes kitaorang ni sebenarnya.

Panjang lebar tips kitaorang tu. Harap2 korang ambik le ilmu kat situ. Tak banyak, sikit pun jadilah ye…

Ok….Hari ni nak bercerita lagi pasal tempahan baju kitaorang. Baca ye jangan tak bace…..

Baju Adibah

Design asal baju cam kat atas ni. Diaorang sendiri buatkan. So, hasilnya….

tshirt kelas

cetak baju kelas

cetak tshirt kelas

Inilah hasilnya….hanya dengan ruang mencetak sekangkang anak kera, Alhamdulillah…berjaya jugak kitaorang print baju2 tu.

Kalau kaler gelap atas baju hitam…mesti kena tindih putih dulu kalau nak bagi naik kaler dia. Maknanya, sebelum print hijau, kitaorang print putih dulu. Boleh jugak print hijau dulu tapi akan guna banyak dye & warna dia tak lah menyerlah cam atas ni. Kaler dia akan nampak kain kat belakang. Pastu, nama & kod bar kat bawah baju sorang2. Yang lambat skit buat nama sebab kena pastikan nama yang betul untuk setiap baju tu.

Lagi…apa cerita….

SONY DSC

Haaaaah..cer tengok ni. Cantik tak Kak Tonnnnn….hehehehe!!!

Yang ini baju family day ni. Cer tengok lak camane, kitaorang print….

t shirt hari keluarga

t shirt family day

Kalau korang tak caye jugak…tak tahu le.

Ini lagi satu bukti testimoni kitaorang……

SONY DSC

Ini pun baju family day gak ni. Sebelum diaorang pakai tu, tengok ni dulu…..

t shirt family day

baju hari keluarga

Terima kasih Aida atas sumbangan baju ni…..cuba dengar apa kata dia(kalau tak dengar, baca ye…..hehheeh)…

Assalamualaikum….

Gambar2 kami dengan T-shirt En Nik. Terima kasih.
Kalau nak masuk blog, no hal la…. sebagai sumbangan dalam membantu mempromosikan lagi bisnes En Nik.
Selamat maju jaya!

Ayat asal ni…..copy paste dari emel dia.  Tenkiu…tenkiu….tenkiu…….

Selain daripada tu, apa citer lagi…….

cetak bajucetak baju

Asalnya cam kat atas ni….pastu, pliiiinggg!!!! Inilah hasilnya……….

baju group cetak

cetak baju

Aisey..gambar bawah tu lupa ambik yang dah tindih merah. Tapi tak apalah…kurang2 ada gak gambar boleh tunjukkan.

Design simple je…semuanya ikut design yang customer nak.

cetak tshirt

Oklah korang..rasanya setakat ni dululah ye.

So, pada korang yang nak order baju…jangan malu & jangan segan ye. Kalau nak tahu harga, klik kat page Nak Tahu Harga Tak? kat bahagian atas nun, emel, sms atau call kitaorang terus. Terpulang pada keselesaan korang ye.

Jumpa lagi…..baaiiiii……

TSHIRT BARU KAMI OFFER – BRAND GILDAN….HOODIE PUN ADA!!!

Hai & Salam Cetak Baju pada semua pelawat mohcetakbaju.com,

Tarik nafasss…..fuuuhhh!!! hembusss….tarik nafasss…..hnsfffh!!!…hembus!!! Rileksss….

Fuuhhh!!! lega sikit. Bukan apa…nak bgtau yang lepas balik Umrah ni, rezeki tak putus2. Syukur sangat2. Memang tak menang tangan terima order dari customer2 kitaorang.

Ok…saya tak nak cerita panjang pasal tu. Yang penting kita yakin ngan Allah & jujur + ikhlas masa buat kerja, In Sha Allah, rezeki2 tu akan datang dengan sendiri. Percayalah.

Hari ni saya nak bgtau ni…..saya nak perkenalkan TShirt baru untuk korang pilih iaitu TShirt brand Gildan. 100% cotton dari US. Bukan je ada TShirt biasa tapi ada hoodie lagi….apa ke benda HOODIE tu? HOODIE tu yang macam baju sejuk tapi ada serkup kat atas kepala tu. Macam penyanyi rap US tu. Biasa kan diaorang pakai baju camtu. Takpa….tak tahu gak, cer tengok gambar2 baju kat bawah ni nanti.

Untuk makluman korang jugak….kain jenis Gildan lebih kurang Enzo gak kualiti dia & bg saya lebih sikit dari Oren Sport.

Kaler pun banyak…ada 21 kaler untuk korang pilih. Memang cantik2 semua kaler2 dia. Kalau student2 mesti excited punya tengok kaler dia. Cer tengok antara contoh tshirt Gildan tu ngan Hoodie yang saya bgtau tadi….

KALER CHARCOAL

KALER CHARCOAL

KALER HELICONIA

KALER HELICONIA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KALER IRISH GREEN

KALER IRISH GREEN

 

KALER AZALEA

KALER AZALEA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HOODIE

HOODIE

Ini le rupanya HOODIE tu…jenis yang berserkup atas kepala. Korang nak print apa2 atas baju tu pun boleh…

So, kalau korang nak tengok semua jenis baju tu & harga sekali, korang letak mouse kat page KATALOG GILDAN kat atas nun,  pastu pilih je mana yang berkenan. Saiz baju boleh tengok dalam page Saiz & Ukuran Baju kat bahagian atas nun. Kat situ ada saiz2 baju tu ye.

So….apa tunggu lagi. Boleh le korang start order baju2 tu ikut warna kesukaan korang. Cuma korang kena le sanggup bayar lebih sikit sebab kualiti kain dia bagus & harga dia pun lebih kurang macam Oren Sport ngan Enzo je.

Barang baik mestilah ada harga sikit, ye tak?

Ok….takat tu dulu cerita pasal Gildan tu. Korang boleh kontek kitaorang terus kalau tak faham tentang baju tu ye…

Nak bagitau jugak ni…mulai hari ni, saya selaku bisnesman printing baju yang dah nak masuk tahun ke 3 dah tahun ni & dah siapkan order customer beberapa ribu lai dah, akan berkongsi ngan korang TIPS & INFO HEBAT PASAL CETAK BAJU ni untuk maklumat korang semua. Pastu, antara cerita tempahan baju tu pun saya akan selit gak tips2 pasal cetak baju tu. Orang kata, tak baik kalau ada ilmu tapi tak kongsi…takut Allah tarik ilmu tu nnti kang.

———————————————————————-

Apa TIPS & INFO HEBAT PASAL CETAK BAJU minggu ni :

TIPS UNTUK SAPE2 YANG NAK BUAT BISNES ONLINE :

BUATLAH BISNES SEJUJUR & SEIKHLAS MUNGKIN &
NIATLAH UNTUK MEMBANTU ORANG….NESCAYA
REZEKI ALLAH AKAN DATANG DENGAN SENDIRINYA
NANTI.

————————————————————————–

Ok….apa citer cetak baju hari ni? Cer tengok citer kat bawah ni…..

tshirt group

tshirt group

Ini untuk customer jual satay ni. Belakang 2 kaler & depan 1 kaler. Design semua guna Customink.com. Agak mudah untuk dibuat & kalau tak silap, sejam siap baju ni.

Cerita kedua….

tshirt group

tshirt group

Yang ini 2 kaler….agak mudah jugak sebab design dia besar & tak komplikated. Biasanya design camni, saya akan print dulu semua putih termasuk tulisan ROBOT tu. Pastu, bila dah kering saya tindih kaler merah yang ROBOT tu lak…

TIPS :

Kaler merah tu saya akan tebalkan skit bahagian tepi dia supaya bila nak tindih, kaler putih belakang tu tak nampak.
Design ngan font semua saya tengok kat Customink.com, pastu saya cari dalam Google & download font tu untuk saya print out.

Cerita ketiga…..

Asalnya camni…..

Baju group

tshirt group

 

Yang ini mencabar sikit sebab ada banyak kaler nak kena print tu. Sesetengah orang dia guna locking ataupun kunci untuk tindih banyak2 kaler supaya tak lari. Tapi macam kitaorang, Alhamdulillah, isteri saya tukang printing guna mata je. Masih jugak tak lari design dia masa printing.

 

baju group

 

Yang ini gambar asal…sebelum tindih kaler2 ikut design asal tu. Guna 1 blok je atas bawah. Senang. Tak yah buat 2,3 kali print.

Ini lak gambar belakang dia…senang je…1 kaler print je…

tshirt group

 

Ok…lagi cerita pasal tempahan kitaorang…..

cetak tshirt kelas

 

Ni baju group ni….design dia agak mencabar skit masa nak print sebab ada macam gradient kat design baju tu. Mula2 tu pening gak mikirkan camane nak buat ye. Hampir give up gak sebenarnya.

Cuba bayangkan…customer hantar cam kat bawah ni, yang ada kaler gradient ataupun kita panggil warna ikut tone…mula2 gelap, pastu cerah & cerah lagi….

cetak tshirt group

 

Alhamdulillah…menjadi jugak atas usaha & tungkus lumus dapatkan design sebijik camtu. Design belakang lak cam kat bawah ni….

tshirt cetak kelas

 

Nampak macam blur tu sebab kamera tu…kalau ikutkan sharp lagi gambar dia…

TIPS :

Design gradient ataupun tone kaler ni kena buat dalam Adobe Ilustrator. Kalau nak belajar, boleh cari dalam Youtube. Belajar ngan tok guru gak ni sebenarnya.

Ok….takat ni dululah ye. Panjang2 kang, pening lak nak baca nanti.

Pada sape2 yang rasa seronok baca artikel kitaorang ni & nak tahu tips2 terkini pasal cetakan baju, korang boleh le FOLLOW blog saya ni. Maknanya kalau keluar button follow kat blog saya tu, klik je. Pastu, kalau ada cerita baru atau ada offer2 hebat yang saya upload, korang le antara orang pertama yang dapat tahu nanti.

So….cam biasa2. Kalau nak order, jangan malu2 & jangan segan2 untuk korang isi dulu form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya & emelkan design yang nak print tu untuk saya bagi harga.

Takpun, korang emel je terus ke adminkomisen@gmail.com, sms atau call terus kitaorang. Terpulang pada keselesaan masing2 ye.

Ok…sampai jumpa lagi….baiiiiiii……