Blog Archives

PROMOSI TSHIRT RAGLAN TAHUN 2015

Hai, hai & Salam Cetakbaju untuk semua pelawat mohcetakbaju.com,

Alhamdulillah & syukur sangat2 sebab blog mohcetakbaju.com ni masih berjalan & semakin berkembang di Tahun 2015 ni. Bukan senang sebenarnya nak maintain satu2 bisnes dalam jangkamasa 5 tahun ni. Hasil usaha gigih & tak reti putus asa, Alhamdulillah kami dah sampai ke tahap ini.

Tahun 2015 ni, dengan izin Allah…saya akan meningkatkan lagi produk & servis kitaorang supaya dapat bagi yang terbaik kepada korang semua.

Tapi tanpa korang…memang konfem, kitaorang pun tak ke mana sebenarnya. Terima kasih tak terhingga buat korang.

Hari ini saya nak kongsi ngan korang tentang produk terbaru kitaorang yang baru dilancarkan & dijangka akan menggunakan jenama kami sendiri iaitu BAJU RAGLAN BRAND AINIX.

Buat permulaan ni, kitaorang nak promote baju Raglan LENGAN 3 SUKU – BODY KELABU & LENGAN HITAM seperti dibawah ni.

Untuk permulaan ni, kitaorang akan jual dalam RM18 sehelai (Harga asal RM20) & promosi ni saya akan tamatkan sehingga TShirt Raglan Peringkat 1 ni habis dijual (kebiasaannya dalam sebulan dah habis dijual). Stok sedia ada adalah sebanyak 600 helai iaitu saiz XS hingga 2XL. Setiap saiz 100 helai.

Design Baju Raglan 2015

 

Seperti biasa, saya hanya terima order 5 helai ke atas sahaja. Harga diatas adalah untuk harga baju kosong sahaja tanpa cetak.

Jika anda ingin mencetak design anda sendiri diatas baju tu, sila emelkan ke emel saya di adminkomisen@gmail.com untuk dapatkan harga beserta cetakan tersebut. INGAT!!! KAMI TERIMA 5 HELAI KE ATAS SAHAJA.

Korang juga boleh print mengikut design2 kami seperti dibawah :

Design Baju Raglan Nama kelas 2015 Design Baju Raglan Nama 2015 Design Baju Raglan I AM 2015

Ini hanya sebahagian daripada design yang biasa customer kitaorang nak print.

So, terpulang pada korang. Jika korang nak design lain & tak tahu nak designkan apa, klik DISINI untuk korang buat design tu sendiri ikut citarasa korang. Lagi puashati.

Selain daripada baju Raglan seperti diatas, kitaorang juga ada TShirt Raglan biasa lengan pendek seperti dibawah.

BRAND ENZO

Kod 1028 Raglan Enzo

 

BRAND GILDAN

Baju Raglan Baseball Tee GILDAN

 

So, terpulang pada korang nak pilih yang macamana tapi setakat ni yang readymade, ini je yang ada dulu.

Kalau korang nak buat selain daripada design yang ada kat atas ni, saya boleh buat custom made tapi dengan syarat 50 lai ke atas….diulangi!!!50 lai ke atas ye.

So, pada korang yang berkenan nak buat TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang & menggunakan TShirt Raglan ni atau apa sahaja jenis TShirt kat katalog atas nun, korang boleh order terus samada melalui :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

Kitaorang menantikan tempahan korang ye. In Sha Allah, kitaorang akan layan korang sebaik mungkin.

Ok…hari ni cam biasa, kalau nak kongsi cerita pasal tempahan sebelum ni memang tak sah. Apa cerita kitaorang?

cetak tshirt engineering

Ni gambar asal yang customer bagi. 2 kaler printing. Alhamdulillah, mudah je sebab customer dah bagi siap dalam Adobe Illustrator. Hasilnya cam bawah ni…

tshirt cetak engineer

tshirt cetak engineer

Baju yang gelap tu ada bayang2 hitam jugak sebab guna baju kaler navy. Walaupun tak guna locking tapi masih lagi mampu print 2 kaler camtu.

Selain dari tu…

cetak tshirt kelas

cetak tshirt kelas raglan

Haaa….yang ni tshirt kelas print atas baju jenis Raglan brand Enzo kaler hitam merah. Design ni pun customer bagi siap dalam Ai. So, senang sikit nak print. Pun 1 kaler depan belakang. Lebih murah & lebih mudah nak print.

Lagi? Apalagi……

cetak tshirt kapalterbang

Yang ni saya suka sebab cantik betul bila print. Gambar kapalterbang. Depan belakang print. Depan 2 kaler & belakang 1 kaler.

cetak baju kapalterbang

cetak baju kapalterbang

cetak baju kapalterbang

Ni antara gambar baju yang sempat saya ambik. Ada 3 jenis gambar kapalterbang. Semua design lebih kurang camni.

Selain dari tu…

cetak baju

cetak tshirt

Ni print biasa je. Design ni pun, customer yang bagi design ni dalam Ai. Tak yah edit2 dah. Print je terus.

Print 1 kaler merah je. Mudah je.

Oklah setakat ni jelah dulu ye. Jumpa lagi kita akan datang di lain minggu.

Sekali lagi….

So, pada korang yang berkenan nak buat TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang & menggunakan TShirt Raglan ni atau apa sahaja jenis TShirt kat katalog atas nun, korang boleh order terus samada melalui :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

Sampai jumpa lagi….baaiiiiii…..

Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com

Selamat menyambut Tahun Baru 2015 & jom tempah TShirt korang disini….

Happy New Year

 

Hai, hai, hai & Salam Tahun Baru pada semua pelawat mohcetakbaju.com,

Beberapa hari lagi, kita akan menjenguk ke Tahun 2015. Rasanya baru lagi kita masuk 2014. Dalam setahun ni, Alhamdulillah, rezeki kami semakin melimpah ruah termasuk le kedai baru kitaorang yang dah siap untuk cover order yang makin meningkat kebelakangan ni.

Kitaorang di www.mohcetakbaju.com juga nak kongsi kesedihan kepada korang yang dilanda banjir dibeberapa negeri. Kitaorang harap korang tabah & sabar hadapi dugaan dari Allah. In Sha Allah, ada hikmah besar atas semua yang berlaku tu.

Rumah adik & abang saya di kemaman pun dah hampir tenggelam. Rumah mak, Alhamdulillah…tak naik air lagi. Kitaorang doakan semoga banjir tu cepat2 le surut & korang dapat jalani hidup seperti sebelum ini segera.

Hari ni saya nak berkongsi ngan korang tempahan2 yang saya dah siapkan sepanjang 2014 lepas untuk tatapan korang semua.

So, kalau sape2 yang nak order TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang tahun depan, kami alu2kan & In Sha Allah, akan kami layan sebaik mungkin bagi dapatkan TShirt korang tu.

Ok..antara TShirt2 yang kitaorang siapkan baru2 ni ialah TShirt Rewang atau TShirt Kahwin seperti dibawah…

tshirt kahwin rewang

tshirt rewang

 

TShirt rewang atau TShirt kahwin camni banyak yang orang order kebelakangan ni. Diaorang bagi gambar & saya akan transfer kepada gambar ala bayang2 macam kat atas ni.

Selain dari tu….banyak jugak saya terima TShirt Family Day macam bawah ni….

tshirt family day

 

tshirt hari keluarga

 

tshirt hari keluarga

hari keluarga

 

tshirt keluarga

 

tshirt keluarga

 

Selain daripada baju rewang & baju keluarga, ada jugak tempahan baju group yang saya terima sebelum ni. Tapi print simple je. 1 kaler depan belakang.

tshirt cetak

cetak tshirt

cetak baju

cetak baju

Ok..ni antara tempahan2 yang sempat saya upload dalam artikel hari ni. Banyak lagi gambar yang dah ambik tapi tak sempat nak upload lagi.

So, tunggu le cerita2 lain akan datang dalam Tahun 2015 ni. In Sha Allah, saya akan sediakan macam2 lagi produk baru kitaorang pasal cetak baju ni sebab saya dalam proses nak belajar macam2 stail printing lagi dalam 2015 ni.

Iklan TShirt I AM 4

 

Follow blog kitaorang untuk tengok apa yang kitaorang tawarkan nanti.

Ok..kalau ada sape2 yang berminat nak order TShirt ngan kitaorang, sila :

1. Emelkan detail order korang ke emel kami di adminkomisen@gmail.com atau;

2. Whatsapp atau SMS ke 0192254028 (Abg Nik) atau 0193643692 (Kak Salina) atau;

3. Call kitaorang untuk dengar suara kitaorang sendiri tapi tolong jangan call malam ye. Kami pun nak berehat jugak!!

Baiii…jumpa lagi…….

Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com

Jom buat bisnes TShirt dengan kitaorang untuk Tahun 2015 ni, nak tak…..

Iklan TShirt I AM 4

Hai, hai,hai & Salam Cetakbaju semua,

Apa khabar semua? Kejap je dah nak hujung Tahun 2014 & dah nak masuk 2015 dah.

Rasanya macam baru lagi kitaorang buat bisnes cetak baju ni tapi yang sebenarnya dah hampir 5 tahun dah dalam online ni. Kitaorang start bisnes ni dari Tahun 2010 lagi.

Dan sehingga sekarang jugak….dah berpuluh ribu tshirt kami siapkan dengan beribu customer dah order dengan kitaorang. Adat berniaga biasalah…..ada yang OK & ada jugak yang KO tapi majoriti berpuashati, Alhamdulillah.

So, korang camane? Dah berjaya dalam hidup korang dah ke atau masih sama seperti sebelum ni?

Bagi korang yang rasa2 nak cuba berniaga, cuba korang berniaga tshirt dalam Tahun 2015 ni. Inilah peluang terbaik korang sebenarnya.

GST

Tahun depan, ekonomi negara dijangka makin padat & mungkin ada yang sesak nafas dibuatnya. Mana tidak, tahun depan kerajaan buat GST. Banyak jugak yang akan efek perbelanjaan harian korang nanti.

Kita tak boleh buat apa dengan GST tu sebab kita rakyat biasa je. Nak tak nak, kita kena tempuh jugak.

Tapi jangan sebab GST kita tension & rasa tekanan hidup. Cari alternatif untuk tingkatkan pendapatan sampingan korang. Satu daripadanya ialah berniaga TShirt.

Tahu tak korang…..permintaan terhadap TShirt atau pakaian ni akan sentiasa ada sehingga hari kiamat.

Manusia mesti akan sentiasa membesar & memerlukan pakaian baru hampir setiap masa. Takkan nak pakai baju sama je dari kecik sampai besar. Pastu pulak…kalau ada aktiviti, biasanya korang kena buat tshirt jugak.

Islam pun suruh kita berpakaian untuk tutup aurat. So, bisnes pakaian ni memang akan mendapat permintaan yang tidak berhenti2 dari dulu, kini & sampai bila2.

Daripada korang join bisnes2 lain yang entah hape2, baik korang cuba lak bisnes tshirt ni.

Ramai kat luar sana join bisnes yang kena cari orang atau downline. Saya dulupun salah seorang daripada orang camtu. Nak kaya cepat le katakan. Bukan semua orang jenis yang pandai tarik pelanggan join bawah dia & lepas tu, sampai bila nak cari orang camtu. Sampai satu tahap, akan jadi tepu jugak nanti.

Lain dengan bisnes TShirt ni. Korang promote kat FB atau website, orang cari korang untuk buat tshirt dia, deal harga dengan pencetak baju, mark up harga & naaahhh…..dah dapat untung korang kat situ.

Nak lagi untung, cari customer yang nak buat tshirt untuk group. Lagi banyak untung camtu.

Ada tok guru printing saya bgtau dulu….ada kawan dia dapat income RM100,000 sebulan hanya menjadi orang tengah je. Hanya ambik untung atas angin. Dia buat marketing tapi orang lain tukang cetak. Tak ke untung besar tu.

Macam saya sendiri….setiap hari…jujur saya katakan, sehari beratus mesej yang masuk samada melalui emel, Whatsapp, call, blog, sms, website dll. So, camane saya nak katakan yang bisnes ni tak ada permintaan. Setiap hari saya akan menjawab emel tersebut yang kebanyakan besarnya bertanya untuk order tshirt diaorang.

Cuma satu lagi saya nak pesan kat korang….Kalau korang nak buat bisnes TShirt ni, jangan cuba masukkan semua design yang korang ada dalam satu promosi.
Cuba tumpu 1 jenis design atau konsep dulu sebelum start promote baju tu. Cuba familiarkan nama korang dengan design2 tertentu dulu.

Contohnya; korang minat dengan baju baby. So, cuba promotekan hanya baju baby sahaja. Jangan campurkan dengan baju dewasa. Cara macam ni boleh menjamin lagi laku ke tak bisnes korang tu.

Kalau nak lagi hebat lagi…kecikkan lagi skop baju baby tu. Jual baju baby kaler hitam sahaja.

Nak lagi hebat lagi….jual baju baby kaler hitam print I AM sahaja.

Semakin kecik fokus bisnes korang, semakin hebat customer pandang bisnes korang nanti.

Takpun korang jual tshirt secara pakej dengan barang2 lain.

Contohnya; korang jual tshirt untuk hari keluarga sahaja.

Sape2 yang beli tshirt hari keluarga, buatkan pakej sekali dengan beg cenderamata, banner, bendera, mug, button badge & macam2 lagi barang yang berkaitan dengan hari keluarga.

Atau; jual tshirt kawin…buat pakej sekali dengan kad kawin, banner, cenderamata, tuala hantaran dll yang berkaitan dengan majlis kawin.

Itu le sikit sebanyak idea yang saya boleh berikan bagi sape2 yang nak mulakan bisnes TShirt korang.

Korang tak perlu pandai mencetak baju untuk start bisnes Tshirt ni sebab bagi saya hanya orang yang mempunyai seni & minat yang tinggi sahaja boleh mencetak baju tersebut.

Apa yang korang boleh buat ialah….buat promosi, dapatkan order, order dengan pencetak baju (kami pun boleh) & buat untung. Mula2 memang rasa susah tapi bila dah biasa, korang rasa seronok nanti.

So, camane? Dah berkobar2 nak start bisnes TShirt korang ke? Tok guru saya kata…kalau duduk Malaysia ni tak kaya, tak tahu le. Kita bukan duduk negara yang berperang macam Syria, Iraq atau Palestin. Negara kita aman. Hanya orang malas & banyak alasan je yang tak akan berjaya.

So….bagi membantu korang memulakan bisnes TShirt ni, saya ada sediakan satu ebook yang mempunyai 80 jenis bisnes berkaitan TShirt yang korang boleh pilih ikut kesesuaian korang.

Ebook tersebut saya akan jual sebab isi kandungannya sangat eksklusif. Hasil pengalaman & pemerhatian saya sendiri dalam perniagaan cetak baju selama 5 tahun ini. Ebook tersebut akan mula dijual selewat2nya sebelum masuk Tahun 2015 nanti.

Tunggu kemunculan ebook tersebut nanti…..sabar ye……

Ok…cam biasa….apa cerita tempahan kitaorang sebelum ni?

tshirt basketball

tshirt basketball

TShirt basketball. 2 kaler printing. Cuma kalau atas baju kain jersi, susah sikit nak buat. Tapi Alhamdulillah….ok je. Kuning dia memang naik menyerlah betul. Sesuai di combine dengan kaler kuning tu.

tshirt kelas

tshirt group

Yang ni biasa je. Guna baju 4square ni. Cuma masalah masa nak lukis balik design kartun depan tu. Bila kita besarkan design dia pecah. So, saya kena lukis balik untuk jadikan design tu lebih sharp.

tshirt kelas

tshirt kelas

Sori..kabur sikit gambar. Design ni dah pernah buat dulu. Suka benor diaorang ni gambar katak. Cute kot.

Yang ni pun saya lukis tangan balik sebelum boleh print tu. Tapi memang sempoi punya…..

tshirt kelas

tshirt kelas

 

Ni baju untuk budak SPM hari tu ni. Memang boleh jadi kenangan untuk budak2 ni. Bila lain kali ada reunion, boleh pakai balik baju ni. Memang diaorang akan teringat zaman muda nanti yek….

tshirt cetak

Yang ni print atas baju kain jersi ni. Cantik kombinasi kaler tu bila print atas kaler baju camni. Design memang diaorang dah siapkan, so cepat saya siapkan hari tu.

tshirt kelas

tshirt kelas

Yang ini pun customer dah siapkan design dia & mudah skit nak print.

So, takat ni dulu ye. Banyak2 nanti, boring lak nanti.

Ok…cam biasa..kalau nak order :

1.  Isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun atau;

2. Emelkan detail & design nak print tu kat emel saya di adminkomisen@gmail.com atau:

3.  Call, Whatsapp, sms ke 0193643692 (Kak Salina) atau 0192254028 (Abang Nik) – PERINGATAN….JANGAN CALL MALAM2 YE SEBAB KITAORANG NAK REHAT JUGAK YE…..

So, jumpa lagi….baaaaiiiiii….

Yang sentiasa membantu anda,

Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com

 

Tips nak buat iklan PERCUMA tanpa bayar satu sen pun (SPECIAL UNTUK BISNES TSHIRT!)

 

TShirt I AM copy

Hai, hai, hai, Salam Cetak Baju & Salam AidilAdha(Buat rakan2 beragama Islam),

Salam Aidiladha buat semua umat Islam di serata pelusuk dunia ye(blog ni sampai ke tepi sempadan Alaska pun boleh tengok ni kalau ada line internet). Selamat berkorban le ye pada semua….

Hari ni nak kongsi ngan korang pasal TIPS buat iklan PERCUMA. Nak dengar tak? Sape nak dengar…angkat tangan…..

Tidak dinafikan, proses pemasaran atau mencari customer sangat2 penting dalam perniagaan termasuklah bisnes TShirt ni.

Ramai orang yang nak buat bisnes ni tapi gagal dari segi marketing. Kedai gah & hebat macam hotel 5 bintang tapi tak ada customer pun datang. Website gempak, siap ada lampu lip lap lip lap lagi tapi sayang, pelawat tak singgah pun.

So, bagaimana nak tarik pelawat atau bakal pelanggan untuk membeli produk korang. Dalam masa yang sama, korang malas nak keluarkan belanja.

Yang sebenarnya, kalau diikutkan kepada hukum bisnes yang sebenar, kalau nak duit datang kat kita, kita perlulah keluarkan dahulu duit kita. Bila duit keluar, baru ada duit masuk. Kalau tak keluar duit pun sebenarnya boleh buat bisnes jugak tapi keputusannya agak lambat dan tak sehebat kita laburkan duit.

Tapi tak mengapa…bagi orang yang baru berjinak-jinak dengan bisnes TShirt, mungkin mereka tak ada modal yang banyak lagi untuk dibelanjakan. So, untuk permulaan ni, mereka bolehlah fikirkan bagaimana cara yang tak perlu keluarkan duit untuk memasarkan produk mereka.

Biasanya, kalau benda yang tak perlu keluar duit, kita kena keluarkan dalam bentuk lain seperti kena keluarkan tenaga, masa dan penat lelah.

Kalau kita ada duit, benda2 camni kita boleh kurangkan lagi.

So, apa cara FREE Marketing yang saya nak cadangkan tu ?

  1. Bersembang di kedai kopi. – sambil bersembang, bagitahu sekali apa yang kita jual atau website kita. Mudah je. Modalnya…air liur je.
  2. Setiap kali sms, letakkan iklan. Bukan bayar iklan tapi bayar sms tu sahaja.
  3. Setiap kali emel, letakkan iklan kita.
  4. Guna whatsapp – daripada duk bersembang benda yang tak berfaedah, selit2kan sekali iklan kita tapi jangan terlalu kerap. Boring orang nanti.
  5. Minta kawan-kawan, saudara mara atau adik-beradik tolong promosi
  6. Tulis kat pokok – jangan tulis sebarangan. kena tengok tempat jugak. Nanti majlis datang tangkap nanti kang.
  7. Sambil bersembang dalam telefon, sambil buat promosi.
  8. Iklan dalam Facebook (yang tidak berbayar).
  9. Tulis atas sekeping kertas iklan korang & tampal ditempat yang dibenarkan.
  10. Buat flyers dengan tulisan atau print sendiri & edarkan ditempat korang. (Kalau nak cantik, kena bayar le & buat kat kedai printing).
  11. Cari kain-kain perca yang tak guna & masih cantik lagi yang ada dalam simpanan anda & tuliskan iklan atas kain tersebut.
  12. Carikan kertas sekeping, tuliskan iklan korang, ambilkan salotape & tampalkan kat belakang kereta (jadikan seperti stiker).
  13. Tulis iklan korang dalam satu kertas kecil sebesar bisnes kad, pastu edarkan dalam pengangkutan awam seperti bas, LRT, keretapi dll.
  14. Buat iklan anda atas kadbod atau kertas manila, pegang kadbod atau kertas manila & duduk di tempat2 yang ada lampu isyarat & tunjukkan pada pemandu kenderaan yang lalu lalang disitu.

Kalau ikutkan macam2 idea untuk korang mula mempromosikan bisnes TShirt korang tapi camane pun, nak cepat & berkesan, kena keluarkan duit jugak.

Kalau tak melabur, susah & lambat sikit nak dapat customer nanti. Yang FREE memang nampak cam mudah je tapi korang kena tebal muka, korang kena letih & penat dan korang kena korbankan banyak masa.

So, terpulang pada tahap masing2. Paling mudah…jual kat Facebook je. Itu yang paling glamer pun.

Macam saya sendiri…saya peruntukkan RM2000 ke RM3000 sebulan untuk buat marketing saje. So, disebabkan saya sibuk, belanja sebanyak ni, boleh gantikan penat lelah saya.

Mungkin nampak belanja tu besar tapi berbaloi dengan pulangan yang dapat.

Oklah….saya harap..korang akan berjaya dengan bisnes TShirt korang masing2 ye..

Hari ni nak bercerita pasal apa ye. Banyak gak tempahan yang kitaorang dah siapkan sebelum ni tapi sekarang ni, kitaorang akan mintak dulu baki bayaran, baru pos ye.

Cerita 1

tshirt group

tshirt cetak group

Blur sikit gambarnya. Ni baju group wife ni. Simple 2 kaler je. Kuning tu tak tindih putih pun. Just print sekali je tu. So, agak sempoi.

tshirt exo

tshirt exo

Haahhh…yang ni budak2 pompuan suka sangat ni. Baju EXO. 1 kaler print je. Yang camni, banyak gak saya terima tempahan. Korang nak order, bgtau ye.

tshirt syarikat

tshirt company

Yang ni pun sempoi je. Depan belakang 1 kaler printing. Tak ada cerita panjang ye sebab simple je.

tshirt family day

tshirt hari keluarga

Ini lak tshirt hari keluarga. Design asal banyak kaler tapi customer ni nak yang 1 kaler je. So, agak sempoi jugak. Cepat & mudah.

tshirt family day

tshirt family day

Ni bahagian belakang lak. 1 kaler jugak. Kalau 1 kaler camni, harga pun lebih murah dari print banyak kaler. sesuai untuk korang yang nak bajet murah.

tshirt I AM

Ni lak tshirt I AM tapi ada nam sekolah kat bawah tu. So, terpulang pada masing2.

TShirt I AM copy

 

TShirt I AM Long Sleeve Agent Tee

 

So…cam biasa, kalau sape2 nak order baju untuk apa sahaja aktiviti korang :

1.  Emelkan detail nak order & design nak print kat emel saya di adminkomisen@gmail.com.

atau ;

2.  Call/Whatsapp/SMS ke 0193643692 (Salina) atau 0192254028 (Nik)…..tapiPERINGATAN!!TOLONG JANGAN CALL WAKTU MALAM. KAMI PUN NAK BEREHAT JUGAK!!!

Sampai jumpa lagi…..baiiii….

Yang kat sini,

Nik & Salina
adminkomisen@gmail.com

MACAM-MACAM JENIS TSHIRT MURAH ADA…KAMI JUGA ADA BRAND AGENT TEE….

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Straight to the point……nak bagitahu ni, company kitaorang bukan je jual baju 4square sebagai pilihan untuk baju murah. Kami juga ada baju brand Agent Tee seperti gambar dibawah ni.

Katalog Agent Tee 2014 2 copy

Agent Tee ni kain dia tebal skit dari 4Square tapi ada 12 pilihan kaler je. Harga baju Agent Tee ni RM10.50 selai kosong.

Bukan setakat short sleeve. Long sleeve pun ada jugak.

 

So, nak bagitahu jugak….tempahan TShirt I AM sedang berjalan seperti biasa & saya promote TShirt Agent Tee ni jugak bagi sape2 yang bajet agak murah atau sape2 yang nak buat jual semula.

Tapi kalau korang nak tahu, TShirt I AM tu bukan je guna brand Agent Tee ni tapi saya ada jugak promote brand2 lain..kalau nak tahu lanjut, cer baca promo bawah ni & klik kat iklan bawah ni ye.

TShirt I AM copy

 

TShirt I AM Long Sleeve Agent Tee

Harga yang saya bagi kat atas ni untuk Semenanjung tapi kalau Sabah/Sarawak kena tambah RM2 lagi selai.

Pastu, KOS POS FREE SEMENANJUNG & 50% SAYA TANGGUNG UNTUK SABAH/SARAWAK. Sabah/Sarawak saya tanggung separuh pun kira ok dah tu sebab kos pos ke sana mahal oooo….boleh le cover skit2 untung & dapat gak tolong orang Sabah Sarawak dapatkan baju sama macam orang Semenanjung, ye tak…

Kalau korang nak tahu…saya ada jugak terima tempahan dari negara2 jiran macam Brunei, Singapore & Indonesia. So, kalau diaorang nak tempah, kos pos kena tanggung 100%. Paling jauh hari tu pun ke Korea. Student Malaysia di Korea.

Selain daripada tu…ada gak baju jenis Raglan saya offer untuk buat baju I AM tu. Cantik gak. Contoh baju tu macam kat bawah ni…

Kod 1028 Raglan

Harga dia….

Senarai Harga I AM Enzo

 

Kalau nak tahu detail harga baju lengan panjang, pendek & ikut brand semua UNTUK BAJU I am……KLIK KAT SINI SEKARANG!!!!

So, pada sape2 yang berminat nak order baju I AM tu…..sila :

1.  Emelkan detail & design nak print tu kat emel saya di adminkomisen@gmail.com

atau ;

2.  Call/Whatsapp/SMS ke 0193643692 (Salina) atau 0192254028 (Nik)…..tapi PERINGATAN!!TOLONG JANGAN CALL WAKTU MALAM. KAMI PUN NAK BEREHAT JUGAK!!!

 

Ok…apa2 pun kontek kami kalau nak tahu lanjut ye.

Actually…kami bukan je buat baju I AM. Dalam 4 tahun lebih kami dalam industri ni, dah beribu2 lai tshirt kami print. Macam2 jenis ada. Nak tahu ke?

Cer baca cerita pasal tempahan kami sebelum ni…

tshirt family day

tshirt family day

tshirt family day

Ni untuk baju family day ni. Design semua customer yang bagi. So, mudah skit saya nak pecahkan kepada 2 kaler, hitam & putih.

Kalau ikutkan kalau nak dapatkan design yang lebih sharp, kena guna locking ni tapi wife saya print guna marking je. Dia dah berpengalaman guna marking tu, so tak ada masalah bagi dia.

Cantik gak design camni tapi ambik masa skit sebab kena print hitam dulu. Pastu, tunggu design kering baru tindih putih tu.

So, apa cerita lagi…..

tshirt askar

tshirt tentera

Baju ni jauh nak guna ni…untuk ESSCOM kat Lahad Datu ni. Bangga le jugak buat baju ni.

Rasanya geng Komando pakai baju ni. Yang ni pun 2 kaler jugak. Putih & kelabu. Actually depan ada nak print jugak tapi lupa nak ambik gambar dia. Sempat ambik belakang je.

Lagi apa citer….

tshirt sukan

tshirt sukan

Ini ada 4 kaler kena print. Kuning, hitam, putih & merah.

Harga pun mahal skit sebab saya kena upah designer untuk pecahkan kaler rimau tu. Nak print pun kena hati2 supaya marking dia tak lari. So, Alhamdulillah…walaupun nampak macam susah nak buat tapi berkat pengalaman kitaorang, berjaya jugak akhirnya.

Ok…last punya cerita…

 

 

 

cetak tshirt kelas

tshirt kelas

cetak baju kelas

Ini antara tshirt2 kelas yang saya sempat upload dalam blog hari ni. Banyak lagi sebenarnya yang nak cerita tapi kalau banyak sangat nanti penuh lak blog saya ni.

So, rasanya setakat ni dulu. So, sape2 yang nak tempah tshirt untuk apa sahaja aktiviti korang, jangan malu & jangan segan untuk :

1.  Emelkan detail nak order & design nak print kat emel saya di adminkomisen@gmail.com.

atau ;

2.  Call/Whatsapp/SMS ke 0193643692 (Salina) atau 0192254028 (Nik)…..tapi PERINGATAN!!TOLONG JANGAN CALL WAKTU MALAM. KAMI PUN NAK BEREHAT JUGAK!!!

Ok….jumpa lagi, korang….baaiiiii….

Nik & Salina,
adminkomisen@gmail.com

Kami tak terima tempahan korang, kalau………

TShirt I AM copy

 

Hai, hai, hai & Salam Cetak Baju semua,

Berjumpa lagi kita hari ni. Dah lama rasanya tak upload cerita dalam blog ni. Almaklumlah, tempahan full memanjang. Nak bercuti & nak berehat pun tak sempat. Ni pun tengah kerja lagi ni.

Tapi kitaorang setakat ni, ok je sebab bila buat kerja yang kita minat, biasanya tak akan rasa penat atau give up. Seronok sebenarnya. Cuma letih badan skit le. Nak buat camane…inilah jalan yang kami pilih.

Ok…disepanjang 4 & hampir 5 tahun kami dalam bisnes ni, baaaaaanyak sangat tempahan yang terpaksa kami rejek. Samada kami tak boleh buat, tak mampu buat atau tak nak buat.

Korang jangan ingat semua tempahan kitaorang boleh terima. Ada beberapa jenis tempahan yang kalau korang tanya, kami akan rejek terus. Bukan sombong atau berlagak tapi ada alasan sebab apa kitaorang tak nak terima tempahan tu.

Antara tempahan yang kitaorang akan terus rejek ialah :

1.  Tempahan yang berkaitan dengan agama lain seperti Kristian, Buddha, Hindu dll. Ianya bertentangan dengan prinsip saya. So, maaf ye kepada customer2 yang nak order camtu.Memang banyak sangat saya terima order camtu tapi saya terpaksa tolak dengan cara baik. Harap korang faham2 le ye.

2.  Tempahan 5 helai ke bawah. Saya hanya terima 5 lai ke atas je. Tak kira campur saiz, kaler ataupun kod baju. Asalkan 5 lai ke atas je. INGAT TU YE!!!

3.  Tempahan yang mempunyai terlalu banyak design nak print. Saya akan terus rejek juga kerana akan ambik masa yang lama untuk print design camtu. Baik saya tumpu kepada print design yang sikit tapi massyuuukkk…..

4. Tempahan yang banyak sangat kaler nak print. Yang ni pun sama dengan nombor 3 diatas. baik saya tumpu pada design yang tak banyak kaler tapi janji massyuuuukkk!!!

5.  Tempahan untuk baju custom made bawah 70 lai. Kalau nak custom made, mesti 70 lai ke atas baru saya terima.

6.  Tempahan yang nak segera. Kurang dari 3 minggu. Konfem saya akan rejek terus sebab memang tak sempat nak buat. Kalau saya terima & tak sempat siap, konfem kena marah punya. So, kalau nak tempah, mesti 3 minggu ke atas lepas dapat deposit, boleh siap ye.

7.  Tempahan guna baju sendiri. Maaf…saya tak terima baju luar. Saya guna baju saya sendiri je ye. Kalau saya guna baju luar & baju rosak, teruk saya kena berganti nanti sebab baju luar ni tak sama dengan stok yang saya ada.

 

Setakat ni itu jelah yang kitaorang rasa kitaorang tak boleh penuhi buat masa sekarang. Ini hanya mungkin sementara.

Kalau keadaan mengizinkan, In Sha Allah, saya akan bagitau balik dalam blog saya ni nanti.

Pastu jugak, nak bgtau ni……TOLONG LE JANGAN CALL KITAORANG PADA WAKTU MALAM TERUTAMANYA DAH DEKAT PUKUL 11 MALAM. KITAORANG PUN MANUSIA JUGA & KITAORANG LETIH JUGA. TOLONGLAH BERTIMBANGRASA SKIT YE. INI…ADA YANG CALL PUKUL 12.00 MALAM & 2 PAGI PUN ADA. KITAORANG MEMANG TAK AKAN ANGKAT CALL TU YE. BILA DAH BUNYI TELEFON TU, SUSAH LAK NAK TIDO LEPAS TU….TOLONGLAH YE……KITAORANG TAU, KORANG MEMANG EXCITED NAK ORDER BAJU TU, TAPI PIKIR2KANLAH YE…..

Ok…rasanya itu je ingatan untuk korang setakat ni ye. Kami akan cuba memberikan layanan terbaik kepada korang nanti, In Sha Allah.

So….cam biasa. Apa cerita hari ni?

DSCN2939

Aisey…gambar kucing pun masuk sekali. Kucing ni teman kitaorang tengah printing ni. Kadang2 kalau cat tengah basah lagi, tiba2 dia melompat atas baju tu….aduhhh!!! tensennya.

Terpaksa le basuh baju tu sbb dah comot tapi kitaorang tak ada marah. Dia binatang, bukannya ada akal pun. Paling tidak pun, marah mulut camtu je…hehehe. Kesian dia.

 

Hari ni saya taknak cerita pasal setiap tempahan tapi nak tunjuk gambar2 baju yang kitaorang pernah buat sebelum ni. Kalau ikutkan, banyak gambar nak ditunjukkan tapi takut nanti boring kang….So, enjoy the pictures…..

DSCN2945 DSCN2947 DSCN2952 DSCN2959 DSCN2967 DSCN2981 DSCN2985 DSCN2996 DSCN2997 DSCN2998 DSCN3010

Yang paling glamer sekarang, baju I AM. Yang itu memang tak menang tangan. Nak order, bagitahu kitaorang ye.

 

Iklan TShirt I AM 4

So, takat ni dululah ye.

INGAT!!!!! Bukan semua tempahan kitaorang terima. Baca cerita kat atas nun & korang tahu le apa yang kitaorang tak boleh terima ye.

So, pada korang yang nak order baju tu, korang guna je cara2 kat bawah ni kalau nak tahu harga tu ye :

1.  Emelkan detail & design nak print tu kat emel saya di adminkomisen@gmail.com ye.

2.  Call, SMS atau Whatsapp ke hp kitaorang di 0192254028 (Nik) atau 0193643692 (Salina).

Ok…jumpa lagi korang…baiiiii….

 

Dari teratak kecil kami,

Nik & Salina
adminkomisen@gmail.com

Tempahan TShirt I AM & apa sahaja cetakan baju anda dah dibuka semula…..yahooo!!!

Hai, hai & Salam Cetak Baju Semua,

IKLAN TSHIRT I AM

Selamat berjumpa kembali kepada semua pelanggan2 setia & kepada semua pelawat2 mohcetakbaju.com yang budiman.

Dah hampir sebulan saya terpaksa tutup order disebabkan tempahan yang masuk diluar dugaan saya terutamanya selepas saya iklankan baju I AM.

Korang bayangkan, kebiasaannya order yang masuk dalam 1,000 lai sebulan semenjak 4 tahun lepas tapi 2 bulan lepas, tempahan menjadi sekali ganda iaitu dalam 2,000 helai ++. Macamana saya nak terima order lagi sedangkan yang menunggu menimbun2.

Bisnes printing baju ni lain dengan bisnes produk siap yang lain sebab printing baju ni base on tempahan yang masuk. Kalau kita dapat siapkan cepat, orang akan sukahati tapi kalau tempahan lambat siap, konfem nanti kena marah dengan customer.

Itulah yang terjadi pada kami. Memandangkan order yang nak disiapkan menimbun, so ada tempahan yang dapat lambat. So, mulalah customer merungut sebab lambat dapat.

Last2, bila dah berbincang dengan wife, saya ambik jalan selamat. Saya stopkan je order dulu walaupun yang menunggu nak order ada beberapa ratus lai lagi. Bagi saya, baik saya tolak dengan baik daripada sakit hati kena marah dengan customer.

Bagi saya, kualiti & hubungan dengan customer lebih penting sebab saya nak bisnes lama.

Ada ramai gak customer diluar sana yang mengadu kena tipu dengan orang lain. Ada yang dah ambik duit, pastu senyap je lepas tu.

Ada tu yang dah order & dah siap tempahan dah tapi bila baju ada silap, tak nak ganti. Buat derkkk je. Macam2 jenis manusia.

Macam saya lak, saya dah kira jujur dah berniaga tu tapi kena dengan customer lak….saya dah bersungguh2 siapkan tempahan customer sampai ke malam tapi ada yang tak bayar2 baki sampai hari ni.

Macam2 jenis. Tapi saya saaaaaaangat bersyukur kepada Allah kerana kerana Dialah saya mendapat rezeki yang melimpah ruah ni.

So…..happy sangat bila dah selesaikan banyak tempahan tshirt tanpa sakit hati kena marah.

Saya juga dalam proses membeli alat printing yang lebih canggih bagi menampung permintaan yang semakin meningkat. Saya import barang tu dari US & dijangka sampai kat saya selepas raya nanti. Nanti bila dah sampai & saya dah mula guna alat tu, nanti saya ceritakan ye. Setakat ni…tunggguuuuuuu………

Ok, hari ni saya nak kongsi dengan korang tentang tshirt2 baru dalam blog saya. Banyak supplier perkenalkan TShirt2 baru & antaranya Oren Sport, Enzo & Gildan.

Macam2 baju baru ada seperti :

Baju Raglan

Baju Raglan Baseball Tee GILDAN

Kod 1028 Raglan enzo

Atas ni baju Raglan Enzo.

Baju Muslimah pun ada design baru dah. Contohnya :

Kod 8022 Muslimah enzo

Kod 8012 & 8021 Muslimah enzo

 

Ada baju microfiber baru jugak…..

Quickdry Gildan 36000 GILDAN

Kod 2830 enzo

Pastu, Gildan ada gak jual baju sweatshirt….

Gildan Sweatshirt GILDAN

 

So, yang paling glamernya ialah baju I AM…..

IKLAN TSHIRT I AM

 

CUMA NAK BAGITAHU JE……..PERINGATAN!

TShirt lengan panjang HITAM brand 4Square tak ada stok, so sy akan guna baju Enzo tapi itupun kalau ada stok. Kalau tak ada stok, saya tak boleh buat apa jugak sebenarnya. Yang paling kritikal sekarang ni, baju lengan panjang hitam.

Tapi…..apa2 hal pun saya akan bagitau nanti ye.

NAK BAGITAU LAGI….PERINGATAN KEDUA!!!

Memandangkan ramai jugak customer yang dah dapat baju tapi agak liat nak bayar baki bayaran, saya terpaksa mengetatkan syarat bayaran. Sebelum ni saya berani pos dulu tapi mintak baki lepas dah pos barang. So, kali ni, bila barang tu dah siap, saya akan upload ke dalam emel & mintak korang bayar baki dulu. Selagi tak bayar baki, saya tak akan pos baju tu. Boleh ye. Just untuk elakkan customer2 yang agak liat nak buat bayaran ye.

So, seperti biasa, bagi customer yang dah excited balik nak order baju2 tu, korang boleh kontek kitaorang samada :

1.  Guna page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun & isi form kat situ lepas tu.

2.  Emelkan pertanyaan korang pasal baju tu ke adminkomisen@gmail.com.

3.  Call kitaorang terus di 019-2254028 (Nik) atau 019-3643692 (Salina).

4.  Whatsapp atau SMS

So, kitaorang menunggu tempahan korang ye…..

Baiiiii…..

Dari teratak kami,

Nik & Salina
adminkomisen@gmail.com 

10 TEKNIK UNTUK YAKINKAN PELANGGAN & TINGKATKAN JUALAN SECARA ONLINE

 

Hai & Salam Cetak Baju semua,

TIPS MENDAPATKAN KEPERCAYAAN PELANGGAN….

Untuk pengetahuan korang semua, bisnes kitaorang saya anggap agak berjaya kerana mendapat kepercayaan dari semua pelanggan. Pertanyaan bertalu2 masuk samada melalui emel atau telefon. Sampaikan pukul 2,3 pagi pun masih ada yang menghantar emel atau telefon.

Apa rahsia kami sebenarnya?

Tahu tak apa antara teknik yang digunakan untuk yakinkan pelanggan kitaorang tu. Hari ni saya nak kongsi ngan korang apa yang kami buat untuk mendapat keyakinan pelanggan tu :

  1.  Kalau pelanggan hantar emel, cuba jawab secepat mungkin & jawab dengan penuh ikhlas untuk membantu. Jangan biarkan emel tersebut dalam ruangan unread dalam tempoh yang lama. Anda perlu jawab sekurang-kurangnya 24 jam ke bawah supaya pelanggan yakin dengan anda.
  1. Gunakan bahasa yang simple tapi beradab. Jangan sesekali guna bahasa kasar & marah2. Kalau korang guna bahasa kasar atau tak beradab, konfem pelanggan anda tak akan datang dah jenguk ke website anda & dia akan bgtau semua orang nanti.
  1. Untuk bisnes cetak baju…kalau diaorang tanya bila boleh siap, kalau boleh cuba sedaya upaya utuk jawab dalam tempoh yang anda mampu. Jangan menipu kerana kalau sekali menipu, pelanggan akan serik dengan anda. Tuhan lagilah tahu.

Amalan ini yang saya cuba praktikkan sekarang kerana kalau saya janji boleh siap awal tapi tak dapat siapkan, mesti pelanggan akan                   marah2 kita nanti & setakat tu je lah bisnes kita tu nanti. Janji kita cakap benar, mana tahu akan datang ada rezeki lain lak…betul tak?

  1. Kalau pelanggan call…cepat2 jawab. Tapi macam saya, kadang2 tak dapat jawab, samada luar kawasan, dalam bilik air, tengah sembahyang atau tengah2 malam atau pagi2 buta. Saya pun manusia biasa juga. Ada sekali tu pelanggan call pukul 2 pagi. Maaf le kalau saya tak jawab ye.
  1. Blog atau website sentiasa update dengan maklumat terkini. Saya update blog saya setiap minggu. Kena disiplin. Kalau orang tengok website tak bergerak2 dari 2 tahun lepas, orang boleh percaya ke bisnes kita masih wujud?
  1. Kalau pelanggan tak jadi order tapi deposit dah bagi. So, kalau dia mintak balik duit tu, bagi dengan segera. Selagi kita tak pulangkan duit tu, selagi tulah kita akan di cap sebagai penipu sebab dah makan duit pelanggan. Kita tak tahu masa akan datang. Mana tahu, dengan kejujuran kita tu, Allah akan bagi rezeki yang lebih besar kat kita…betul tak?
  1. Kalau boleh berkompromi sedikit dengan tempahan pelanggan. Mana yang rosak atau yang tersilap print tu, gantilah balik atau bagi diskaun. Kalau kita diam je, konfem orang tu tak akan order dah dengan kita.
  1. Cuba monitor atau pantau barang yang kita pos dari mula dipos sampai le betul2 sampai ke tangan pelanggan. Jangan hanya setakat pos, pastu lepas tangan terus. Tak kisah dah barang tu sampai ke tak kat pelanggan. Kalau pelanggan tanya..itu bukan urusan saya sebab saya dah pos. Itu bukan caranya. Nak bagi pelanggan konfiden dengan kita, mesti pastikan barang2 tu betul2 sampai ditangan pelanggan. Kalau saya pos banyak barang, biasanya saya tunggu komplen dari pelanggan. Mana yang tak sampai tu, cepat2 saya bgtau kat courier & pastikan memang pelanggan dah betul2 dapat barang tu, baru le saya rasa lega.
  1. Sentiasa Keep in touch dengan bakal2 pelanggan & bekas pelanggan sebab dengan cara ini bukan sahaja pelanggan tu akan konfiden dengan bisnes kita tapi boleh naikkan jualan melalui repeat order. Orang yang dah biasa order dengan kita, kalau dia konfiden dengan servis yang kita beri, biasanya dia dah tak lari ke lain dah sebab nanti kalau order dengan orang lain, tak tahu lak apa risiko dia. So, nak senang, order je dengan orang yang biasa di order.

10. Last sekali, saya selalu berdoa agar bisnes saya ni di rahmati, diberkati & diredhai Allah. So, secara automatik Allah akan bantu saya &                 dapat yakinkan lagi pelanggan saya untuk deal dengan saya.

Apa2 pun korang cuba anggap korang sebagai customer & biasanya apa yang korang nak dari peniaga biasanya. So, apa yang korang rasa sebagai customer tu, masukkan dalam bisnes korang.

Contohnya ; kalau anda jadi customer, mesti nak balasan emel segera. So, kalau anda peniaga, praktikkanlah jawab emel dengan segera.

Kalau anda jadi customer, anda nak servis yang terbaik, so, kalau anda peniaga, berikanlah servis terbaik pada customer.

Kalau anda jadi customer, anda nak harga yang murah, so, kalau anda peniaga, berilah pilihan kepada customer untuk pilih barang yang murah atau yang mahal. Kalau dia nak murah lagi, bagi penjelasan lojik supaya dia terima. Kalau just buta2 je tolak tanpa bagi penjelasan kenapa tak boleh murah lagi, mungkin customer tu akan fed up dengan anda nanti.

Begitulah antara cara nak yakinkan pelanggan tu sebenarnya. Cuba korang praktikkan, In Sha Allah, anda akan terkejut dengan hasilnya sebab pelanggan sekarang dah bijak menilai yang mana ok & yang mana tak ok.

So, harap2….petua ni dapat le bagi idea skit pada korang yang buat bisnes online & bagi keyakinan pada korang yang nak order baju kitaorang ye..

Haaaaa….apa cerita hari ni….

tshirt kelas

tshirt kelas

Tahun lepas banyak buat Tshirt The Class Of 2013. tahun ni tukar 2014 lak. Simple 1 kaler je.

tshirt stiker

 

Yang ini special skit sebab guna stiker ni. Kalau gambar original camni, memang kena guna stiker. Kalau nak print biasa, saya tak ada alatnya.

tshirt cetak

cetak baju

Apalagi tempahan yang kitaorang pernah buat….

tshirt kelas

tshirt kelas cetak

tshirt kelas

tshirt kelas

Ni design baju biasa camni. Nama & nombor kat belakang. Khas untuk player sukan ni.

Ok..cam biasa, nak order, bgtau kitaorang ye. Samada guna emel, call atau mesej je ye.

Jumpa lagi…baiiii……

Signature

T Shirt I AM betul2 menggila sekarang ni…hehehe!!!

Iklan Baju I AM

Iklan I AMHai,hai, hai & Salam Cetak baju semua,

Apa khabar semua? Harap2 korang semua dikurniakan kesihatan yang baik semuanya ye. Kitaorang kat sini pun Alhamdulillah & nak ucap banyak2 terima kasih pada korang yang sentiasa sokong bisnes kitaorang sampai ke tahap ini.

Hari ni saya nak berkongsi ngan korang tentang baju yang tengah menggila sekarang ni iaitu baju I AM NIKON tapi NIKON tu tukar dengan nama sorang2.

Untuk pengetahuan korang, dah beberapa ratus lai kitaorang print untuk baju ni & sekarang ni pun banyak lagi tengah menunggu ni.

So, sape2 yang berminat nak print baju camtu, korang boleh emelkan detail nak order tu kat emel kitaorang di adminkomisen@gmail.com. Range harga seperti kat banner atas ni ye.

Baju guna brand 4Square lengan pendek….

Bukan kaler hitam je. Macam2 kaler boleh buat.

Hari ni saya nak promote kat korang yang nak yang lain dari yang lain. Ada jenis EMBOSS atau TIMBUL. Ada jugak yang GLOW IN THE DARK..yang bercahaya masa dalam gelap.

Pastu, LENGAN PANJANG pun boleh.

Klik Button bawah ni untuk tahu detail pasal baju tu…..

Klik sini

 

Ok…dah lama kitaorang tak berkongsi tentang tempahan TShirt yang kitaorang buat sebelum ni.

Apa cerita…….

tshirt I AM

TShirt I AM yang kitaorang pernah buat sebelum ni bukan sahaja kaler hitam je customer tempah. Kaler lain pun banyak. Macam gambar2 ni. Ni gambar sebelum letak nama masing2 ni. Lupa nak upload gambar yang dah ada nama. Gambar2 camni je semua.

cetak tshirt I AM

cetak tshirt I AM

So…excited tak nak order…sabarrrr…emel je detail nak order tu kat emel saya di adminkomisen@gmail.com atau call terus kalau nak lebih konfem.

Apa cerita lagi….

cetak tshirt polis

cetak tshirt polis

Ni baju geng2 polis ni. Design diaorang buat kat Customink.com je. Godek2 situ senang je. So, agak mudah skit nak buat. Korang pun kalau nak print kat baju korang untuk apa2 je aktiviti korang, sangat2 dialu2kan….

cetak tshirt polis

Selain daripada tu……

Displaying wm-front (4).jpgDisplaying wm-back (4).jpg

Ni design asal yang customer ni hantar melalui Customink.com

So, hasilnya…..

tshirt kuda

tshirt kuda

tshirt kuda

tshirt kuda

Ada 2 kaler yang dia buat. Cantik tak? Simple & sempoi je……

Apalagi….

tshirt kelas

Ni tshirt kelas lak. Ini pun dari Customink.com. Tak payah susah2 nak lukis tangan. Guna website tu je. Korang mesti puashati punya.

tshirt kelas

baju kelas

baju kelas

Ok…dah le tu ye. Seronok ke tengok macam2 design dalam blog ni. So, pada korang yang rasa excited giller nak order baju2 korang tu, apakata korang ikut step2 ni :

1.  Isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun, pastu emelkan design nak print tu untuk saya bagi harga.

2. Emelkan detail & design nak print tu ke emel kitaorang di adminkomisen@gmail.com.

3. Call kitaorang di 0192254028 – Abg Nik atau 0193643692 – Kak Salina.

4.  SMS atau Whatsapp kitaorang guna nombor atas ni.

So, kitaorang tunggu order korang ye & In Sha Allah, kami akan layan sebaik2nya soalan korang ye. Mana nak cari tempat cetak baju yang boleh jawab segera soalan2 korang.

Kalau tempat lain belum tentu berjawab soalan korang tu.

Setakat ni dulu ye….bai……

Baju 4Square untuk korang yang ingin bajet rendah!

 

Pray for MH370

Hai korang,

Semalam saya baru balik dari bercuti & rasa macam bercampur2 perasaan sebab ada rasa seronok & ada rasa risau.

Seronok sebab dapat jumpa bonda & ayahanda tercinta. bila balik kampung ni, hati rasa tenang je bila lihat wajah mak ayah kita. Pastu, bangga lah jugak sebab dapat lagi berbakti dengan diaorang selagi nyawa mereka masih ada ni.

Bagi saya, rezeki yang melimpah ruah ni pun hasil dari usaha kitaorang berbakti kepada mak ayah semasa diaorang masih hidup ni. Saya selalu mintak mak terutamanya untuk kami sekeluarga murah rezeki & hasilnya, rezeki yang melimpah ruah sehingga kini, Alhamdulillah.

Risau lak ada 2. Satunya, risau yang tak habis2 tentang MH370. Mana le pergi kapalterbang ni ye. Doa le korang. Kalau kita duduk kat tempat penumpang tu, baru le kita tahu macamana perasaan sebenarnya situasi yang diaorang hadapi tu.

Risau keduanya ialah tentang order yang menimbun menunggu lepas balik kampung ni. Harap2 dapat le disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan ye.

Ok…hari ni saya tak nak bercakap panjang. Cuma nak bagitau semula yang design I AM NIKON(Nikon ganti nama masing2) masing lagi menjadi design yang popular sekarang ni. Kalau korang nak order, emelkan kat emel saya di adminkomisen@gmail.com ye.

tshirt kelas cetak baju kelas

 

Ok…selain daripada tu, nak bagitau jugak ni, brand 4square ada offer baju lengan panjang & lengan pendek untuk korang. Dewasa ada & kanak2 pun ada. Cer tengok gambar bawah ni.

Baju 4square

Baju 4square Polo

Ni baju lengan pendek.. Lengan panjang lak….

Baju Long Sleeve Roundneck 4square Baju Long Sleeve VNeck 4square

Lengan panjang 4square ni ada 2 jenis – roundneck & V Neck.

Nak tahu harga baju ni, klik kat page Katalog 4Square.

Kanak2 4square pun ada.

Baju Kids 4square 1 Baju Kids 4square 2 Baju Kids 4square 3

Harga pun boleh tengok kat page Katalog 4Square.

Ok….pada korang yang nak buat tshirt untuk apa sahaja aktiviti korang tapi nak bajet rendah, korang boleh pilih baju brand 4Square ni.

Kualiti baju ni walaupun murah tapi boleh menyamai Oren Sport atau Gildan.

Saya pun suka print baju 4Square ni sebab mudah nak print & tak mudah kembang kalau basuh banyak kali.

So, kalau korang rasa nak order baju ni, emelkan detail tempahan & design nak print tu kat emel saya di adminkomisen@gmail.com atau call kami di 0192254028 (Nik) / 0193643692 (Salina), SMS atau Whatsapp. Terpulang pada korang.

Ok….hari ni saya tak kongsi cerita printing ngan korang sebab agak sibuk skit. Baru balik dari kampung. Lain kali le ye.

Jumpa lagi…baaiiiii……

Signature