Blog Archives
Kami tak terima tempahan korang, kalau………
Hai, hai, hai & Salam Cetak Baju semua,
Berjumpa lagi kita hari ni. Dah lama rasanya tak upload cerita dalam blog ni. Almaklumlah, tempahan full memanjang. Nak bercuti & nak berehat pun tak sempat. Ni pun tengah kerja lagi ni.
Tapi kitaorang setakat ni, ok je sebab bila buat kerja yang kita minat, biasanya tak akan rasa penat atau give up. Seronok sebenarnya. Cuma letih badan skit le. Nak buat camane…inilah jalan yang kami pilih.
Ok…disepanjang 4 & hampir 5 tahun kami dalam bisnes ni, baaaaaanyak sangat tempahan yang terpaksa kami rejek. Samada kami tak boleh buat, tak mampu buat atau tak nak buat.
Korang jangan ingat semua tempahan kitaorang boleh terima. Ada beberapa jenis tempahan yang kalau korang tanya, kami akan rejek terus. Bukan sombong atau berlagak tapi ada alasan sebab apa kitaorang tak nak terima tempahan tu.
Antara tempahan yang kitaorang akan terus rejek ialah :
1. Tempahan yang berkaitan dengan agama lain seperti Kristian, Buddha, Hindu dll. Ianya bertentangan dengan prinsip saya. So, maaf ye kepada customer2 yang nak order camtu.Memang banyak sangat saya terima order camtu tapi saya terpaksa tolak dengan cara baik. Harap korang faham2 le ye.
2. Tempahan 5 helai ke bawah. Saya hanya terima 5 lai ke atas je. Tak kira campur saiz, kaler ataupun kod baju. Asalkan 5 lai ke atas je. INGAT TU YE!!!
3. Tempahan yang mempunyai terlalu banyak design nak print. Saya akan terus rejek juga kerana akan ambik masa yang lama untuk print design camtu. Baik saya tumpu kepada print design yang sikit tapi massyuuukkk…..
4. Tempahan yang banyak sangat kaler nak print. Yang ni pun sama dengan nombor 3 diatas. baik saya tumpu pada design yang tak banyak kaler tapi janji massyuuuukkk!!!
5. Tempahan untuk baju custom made bawah 70 lai. Kalau nak custom made, mesti 70 lai ke atas baru saya terima.
6. Tempahan yang nak segera. Kurang dari 3 minggu. Konfem saya akan rejek terus sebab memang tak sempat nak buat. Kalau saya terima & tak sempat siap, konfem kena marah punya. So, kalau nak tempah, mesti 3 minggu ke atas lepas dapat deposit, boleh siap ye.
7. Tempahan guna baju sendiri. Maaf…saya tak terima baju luar. Saya guna baju saya sendiri je ye. Kalau saya guna baju luar & baju rosak, teruk saya kena berganti nanti sebab baju luar ni tak sama dengan stok yang saya ada.
Setakat ni itu jelah yang kitaorang rasa kitaorang tak boleh penuhi buat masa sekarang. Ini hanya mungkin sementara.
Kalau keadaan mengizinkan, In Sha Allah, saya akan bagitau balik dalam blog saya ni nanti.
Pastu jugak, nak bgtau ni……TOLONG LE JANGAN CALL KITAORANG PADA WAKTU MALAM TERUTAMANYA DAH DEKAT PUKUL 11 MALAM. KITAORANG PUN MANUSIA JUGA & KITAORANG LETIH JUGA. TOLONGLAH BERTIMBANGRASA SKIT YE. INI…ADA YANG CALL PUKUL 12.00 MALAM & 2 PAGI PUN ADA. KITAORANG MEMANG TAK AKAN ANGKAT CALL TU YE. BILA DAH BUNYI TELEFON TU, SUSAH LAK NAK TIDO LEPAS TU….TOLONGLAH YE……KITAORANG TAU, KORANG MEMANG EXCITED NAK ORDER BAJU TU, TAPI PIKIR2KANLAH YE…..
Ok…rasanya itu je ingatan untuk korang setakat ni ye. Kami akan cuba memberikan layanan terbaik kepada korang nanti, In Sha Allah.
So….cam biasa. Apa cerita hari ni?
Aisey…gambar kucing pun masuk sekali. Kucing ni teman kitaorang tengah printing ni. Kadang2 kalau cat tengah basah lagi, tiba2 dia melompat atas baju tu….aduhhh!!! tensennya.
Terpaksa le basuh baju tu sbb dah comot tapi kitaorang tak ada marah. Dia binatang, bukannya ada akal pun. Paling tidak pun, marah mulut camtu je…hehehe. Kesian dia.
Hari ni saya taknak cerita pasal setiap tempahan tapi nak tunjuk gambar2 baju yang kitaorang pernah buat sebelum ni. Kalau ikutkan, banyak gambar nak ditunjukkan tapi takut nanti boring kang….So, enjoy the pictures…..
Yang paling glamer sekarang, baju I AM. Yang itu memang tak menang tangan. Nak order, bagitahu kitaorang ye.
So, takat ni dululah ye.
INGAT!!!!! Bukan semua tempahan kitaorang terima. Baca cerita kat atas nun & korang tahu le apa yang kitaorang tak boleh terima ye.
So, pada korang yang nak order baju tu, korang guna je cara2 kat bawah ni kalau nak tahu harga tu ye :
1. Emelkan detail & design nak print tu kat emel saya di adminkomisen@gmail.com ye.
2. Call, SMS atau Whatsapp ke hp kitaorang di 0192254028 (Nik) atau 0193643692 (Salina).
Ok…jumpa lagi korang…baiiiii….
Dari teratak kecil kami,
Nik & Salina
adminkomisen@gmail.com
10 TEKNIK UNTUK YAKINKAN PELANGGAN & TINGKATKAN JUALAN SECARA ONLINE
Hai & Salam Cetak Baju semua,
TIPS MENDAPATKAN KEPERCAYAAN PELANGGAN….
Untuk pengetahuan korang semua, bisnes kitaorang saya anggap agak berjaya kerana mendapat kepercayaan dari semua pelanggan. Pertanyaan bertalu2 masuk samada melalui emel atau telefon. Sampaikan pukul 2,3 pagi pun masih ada yang menghantar emel atau telefon.
Apa rahsia kami sebenarnya?
Tahu tak apa antara teknik yang digunakan untuk yakinkan pelanggan kitaorang tu. Hari ni saya nak kongsi ngan korang apa yang kami buat untuk mendapat keyakinan pelanggan tu :
- Kalau pelanggan hantar emel, cuba jawab secepat mungkin & jawab dengan penuh ikhlas untuk membantu. Jangan biarkan emel tersebut dalam ruangan unread dalam tempoh yang lama. Anda perlu jawab sekurang-kurangnya 24 jam ke bawah supaya pelanggan yakin dengan anda.
- Gunakan bahasa yang simple tapi beradab. Jangan sesekali guna bahasa kasar & marah2. Kalau korang guna bahasa kasar atau tak beradab, konfem pelanggan anda tak akan datang dah jenguk ke website anda & dia akan bgtau semua orang nanti.
- Untuk bisnes cetak baju…kalau diaorang tanya bila boleh siap, kalau boleh cuba sedaya upaya utuk jawab dalam tempoh yang anda mampu. Jangan menipu kerana kalau sekali menipu, pelanggan akan serik dengan anda. Tuhan lagilah tahu.
Amalan ini yang saya cuba praktikkan sekarang kerana kalau saya janji boleh siap awal tapi tak dapat siapkan, mesti pelanggan akan marah2 kita nanti & setakat tu je lah bisnes kita tu nanti. Janji kita cakap benar, mana tahu akan datang ada rezeki lain lak…betul tak?
- Kalau pelanggan call…cepat2 jawab. Tapi macam saya, kadang2 tak dapat jawab, samada luar kawasan, dalam bilik air, tengah sembahyang atau tengah2 malam atau pagi2 buta. Saya pun manusia biasa juga. Ada sekali tu pelanggan call pukul 2 pagi. Maaf le kalau saya tak jawab ye.
- Blog atau website sentiasa update dengan maklumat terkini. Saya update blog saya setiap minggu. Kena disiplin. Kalau orang tengok website tak bergerak2 dari 2 tahun lepas, orang boleh percaya ke bisnes kita masih wujud?
- Kalau pelanggan tak jadi order tapi deposit dah bagi. So, kalau dia mintak balik duit tu, bagi dengan segera. Selagi kita tak pulangkan duit tu, selagi tulah kita akan di cap sebagai penipu sebab dah makan duit pelanggan. Kita tak tahu masa akan datang. Mana tahu, dengan kejujuran kita tu, Allah akan bagi rezeki yang lebih besar kat kita…betul tak?
- Kalau boleh berkompromi sedikit dengan tempahan pelanggan. Mana yang rosak atau yang tersilap print tu, gantilah balik atau bagi diskaun. Kalau kita diam je, konfem orang tu tak akan order dah dengan kita.
- Cuba monitor atau pantau barang yang kita pos dari mula dipos sampai le betul2 sampai ke tangan pelanggan. Jangan hanya setakat pos, pastu lepas tangan terus. Tak kisah dah barang tu sampai ke tak kat pelanggan. Kalau pelanggan tanya..itu bukan urusan saya sebab saya dah pos. Itu bukan caranya. Nak bagi pelanggan konfiden dengan kita, mesti pastikan barang2 tu betul2 sampai ditangan pelanggan. Kalau saya pos banyak barang, biasanya saya tunggu komplen dari pelanggan. Mana yang tak sampai tu, cepat2 saya bgtau kat courier & pastikan memang pelanggan dah betul2 dapat barang tu, baru le saya rasa lega.
- Sentiasa Keep in touch dengan bakal2 pelanggan & bekas pelanggan sebab dengan cara ini bukan sahaja pelanggan tu akan konfiden dengan bisnes kita tapi boleh naikkan jualan melalui repeat order. Orang yang dah biasa order dengan kita, kalau dia konfiden dengan servis yang kita beri, biasanya dia dah tak lari ke lain dah sebab nanti kalau order dengan orang lain, tak tahu lak apa risiko dia. So, nak senang, order je dengan orang yang biasa di order.
10. Last sekali, saya selalu berdoa agar bisnes saya ni di rahmati, diberkati & diredhai Allah. So, secara automatik Allah akan bantu saya & dapat yakinkan lagi pelanggan saya untuk deal dengan saya.
Apa2 pun korang cuba anggap korang sebagai customer & biasanya apa yang korang nak dari peniaga biasanya. So, apa yang korang rasa sebagai customer tu, masukkan dalam bisnes korang.
Contohnya ; kalau anda jadi customer, mesti nak balasan emel segera. So, kalau anda peniaga, praktikkanlah jawab emel dengan segera.
Kalau anda jadi customer, anda nak servis yang terbaik, so, kalau anda peniaga, berikanlah servis terbaik pada customer.
Kalau anda jadi customer, anda nak harga yang murah, so, kalau anda peniaga, berilah pilihan kepada customer untuk pilih barang yang murah atau yang mahal. Kalau dia nak murah lagi, bagi penjelasan lojik supaya dia terima. Kalau just buta2 je tolak tanpa bagi penjelasan kenapa tak boleh murah lagi, mungkin customer tu akan fed up dengan anda nanti.
Begitulah antara cara nak yakinkan pelanggan tu sebenarnya. Cuba korang praktikkan, In Sha Allah, anda akan terkejut dengan hasilnya sebab pelanggan sekarang dah bijak menilai yang mana ok & yang mana tak ok.
So, harap2….petua ni dapat le bagi idea skit pada korang yang buat bisnes online & bagi keyakinan pada korang yang nak order baju kitaorang ye..
Haaaaa….apa cerita hari ni….
Tahun lepas banyak buat Tshirt The Class Of 2013. tahun ni tukar 2014 lak. Simple 1 kaler je.
Yang ini special skit sebab guna stiker ni. Kalau gambar original camni, memang kena guna stiker. Kalau nak print biasa, saya tak ada alatnya.
Apalagi tempahan yang kitaorang pernah buat….
Ni design baju biasa camni. Nama & nombor kat belakang. Khas untuk player sukan ni.
Ok..cam biasa, nak order, bgtau kitaorang ye. Samada guna emel, call atau mesej je ye.
Jumpa lagi…baiiii……
SAPE NAK ORDER BAJU RAGLAN, ANGKAT TANGAN!!!
Hai, hai, hai & Salam Cetak Baju semua,
Apa itu TShirt Raglan? Dalam Wikipedia, TShirt Raglan ialah “A raglan sleeve is a type of sleeve whose distinguishing characteristic is to extend in one piece fully to the collar, leaving a diagonal seam from underarm to collarbone”.
TShirt Reglan ialah TShirt yang bersambung kain antara badan ngan lengan atau antara ketiak dengan tulang kolar. Macam gambar kat atas ni.
Kitaorang sediakan 6 kaler TShirt Raglan brand Enzo seperti diatas.
So, sape2 yang berminat nak order, emelkan detail nak order tu ke emel saya di adminkomisen@gmail.com.
So, apa tunggu lagi. Order sekarang sementara stok tengah ada banyak ni.
Saya menunggu tempahan korang ni. Jangan lambat2…takut nanti lambat dapat sebab masalah stok nanti.
—————————————————————————————————————–
Ok…..tak sabar nak kongsi ngan korang design2 baju yang kitaorang dah buat ni. Apa cerita hari ni?
Cer tengok gambar2 kat bawah ni….
Ni design dari customer sendiri ni. Dia buatkan sendiri. Kalau pandai buat sendiri design tu lagi bagus sbb lagi puashati. Belakang tu banyak kerja skit sebab nama sekolah tu ada 5 kaler kena print tu.
Baju ni print sebelum ada meja printing ni. Rasanya belum masuk kat blog lagi design ni rasanya. Design yang warna merah tu boleh buat 2 cara, samada print merah terus ataupun tindih putih dulu.
Kalau buat merah terus pun boleh sebab baju tu kaler biru cerah.
Ok, cerita kedua lak…..
Ini tshirt untuk group bowling lak ni. 4 kaler semua. Putih, hijau, merah & hitam.
Untuk kaler hijau ngan merah tu, saya buat dalam 1 blok je untuk jimatkan skit blok tu. Masa nak print merah, saya tutup design hijau & masa nak print hijau, saya tutup merah. So, jimat blok saya. Harga selai pun jimat jugak.
Ada dalam 80 lai baju ni kitaorang print hari tu. Guna tshirt oren sport, kain jersi.
Ok..cerita seterusnya. Design asal cam kat bawah ni…
Hasilnya cam kat bawah ni…..
Ni bahagian depan. 2 kaler…putih ngan kuning. Belakang lak….
Ni 2 blok printing A3 ni. 1 untuk semua kaler putih & 1 blok lagi untuk kaler kuning. Cantik tak……hehehe. Angkat bakul sendiri.
Ni le antara hasil cetakan baju yang dah siap tu. Memang naik kaler dia kalau merah ngan kuning ni. Korang pun kalau, excited nak order baju camni, bgtau saya ye…..
Ok..last gambar untuk tempahan baju tu. Actually, banyak lagi tempahan baju yang kitaorang belum upload tapi tak sempat sebab sibuk ngan printing baju tu.
Design baju tu kalau ikut design asalnya cam bawah ni….
Agak komplikated gak design ni masa saya nak print hari tu sebab kat dalam tulisan tu ada corak2. Saya terpaksa upah designer saya untuk buat balik design tu. Last2 sekali, jadi le cam design yang saya print tu.
Cuma silap skit sebab huruf o tu ada putih kat dalam. Nasib baik customer ni, ok….hehehe. Alhamdulillah.
Ok..itu le saje cerita kitaorang buat kali ni. Kalau korang nak order baju untuk aktiviti korang, jangan lupa isi form kat page”Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun ye. Takpun call saya terus di 0192254028 (Nik) atau 0193643692(Salina).
Takpun jugak, emelkan detail order korang ke adminkomisen@gmail.com, sms atau Whatsapp. Terpulang pada korang.
Sampai jumpa lagi…..baiiiii….
Dari teman disini,
Nik,
adminkomisen@gmail.com
Kedai baru & meja printing baru ku dah siap…hoooorrreyyyy!!!!!
Hai korang & Salam Cetak Baju semua,
Alhamdulillah, Alhamdulillah & Alhamdulillah…syukurrrr sangat2 pada Allah sebab bagi rezeki yang melimpah ruah kat kitaorang.
Minggu lepas, kedai baru kitaorang yang dah dibesarkan & meja printing baru pun dah siap dah. Hari tu saya janji nak kongsi ngan korang tentang meja printing baru tu kan…
Meja tu hasil idea saya sendiri & saya order kat kedai besi@welding kat area rumah saya je. Mula2 tu uncle tu buat silap skit tapi bila saya explain balik, dia betulkan balik.
Alhamdulillah…tercapai gak cita2 nak besarkan kedai lepas 3 tahun berhempas pulas buat printing tanpa tempat yang sesuai.
Kali ni, meja printing kitaorang boleh print 50 lai sekali jalan berbanding 9 lai je sebelum ni. Tapi walaupun 9 lai, tapi wife saya memang hebat sebab dapat siapkan semua tempahan dalam tempoh. Cuma sakit2 badan skit le sebab kena banyak kali angkat papan2 baju tu.
Ok…nak tengok meja & kedai baru saya tu tak. Cer tengok gambar bawah ni…..
Actually meja ni saya letak span & lapik plastik lagi sebenarnya tapi lupa nak upload gambar dia. Saya kena letak span & plastik supaya masa nak print baju tu, kaler dia rata je. Kalau tak letak span, takut tak rata bila kena papan kayu tu.
So, gambar bawah ni untuk baju2 yang tengah di print tu…
Kalau sebelum ni, jenuh le nak print banyak2 lai. yang ini, kalau 50 lai sekali jalan je. So, lagi cepat skit kerja kitaorang.
Cuba tengok ada besi tercacak kat setiap meja tu. Itu sebenarnya locking atau kunci bila nak print banyak kaler. So, nanti tak ada le design dia lari masa print nanti.
Dalam gambar atas ni, masih ada meja yang belum letak papan lagi. Tak sempat lagi sebab banyak kerja skit. Nak gergaji papan lama lagi. nak lekat kat meja lagi…so, banyak kerja skit le.
Sebab tu, untuk order yang masuk baru2 ni saya mintak extend skit sebab sibuk dengan kedai & meja baru ni le.
So, lepas ni, korang jangan risau. In Sha Allah, dengan izin Allah, order2 korang kitaorang akan buat secepat mungkin sebab meja dah bertambah. Kalau kuantiti order bawah 50 lai, mungkin akan dapat disiapkan lebih cepat.
Tapi apa2 pun bergantung pada tokey yang printing sebab dia incharge untuk printing. Harap2 lepas ni tak ada masalah lewat lagi, In Sha Allah.
Okaylah…..cerita pasal kedai & meja baru dah setel. Cam biasa, kita cerita lak pasal tempahan2 tshirt yang kitaorang buat sebelum ni.
Cerita 1
Cer tengok gambar atas ni……bangga gila sebab TShirt kitaorang dah sampai ke Korea. Ni student Malaysia yang order baju ngan kitaorang. Guna EMS ataupun pos laju ni. Disebabkan dia order dari luar Malaysia, so kos pos dia tanggung semua.
Asalnya tshirt muslimah tu cam kat bawah ni…
Pastu kitaorang print jadi cam kat bawah ni….
Ni guna meja printing lama lagi ni tapi Alhamdulillah dapat print 3 kaler dengan mudah. So, kalau korang yang duduk kat Malaysia ni nak order, jangan risau….tempahan kitaorang dah sampai beribu2 kilometer dah ke Korea.
Yang order dari Brunei pun ada tapi masih dalam proses nak printing.
Ok…cerita 2
Asalnya customer tu buat dalam Customink.com kat page “Buat Design Sendiri” kat blog saya, cam kat bawah ni….
Kemudian saya transfer ke baju seperti diatas nun. Apa yang saya buat ialah saya copy & paste balik design tu masuk Adobe Illustrator untuk mudah saya touch up balik & tiru sebijik kedudukan & saiz design yang diaorang nak tu. Guna Customink.com ni mudah skit sebab customer kitaorang boleh buat design sendiri kat situ. Kalau nak mintak saya buat, memang tak sempat. Lagipun, buat design sendiri ni lebih puas hati.
Cerita 3……
Nak kongsi gak ngan korang ni……kitaorang banyak jugak terima order yang nak tshirt artis Korea….Running man ada, group K Pop pun ada. Cam kat bawah ni. Memang minat betul diaorang ngan K Pop ni ye. Saya just print je….
Simple je tapi nice. Siap ngan nama artis2 tu sorang2 lagi diaorang letak. Korang yang berminat nak buat camni pun dialu-alukan le ye. Macam2 stail kitaorang boleh buat.
Cerita 4
Just wording je. Depan 3 kaler…merah, oren & putih. Kebiasaanya kena tindih putih dulu, baru tindih kaler lain supaya naik kaler dia. Belakang pun simple je.
Cerita 5….last episod…
Asalnya customer ni bagi design camni. Guna TShirt muslimah Oren Sport. Biasanya kalau diaorang buat design camni, saya akan tanya diaorang punya font & design nak print tu. Mintak diaorang emelkan design2 tu semua. Bila dah dapat dalam softcopy, baru senang nak print out macam kat bawah ni….
Ni guna TShirt muslimah dari Katalog Oren Sport ni. Kalau nak tengok contoh baju tu, korang klik kat page Katalog Oren Sport & cari kat bahagian TShirt muslimah. Ada banyak kaler gak untuk pilihan korang.
So, okaylah dulu korang buat kali ni. Nak gi sambung buat blok printing lak ni.
Kalau rasa2 nak order tshirt korang, jangan malu & jangan segan. Korang boleh isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun, ataupun korang call terus kitaorang di 0192254028 (Nik) atau 0193643692(Salina), ataupun boleh Whatsapp kitaorang ataupun, emelkan ke adminkomisen@gmail.com ataupun sms dll. Mana2 yang korang rasa selesa le ye.
So, jumpa lagi dicerita2 yang akan datang. Sampai jumpa lagi…daaaaaaa….
Yang Ikhlas & Dekat,
Nik
Pengurus & Penggemuk mohcetakbaju.com
Tolong jangan order kat komen, guna emel kalau nak dapat jawapan cepat……
Hai, hai, hai & Salam Cetak Baju kat semua pelawat2 mohcetakbaju.com,
Tima kasih le kat korang yang sudi melawat blog cetak baju saya yang tak seberapa ni tapi Alhamdulillah, telah menunaikan hasrat beribu2 orang sebelum ini semenjak kami online 2 tahun lepas.
Hari ni saya nak bercerita sikit pasal cara nak tempah baju ngan kitaorang. Sebelum2 ni banyak kali dah saya bgtau tapi mungkin ada yang terlepas pandang kot.
Nak mintak tolong jugak ni….kalau boleh, jangan buat pertanyaan penting kat bahagian KOMEN kat setiap artikel saya sebab susah nak jawab kat situ. Saya lebih suka jawab kat emel. Lagi mudah.
Kenapa???Korang takut emel tak berbalas ke?
Jangan takut…..seorang peniaga aktif secara online seperti saya, emel & telefon adalah 2 alat penting untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Kalau tak ada dua2 alat ni….bisnes online tak akan ke mana sebenarnya.
Nak bukti tak yang soalan korang pasti akan terjawab…cuba tengok gambar kat bawah ni.
Nampak tak gambar kat atas ni? Kalau tak nampak, klik kat gambar untuk besarkan.
Cuba korang tengok kat bahagian atas dalam kotak & yang ada anak panah tu. Dalam inbox saya ada lebih kurang 1,700 emel yang belum di delete. Yang dah delete pun dah berapa ribu emel dah. Cuba tengok kat bahagian kiri lak. Hanya 14 emel je yang belum berjawab pada 20 Februari, 2013. Yang 14 emel tak berjawab ni, kebanyakannya komen kat blog saya yang agak susah nak berjawab sebab kena masuk admin WordPress, baru boleh jawab.
Pastu tengok lak, bilangan emel yang saya jawab. Yang dalam bulatan tu, 47 kali kitaorang berbalas emel sebelum dia bagi keputusan. Yang lain tu, semua lebih dari 1 kali…maknanya..semua emel korang pasti berjawab. In Sha Allah.
Tapi masalahnya…..walaupun saya jawab emel tu dah bersungguh2 dah tapi last2 sekali, ada yang senyap je. Saya tak tahu apa masalahnya. Mungkin sibuk ataupun dah dapat tempat lain kot.
Tapi kesimpulannya, emel korang pasti berjawab. Cuma lama dan cepat je bezanya.
Satu lagi….ada gak yang saya terlepas pandang atau terlupa nak jawab balik sebab emel dah banyak bertindih2. So, saya harap sangat kalau saya terlupa camtu, korang emel le balik bgtau yang korang perlukan jawapan.
Saya hanya manusia biasa tapi saya tetap berusaha untuk melayan semua pertanyaan korang.
Bisnes online ni mesti kena ada emel..kalau tak, tak ke mana bisnes kita.
Selain daripada emel, saya pun banyak dapat sms & call. Cer tengok bukti sms saya kat bawah ni….
Nampak tak…ada 259 conversation sms yang saya belum delete dalam box sms saya pada 19/02/2013.
Pastu…..
Yang mesej SENT ada 1,413 & INBOX ada 1,664. Itu tak campur lagi yang dah delete sebab space dah penuh & hp berat.
So, kalau korang risau…SMS tak jawab atau emel tak jawab, korang tengok gambar2 kat atas ni, pastu renung2kanlah. Maknanya, saya akan sentiasa melayan korang selagi mampu & kalau boleh jangan le guna bahagian komen kat bawah artikel2 saya tu. Kalau nak komen gambar atau cerita saya, silakan tapi kalau nak order atau tanya soalan….tolong jangan tanya kat situ ye.
Pastu, nak ingatkan jugak….kalau tak nak emel..tolong gunakan form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya & pastikan emel korang valid. Kalau tak valid, kalau saya jawab balik mesti undelivered.
So….ingat ye. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk jawab emel atau sms korang. Jangan ragu2 & bimbang…ceh!!! macam lirik lagu lah pulak.
Ok……apa tempahan baju yang saya nak kongsi ngan korang hari ni. Cuba tengok gambar kat bawah ni….
Ini design biasa sahaja…baju kelas dari Bintulu. Design semua diaorang buat sendiri. Yang tulisan jawi tu, diaorang yang emelkan. Saya cuma touch up balik dalam komputer.
Baju jenis Single Jersey brand Oren Sport.Cam biasa….memang kena tindih putih dulu sebelum tindih merah tu. Kalau tak…susah nak naik kaler dia.
Cerita kedua…..
Yang ini sempoi je..just design depan kat dada & nama kat lengan. Baju jenis Lacoste atau jenis yang kain kasar skit. Bukan cotton atau microfiber.
Ada 2 kaler baju…hitam & biru. Dua2 print putih. Agak simple…so, tak yah le saya explain panjang2 ye…
Apalagi citer…..

Yang ini lak customer buat design dalam Customink.com je. Saya ikut sebijik dengan apa yang diaorang designkan. Yang ini pun agak sempoi. Tak perlu nak explain lagi sebab hanya print 1 kaler putih sahaja guna print Silkscreen. Macam sebelum ni jugak.
Selain daripada tu, saya ada gak terima order sebanyak 80 lai untuk satu customer ni.
Tahu tak….customer yang ni just bagi draft dalam bentuk lukis tangan je. Tapi walaupun lukis tangan, cantik gak lukisan dia. Cer tengok design awal yang diaorang bagi….
Lukisan tu saya touch up balik dalam Adobe Illustrator. Mana yang design dia nampak kurang sharp, saya licinkan dia bagi nampak lebih cantik walaupun dia tak mintak pun saya touch up balik. Saya bukannya apa…saya rasa saya ni jenis pentingkan kualiti design & baju. Saya agak cerewet skit bab tu. Kalau boleh…kalau saya jadi customer, saya nak yang terbaik…so, camtu le saya buat kat customer. Mesti nak jaga kualiti biar bagi cantik. Bukan saya saje2 cakap ni tapi tulus ikhlas dari sanubariku….chewaahhh!!!
Ok….bila dah puashati, saya start buat blok & print baju tu……Ini le hasilnya….
Ini le rupanya blok printing saya & baju2 sebelum diprint guna dye.
Hasilnya selepas print…..
Sama tak ngan design atas yang dia bagi….yang ini saya print saiz A3 ni. Memang cantik kalau sebesar itu.
Yang ini, 80 lai dalam 2,3 jam siap. Kalau ada tempat lebih besar yang muat 100 lai. Rasanya 1/2 jam dah siap semua sebab 1 kaler je print. Tapi nak citer kat korang le…kalau korang dengar mesti jeles punya. Akak Salina print baju tu pakai baju tido je. Cuma sempat gosok gigi je…hehehe. Jangan mare…tapi ni serius ni. Almaklum le..bisnes dalam rumah. Cam tu le rupanya.
Ok….rasanya takat ni dulu buat kali ni. Ingat pesan saya kat atas nun. Tolong jangan tanya soalan atau order baju kat bahagian komen, susah saya nak jawab. Just isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?”, emel, sms atau call je. In Sha Allah, kami akan melayan korang…
So….jumpa lagi korang…..baiiiii!!!!!
Macam2 cerita pasal tempahan cetak baju kitaorang…..
Hai & Salam Cetak Baju buat semua pelawat mohcetakbaju.com,
Apa khabar semua? Harap2nya sihat2 selalu le hendaknya ye….Dah masuk bulan 2/2013 dah. Tup tap tup tap…pejam celik pejam celik…dah bulan 2 dah. Rasanya cam baru je kitaorang buat bisnes online. Tahun ni dah nak masuk Tahun ke 3 dah kitaorang dalam online.
Saya agak bangga & syukur sangat2 sebab setakat hari ini..daripada mula bisnes online, saya masih lagi mampu bagi KOS POS FREE untuk semenanjung Malaysia & tanggung separuh untuk Sabah Sarawak.
Bayangkanlah….harga yang saya bagi tu, tetap sama samada korang order online ataupun offline. Saya consider harga yang saya bagi tu masih lagi berpatutan berbanding dengan kualiti baju yang kitaorang hasilkan.
Apa yang saya pegang untuk menjadi seperti sekarang ialah kata2 & pesanan guru2 saya. Kita buat bisnes ni jangan pikirkan untung semata2 tapi niat juga untuk bantu orang ramai kat luar sana. Bila kita ikhlas membantu, In Sha Allah, Allah akan bantu kita pula. Satu lagi…jaaaaaangan kita sombong & bongkak bila dah berjaya. Sentiasa bersyukur & ingat kpd orang yang susah. Apabila kita mula sombong dengan orang…itulah permulaan kejatuhan kita. Ingat tu.
Satu lagi…..untuk jadi senang bukan mudah. Dalam apa sahaja bisnes pun, kalau nak berjaya, mesti kena susah jugak kecuali le bisnes tu ayahanda kita punya. Mungkin senang skit kot. Tapi bagi saya..nak berjaya, kita mesti kena susah dahulu sebab bila satu hari kita dah senang & tiba2 kita dapat kesusahan, sekurang2nya kita tak panik sebab kita pernah susah dulu. Kebanyakan orang yang naik dengan senang, bila sekali jatuh…terus dia jatuh sebab dia tak pernah susah..betul tak?
Saya hanya berkongsi melalui pengalaman sendiri. Sape2 yang berjinak2 nak buat bisnes tu…pikir2kanlah. Jangan hanya takat hangat2 tahi kerbau je…yang penting usaha, jangan mudah give up, minat & rajin. In Sha Allah berjaya.
Ok…cam biasa. Kalau tak cerita pasal tempahan baju, memang tak sah. Nanti takut korang tak pecaye lak kang…
Citer pertama…..
Baju 2 kaler depan dari Kelantan. Bagi saya mudah je nak buat baju ni sebab design dia besar.
Camane proses nak print baju tu? Cer tengok kat bawah ni….
Baju sedang siap sedia untuk didera. Kasi susun dulu kemas2… Pastu….
Print putih dulu….untuk logo tu nak kuning kan…kalau baju gelap, biasanya saya buat putih dulu. Pastu, baru tindih kuning. Pastu pulak….
Nah…ini le hasilnya. Very the simple past tense..hehehehe. Kalau design camni, In Sha Allah…untuk 50 lai, sehari boleh siap….
Ok..citer kedua lak….
Ini lak tshirt untuk family day ni. Kalau tak silap, diaorang buat design dalam Customink.com je ni. Sendiri punya idea je. Bahagian depan ni…bahgian belakang siap ada nombor2 lak….
Belakang cam baju jersi. Siap nama ngan nombor sekali. Memang mudah nak print sebab 1 kaler hitam je.
Lagi…apa citer lagi…..
Yang ini paling sempoi…guna baju tshirt murah je. Depan 1 kaler & belakang 1 kaler.
Aisey…belakang lupa nak upload gambar le. Sori…ada yang depan je. Simple but nice.
Selain daripada tu, tshirt kelas pun banyak gak kitaorang terima…contohnya…
Ramai betul suka gambar headphone ni. Rasanya dah berbelas2 baju dah saya print baju camni ni….
Baju ngan design baju semua guna design dalam blog saya. Tak payah susah2 nak buat….jenis baju pun sebijik ngan baju sebelum ni.
So…rasanya itu jelah yang dapat kongsi hari ni…nak sambung kerja lak. Lepas ni saya nak kongsi pasal tempahan2 lain lak. Banyak lagi sebenarnya nak kongsi sebenarnya. Dalam kamera dah ada, cuma tak sempat lagi nak upload dalam komputer.
Ok….cam biasa2….toooloooooong jangan order baju kat ruangan komen di setiap artikel. Kalau nak tanya apa2, emel, call, sms ataupun isi je maklumat kat page Nak Tahu Harga Tak? kat bahagian atas nun. In Sha Allah, setiap pertanyaan awak tu akan berjawab. Kalau tak berjawab, kontek je terus kitaorang kalau rasa nak dengar suara saya atau orang rumah saya. Lagi konfiden…ye tak?
Sampai jumpa lagi korang….tata titi tutuuuu…baiiii…..
Bertimbun2 baju nak kena cetak……
Hai & Salam Cetak Baju,
Fuuuuhhh….tarik nafas, hembus…tarik nafas, hembus..baru le boleh bernafas skit. 2, 3 minggu ni padat ngan tempahan baju. Alhamdulillah..berkat doa mak ayah ni. Tu yang melimpah ruah rejeki tu.
Bayangkanlah..nak update blog pun tak sempat.
Haahh…lupa nak citer, satu lagi..pakcik orang rumah masuk ICU minggu lepas, kena heart attack. 2 kali Sabtu dah pegi sana. Tu yang tak sempat bernafas tu.
Tapi nak ucap tima kasih gak kat korang yang order baju & bagi sokongan. Wa caya lah sama lu…hehehehh.
Kebelakangan ni memang padat dengan printing baju group. Minggu lepas, ada group dari satu kolej kat Cyberjaya order. Dalam 100++ lai gak diaorang order. Design dia simple jer….logo besar A4 kat bahagian depan, pastu ada logo skit kat dada. Nasib baik simple. Satu hari jer kitaorang print siap.
Kalau korang tengok baju yang tengah dijemur tu dah macam ulat je…cer tengok gambar kat bawah ni.
Tengok gambar atas nun…dah bersidai jer kat depan rumah. T Shirt kalau lepas print, nak bagi tahan kena jemur kat tengah panas…baru tahan lama.
Kat bawah ni untuk baju muslimah lak…ni bahagian depan ni..
Cuba tengok….dah macam anak ulat jer…bersidaaaiii tepi meja. Ni mana sempat ni jer sebenarnya. Lagipun masa pulun buat ni dah kat tengah malam ni..apa nak buat, customer is always right….heheeh.Gambar bawah tu petang tu siap. Nasib baik mak mertua tak marah…kalau tak, get out from my house (cam ibu mertuaku lak) hehehe…mak mertua saya sporting. Siap tolong lipat baju lagi.
Time tu ada gak sepasang baju 2 orang sahabat order. Cantik gak kaler dia. Kalau order camni harga dia boleh tahan le sebab banyak warna jugak kena print tu….cer tengok gambar bawah ni.
Biasanya customer order baju couple tapi ada jugak yang buat untuk best friend. Ada lagi gambar dia…nak tengok?
Baju ni diaorang buat untuk 2 sahabat jer…korang kalau nak buat boleh gak.
Apa citer lagi yek…haah…ada satu group main petanque(sebut petong). Tahu ke game petanque tu apa? Alah….yang main guli besor tu.
Diaorang order dalm 10 lai….design diaorang lukis, pastu saya touch up kan lagi kasi cantik.
Senang jer…depan logo, belakang tulisan. Cepat gak siap baju ni.
Satu lagi kan, nak kongsi ngan korang tempahan kitaorang yang agak kelakar le jugak. Biasanya kitaorang print design kat atas baju tapi customer ni nak suruh padam jer tulisan asal kat baju tu. Seolah2 cam liquid paper le…cuba korang tengok baju kat bawah ni. Bila dipikirkan lawak le jugak….heheeh.
Macam2 manusia ni…ada gak nak jenis padam camtu jer. Tak apalah…nak buat camane..saya ikut pelanggan jer.
Kat sini sekali lagi saya paparkan semua gambar yang dah diprint tu…
Oklah..rasanya takat ni dulu hari ni. Kalau nak diikutkan bertimbun lagi cerita yang kitorang nak kongsikan..tapi kena stop dulu le sebab kejap lagi nak buat design ngan blok yang orang tempah pulak. Nak kena siapkan cepat, kalau tak marah le customer nanti.
So…kalau korang pun berminat nak order, jangan malu & jangan segan. Ikut step2 kat bawah ni :
1. Pertama2nya; korang pilih dulu baju mana yang berkenan kat katalog2 yang dah disediakan kat atas nun. Catatkan kod baju yang berkenan.
2. Pastu pulak korang tetapkan berapa bajet selai baju tu. Kalau boleh yang munasabah le. Kalau korang bagi harga yang rendah sangat, saya akan bagi harga yang sepatutnya untuk baju tu pulak.
3. Tetapkan jugak berapa lai nak order…INGAT! lagi banyak lai order, lagi murah.
4. Design untuk print atas baju penting sebab saya nak bagi harga yang lebih tepat, kena ada design tu. Kalau boleh korang lukis jer atau buat dalam komputer, pastu scan & emel kat emel saya.
5. Langkah paling penting…klik pada page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun & isikan maklumat yang diperlukan.
So..lepas tu baru saya bagi harga yang lebih tepat.
Takpun kalau nak sms atau call pun boleh….mana2 aje yang mudah pada korang.
So…..jumpa lagi dilain siaran. Baiiiii…..
Rangkuman tempahan cetak baju tahun 2011…
Assalamualaikum & Selamat Cetak Baru,
Semalam tahun 2011 & hari ni dah masuk 2012 dah. Tik!tok!tik!tok!…masa berlalu, rupa2nya dah setahun setengah kitaorang buat bisnes printing baju ni.
Kami mula pada Jun, 2010. Masa tu orang rumah baru jer tamat kontrak kerja sambilan kat satu pejabat Kerajaan ni. Bayangkanlah dia grad dari UKM dari tahun 1999 lagi. Lepas satu interview ke satu interview, tak dapat2. 3 tahun jadi Guru Sandaran Tak Terlatih kat kampung. Duduk menyandar jer 3 tahun, pastu yang baru tamat kontrak tu, 3 tahun jugak. Interview berpuluh2 dah, satu pun tak lekat.
So, pada Jun, 2010, saya ada le terpandang iklan cetak baju dalam internet. Memandangkan dia dah tak ada khoje (kata org Perak) dan pastu pulak kena jaga 3 orang anak kami, saya pun cuba nasib ngan cetak baju ni.
Time tu saya nekad nak buat bisnes ni sebab orang rumah pun sokong sebab dia kata dia minat gak main ngan cat2 ni.
Bulan Jun tu, saya pegi kursus kat Sg.Besar ngan sorang brader ni tapi memang alhamdulillah, syukur saya dapat Tok Guru ni. Memang jenis tak kedekut ilmu le. Belajor punya belajor, dapat le ilmu tu sikit sebanyak.
Start daripada situ saya memang dah tak berpaling dah. Saya ngan isteri memang nekad nak teruskan bisnes ni walau apa terjadi sehinggalah satu hari nanti saya nak bukak kilang baju sendiri nanti…amiiin!!
Pengalaman pertama buat tshirt tu masa bulan pose tahun 2010. Time tu dapat tempahan dari kedai runcit kat kampung saya dalam 15 lai gitu. Permulaan yang bagus jugak untuk kami. Masa buat tu memang pening & seksa sebab tak ada tempat nak print. Print atas lantai jer. Dipendekkan cerita, siap le baju2 tu. Tapi bila diingatkan balik memang kelakar le sebab tertonggeng2 nak cetak baju. Kipas tak leh pasang sebab takut printing cepat kering & blok tersumbat.
Pengalaman pertama tu memang betul2 mencabar saya. Bila saya fikir balik, design tu memang saya tak puas hati sebab tak cantik sangat. Dulu design buat pakai Microsoft Word jer. Tapi sekarang ni dah advance dah sebab saya buat design pakai Adobe Photoshop ngan Adobe Illustrator. Kalau ada design yang komplikated skit, saya upah designer luar. So, customer yang dapat design sekarang ni memang puas hati le sebab memang designer profesional yang buat.
Kat sini saya attach balik gambar2 baju pertama kitaorang buat untuk tatapan u all.
Cuba tengok design dia. Simple jer time tu. Tak ada nak buat seni2 skit pun….hehehe. Skarang dah ok skit dah.
Start daripada tu, saya terus buat iklan kat area kawasan saya. Buat flyers & tumpang kat kedai sukan kat Kg.Gajah. Masa tu belum start buat online lagi. Masih lagi tumpu kat kawasan sendiri dulu. Memang tak pikir pun nak buat online sebab takut kang camane orang nak bayar kos pos lagi dan macam2 yang berlegar2 dalam kepala hotak saya.
Selain daripada buat baju biasa, saya ada jugak terima tempahan untuk buat baju jersi siap nombor ngan nama lagi. Memang time tu dah mula seronok sebab orang ramai dah mula tahu bisnes kami.
Baju kelas pun banyak. Saya rasa antara banyak2 design yang diaorang order, baju kelas yang paling banyak. Macam2 stail diaorang ni buat. Memang kreatif habis. Buat design kelas memang mencabar & memang banyak belajar sebab kadang2 diaorang sketch jer atas kertas, last sekali kitaorang yang kena touch up balik dalam komputer. Antara hasilnya cam baju2 kat bawah ni.
Disepanjang bisnes kami tu, ada dalam 4 ke 5 kali kitaorang kena buat baju baby untuk kilang kat Teluk Intan. Cuma yang problemnya diaorang bayar ciput le. Kira dalam 60 sen ke 80 sen jer selai. Diaorang order paling banyak sampai 1,500 lai.Orang rumah pun tensen nak buat sebab bayar ciput. Sampai timbul tulang belakang..heheheh. Tapi masa tak ada order baju ni, ok jer. So, kalau kitaorang tak dapat order kilang ni pun tak apa sebab tempahan lain banyak gak dapat. Kat sini antara design yang kitaorang buat utk kilang tu.
Kat bawah ni saya tunjukkan beberapa t shirt favourite saya sepanjang tahun 2011. Walaupun designnya sempoi tapi nampak cantik bila kita print.
Kalau nak diceritakan semua tempahan yang saya buat dalam tahun 2011 memang tak cukup ruang blog ni tapi setakat ini saya rasa dah beribu2 lai kitaorang buat. Macam2 design & macam2 jenis pelanggan yang saya jumpa. Ada yang jenis sempoi, tak kisah design nak buat camane pun & ada jugak yang agak teliti. Semuanya dah memang stail masing2. Kitaorang tak kisah, asalkan diaorang puas hati udah le.
Tahun 2012 ni, azam & rancangan kami lebih besar tapi yang pasti setakat ini, kos pos ke seluruh Semenanjung Malaysia masih lagi free. Untuk Sabah ngan Sarawak, saya terima jugak & kos pos masih lagi free jugak tapi saya tak guna courier tapi saya guna mel udara. Lambat skit le sampai.
Tahun 2011, tempahan saya paling jauh ialah ke Tawau & paling dekat ialah jiran sebelah rumah.
2012 ni kami akan buat rancangan yang lebih baik & kami mintak2 u all doa2kanlah semoga bisnes kami ini akan berjaya dengan jayanya. Pastu, tolong doakan kami sentiasa sihat supaya boleh buat yang terbaik untuk u all semua. Mungkin kita akan buka kepada sesape saje yang nak jadi ejen nanti. Tunggu ye.
So….macam biasa. Kalau nak order baju ngan kami, jangan lupa call/sms atau emel jer kami seperti yang tertulis kat atas nun. Ataupun korang boleh isi maklumat tentang harga kat page “Nak tahu harga tak?” di bahagian atas website ni.
Selamat melayari tahun 2012!!! Bai…..
Tempahan TShirt couple dan TShirt family
Assalamualaikum & Salam Cetak Baju,
Huaaargh……letihnya. Semalam baru balik dari Langkawi ada kursus.Pukul 12 mlm baru sampai.
Minggu depan ada kursus lagi, seminggu. Hari ni duk pulun buat 5 ke 6 blok untuk orang tempah sebelum ni. Almaklum le, orang rumah pandai print jer. Blok ngan design saya yg buat. Orang lain pegi kursus cetak baju, org lain lak yang terer.
Esok ada lagi blok kena buat. Alhamdulillah, mencurah2 rejeki datang. Online pun ada, tak online pun ada.
Ni sebenarnya masih letih lagi ni tp kuatkan jugak bukak komputer sebab ada org order online hari ni.
So, alang2 bukak komputer tu, saya nak berkongsi skit pasal buat baju couple sebelum ni. Diaorang suruh buat gambor kat atas nun. Simple jer. Kaler oren jer. Korang kalau nak order untuk balak ke, awek ke, sepasang ke, husband wife ke, mak ayah ke, atuk nenek ke, aci aney ke….semua kitaorang boleh buat.
Selain drpd TShirt couple, saya ada gak terima tempahan untuk family baru ni. 6 lai untuk anak2 dia. Akak ni duduk kat Skudai, saya duduk Perak. Dalam tak smpai seminggu siap. Hari tu ada jugak mintak jadi testimoni, tapi sibuk lagi kot.
Cer tengok contoh2 baju yg akak tu order baru2 ni + tshirt couple skali.
Korang kalau ada hasrat nak order baju cam akak ni, feel free untuk kontek/sms saya seperti nombor kat atas nun.
Kalau nak tahu harga, klik jer page”Nak tahu harga tak?” seperti kat atas nun jugak.
INGAT…..MANA LAGI NAK CARI WEBSITE CETAK BAJU YANG BAGI KOS POS PERCUMA KALAU TAK WEBSITE NI….PIKIR2KANLAH….
Ok…jumpa lagi dilain siaran. Baiii….
Nik
0192254028
Nota : Baju kelas sendiri adalah antara kenangan yang tak boleh dilupakan sehingga bila2. Letak semua nama student satu kelas pd satu baju hari ini….jangan buang baju tu, pastu cuba tengok balik 10 ke 20 tahun akan datang, pasti teringat2 zaman dahulu. Betul tak?
T Shirt sempena Hari Raya Korban…..
Assalamualaikum semua,
Pertama2nya nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kat semua muslimin muslimat yang lawat blog saya ni. Saya org Terengganu, kerja kat Teluk Intan, Perak. Biasanya raya balik kampung Trg tapi tahun ni giliran raya kat rumah isteri lak. Bukan cabut undi tapi ikut giliran…..suami mithali. Cam tu le. Bertolak ansur. Barulah rumahtangga aman, makmur dan sejahtera sentiasa. Chewaaah! macam kelas Pendidikan Moral lak.
Oklah….sempena raya korban tahun ni, nak kongsi skit citer pasal tempahan untuk majlis korban.
Design dia cam biasa jer tapi ada 2 warna kena print. Cam korang tengok kat atas nun….memang sempoi jer.
Kat bawah ni ada lagi.Lepas ni saya nak kongsi pasal aktiviti diaorang lak. Baru nampak real skit.
- Tshirt lelaki depan belakang….sempoi habis!!
- Biasa le…..tengah jemur.Kasi kering.
- Tshirt sempena Hari raya Korban 2011
- Design dibahagian depan untuk baju muslimah.
- Ini design untuk baju muslimah lak….
Nota :
Bagi sesape yg rasa nak tahu berapa agaknya kos baju korang atau nak tahu harga baju kosong, korang bolehlah klik pada katalog Enzo, Qmsport atau Oren Sport kat atas nun dan emelkan kepada kami kod baju tersebut. Nanti kitaorang bagi harga yang betul nanti.
Kalau nak tahu harga dengan bajet korang, klik lak pada page “Nak tahu harga tak?” dibahagian atas nun dan isi borang yang disediakan.
Cam biasa…korang boleh call/sms atau emel seperti diatas nun kalau nak tahu dengan lebih lanjut….
Ok…jumpa lagi. Selamat Berhari Raya!



































































































































































