Blog Archives
Alhamdulillah….www.mohcetakbaju.com masuk suratkhabar……….!!!
Sinar Harian 29 Januari 2017
KLIK SINI UNTUK BACA SECARA ONLINE <<http://www.sinarharian.com.my/bisnes/terokai-perniagaan-baju-t-1.619473>>
Hai & Salam Cetak Baju kepada semua,
Apa khabar semua? Harap semua sihat2 le sokmo hendaknye.
Alhamdulillah…..29 Januari 2017 yang lepas, kisah cetak TShirt kitaorang dengan jayanya dapat masuk ke suratkhabar Sinar Harian Edisi Perak.
Setelah 7 tahun dalam bidang cetak TShirt ni, nilah pertama kalinya kitaorang dapat masuk surat khabar. Alhamdulillah….syukur sangat2.
Nampaknya bisnes kitaorang ni memang diiktiraf oleh pihak surat khabar & bukan mudah sebenarnya nak yakinkan reporter untuk masukkan cerita kitaorang dalam surat khabar tu.
Kitaorang anggap ni satu penghargaan kat bisnes kitaorang & boleh bagi korang yakin lagi dengan bisnes kitaorang…In Sha Allah.
Bayangkanlah…setakat ini dengan kuantiti tempahan mencecah ribuan helai sebulan, hanya kami berdua yang uruskan & perancangannya akan tambah lagi tempat untuk tampung permintaan yang semakin meningkat sekarang ni.
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Bagi korang yang sedang cari TShirt untuk apa sahaja aktiviti anda, klik je kat katalog2 baju kat bahagian atas nun atau KLIK KAT BAHAGIAN MENU KALAU GUNA HP, pastu pilih katalog baju mana yang korang nak.
Ni antara TShirt2 yang mendapat sambutan panas dari customer kitaorang sebelum ni.
Ini hanya sebahagian daripada TShirt yang kami jual. Ada banyak lagi kat bahagian katalog kat atas nun.
Kami sediakan TShirt kosong yang sesuai dengan bajet korang. Kalau rasa bajet murah, boleh guna TShirt 4square biasa je.
Harga dah naik RM12 selai & TShirt ni antara yang paling banyak dapat sambutan.
Lengan panjang & lengan pendek. Terpulang pada korang sendiri.
TIPS BISNES TSHIRT HARI INI :
Bila anda ada pelanggan tetap, jangan lepaskan..
Berikan servis paling top kepada mereka &
dengar apa sahaja teguran mereka sebab
pelanggan tetap nilah yang dapat
mengekalkan bisnes anda dalam
tempoh yang lama…Ingat tu!
Okk…apa cerita kitaorang awal tahun ni?
Baju I love London & Switzerland tapi buatan Malaysia…..hehehehe.
Kalau sape2 nak order TShirt camni, boleh buat tapi maaf, harga tak dapat le macam kat luar tu….hehehe.
Yang ni print jenis emboss atau print timbul. Yang ni guna special dye ni nak kasi design dia naik.
Korang pun boleh jugak nak print camni kalau nak.
Yang ni 2 kaler print ni. Combine dua jenis printing. Kelabu halftone & background putih solid.
Nampak original sikit design tu. Ada lagi design depan tapi just satu kaler print je.
Ni print atas baju muslimah. Yang logo tu 3 kaler print tu tapi simple je.
Yang ni jauh datang ni. Dari persatuan Hakka Limbang. Jauh ooooo. Depan logo guna silkscreen printing & siap ada gambar tarian singa lagi.
Yang ni baju untuk group mendaki gunung di Jogjakarta ni. Ramai jugak grup mendaki yang order dengan kitaorang. Memang sempoiii….
Oklah…setakat ni sajelah dulu ye.
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Doa2kanlah kami semoga bisnes kami semakin maju & berkembang ye..
Sape2 yang nak join kitaorang buat duit, just klik je button dibawah & ikut je flow emel yang korang dapat nanti.
So…jumpa lagiii…baaaaiiii…
Yang benar,
Abg Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com
2015 dalam kenangan & 2016 cetak lagi,lagi dan lagi……..
Salam cetak baju & Selamat Tahun Baru kepada semua pelawat mohcetakbaju.com,
Kejap je masa berlalu. Semalam 2015, hari ni dah 2016 dah. Dah setahun berlalu camtu je.
Alhamdulillah…perancangan kitaorang dalam bisnes cetak baju ni berjalan lancar. Bagi sape2 nak join kitaorang untuk start buat duit ngan bisnes TShirt ni, jom lah. Bagi saya, bisnes pakaian atau tshirt ni antara bisnes yang sentiasa berkembang maju sebab pada saya setiap manusia akan pakai baju walau dimana saje mereka berada.
Tapi kan…dalam 2015 ni ada macam2 suka duka yang kitaorang lalui. Ada sedih & ada gembira.
So…mari saya kongsikan apa yang suka duka dalam bisnes kitaorang yang mungkin korang perlu tahu & korang nak tahu. Mana tahu korang lak lalui benda tu nanti…sape tahu kan…
Antaranya :
- Tanggal 30/09/2015 – saya berjaya menghantar surat BERCUTI TANPA GAJI selama setahun mulai 01/01/2016 hingga 31/12/2016. Sebelum ni saya bekerja disektor kerajaan & isteri yang buat full time. Dah berapa tahun asyik terbantut je. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga.
- Tanggal 14/10/2015 – syarikat kitaorang Ainix Resources berjaya membeli sebuah mesin sulam 1 head dengan 6 pilihan warna benang brand SWF berharga RM45K dengan hasil titik peluh kitaorang dalam bisnes cetak baju ni.
3. Kami juga berjaya mempunyai tag baju dengan nama syarikat sendiri – Ainix Resources.
4. Berita sedih dalam 2015 – saya kematian bapa pada 28/12/2015 yang lalu. Saya anggap satu kehilangan besar buat saya sekeluarga sebab beliau bukan saja bapa kepada kami tapi antara punca rezeki kitaorang murah. Kalau balik kampung, memang kitaorang akan dengar dia doa untuk anak2, satu persatu lepas setiap solat dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan ditempat orang beriman.
Itu antara suka duka yang sempat saya masukkan dalam blog kitaorang hari ni.
Selain daripada TShirt, saya juga ada prepare servis untuk buat karikatur atau kartun muka sorang2. Ni antara yang disapkan baru2 ni.
Tahun 2016 ni, saya akan cuba beri kelainan yang tak ada pada website orang lain, In Sha Allah tapi berikan sedikit masa. Bila dah banyak masa free ni, senang le nak fikir macam2 perancangan untuk bisnes tshirt ni.
So, pada korang yang nak join kitaorang buat duit dengan bisnes tshirt atau nak order tshirt group korang yang lain dari yang lain, follow je blog kitaorang sentiasa ye. In Sha Allah, korang pasti tak menyesal nanti.
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Ok…untuk hari ni saya akan kongsikan kepada korang pelbagai jenis baju yang kitaorang pernah print sebelum ni. Ianya sebagai bukti yang kitaorang memang betul2 buat bisnes TShirt ni.
Selamat menonton!
Ini antara gambar yang sempat di upload daripada ribuan baju yang telah berjaya disiapkan.
So, kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Ada macam2 jenis baju kosong yang korang boleh pilih. Klik pada page katalog2 diatas sana untuk pilih apa sahaja baju ikut citarasa korang ye.
So….sentiasalah follow kitaorang untuk lihat apa sahaja perkembangan tshirt kitaorang…..tunngggguuuuu!!!!
Yang sentiasa ikhlas membantu,
Abg Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com
www.cetaktee.com
www.mohcetakbajuiam.com
www.ainixtshirt.myshopify.com
Jom buat bisnes TShirt dengan kitaorang untuk Tahun 2015 ni, nak tak…..
Hai, hai,hai & Salam Cetakbaju semua,
Apa khabar semua? Kejap je dah nak hujung Tahun 2014 & dah nak masuk 2015 dah.
Rasanya macam baru lagi kitaorang buat bisnes cetak baju ni tapi yang sebenarnya dah hampir 5 tahun dah dalam online ni. Kitaorang start bisnes ni dari Tahun 2010 lagi.
Dan sehingga sekarang jugak….dah berpuluh ribu tshirt kami siapkan dengan beribu customer dah order dengan kitaorang. Adat berniaga biasalah…..ada yang OK & ada jugak yang KO tapi majoriti berpuashati, Alhamdulillah.
So, korang camane? Dah berjaya dalam hidup korang dah ke atau masih sama seperti sebelum ni?
Bagi korang yang rasa2 nak cuba berniaga, cuba korang berniaga tshirt dalam Tahun 2015 ni. Inilah peluang terbaik korang sebenarnya.
Tahun depan, ekonomi negara dijangka makin padat & mungkin ada yang sesak nafas dibuatnya. Mana tidak, tahun depan kerajaan buat GST. Banyak jugak yang akan efek perbelanjaan harian korang nanti.
Kita tak boleh buat apa dengan GST tu sebab kita rakyat biasa je. Nak tak nak, kita kena tempuh jugak.
Tapi jangan sebab GST kita tension & rasa tekanan hidup. Cari alternatif untuk tingkatkan pendapatan sampingan korang. Satu daripadanya ialah berniaga TShirt.

Tahu tak korang…..permintaan terhadap TShirt atau pakaian ni akan sentiasa ada sehingga hari kiamat.
Manusia mesti akan sentiasa membesar & memerlukan pakaian baru hampir setiap masa. Takkan nak pakai baju sama je dari kecik sampai besar. Pastu pulak…kalau ada aktiviti, biasanya korang kena buat tshirt jugak.
Islam pun suruh kita berpakaian untuk tutup aurat. So, bisnes pakaian ni memang akan mendapat permintaan yang tidak berhenti2 dari dulu, kini & sampai bila2.
Daripada korang join bisnes2 lain yang entah hape2, baik korang cuba lak bisnes tshirt ni.
Ramai kat luar sana join bisnes yang kena cari orang atau downline. Saya dulupun salah seorang daripada orang camtu. Nak kaya cepat le katakan. Bukan semua orang jenis yang pandai tarik pelanggan join bawah dia & lepas tu, sampai bila nak cari orang camtu. Sampai satu tahap, akan jadi tepu jugak nanti.
Lain dengan bisnes TShirt ni. Korang promote kat FB atau website, orang cari korang untuk buat tshirt dia, deal harga dengan pencetak baju, mark up harga & naaahhh…..dah dapat untung korang kat situ.
Nak lagi untung, cari customer yang nak buat tshirt untuk group. Lagi banyak untung camtu.
Ada tok guru printing saya bgtau dulu….ada kawan dia dapat income RM100,000 sebulan hanya menjadi orang tengah je. Hanya ambik untung atas angin. Dia buat marketing tapi orang lain tukang cetak. Tak ke untung besar tu.
Macam saya sendiri….setiap hari…jujur saya katakan, sehari beratus mesej yang masuk samada melalui emel, Whatsapp, call, blog, sms, website dll. So, camane saya nak katakan yang bisnes ni tak ada permintaan. Setiap hari saya akan menjawab emel tersebut yang kebanyakan besarnya bertanya untuk order tshirt diaorang.
Cuma satu lagi saya nak pesan kat korang….Kalau korang nak buat bisnes TShirt ni, jangan cuba masukkan semua design yang korang ada dalam satu promosi.
Cuba tumpu 1 jenis design atau konsep dulu sebelum start promote baju tu. Cuba familiarkan nama korang dengan design2 tertentu dulu.
Contohnya; korang minat dengan baju baby. So, cuba promotekan hanya baju baby sahaja. Jangan campurkan dengan baju dewasa. Cara macam ni boleh menjamin lagi laku ke tak bisnes korang tu.
Kalau nak lagi hebat lagi…kecikkan lagi skop baju baby tu. Jual baju baby kaler hitam sahaja.
Nak lagi hebat lagi….jual baju baby kaler hitam print I AM sahaja.
Semakin kecik fokus bisnes korang, semakin hebat customer pandang bisnes korang nanti.
Takpun korang jual tshirt secara pakej dengan barang2 lain.
Contohnya; korang jual tshirt untuk hari keluarga sahaja.
Sape2 yang beli tshirt hari keluarga, buatkan pakej sekali dengan beg cenderamata, banner, bendera, mug, button badge & macam2 lagi barang yang berkaitan dengan hari keluarga.
Atau; jual tshirt kawin…buat pakej sekali dengan kad kawin, banner, cenderamata, tuala hantaran dll yang berkaitan dengan majlis kawin.
Itu le sikit sebanyak idea yang saya boleh berikan bagi sape2 yang nak mulakan bisnes TShirt korang.
Korang tak perlu pandai mencetak baju untuk start bisnes Tshirt ni sebab bagi saya hanya orang yang mempunyai seni & minat yang tinggi sahaja boleh mencetak baju tersebut.
Apa yang korang boleh buat ialah….buat promosi, dapatkan order, order dengan pencetak baju (kami pun boleh) & buat untung. Mula2 memang rasa susah tapi bila dah biasa, korang rasa seronok nanti.
So, camane? Dah berkobar2 nak start bisnes TShirt korang ke? Tok guru saya kata…kalau duduk Malaysia ni tak kaya, tak tahu le. Kita bukan duduk negara yang berperang macam Syria, Iraq atau Palestin. Negara kita aman. Hanya orang malas & banyak alasan je yang tak akan berjaya.
So….bagi membantu korang memulakan bisnes TShirt ni, saya ada sediakan satu ebook yang mempunyai 80 jenis bisnes berkaitan TShirt yang korang boleh pilih ikut kesesuaian korang.
Ebook tersebut saya akan jual sebab isi kandungannya sangat eksklusif. Hasil pengalaman & pemerhatian saya sendiri dalam perniagaan cetak baju selama 5 tahun ini. Ebook tersebut akan mula dijual selewat2nya sebelum masuk Tahun 2015 nanti.
Tunggu kemunculan ebook tersebut nanti…..sabar ye……
Ok…cam biasa….apa cerita tempahan kitaorang sebelum ni?
TShirt basketball. 2 kaler printing. Cuma kalau atas baju kain jersi, susah sikit nak buat. Tapi Alhamdulillah….ok je. Kuning dia memang naik menyerlah betul. Sesuai di combine dengan kaler kuning tu.
Yang ni biasa je. Guna baju 4square ni. Cuma masalah masa nak lukis balik design kartun depan tu. Bila kita besarkan design dia pecah. So, saya kena lukis balik untuk jadikan design tu lebih sharp.
Sori..kabur sikit gambar. Design ni dah pernah buat dulu. Suka benor diaorang ni gambar katak. Cute kot.
Yang ni pun saya lukis tangan balik sebelum boleh print tu. Tapi memang sempoi punya…..
Ni baju untuk budak SPM hari tu ni. Memang boleh jadi kenangan untuk budak2 ni. Bila lain kali ada reunion, boleh pakai balik baju ni. Memang diaorang akan teringat zaman muda nanti yek….
Yang ni print atas baju kain jersi ni. Cantik kombinasi kaler tu bila print atas kaler baju camni. Design memang diaorang dah siapkan, so cepat saya siapkan hari tu.
Yang ini pun customer dah siapkan design dia & mudah skit nak print.
So, takat ni dulu ye. Banyak2 nanti, boring lak nanti.
Ok…cam biasa..kalau nak order :
1. Isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun atau;
2. Emelkan detail & design nak print tu kat emel saya di adminkomisen@gmail.com atau:
3. Call, Whatsapp, sms ke 0193643692 (Kak Salina) atau 0192254028 (Abang Nik) – PERINGATAN….JANGAN CALL MALAM2 YE SEBAB KITAORANG NAK REHAT JUGAK YE…..
So, jumpa lagi….baaaaiiiiii….
Yang sentiasa membantu anda,
Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com
Bukan senang nak cetak baju ni sebenarnya……
Hai & Salam Cetak Baju semua,
Seperti biasa, saya nak kongsi le ngan korang kan apa2 yang saya tahu pasal bisnes cetak baju ni. Mungkin ada sesetengah korang rasa senang je printing baju ni tapi hakikatnya agak susah jugak le terutamanya kalau jenis yang tak minat printing ni.
Saya bukannya apa…kadang2 ada customer mintak harga yang melampau sangat rendahnya, sedangkan bila nak buat printing baju tu…hanya Tuhan je yang tahu. Biasanya kalau ada customer mintak bajet yang terlampau rendah, saya akan tolak secara diplomasi & akan bagi reason sebab apa tak leh buat dengan harga tu.
Seperti artikel saya sebelum ni, saya ada cakap, biasanya yang harga murah ni kilang je boleh buat tapi kalau betul nak murah, kena order ribu2 lai le. Kalau cam baju kelas nak 20 ke 30 lai, camane saya nak bagi murah.
Ok…saya bagi cara camane saya kira kos sehelai baju tu ye :
1. Design nak print – kalau komplikated atau design dah ada tapi saya kena buat balik supaya senang untuk buat blok, biasanya saya akan caj skit dalam RM30. Kalau design simple je..biasanya saya bagi free. RM30 tu untuk 1 design. Makna kata, kalau order 30 lai, jatuh RM1 selai le sorang.
2. Berapa kaler nak print….kalau design besar A4, 3 kaler…maknanya saya kena buat 3 blok. 1 blok saya caj RM30 kalau kuantiti banyak. Kalau 10 lai ke bawah, saya guna blok murah RM15 satu blok.
Katakan order 30 lai, 3 blok, RM30 satu blok. So, dah jadi, RM90.
RM90 bahagi 30 lai….dah jadi RM3 sehelai.
3. Upah print….biasanya kalau baju cerah, saya ambik RM2 sehelai & baju gelap RM4 sehelai.
4. Harga baju lagi. Harga baju kosong tanpa print boleh download dalam katalog baju kat atas.
So, faham tak? Memang banyak benda saya kena kira sebelum boleh bagi harga. Bukan tak nak bagitau tapi takut korang pening lak. Kadang2 tu, customer bagi 2 ke 3 warna tapi warna yang nak print tu kecik2 je. So, biasanya saya le yang akan bagi harga. Nanti kalau sendiri kira, pening lak nanti.
Saya ada jugak masukkan kos printing untuk rujukan korang kat page atas nun. So, kalau kalau rasa malas nak faham, tak apa. Isi je borang kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ataupun kontek jer kitaorang untuk tanya harga nanti.
So…cam biasa jugak. Hari ni nak kongsi ngan korang baju2 yang kitaorang dah print sebelum ni. Actually, memang bertimbun2 order datang tapi tak sempat nak upload ke komputer lagi gambar2 tu. Ini le antara baju2 tu untuk tatapan korang…
Gambar asal yang dia emel camni…
Ini baju geng kelab fotografi ni. 2 kaler kena buat. Mula2 buat putih, pastu tindih hitam lak. Design simple jer. Semua diaorang buatkan. Saya cuma touch up balik jer.
Kat bawah ni ada lagi design baju tu…
Baju ni diaorang order tak banyak….kalau tak silap dalam bawah 30 lai ke bawah jer. Yang baju putih, saya tak tindih putih, just buat outline hitam je. Senang je.
Gambar ni belum letak nama lagi tu..tu, yang tak cetak lagi tu.
Yang cam bawah ni pun ada…
Yang ini lak, customer nak guna tulisan cam The Avengers. Godek punya godek dalam Google, jumpa font dia. So, jadi le camni. Kalau print depan belakang 1 kaler je hitam, memang cepat. 2 ke 3 hari dah siap tapi kalau buat berkaler2 itu yang ambik masa sampai 2 ke 3 minggu tu. Bukan apa,kadang2 proses nak pecahkan warna untuk jadikan blok ikut warna tu yang ambik masa tu. Kadang2, susah sangat saya upah designer profesional jer.
Selain daripada baju diatas, ada ramai jugak yang nak order baju jersi siap nama ngan nombor belakang. Saya rasa design camni memang antara yang hot jugak kat blog saya ni. Cam kat bawah ni….
Blok untuk nombor biasanya saya dah ada siap. Cuma yang part nama tu, saya ikut pilihan customer. Terpulang pada dia nak stail camane. Lengan pun ada.
Ok…sekali lagi saya paparkan gambar2 yang saya cerita kat atas ni untuk tatapan & rujukan korang. Mana tahu mungkin ada idea nak buat ikut stail cam atas ni..ye tak?
Fuh….kadang2 penat jugak cetak baju ni tapi bercampur2 ngan seronok sebab memang kita minat betul printing baju ni.
So..cam biasa2 jugak. Kalau nak order baju, korang klik pada page “Nak Tahu Harga Tak?” seperti kat atas nun untuk tahu harga selai berapa ikut bajet korang. Takpun korang boleh, emel ke, sms ke, call ke…terpulang. Mana yang selesa.
Ok…jumpa lagi…assalamualaikum & Salam Cetak Baju semua…baiiiii…
Cetak Baju Kelas paling ramai orang order…..
Hai & Salam Cetak Baju semua,
Apa kabor semua? Sihat2 le hendaknya selalu ye. 2, 3 hari ni cuaca panas skit. So, printing pun ada efek gak skit sebab kalau cuaca panas ni, blok cepat kering & tersumbat. Biasanya kitaorang printing time pagi2 lepas sembahyang subuh. Baru design dia sharp skit.
Keja dari rumah ni oklah jugak sebab ikut suka kitaorang nak start keje bila. Kadang2 tu kalau time sibuk sangat, mandi pun kat nak masuk zohor.Baju pun pakai baju tido je.Cik Sally(isteriku) kadang2 tu pakai baju kelawar je.Dah macam batwoman je.Dengan baju kembangnya tu…
Tapi Alhamdulilah…walaupun camtu, rezeki kami tetap tak putus2 & makin banyak sambutan yang kami terima. Memang majoriti tempahan yang kami dapat adalah melalui online.
Yang paling banyak kitaorang terima, tempahan baju untuk kelas. Saya pun kadang2 excited nak buat baju diaorang ni sebab kebanyakannya design diaorang ni kreatif2 belaka.
Baju kelas ni kalau u all tempah memang berbaloi sebab harganya tak le mahal sangat selai kecualilah korang nak design berkaler2 & nak kain yang memang kualiti tinggi punya. Biasanya baju kelas, kitaorang caj dalam RM25 ke bawah bergantung kepada design nak print, kuantiti & jenis kain.
Kalau macam baju karikatur tu…alaaa..yang ada muka budak kelas sorang2 tu. Kalau camtu, biasanya saya ambik upah design sekali sebab nak kena buat balik muka budak2 tu untuk print atas baju tu. Tapi bagi saya, harga masih mampu lagi le bagi korang.
Apa2pun, design yang nak print atas baju tu memang penting untuk saya bagi harga. Kadang2 ada yang tanya soalan pasal berapa harga baju selai tanpa bagi maklumat spesifik macam jenis kain, kuantiti baju & design nak print. Sebab 3 benda ni memang akan bagi efek pada harga.
Cuma nak bagi klu kat korang le…kalau print 1 kaler & kuantiti banyak, harga selai Insya Allah dapat murah berbanding korang order 5 lai & print 2,3 kaler…konfem mahal. Korang pun paham kan…
Oklah…maleh le nak berceloteh panjang2. Apakata kita tengok je baju2 yang kami dah siap print kat bawah ni.Sekurang2nya dapat bagi idea skit untuk korang tempah baju nanti ekk.Betul tak?
Cerita pertama yang saya nak kongsi ngan korang ialah cerita pasal baju kelas. Design dia sempoi jer…semua print 1 kaler je. Boleh save bajet skit. Cer tengok….
Simple kan. Tapi apa2pun terpulang pada korang sendiri. Kalau sanggup bayar mahal untuk buat banyak kaler, terpulang le. Saya boleh buat tapi takut ada yang tak mampu nak bayar lak nanti kang. Betul tak?
Macam baju ni, design dia simple je. Design nak print tu pun saya touch up balik.Kalau order banyak biasanya kos design tu saya bagi free je kecuali le kalau nak buat balik design baru..kalau camtu saya akan caj skit korang nanti…
Kalau diikutkan, tarikh kitaorang buat baju ni 2011 lagi tapi rasanya cerita pasal baju ni belum masuk dalam blog ni lagi rasanya.
Okay…masuk lak ke cerita kedua. Yang ini pasal baju jersi. Jauh tempahan ni…dari Sabah bah. Baju ni diaorang nak design sama ngan baju yang kitaorang pernah buat sebelum ni cuma wording je lain. Warna baju pun diaorang nak sama gak. Cer tengok….
Ini pun t shirt kelas gak sebenarnya tapi diaorang nak buat ala2 jersi gitu. Depan nama kelas, belakang nama masing2 & siap nombor skali.
Semua design tu sama jer…kaler pun sama. Bawah ni ada lagi design baju tu untuk tatapan korang…
Yang dua lai warna hitam ngan biru tu orang lain punya tu…time tu kami terima lagi 2 lai tempahan tapi skang ni stop jap. Kami terima 5 lai ke atas je.
Apalagi citer nak kongsi ye. Hah…ada satu group ni nak pegi ke Bali, Indonesia, so diaorang nak buat baju stail sama jer semua. Cam kat bawah ni…

Belakang simple je 1 kaler & depan sulam kecik kat dada. So, korang kalau ada rombongan ke mana2, elok le korang buat baju seragam camni sebab kenangan camni susah nak dapat tau…
Nanti bila 10 tahun, 20 tahun akan datang, bila tengok balik baju tu, teringat balik memori masa rombongan hari tu. Nak lagi spesel, setiap kali pegi rombongan mesti buat baju untuk group rombongan tu. Mesti seronok punya…
Okay…hari ni setakat ni le dulu ye. Korang yang rasa nak order baju, jangan lupa isi form kat page “Cara Bayaran” kat atas nun ataupun call, sms atau emel jer kat kami. Nanti Insya Allah, kitaorang akan jawab apa saje persoalan korang tu.
So…jumpa lagi..baii….
Terma2 dalam bisnes cetak baju….
Hai…hai…hai & assalamualaikum semua.
Pekabo? Saya sihat2 ajer. Cam biasa jugak…setakat ni agak sibuk dengan tempahan yang keluar masuk setakat ni. Alhamdulillah..syukur pada Allah yang bagi rezeki tak putus2 tu kat saya. Dengan sokongan korang, Insya Allah bisnes saya akan bertambah maju lagi hendaknya…amiiin.
Sebelum saya berkongsi cerita pasal printing baju, hari ni saya nak berkongsi dulu ngan korang beberapa terma atau orang putih kata terms yang biasa digunakan dalam bisnes printing baju ni.
Mungkin ada sesetengah daripada korang masih baru lagi dengan tempahan baju ni & mungkin ada perkataan2 yang saya guna, korang tak paham.So, ari ni saya akan explain skit beberapa terma yang biasa kitaorang guna dalam bisnes printing ni.
Antaranya :
1. Blok – Untuk buat printing dengan guna dye, kami guna blok kayu. Cer tengok gambar blok kayu kat bawah ni. Blok ni le yang kami guna masa buat printing tu. Untuk print design tu, saya guna kain sutera (kita panggil silkscreen) ataupun jaring sutera.
# Kalau nak tahu detail pasal blok ni, korang boleh search dalam Youtube. Cari “Silkscreen Printing”.
2. Silkscreen (jaring sutera) – saya dah explain kat atas nun tadi.
3. Baju ready made – Baju dah siap jahit. Pilih kat katalog je. Baju jenis ni tak ada pilihan lain. Semua yang ada dalam katalog jer.
4. Baju custom made – Baju kena jahit dulu. Biasanya baju jenis camni bergantung pada tempahan customer. Mungkin dia nak leher jenis lain, kolar lain, badan lain….so, custom made ni maknanya sendiri punya citarasa lah.
5. Heat press – Design jenis stiker. Alah..kalau masa kecik2 dulu ada stiker yang kita kena iron atas baju tu. Kalau saya, saya tak syorkan sangat design jenis camni sebab lama2 takut cepat koyak. Saya ada 1 mesin heat press ni tapi tak guna dah. Nak jual balik. Ada yang nak ke? heheheh…angkat tangan. Saya jual murah jer.
6. Microfiber – Nama lain bagi kain jersi.
7. Polo – Polo ni maknanya baju berkolar.
8. Design – Design ni biasanya saya rujuk kepada design yang nak print atas baju & bukannya design baju tu sendiri.
9. Emboss – Printing jenis timbul. Yang ni pun saya buat jugak tapi harga kena tambah skit sebab kena guna special dye & iron nak bagi naik printing tu.
10. Dye – Cat fabrik yang digunakan untuk print atas baju tu. Biasanya kami guna rubber dye ataupun TC dye. Rubber dye ni tahan lama sebab cat dia masuk terus dalam benang.
Ok…itu antara terma2 yang saya biasa guna dalam blog saya. Mungkin ada antara korang masih baru dengan tempahan tshirt, so nak kasi faham skit….ok. Tapi kalau ada lagi terma yang korang tak faham, emel le kat saya. Nanti saya kongsikan lagi dalam blog ni nanti.
So…cam biasa, hari ni ada 2, 3 cerita nak kongsi ngan korang pasal tempahan yang kami terima baru2 ni. Mana yang sempat masuk blog saya masukkan…kalau tak, saya akan masukkan di lain masa nanti.
Cerita pertama berkenaan tempahan yang saya terima dari Tawau, Sabah bah. Baju ni untuk pelancong kalau tak silap. Diaorang nak printing emboss…so, saya ikut jer. Cantik gak sebenarnya. Cer tengok gambar bawah ni…
Kalau gambr camni tak nampak sangat design tu timbul tapi memang design ni timbul. Boleh rasa dengan tangan tulisan tu dalam bentuk 3D. Customer ni order dalam 60 lai tapi sayangnya, saya punya cameraman (saya punya bini) ambik 2 keping gambar jer. So….ini le saje gambar yang saya sempat kongsi ngan korang. Tapi design dia memang cantik bila timbul camtu.
Kalau diikutkan ada 3 kaler berlainan yang customer order hari tu, putih, hijau & navy. Tapi sori..ini jer gambar yang ada. Kitaorang harap ok le ye…heheheh.
Ok…kita beralih ke cerita kedua lak…
Yang ini macam biasa, baju ala2 jersi gitu. Baju jenis cotton tapi diaorang nak ada nombor kat belakang. Rasanya baju penyokong ni. Penyokong team handball. Design semua diaorang bagi…saya cuma print jer. Cepat skit siap.
Ini antara baju2 yang tengah dijemur. Biasanya printing warna hitam cepat kering berbanding putih. Kalau hari panas, kejap jer jemur. Pastu dah boleh lipat dah. Kalau korang nak order baju cotton & print hitam 1 kaler jer, memang cepat. Kalau warna lain ambik masa skit.
Ok….yang ini lak saya ada ambik tempahan safety vest lak. Baju ni khas untuk geng2 konvoi motor. Siap print untuk Marshal, Media & Medic sekali. Cer tengok ni…
Silau mata tak? Saya guna flash tu…tu yang kuat memantul cahaya tu. Ini le dinamakan safety vest. Polis banyak pakai menda ni masa buat operasi.
So….rasanya itu sahaja cerita yang dapat saya kongsi hari ni.
Macam selalu & macam biasa….sape2 yang berminat nak order baju dengan teman untuk apa sahaja aktiviti korang, boleh isi borang kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun, ataupun emel ataupun sms aaaaaataupun call. Tapi kalau call, tolong le jangan call tengah malam sangat. Teman dah masuk tidoor tu…
Ok…jumpa lagi guys…bai…..
Rangkuman tempahan cetak baju tahun 2011…
Assalamualaikum & Selamat Cetak Baru,
Semalam tahun 2011 & hari ni dah masuk 2012 dah. Tik!tok!tik!tok!…masa berlalu, rupa2nya dah setahun setengah kitaorang buat bisnes printing baju ni.
Kami mula pada Jun, 2010. Masa tu orang rumah baru jer tamat kontrak kerja sambilan kat satu pejabat Kerajaan ni. Bayangkanlah dia grad dari UKM dari tahun 1999 lagi. Lepas satu interview ke satu interview, tak dapat2. 3 tahun jadi Guru Sandaran Tak Terlatih kat kampung. Duduk menyandar jer 3 tahun, pastu yang baru tamat kontrak tu, 3 tahun jugak. Interview berpuluh2 dah, satu pun tak lekat.
So, pada Jun, 2010, saya ada le terpandang iklan cetak baju dalam internet. Memandangkan dia dah tak ada khoje (kata org Perak) dan pastu pulak kena jaga 3 orang anak kami, saya pun cuba nasib ngan cetak baju ni.
Time tu saya nekad nak buat bisnes ni sebab orang rumah pun sokong sebab dia kata dia minat gak main ngan cat2 ni.
Bulan Jun tu, saya pegi kursus kat Sg.Besar ngan sorang brader ni tapi memang alhamdulillah, syukur saya dapat Tok Guru ni. Memang jenis tak kedekut ilmu le. Belajor punya belajor, dapat le ilmu tu sikit sebanyak.
Start daripada situ saya memang dah tak berpaling dah. Saya ngan isteri memang nekad nak teruskan bisnes ni walau apa terjadi sehinggalah satu hari nanti saya nak bukak kilang baju sendiri nanti…amiiin!!
Pengalaman pertama buat tshirt tu masa bulan pose tahun 2010. Time tu dapat tempahan dari kedai runcit kat kampung saya dalam 15 lai gitu. Permulaan yang bagus jugak untuk kami. Masa buat tu memang pening & seksa sebab tak ada tempat nak print. Print atas lantai jer. Dipendekkan cerita, siap le baju2 tu. Tapi bila diingatkan balik memang kelakar le sebab tertonggeng2 nak cetak baju. Kipas tak leh pasang sebab takut printing cepat kering & blok tersumbat.
Pengalaman pertama tu memang betul2 mencabar saya. Bila saya fikir balik, design tu memang saya tak puas hati sebab tak cantik sangat. Dulu design buat pakai Microsoft Word jer. Tapi sekarang ni dah advance dah sebab saya buat design pakai Adobe Photoshop ngan Adobe Illustrator. Kalau ada design yang komplikated skit, saya upah designer luar. So, customer yang dapat design sekarang ni memang puas hati le sebab memang designer profesional yang buat.
Kat sini saya attach balik gambar2 baju pertama kitaorang buat untuk tatapan u all.
Cuba tengok design dia. Simple jer time tu. Tak ada nak buat seni2 skit pun….hehehe. Skarang dah ok skit dah.
Start daripada tu, saya terus buat iklan kat area kawasan saya. Buat flyers & tumpang kat kedai sukan kat Kg.Gajah. Masa tu belum start buat online lagi. Masih lagi tumpu kat kawasan sendiri dulu. Memang tak pikir pun nak buat online sebab takut kang camane orang nak bayar kos pos lagi dan macam2 yang berlegar2 dalam kepala hotak saya.
Selain daripada buat baju biasa, saya ada jugak terima tempahan untuk buat baju jersi siap nombor ngan nama lagi. Memang time tu dah mula seronok sebab orang ramai dah mula tahu bisnes kami.
Baju kelas pun banyak. Saya rasa antara banyak2 design yang diaorang order, baju kelas yang paling banyak. Macam2 stail diaorang ni buat. Memang kreatif habis. Buat design kelas memang mencabar & memang banyak belajar sebab kadang2 diaorang sketch jer atas kertas, last sekali kitaorang yang kena touch up balik dalam komputer. Antara hasilnya cam baju2 kat bawah ni.
Disepanjang bisnes kami tu, ada dalam 4 ke 5 kali kitaorang kena buat baju baby untuk kilang kat Teluk Intan. Cuma yang problemnya diaorang bayar ciput le. Kira dalam 60 sen ke 80 sen jer selai. Diaorang order paling banyak sampai 1,500 lai.Orang rumah pun tensen nak buat sebab bayar ciput. Sampai timbul tulang belakang..heheheh. Tapi masa tak ada order baju ni, ok jer. So, kalau kitaorang tak dapat order kilang ni pun tak apa sebab tempahan lain banyak gak dapat. Kat sini antara design yang kitaorang buat utk kilang tu.
Kat bawah ni saya tunjukkan beberapa t shirt favourite saya sepanjang tahun 2011. Walaupun designnya sempoi tapi nampak cantik bila kita print.
Kalau nak diceritakan semua tempahan yang saya buat dalam tahun 2011 memang tak cukup ruang blog ni tapi setakat ini saya rasa dah beribu2 lai kitaorang buat. Macam2 design & macam2 jenis pelanggan yang saya jumpa. Ada yang jenis sempoi, tak kisah design nak buat camane pun & ada jugak yang agak teliti. Semuanya dah memang stail masing2. Kitaorang tak kisah, asalkan diaorang puas hati udah le.
Tahun 2012 ni, azam & rancangan kami lebih besar tapi yang pasti setakat ini, kos pos ke seluruh Semenanjung Malaysia masih lagi free. Untuk Sabah ngan Sarawak, saya terima jugak & kos pos masih lagi free jugak tapi saya tak guna courier tapi saya guna mel udara. Lambat skit le sampai.
Tahun 2011, tempahan saya paling jauh ialah ke Tawau & paling dekat ialah jiran sebelah rumah.
2012 ni kami akan buat rancangan yang lebih baik & kami mintak2 u all doa2kanlah semoga bisnes kami ini akan berjaya dengan jayanya. Pastu, tolong doakan kami sentiasa sihat supaya boleh buat yang terbaik untuk u all semua. Mungkin kita akan buka kepada sesape saje yang nak jadi ejen nanti. Tunggu ye.
So….macam biasa. Kalau nak order baju ngan kami, jangan lupa call/sms atau emel jer kami seperti yang tertulis kat atas nun. Ataupun korang boleh isi maklumat tentang harga kat page “Nak tahu harga tak?” di bahagian atas website ni.
Selamat melayari tahun 2012!!! Bai…..
Malaysia Boleh! Cetak jersi bola pun boleh…..
Assalamulaikum & Salam 1Malaysia,
HHooohyeey!! Hooohyeey!! akhirnya Malaysia menang jugak bola pingat emas.
Berdebar giler time tengok Malaysia lawan Indon semalam. Kejap tutup muka ngan bantal, kejap buat2 tidur, kejap2 masuk toilet. Tak tentu arah rasanya.
Kadang2 pujuk hati, dapat pingat Perak pun jadilah. Last2 skali tengok gak sampai habis.
Berbaloi gak tengok sampai habis. Menang jugak akhirnya. Hoohyey! HohYey!….
Heheheheh…citer pasal bola ni, hari ni saya nak kongsi ngan semua pasal kebelakangan ni ramai gak yang order baju jersi siap ngan nama diaorang lagi.
Bukan setakat nama ngan nombor, siap nombor kecik kat depan. Pastu ada gak yang letak logo pasukan kat depan & tulisan kat belakang.
Tak caye…..cuba tengok gambar2 baju jersi yang sempat saya ambik sebelum ni…
Baju jersi bola ni diaorang buat satu team. Jersi camni boleh dijadikan kenangan sampai bila2 sebab bila dah berjumpa ngan member2 bila dah tua nanti, kita pasti teringat2 time main bola sama2 nanti.
Semua baju jersi ni diaorang tempah terus ngan kitaorang. Tapi ada gak yang dah ada baju siap, pastu suruh kitaorang cetak jer. Terpulang le kat korang….janji korang bahagia.
Hohyey! Hohyey!….so, korang pun boleh gak nak buat baju jersi ni. Pastu lak, kos pos free jer…tak yah susah2 pikir nak order baju tu sebab satu masalah dah selesai.
Hah..apalagi, kontek le kitaorang seperti nombor hp kat atas ataupun klik jer page “Nak tahu harga tak?” kat atas kalau nak tahu harga baju korang.
Ok…jumpa lagi. Daaaaa…….
Cetak tshirt warna GOLD tuuuuu……
Assalamualaikum,
Pada yang baru singgah blog saya terima kasih diucapkan. Blog ni tak le seberapa sangat tapi mampu le jugak bagi idea kat sape2 yang nak cari baju atau tshirt untuk aktiviti korang.
Kalau nak tshirt untuk kelas, ini le blognya…kalau nak tshirt untuk pertubuhan, ini juga blognya…kalau nak tshirt untuk kumpulan…ini le jugak blognya. Pendek dan panjang kata, kalau sape2 je nak order baju untuk aktiviti korang…ini le blog yang dicari2 sebenarnya.
Ok…saya taknak cakap panjang, cuma nak berkongsi ngan korang (mana tahu ada yang teringin nak buat design lain dr yang lain)…tentang tshirt dengan design warna emas (gold) untuk korang.
Biasanya warna biasa jer tp yang ni spesel skit sebab design dia warna emas.
Actually, budak2 ni buat baju jersi bola sebab siap ada nombor skali tapi design & corak2 dia warna emas.
Contohnya kat bawah ni.
Siap buat lambang nike lagi…kalau kena saman ngan nike tak tahule aku. Kena saman ngan nik tak apa lagi.
Kalau tak silap diaorang order ari tu dalam 20 lai. Semua ada nombor depan belakang. Tapi untuk buat kaler gold ni sesuai kalau baju jersi hitam jer. Baju jersi putih tak tahu le ok ke tak? Ok ke?
Cam gambar2 kat bawah ni, korang boleh tengok hasil kerja tangan isteri saya. (mengecop le tu). Saya tukang buat design ngan blok jer. Orang lain pegi kursus, orang lain lak terer.
- Penuh satu baju dengan design. Separuh putih, separuh gold.
Design baju jersi warna gold ni jarang2 orang buat. Biasa diaorang buat baju warna biasa. Cuma nak bagitau skit yg kos warna gold ni lebih skit dari biasa sebab warna dia spesel.
Kalau korang & the gang rasa nak test buat baju design warna gold ni, boleh le tempah ngan kitaorang.
Call/sms jer kat 0192254028 atau 0193643692. Kalau segan, emel jer kat adminkomisen@gmail.com.
Jangan le malu2 nak kontek kitaorang. Korang pasti puashati, Insya Allah!
Ok…jumpa lagi di artikel seterusnya. Baii……







































































































































































































































































