Category Archives: Baju Kerja Kawin @ Rewang
Dapatkan baju brand Gildan untuk pilihan anda – BARU & LAMA!
Hai & Salam Cetak Baju semua,
Apa khabar semua? Harap sihat2 le selalu hendaknya ye.
Hari ni saya nak promote TShirt Gildan yang saya supply dalam blog saya sebelum ni. TShirt Gildan adalah antara TShirt yang mendapat sambutan agak hangat dari customer kami sebab kualitinya.
Apa TShirt Gildan yang baru yang ada dalam katalog versi 2016 – 2017 kali ni?
Ni antara contohnya…..
Hoodie ada tambahan warna dark heather, heliconia & Purple.
Yang ni baju askar. Boleh jugak kalau nak buat TShirt kelas korang kalau nak. Cantik jugak baju dia.
Macam2 jenis TShirt ada kat Gildan ni termasuk baju roundneck, berkolar, lacoste, jersi, microfiber, slim fit dll.
Klik SINI untuk lihat macam2 lagi jenis baju yang ada ikut selera korang.
Tshirt Gildan ni sangat sesuai untuk korang yang sedang cari baju lain dari yang lain. Pastu kalau korang pentingkan kualiti, baju ni pun ok jugak untuk pilihan korang ye.
Kalau nak DOWNLOAD KATALOG GILDAN VERSI 2016/2017……KLIK SINI SEKARANG>>>Megahtex Buyer’s Guide 2016-2017 (Low Resolution) (2)
Pastu, kalau nak tengok harga, klik je kat Katalog Baju Gildan tadi untuk lihat harga baju kosong yang saya offer kat korang ye.
Korang juga boleh buat design sendiri kalau nak. Mudah je & lagi puashati kalau buat design tu sendiri.
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Oklah…..apa cerita cetak baju kami hari ni ye?
Ni baju kelas ni. Print putih depan belakang. Boleh jimat kos sikit. Depan nama sorang2 & belakang nama ramai2. Semua customer yang reka sendiri.
Yang ini print kelabu depan belakang atas baju warna royal. Depan 2 kaler. Cantik jugak. Sesuai dengan warna baju.
Yang ni customer pilih design doodle yang kitaorangs sediakan sebelum ni. Cer tengok antara gambar doodle yang saya sediakan sebelum ni.
Ni antara contoh baju rewang yang saya sempat siapkan sebelum raya sebelum ni. Simple & sempoi je.
Oklah….cam biasa,
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Untuk pengetahuan korang, kitaorang bukan ada brand Gildan je tapi macam2 katalog lagi kat atas nuuuuunnnn……
So, jangan segan silu nak kontek kitaorang ye..
Jumpa lagi,
Baaaaiiiiiiii…….
Dari ;
Abg Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com
2015 dalam kenangan & 2016 cetak lagi,lagi dan lagi……..
Salam cetak baju & Selamat Tahun Baru kepada semua pelawat mohcetakbaju.com,
Kejap je masa berlalu. Semalam 2015, hari ni dah 2016 dah. Dah setahun berlalu camtu je.
Alhamdulillah…perancangan kitaorang dalam bisnes cetak baju ni berjalan lancar. Bagi sape2 nak join kitaorang untuk start buat duit ngan bisnes TShirt ni, jom lah. Bagi saya, bisnes pakaian atau tshirt ni antara bisnes yang sentiasa berkembang maju sebab pada saya setiap manusia akan pakai baju walau dimana saje mereka berada.
Tapi kan…dalam 2015 ni ada macam2 suka duka yang kitaorang lalui. Ada sedih & ada gembira.
So…mari saya kongsikan apa yang suka duka dalam bisnes kitaorang yang mungkin korang perlu tahu & korang nak tahu. Mana tahu korang lak lalui benda tu nanti…sape tahu kan…
Antaranya :
- Tanggal 30/09/2015 – saya berjaya menghantar surat BERCUTI TANPA GAJI selama setahun mulai 01/01/2016 hingga 31/12/2016. Sebelum ni saya bekerja disektor kerajaan & isteri yang buat full time. Dah berapa tahun asyik terbantut je. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga.
- Tanggal 14/10/2015 – syarikat kitaorang Ainix Resources berjaya membeli sebuah mesin sulam 1 head dengan 6 pilihan warna benang brand SWF berharga RM45K dengan hasil titik peluh kitaorang dalam bisnes cetak baju ni.
3. Kami juga berjaya mempunyai tag baju dengan nama syarikat sendiri – Ainix Resources.
4. Berita sedih dalam 2015 – saya kematian bapa pada 28/12/2015 yang lalu. Saya anggap satu kehilangan besar buat saya sekeluarga sebab beliau bukan saja bapa kepada kami tapi antara punca rezeki kitaorang murah. Kalau balik kampung, memang kitaorang akan dengar dia doa untuk anak2, satu persatu lepas setiap solat dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan ditempat orang beriman.
Itu antara suka duka yang sempat saya masukkan dalam blog kitaorang hari ni.
Selain daripada TShirt, saya juga ada prepare servis untuk buat karikatur atau kartun muka sorang2. Ni antara yang disapkan baru2 ni.
Tahun 2016 ni, saya akan cuba beri kelainan yang tak ada pada website orang lain, In Sha Allah tapi berikan sedikit masa. Bila dah banyak masa free ni, senang le nak fikir macam2 perancangan untuk bisnes tshirt ni.
So, pada korang yang nak join kitaorang buat duit dengan bisnes tshirt atau nak order tshirt group korang yang lain dari yang lain, follow je blog kitaorang sentiasa ye. In Sha Allah, korang pasti tak menyesal nanti.
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Ok…untuk hari ni saya akan kongsikan kepada korang pelbagai jenis baju yang kitaorang pernah print sebelum ni. Ianya sebagai bukti yang kitaorang memang betul2 buat bisnes TShirt ni.
Selamat menonton!
Ini antara gambar yang sempat di upload daripada ribuan baju yang telah berjaya disiapkan.
So, kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Ada macam2 jenis baju kosong yang korang boleh pilih. Klik pada page katalog2 diatas sana untuk pilih apa sahaja baju ikut citarasa korang ye.
So….sentiasalah follow kitaorang untuk lihat apa sahaja perkembangan tshirt kitaorang…..tunngggguuuuu!!!!
Yang sentiasa ikhlas membantu,
Abg Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com
www.cetaktee.com
www.mohcetakbajuiam.com
www.ainixtshirt.myshopify.com
Order segera sebelum kami adjust harga…..(kesan dari GST)
Hai & Salam Cetak baju semua,
Fuuuhh!!! kebelakangan ni agak penat sedikit sebab terpaksa siapkan order yang bertalu2 masuk. Alhamdulillah, syukur pada Allah yang sentiasa memberikan rezeki yang tidak putus2 sekarang ini.
Ada hari2nya rasa stress & agak tension sebab terpaksa siapkan baju & design sampai larut malam. Esoknya nak kerja lagi tapi bila order siap dengan cantik & customer pun puashati….rasa stress & tension tu hilang. Bila buat kerja yang kita minat ni, Alhamdulilllah…apa2 rintangan & halangan pun dapat ditempuh dengan jayanya. hehehe…dah macam karangan budak sekolah lak.
Cuma nak bagitau yang beberapa supplier & courier dah start naikkan beberapa item barang sebelum GST ni & saya jugak agak risau. Takut2 kenaikan harga tu akan efek bisnes kitaorang jugak.
So, pada korang yang tengah berfikir panjang nak order tshirt dengan kitaorang, buatlah keputusan segera. Takut2 kami pun terpaksa adjust harga jugak.
Maknanya, lepas ni kalau korang rasa harga saya mahal, saya mintak maaf banyak2. Harga yang saya bagi tu biasanya nak cover kos2 yang memang kitaorang tengah tanggung. Kalau saya boleh kurangkan lagi harga, saya cuba sedaya upaya tapi kalau korang memang nak lagi murah, mintak maaf banyak2. Cuba le survey kat lain lak ye.
Cuma…kalau korang dapat kat tempat lain murah, kemungkinan memang diaorang tak tanggung kos yang besar ataupun diaorang kurangkan kualiti untuk dapatkan harga murah tu.
Bagi saya sendiri, saya tak akan guna baju kualiti rendah. Saya cuba promote baju yang berkualiti tapi masih mampu dibeli oleh semua orang, In Sha Allah.
Ok…nak bagitau jugak ni, pada sape2 yang nak buat baju custom made (maknanya nak jahit lain & tak ada dalam katalog baju kitaorang), saya hanya terima 50 lai ke atas bagi setiap design & setiap baju tu akan guna label baju saya sendiri seperti dibawah ni…
Alhamdulillah, selepas 6 tahun dalam bisnes cetak baju ni, ini pertama kali kitaorang mempunyai label sendiri.
Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)
Ok….apa cerita hari ni. Hari ni nak kongsi ngan korang tshirt2 family day yang kitaorang buat sebelum ni & bukti baju yang dipakai oleh group family day tu ye.
Buktinya….
Seronok betul diaorang ni dapat baju family day. Kembang hidung rasanya dapat customer yang puashati camni.
Ada lagi…..
Tu diaaa…….happy sakan diaorang tu. Tapi nak cerita sikit le disebalik baju ni. Actually, saya tersalah print nama kat atas baju yang asal.
Customer dengan lemah lembutnya komplen kat saya pasal kesilapan tu. Saya ni, kalau orang komplen dengan lemah lembut, secara automatiknya rasa nak membantu & rasa bersalah.
So, saya mintak dia poskan balik baju tu kat saya untuk saya betulkan balik. Tu yang kat gambar diaorang pakai tu, part nama2 tu dah ditindih putih. Free of charge je sebab memang tahu silap saya. Risiko silap camni memang ada dalam bisnes printing tapi jarang2 berlaku sebab kitaorang memang pentingkan kualiti.
Satu lagi nak bagitahu..setiap printer mesti ada sifat membantu & bertanggungjawab dengan kerja diaorang. Bila kita dah buat silap, mengaku segera & betulkan kesilapan tu supaya customer lebih berpuashati. Katakan kalau saya buat derkkk je dengan kesilapan tu. mesti customer bengkerk & dia akan bgtau semua orang supaya jangan order dengan saya. Tak ke dah buruk nama tu.
In Sha Allah, kalau kita bertolak ansur & niat membantu, akan ada bantuan Allah & bantuan dari manusia. Memang dah selalu jadi dah.
So, nasihat saya pada printer2 & bisnesman cetak baju…jangan sombong dengan customer. Tanpa mereka, siapalah kita.
Ok..apalagi cerita nak kongsi ngan korang ye…
Ini printing biasa menggunakan 3 kaler printing belakang & 1 kaler printing depan. Agak simple. Cuma ambik masa skit masa nak designkan balik dalam komputer je. Yang lain…bisa diatur…
Baju ni guna jenis Gildan Ultra Cotton kaler heather. Cantik jugak kaler dia. Nasib baik senang je print. 2 kaler depan belakang.
Bukan setakat tshirt kelas, yang body builder pun ada yang order ngan kitaorang. 2 kaler printing. Base putih & tindih merah. Semuanya diaorang buat dalam customink.com. Tak yah pening2 nak buat design tu.
Yang ni print atas baju kaler kelabu brand 4square. 3 kaler print. Sama jugak…agak mudah nak print, cuma ambik masa skit nak edit balik dalam blok printing.
Yang ni nak kata komplikated, tak jugak cuma masa nak pecahkan kaler tu, ambik masa skit. Design tu saya just buat dalam Ai je. 2 blok printing saiz A3. So, agak mudah jugak & memang cantik bila dah print.
Yang ini standard baju rewang biasa. 1 kaler print depan belakang. Design customer yang sediakan.
Ok..setakat ni dululah ye.
Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)
Sampai jumpa lagi…bai…
Daripada :
Abg Nik & Kak Salina
www.mohcetakbajuIam.com
www.cetaktee.com
Dah boleh start plan untuk buat TShirt kelas atau apa sahaja TShirt dalam Tahun 2015 ni!!
Hai & Salam cetak baju pada semua pelawat mohcetakbaju.com,
Apa khabar semua? Dah masuk sekolah ke? Ada plan nak buat TShirt kelas korang tahun ni ke?
Seperti tahun2 sebelum ni, start je sekolah, start le kitaorang sibuk.
Kalau masa cuti sekolah sebelum agak rileks skit sebab kebanyakan pelanggan kitaorang adalah student.
So, pada korang yang plan nak buat baju kelas kenang-kenangan korang tahun ni…dah boleh dah bincang2 ngan member kelas korang. Korang dah boleh plan nak buat design camane, nak baju jenis camane & berapa bajet korang.
Biasanya bajet ataupun harga le yang jadi masalah kat students sebab ada jenis yang nak baju yang cantik & mahal skit tapi bajet tak ada.
Tahu tak camane korang nak buat……
Cuba pakat2 dengan kawan2 untuk start kumpulkan duit. Katakan bajet korang dalam RM35 selai. So, mungkin korang boleh lantik sorang untuk kumpulkan duit dari korang. RM1 sehari ke, 50 sen sehari ke, RM2 seminggu ke.
Kumpulkan & bila dah cukup, korang boleh terus start ngan kitaorang.
Pastu, susah hati sebab tak ada design nak print ke?
Tak payah pening2. Korang klik je kat page “Buat Design Sendiri” kat atas nun atau klik link DISINI untuk start buat design korang sendiri kat sini.
Lagi puashati sebab korang boleh godek2 sendiri. Nak adjust, boleh adjust sendiri. Ikut suka hati korang.
Bila dah siap, hantar ke emel saya di adminkomisen@gmail.com & emelkan sekali kuantiti tempahan/jenis baju. Nanti saya bagi harga nanti.
Kalau korang rasa memang tak ada idea nak buat tshirt kelas korang, cuba klik kat website kitaorang satu lagi www.cetaktee.com. Kat sini ada macam2 jenis design TShirt kelas yang dah sedia ada untuk korang pilih.
Korang pilih je mana yang berkenan & kitaorang akan adjust atau print ikut kehendak korang nanti ye.
So……start le merancang TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang dalam Tahun 2015 ni. Jangan biarkan Tahun 2015 ni berlalu gitu je tanpa kenangan untuk korang ingat seumur hidup korang.
Jika anda tahun ni ambik UPSR, PT3, SPM, STPM, Pra Universiti, Degree, Master, Phd, sekolah pondok atau apa sahaja…..anda harus fikirkan sesuatu untuk dijadikan kenangan seumur hidup korang. Tak lain & tak bukan…TSHIRT.
Mungkin hanya dengan TShirt, korang dapat jodoh dengan si dia, mungkin dengan TShirt, korang bersemangat nak ambik periksa, mungkin dengan TShirt korang dapat jumpa kawan lama…macam2 boleh jadi. So…apa ditunggu lagi. Mulakanlah dari sekarang…..
Ok…harap2 ada berita baik dari korang semua.
Hari ni saya nak berkongsi banyak sikit tentang TShirt2 yang kitaorang dah siapkan sebelum ni supaya korang lebih bersemangat nak order TShirt tu..
Cerita 1
Sape peminat JDT? Ni bukan baju saya jual selai2 ni tapi customer kitaorang order sebelum ni. So, kalau ada peminat JDT nak order baju camni jugak, silakan….korang dialu-alukan. Macam2 jenis design korang boleh order kalau nak. Yang ni print atas banyak jenis kaler baju. Memang puashati sebab cantik design dia. 4 kaler printing ni. Agak susah skit nak print sebab tak guna locking tapi hasil pengalaman, inilah hasilnya.
Cerita 2
Ni untuk satu group team chinese kat Kampar ni. Banyak juga….hampir 100++ lai ni. Design diaorang buat sendiri & kitaorang just print je. Depan print 2 kaler tapi guna 1 blok printing. Mudah skit nak marking nanti.
Cerita 3
Yang ini sulam logo depan & nama print. Sulam saya terima 10 lai ke atas je. Kalau print 5 lai ke atas sebab kalau sulam kena caj blok printing. Banyak order dapat murah nanti.
Cerita 4
Maaf…gambar agak kabur tapi nak bagitau yang design ni banyak blok printing kena guna ni terutamanya logo bahagian depan tu. Kalau tak silap 5 blok printing tu sebab ada 5 kaler. Masa nak print tu, ok lagi tapi masa nak pecahkan kaler design tu ambik masa lama sikit. Design ni saya terpaksa upah designer saya untuk pecahkan kaler tu. So, dah pecah kaler ikut blok printing, senang sikit nak print nanti.
Cerita 5
Yang ni print atas baju Raglan lengan pendek brand Enzo. 2 kaler depan & 1 kaler belakang. Agak mudah jugak sebab design pun ambik dari internet je.
Cerita 6
Yang ini pun sedikit rumit tapi masih boleh print dengan mudah. Rumit masa nak pecahkan kaler tu terutamanya belakang. Yang ini pun saya terpaksa upah designer saya untuk pecahkan kaler dia dulu. Tapi orang rumah dah berpengalaman lama buat printing ni, so Alhamdulillah…small matter bagi dia…hehehe….
Cerita 7
Design asal ni totally customer buat kat customink.com. 2 kaler printing ni…kelabu gelap & kelabu cerah. Tak nampak sangat kan. Tapi itu le warnanya.
Belakang nombor kecik bawah bahu & nama kat lengan.
Ok…setakat ni je lah dulu ye. banyak2 kang, boring lak.
So, cam biasa…..pada korang yang berkenan nak buat TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang & menggunakan TShirt Raglan kitaorang atau apa sahaja jenis TShirt kat katalog atas nun, korang boleh order terus samada melalui :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)
Jangan malu & jangan segan nak order apa sahaja TShirt korang ye. In Sha Allah, kami akan memberikan layanan yang sebaik mungkin kepada korang nanti.
Jumpa lagi…..baaaiiiii,…..
Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com
Selamat menyambut Tahun Baru 2015 & jom tempah TShirt korang disini….
Hai, hai, hai & Salam Tahun Baru pada semua pelawat mohcetakbaju.com,
Beberapa hari lagi, kita akan menjenguk ke Tahun 2015. Rasanya baru lagi kita masuk 2014. Dalam setahun ni, Alhamdulillah, rezeki kami semakin melimpah ruah termasuk le kedai baru kitaorang yang dah siap untuk cover order yang makin meningkat kebelakangan ni.
Kitaorang di www.mohcetakbaju.com juga nak kongsi kesedihan kepada korang yang dilanda banjir dibeberapa negeri. Kitaorang harap korang tabah & sabar hadapi dugaan dari Allah. In Sha Allah, ada hikmah besar atas semua yang berlaku tu.
Rumah adik & abang saya di kemaman pun dah hampir tenggelam. Rumah mak, Alhamdulillah…tak naik air lagi. Kitaorang doakan semoga banjir tu cepat2 le surut & korang dapat jalani hidup seperti sebelum ini segera.
Hari ni saya nak berkongsi ngan korang tempahan2 yang saya dah siapkan sepanjang 2014 lepas untuk tatapan korang semua.
So, kalau sape2 yang nak order TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang tahun depan, kami alu2kan & In Sha Allah, akan kami layan sebaik mungkin bagi dapatkan TShirt korang tu.
Ok..antara TShirt2 yang kitaorang siapkan baru2 ni ialah TShirt Rewang atau TShirt Kahwin seperti dibawah…
TShirt rewang atau TShirt kahwin camni banyak yang orang order kebelakangan ni. Diaorang bagi gambar & saya akan transfer kepada gambar ala bayang2 macam kat atas ni.
Selain dari tu….banyak jugak saya terima TShirt Family Day macam bawah ni….
Selain daripada baju rewang & baju keluarga, ada jugak tempahan baju group yang saya terima sebelum ni. Tapi print simple je. 1 kaler depan belakang.
Ok..ni antara tempahan2 yang sempat saya upload dalam artikel hari ni. Banyak lagi gambar yang dah ambik tapi tak sempat nak upload lagi.
So, tunggu le cerita2 lain akan datang dalam Tahun 2015 ni. In Sha Allah, saya akan sediakan macam2 lagi produk baru kitaorang pasal cetak baju ni sebab saya dalam proses nak belajar macam2 stail printing lagi dalam 2015 ni.
Follow blog kitaorang untuk tengok apa yang kitaorang tawarkan nanti.
Ok..kalau ada sape2 yang berminat nak order TShirt ngan kitaorang, sila :
1. Emelkan detail order korang ke emel kami di adminkomisen@gmail.com atau;
2. Whatsapp atau SMS ke 0192254028 (Abg Nik) atau 0193643692 (Kak Salina) atau;
3. Call kitaorang untuk dengar suara kitaorang sendiri tapi tolong jangan call malam ye. Kami pun nak berehat jugak!!
Baiii…jumpa lagi…….
Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com
Cuti sekolah datang lagi…jom tempah tshirt kawin, family day & konvoi korang!
Hai, hai & hai.
Yeyy!! Yeyy!! Dah cuti sekolah dah. Budak2 sekolah seronok le sebab boleh berseronok sakan.
Kalau sebelum cuti sekolah hari tu, bertalu2 student sekolah order baju kelas masing2 & sekarang tibalah pulak giliran pengantin baru, orang berkeluarga & mat2 motor + mat2 kereta untuk order tshirt diaorang lak.
Memang tiap2 tahun, kalau cuti sekolah, group2 ni le yang ramai order tshirt untuk aktiviti diaorang.
Tapi walaupun camtu, nak mintak tolong le ye. Kepada sape2 yang nak order tshirt tu, kalau boleh jangan le nak dalam masa suntuk sangat. Hari ni order, esok atau lusa dah nak guna dah. Biasanya kalau order jenis camni, memang awal2 saya tolak sbb bukannya selai dua saya kena uruskan. Kadang2 tu beratus2 lai menunggu. Kalau design simple & kuantiti tak banyak, In Sha Allah kitaorang boleh terima.
Actually, banyak contoh tshirt kawin tu yang korang boleh buat pilihan. Antaranya cam kat bawah ni :




Ni antara contoh2 baju kawin yang kitaorang pernah buat sebelum ni. Kalau korang nak order baju camni, korang boleh klik kat bahagian kanan blog ni kat TShirt Kawin/Rewang.
Biasanya bab2 kawin ni orang pantai barat panggil Rewang & orang pantai timur panggil Bekwoh.
Tapi kalau korang kreatif, korang boleh buat design sendiri tshirt tu. Klik kat page “Buat Design Sendiri” kalau korang nak buat design sendiri baju tu.
Satu lagi….ramai gak yang nak buat family day ataupun hari keluarga masing2 time cuti sekolah ni.
Biasanya, tshirt family day ni ada yang kaler ikut family. Family mak long kaler lain, family kak ngah kaler lain dll.
Antara contoh tshirt family day yang pernah kita buat tu ialah :



Family day biasanya boleh jadi kenangan yang indah buat korang. Bila ada tshirt untuk family day tu, korang pasti teringat2 masa aktiviti family day tu. Mana tahu ada kenangan tak boleh lupa ke macam gigi palsu nenek tercabut masa buat sukaneka ke, rambut palsu pak ngah kena terbang di angin ke atau seluar ucu terkoyak masa main bola ke….pastu, bila nak ingat balik time family day mana peristiwa tu jadi, bukak balik tshirt yang korang pakai tu, mesti korang ingat balik nanti.
Konvoi pun sama gak…….time cuti sekolah ni le ramai yang berkonvoi. Tapi saya tak jumpa lak gambar tshirt konvoi yang pernah diaorang order sebelum ni sebab banyak sangat gambar dalam fail. Cuma ada tshirt konvoi baru je. Tengok kat cerita kat bawah ni ye.
Tapi apa2 pun, korang yang berniat nak berkonvoi, apakata order ngan kitaorang tshirt kesukaan korang tu. Design buat sendiri je.
Ok….panjang2 sangat kang citer ni, korang boring lak kang. So, cam biasa…apa cerita hari ni ye?
CERITA 1
Tshirt konvoi group penang. Simple je, 1 kaler print je. Nak save bajet kot. Hari tu diaorang order banyak gak ni. So, 1 kaler agak mudah skit. Siap pun cepat.
CERITA 2
Ni tshirt kawin lak tapi tak tahu le apa maknanya Dulure Dewe tu. Hanya yang empunya diri je yang tahu. Lupa nak tanya hari tu.
Ni pun untuk majlis kawin time cuti sekolah gak ni.
CERITA 3
Yang ini group Sabah ni. Tak tahu lak apa maksudnya design yang dia print tu. Janji tak menyalahi agama & undang2, udah. Yang ni pun banyak gak ni nak kena print. 2 kali tindih..mula2 putih, pastu hitam.
IKLAN JAP!!!
Sori…iklan jap. Ni nak bagitau kat korang ni. Kalau ada yang terlebih bayar, saya ada beberapa cara. Antaranya :
1. Mintak nombor akaun untuk saya pulangkan balik duit tu.
2. Stapler duit tu kat invois & masukkan sekali dalam bungkusan.
3. Takpun customer sendiri halalkan.
4. Saya cadangkan masuk dalam tabung masjid.
So, korang jangan risau kalau terlebih bayar. Atas ni adalah antara cara2 saya deal ngan duit lebih tu.
IKLAN LAGI….
Comey dok…kucing kitaorang, namanya Ommeyy. Suka sangat tido peluk bear. Ingat awek dia kot. hehehe.
Saje iklan…jangan marah aaaa….
Ok…rasanya takat ni dulu ye.
Kalau korang dah bersedia nak order tshirt untuk apa saje aktiviti korang cuti sekolah ni, apakata korang emelkan detail nak order tu sekarang. Dah dapat semua maklumat pasal tshirt tu termasuk design nak print, baru saya bagi harga ye.
Emelkan ke adminkomisen@gmail.com, call, sms, whatsapp atau isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun ye.
So, apa2 hal bgtau saya ye. Sampai jumpa lagi korang…baaiiiii…..
Ikhlas dari :
Nik & Salina
adminkomisen@gmail.com
Harga TShirt siap printing TERKINI…….
Hai korang semua,
Harap2 sihat semua le ye…kitaorang Alhamdulillah, masih lagi diberi nafas lagi untuk hidup & buat bisnes sehingga kini.
Baaaaanyak sangat nikmat Allah bagi kat kita. Memang tak terhitung. Sama gak ngan bisnes cetak tshirt kitaorang. Tak sangka begitu besar nikmat & rezeki Allah bagi kat kitaorang.
Apa yang mampu kitaorang ucap ialah Alhamdulillah, Alhamdulillah & Alhamdulillah….korang pun camtu le ye.
Ok…hari ni nak cerita bab penetapan harga TShirt siap printing sekali.
Bukan apa…..agak letih gak bila customer tanya & saya terpaksa tetapkan harga untuk diaorang. So, saya dah bincang ngan bos (isteri le) & dapat keputusan untuk tetapkan harga seperti gambarajah2 yang kitaorang buat kat bawah ni. Kalau tak faham & nak tanya apa2, emelkan kat saya di adminkomisen@gmail.com, call/sms/whatsapp kitaorang di 0192254028 (Nik) & 0193643692 (Salina).
Berikut gambarajah senarai harga tersebut :
Kalau nak tambah nombor ngan nama lak, harga cam kat bawah :
So, dengan adanya penetapan harga ni, kitaorang harap korang boleh le tetapkan bajet ikut senarai harga diatas ni ye. Kalau nak tahu detail lagi, emelkan kat emel kitaorang ye.
Harap2 korang faham le penetapan harga ni ye.
Ok….apa cerita tempahan baju kitaorang hari ni. Nak cerita pasal meja printing baru, tak siap lagi. Cerita pasal tempahan baju biasa jelah ye…
Yang ini, print 1 kaler print tapi customer bagi gambar yang pixel besar. Kalau pixel kecik nanti bila kita besarkan, gambar dia pecah & tak boleh nak buat printing guna silkscreen.
Tak banyak order ni…takat 5 lai je ni. So, cepat le skit kerja.
Cerita kedua…..
Yang ini guna baju microfiber atau kain jersi, print 2 kaler belakang & depan 3 kaler. Belakang biru putih & belakang, putih, biru & kelabu.
Jauh baju ni nak terbang ni….dari Labuan ni. Diaorang order dalam 30++ lai hari tu. Yang ambik masa skit untuk print banyak kaler tu & nak buat design tu balik supaya senang nak print.
Ok…cerita ketiga….
Design ni customer buat sendiri dalam Customink.com ataupun kalau korang nak buat sendiri, cuba klik kat page “Buat Design Sendiri” kat bahagian atas nun. Korang sendiri pun boleh buat sebenarnya. Yang depan tu, ada nama lagi sebenarnya tapi tak sempat ambik gambar hari tu. Baju brand Change kain jersi.
Ok…cerita last hari ni….
Tshirt rewang atau tshirt kahwin. Baju Lacoste Enzo ni. Kaler purple & print light blue.
Design tu tiru yang pernah buat sebelum ni jer. So, simple je time nak print.
So….camane? Ada rasa2 teringin nak order baju sendiri tak?
Kalau berminat nak order, tolong isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun & emelkan sekali design yang nak print tu ye.
Takpun call, sms atau Whatsapp je kitaorang kalau nak lebih konfiden.
Jumpa lagi korang…apa2 hal, bgtau le ye.
Baiiii….
Ikhlas dari ;
Nik
0335 petang Sabtu ~ 05052013
TShirt….antara kenangan terindah korang bersama orang tersayang!
Hai, hai & hai….
Salam cetak baju pada korang yang sudi melawat blog kitaorang. Dari hari ke hari, Alhamdulillah rezeki semakin bertambah2 & kalau ada yang kami terpaksa tolak sebab nak segera sangat…maafkan kitaorang.
Bukan apa…saya risau, kalau buat tergesa2 ni, kualiti dia takut tak cantik sangat. Korang tak puas hati, kitaorang lagi tak puas hati. So, jalan selamatnya ialah tolak dengan cara baik. Kalau diikutkan hati, semua nak buat sebab semuanya duit tapi bak kata orang tua2…Orang tamak selalu rugi. Kang kalau ambik semua kang…pastu, janji nak siap tapi tak siap2, tak ke naya tu, betul tak? Janji semua puashati.
Ok…..hari ni kan, saya nak kongsi le ngan korang cerita pasal TShirt ni. Korang bukan pakai saje2 je baju ni tapi actually, kadang2 tu ada sentimental value lagi.
Contohlah kan….kalau buat tshirt kawin, rewang atau bekwoh. Bila waktu kawin tu, pakat ramai2 pekerja kenduri tu pakai baju tu. Memang akan nampak meriah sebab seragam je semua. Pastu kan..korang tempah le jugak untuk diri sendiri selai sbg kenangan.
Lama2 bila korang dah kawin 2,3 tahun….masa hubungan agak suram sikit, korang tengok balik tshirt kawin tu. Mesti korang akan mengimbau balik cerita time kawin dulu. Mungkin mana tahu…tak jadi korang gaduh. Betul tak?
Pastu, contohnya lagi kan….baju kelas. Time belajar buat tshirt satu kelas. Memang meriah giller. Korang pun kembang je hidung sebab ada baju sama je semua. Time tu le korang boleh tengok macam2 jenis nama samaran diaorang letak. Nama cam alien pun ada.
Pastu kan…bila korang dah berpisah & satu hari nak buat reunion, bawak le balik baju tu. Pastu imbau balik kenangan korang dengan tshirt tu. Takpun, time duduk sorang2, korang rasa teringat kat kawan2 dulu, tengok balik tshirt tu. Bila tengok nama sorang2 kat situ, baru le teringat balik kisah2 lama. Betul tak?
Contohnya lagi….baju family day. Setiap tahun korang buat tshirt family day. So, bila korang lupa tahun tu pegi ke mana, so bukak balik tshirt tu. Imbaukan balik kenangan ngan tshirt tu….mesti korang teringat balik nanti. Janji korang tak lupuskan tshirt2 tu.
Macam2 kenangan yang kita boleh dapat ngan baju yang ada cetakan sendiri ni. Memang seronok giler. Cam saya cerita sebelum ni…antara penyebab saya bertemu ngan isteri saya dulu pun, disebabkan tshirt jugak. Tu yang buat bisnes printing tshirt tu….heheheehe.
So…pada korang yang nak order baju..kat sini le tempat yang paling sesuai untuk korang cetak apa sahaja tshirt mengikut aktiviti korang.
Ok…..setakat tu dulu cerita pasal kenangan terindah ngan baju tu. Cam biasa2…mari le kita baca pasal tempahan tshirt yang kitaorang terima sebelum ni.
Cerita pertama…..
Untuk print baju ni, bukan mudah sebenarnya sbb ada banyak kaler nak cetak tu. Kalau diikutkan ada 3 ke 4 blok saya terpaksa sediakan. Depan belakang & kat lengan. Cer tengok kat gambar kedua kat gambar Sengkuang Calit tu.
Kalau sesetengah orang, diaorang akan guna marking atau locking utk print tindih2 kaler. Tapi saya tak guna locking. Saya biasanya saya buat marking sendiri. Biasanya print kali pertama, semua putih, pastu blok kedua utk kaler kuning, saya akan buat design yang mempunyai design penuh tapi masa nak print, saya tutup ngan salotape mana2 design yg saya tak nak print. So, itu le marking saya. Paham ke?
Kalau print camni, ambik masa skit sbb banyak kaler nak kena print.
Cerita kedua….
Yang ini simple je. Design ni ambik kat Customink.com je. Saya cuma adjust skit2 design dia sebelum print tu.
Cerita ketiga……
Design nak print tak banyak…just depan je. Kain jenis microfiber. 2 kali print utk GTF tu. Simple & sempoi.
Actually ni gambar lama dalam komputer saya ni sebenarnya. Gambar baru dalam kamera lagi. Lupa nak upload. Nanti cerita akan datang saya akan masukkan gambar baru nanti.
So, setakat ni dulu buat kali ni. Cam biasa….saya nak bagi peringatan sikit. Tolong jangan masukkan pertanyaan kat bahagian komen disetiap artikel. Lambat sikit kalau nak jawab kat situ.
Kalau nak order, korang boleh isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” ataupun emel boleh, sms boleh & call pun boleh. Terpulang pada masing2…tapi jangan risau, semuanya akan berjawab nanti, In Sha Allah.
So…jumpa lagi korang….baiiiiiiiiiii……
Mengundi, mengundi jugak tapi tshirt tetap tshirt……
Hai, Salam Cetak Baju & Salam Mengundi buat semua,
Hari ni 5 Mei 2013, sejarah dalam negara….Hari Mengundi. Saya tak nak cerita bab politik tapi nak cerita skit pasal mengundi je ni. Kalau citer bab politik kang, tak laku lak baju kitaorang nanti. Almaklumlah….pelanggan saya macam2 adaaa….tak kira parti.
Actually, saya baru semalam sampai dari Perak. Balik ke Kemaman, Terengganu, rumah mak merangkap Kawasan mengundi. Tiket bas ambik dari Lumut jam 6 petang semalam & pukul 4 pagi baru sampai Kemaman.
Sepanjang perjalanan dari Lumut tu meriah betul tengok suasana pilihanraya. Macam2 stail ada. Sambil2 tu jeling2 gak kat tshirt2 yang diaorang pakai….macam2 jenis gak ada.
Pagi ni, jam 9 pagi…pegi mengundi. Tak ada le ramai noo orang. Jap je beratur, dah siap dah…Balik rumah sambung balas emel pelanggan, update blog ni & jap lagi nak siapkan design2 customer yang order sebelum ni.
Malam ni tunggu keputusan PRU & esok balik Perak balik, naik bas…pastu, sambung balik rutin harian cam biasa.
Harap2 korang semua lancar le mengundi. Tak yah le terlalu taksub sangat ngan parti masing-masing. Kita sokong biasa2 jelah. Kadang2 tu, kita ni punyalah bergaduh sesama sendiri pasal parti tapi kadang2 tu, pemimpin2 lepas sidang Parlimen, elok je bersembang kat tempat minum.
Politik ni memang camtu….apa2 pun, kalau nak order tshirt, bagitahu saya nnti…heheheh(tak ada kaitan pun).
Ok….Hari ni cam biasa…..apa citer pasal baju yang orang tempah sebelum ni ye?
Cerita satu…..asalnya customer buat design sendiri kat Customink.com cam kat bawah ni…..
Hasilnya, cam kat bawah ni…….
Alhamdulillah, diaorang semua puashati. Kalau tak tahu nak buat design baju tu, senang je. Buat kat page “Buat Design Sendiri” kat atas nun. Guna Customink.com. Pastu, saya akan ikut sebijik design kat website tu & transfer ke baju. Hasilnya…..cam kata atas ni le….
Baju kedua….
Design asal yang diemel cam ni…
Yang ini agak mudah nak buat sebab customer ni dah siap bagi dalam bentuk Adobe Illustrator. Saya hanya print out untuk buat blok printing je. Tak yah nak touch up apa2 doh. Hasilnya seperti kat bawah ni…..
2 kaler print ni…guna blok saiz besar skit dari A4. Kalau sape2 yang buat bisnes printing baju, mungkin pelik camane saya print 2 kaler tanpa ada marking atau “lock”. Saya guna tulisan bawah tu je sebagai marking saya untuk blok kaler Oren tu. Paham ke? hehehehe…..Tak paham, boleh tanya.
Ok…cerita ketiga…..Yang ini spesial skit. Cuba tengok berapa banyak kaler saya nak print kat baju depan tu.
Tahu tak saya buat camane? Yang ini saya syorkan guna heat press tapi guna kain jersi kaler putih. Cuba tengok hasilnya kat gambar bawah lagi……
Yang ini saya kena guna heat press sebab banyak sangat kaler dia. Bawah ni proses nak buat heat press tu….
Belakang saya guna dye biasa je…tapi sori, sebab lupa nak ambik gambar belakang. Yang belakang tu, senang je sebab 1 kaler je. Nak tahu tak sehelai berapa saya jual baju ni….hari tu, customer ni order 36 helai..saya tolak RM20 selai. Guna baju jersi plain Oren Sport.
Cuba baca apakata customer ni…tak percaya, boleh emel, tanya dia terus.
—————————————————————————————————————————————-
(Tanpa sebarang suntingan pada komen)
Nama: Nurul Hamidah Muhammad
Alamat Emel: nurha93@gmail.com
Komen/Teguran/Pesanan Untuk Kami: nir first time order baju & tempah sebanyak 36 helai..takut jugak mule2 tu tapi service ok dan kualiti printing pun memuaskan..kawan2 semua cakap cantik baju tu..
Admin : Tq, Nurul atas komen ikhlas tu…..
——————————————————————————————————————————————
Ok…cerita last untuk hari ni…saya combine kan 2 cerita sekali ye…
Baju yang dua kat atas nun, tshirt kahwin & yang gambar bawah ni baju family day. Dua2 mudah nak print sebab 1 kaler je. Macam saya ceritakan dalam artikel2 sebelum ni..kadang2 tu, nak touch up design yang korang bagi tu yang ambik masa lama. Kadang2 sampai 2 hari…tapi time printing kejap je. Jeles I kat isteri I sebab dia tukang printing…hehehe. Biasa le, isteri jadi bos….saya jadi kuli je. I love U darling…hehehehe….
Ok le ye…..letih naik bas tak hilang lagi sebenarnya. Bas tak lalu sangat jalan hiway, tu yang rasa sakit2 seluruh badan tu.
Tapi emel customer tetap & wajib berjawab…walaupun tak ada apa2 feedback pun lepas tu. (Cam merajuk jer).
So, cam biasa…..nak order baju atau nak survey harga dulu, korang boleh klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya & isi form kat situ. Pastikan korang dah survey jenis baju kat katalog2 baju kat situ & dah ada design & detail lain. Baru lengkap boleh bg harga. Kalau takpun, boleh call/sms atau emel terus. Terpulang pada masing2.
Jumpa lagi korang….baibaiiiiii……
Nik,
Teratak Ibu ~ 05 Mei 2013 ~ Hari Mengundi PRU 13
Alhamdulillah, rezeki mencurah2 lepas balik umrah ni……..
Selamat Cetak Baju pada semua,
Syukur pada Allah sebab bagi macam2 nikmat & rezeki kat kitaorang lepas balik dari umrah 2 minggu lepas.
Setakat hari ni, kitaorang agak tak menang tangan menerima order dari customer2 kitaorang. Tapi walau camane huru hara pun order yang masuk, saya rasa macam lancar je semua. Macam mudah je selesaikan tempahan tu. Mungkin berkat doa saya masa umrah hari tu kot.
Saya nak berkongsi cerita gak ngan korang. Banyak cerita best gak kebelakangan ni terutamanya nak dekat pilihanraya ni.
Semenjak 2, 3 menjak ni ramai ejen2 baju dari Parti2 politik yang call saya untuk order baju. Terima kasih banyak2 pada yang sudi order baju ngan saya tapi terus terang saya nak bagitau kat sini, saya tak mampu lagi nak terima order sampai beratus ribu lai. Ramai jugak yang call saya nak baju dalam 500, 000 lai, 200, 000 lai, 50, 000 lai. Nampak macam besar & menguntungkan tapi saya mintak maaf banyak2 sebab saya tak mampu nak tunaikan.
Antara sebab utamanya ialah berkaitan dengan kewangan. Saya kena bayar tunai kat supplier. Kalau dah beratus ribu lai, mana saya nak cari duit. Kalau jadi satu2 hal, tak ke menonggeng saya dibuatnya. Konfem kalau sangkut, supplier tak akan supply baju dah kat saya. So, jalan selamatnya ialah saya tak sanggup ambil order sebanyak tu. Maaf sekali lagi pada yang berkenaan ye.
Pastu, berkenaan ngan stok baju. Kebelakangan ni, banyak gak stok baju yang sangkut. Mungkin sebab dekat pilihanraya ni jugak kot. Kadang2 tu, stok tu ada tapi kena tunggu lama skit sebab tunggu diaorang jahit balik. Sesetengah baju terutamanya tshirt muslimah antara yang paling laris sekarang ni. So, mungkin ada sesetengah kod baju tu yang akan sangkut sikit le. Harap2 masalah ni akan selesai segera le.
Ok…..rasanya takat tu je yang saya boleh kongsi ngan korang pasal perkembangan bisnes semasa kitaorang.
So, cam biasa….kalau tak sembang pasal tempahan baju, memang tak sah. Hari ni apa citernya…….
Yang ini baju sempoi je. Just I Love My Family kat bahagian depan je. Apa yang saya buat biasanya, saya akan print kaler putih dulu termasuk bentuk Love tu. Pastu, print sekali lagi kaler merah untuk bentuk Love tu. Pastu buat bulat skit kat bahagian love tu untuk nampak macam bercahaya skit. Agak mudah untuk dibuat……
Selain daripada tu, ada jugak customer yang kreatif. Dia mintak lukis mulut kat gambar baju tu. Gambar asalnya cam dalam gambar dibawah ni….
Ini hanya gambaran awal je tapi diaorang order baju jenis lain. Hasilnya seperti dibawah ni…..
Walaupun baju tu putih, tapi 2 kaler gak saya kena print…hitam ngan merah. Mana yang ada kaler putih tu, saya guna kaler baju je senang. Tak yah print putih lagi dah. Yang ini untuk family sendiri je ni.
Selain daripada tu…..
Ini design baju untuk group ni. Depan 3 kaler & belakang 2 kaler. Agak mudah untuk di print sebab design dia agak besar. Baju yang dipilih semuanya berwarna cerah. So, bila print ngan kaler hitam, lagi menyerlah le. Belakang 2 kaler…hitam ngan pink. Seronok gak buat baju ni sebab tak komplikated sangat design dia.
Lagi…….
Tshirt kahwin atau rewang atau Bekwoh antara tempahan yang paling banyak kami terima. Tshirt rewang atau kawin ni, biasanya customer nak yang paling murah untuk sesuai dengan bajet kawin masing2. Belakang biasanya saya buat saiz A3 bagi nampak lebih menyerlah & besar. Tapi terpulang kepada citarasa masing2.
Selain itu…..
Kat atas ni lak untuk SMK Bum Bum. Tahu tak kat mana sekolah ni? Kat Semporna, Sabah….betulkan saya kalau salah ye, bah. Nak dengar cerita tak pasal customer baju ni. Boleh le saya cerita ye, Cikgu….
Kalau diikutkan, saya kena pos baju ni ke sana tapi malangnya masa tu time Lahad Datu kena serang ngan pengganas. Rumah cikgu yang order baju ni, betul2 depan tempat polis kita yang mati 6 orang tu. Dia cerita, takut bukan main. Bunyi peluru bertalu2. Ada komando datang rumah dia suruh tutup lampu ngan duduk diam2.
Esok2 nya…cikgu besar sekolah dia suruh diaorang ambik cuti & balik Semenanjung je. So, baju tu terpaksa le saya pos ke Penang, rumah cikgu tu sendiri. Gitu le ceritanya serba sedikit.
Selain daripada baju yang saya print guna dye atau silkscreen…ada gak baju yang saya guna heat press. Tapi hanya menggunakan baju TShirt JERSI PUTIH SAHAJA.
Cam contoh baju kat bawah ni….
Baju ni kalau nak banyak kaler, saya boleh buat sebenarnya tapi dengan syarat kena guna baju “JERSI KALER PUTIH”.
Ada yang nak buat baju camni ke? Kalau nak….minimum order 5 helai & harga selai RM25. Lagi banyak order, dapat murah skit. So, kalau ada sape2 yang berkenan…emel je kat kitaorang nnti.
Yang bawah ni guna heat press gak tapi design dia sendiri….
Yang ini tak boleh jual sebab ini design diaorang sendiri. Cuma nak cerita pasal baju je ni.
So….dah puas ke baca cerita kitaorang. Kalau ikutkan banyak lagi tempahan2 lain yang belum dicerita tapi kalau ceritakan semua kat sini, boring lak kang.
Jadinya….cam biasa. Saya mintak sangat2…jangan le guna bahagian komen kat setiap artikel tu untuk tanya soalan & order baju. Susah nak jawab kat situ. Seelok2nya gunalah emel.
Pastu nak order, cam biasa….isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun, takpun emel, sms atau call. Terpulang mana yang selesa. Satu lagi…kalau nak tahu harga, tolong bagi detail maklumat sedetail2 nya termasuk berapa lai nak order, baju jenis apa, design nak print & berapa kaler print. Baru saya boleh bagi harga ye.
So…jumpa lagi….Baibaibai……..







































































































































































































































































