Blog Archives

Tempah TShirt kelas atau group awal tahun…sepanjang tahun boleh pakai..

TShirt ainix mohcetakbaju

Hai & Salam cetakbaju semua,

Selamat berjumpa lagi dalam blog mohcetakbaju.com. Alhamdulillah…blog kami ni setiap bulan atau beberapa kali sebulan kitaorang akan update. Bukan apa..nak bagi konfiden kat korang yang bisnes kita memang sentiasa berjalan & akan berkembang lagi dan lagi..In Sha Allah.

Alhamdulillah jugak, dah start bercuti dari kerja asal tu, banyak betul masa nak kembangkan bisnes ni. Mana yang nak siapkan cepat pun, boleh consider lagi. So…bertambah sikit le order tahun ni, In Sha Allah.

Hari ni saya nak cerita sikit pasal baju kelas atau baju group ye.

Tiap2 tahun, terutamanya awal tahun, student tak ramai sangat nak order baju kelas. Tak tahu kenapa..tapi bila tengah tahun & akhir tahun, baru berebut2 nak order baju2 tu.

Tahun ni…apakata ubah sikit. Tempah baju2 tu awal2 tahun. Nanti baju tu boleh pakai sampai hujung tahun. Pakai ramai2.

Kan seronok tu. Ni kalau dah nak cuti baru nak order, nanti sorang2 je pakai kat rumah. Kang ke tak best tu.

So, pada sape2 yang nak buat baju group korang…tunggu apalagi.

Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Tak tahu nak buat design?

Tak apa…..baca ni…

Iklan Design TShirt

Tak tahu nak pilih baju apa? Nak baju yang lain dari yang lain ke?

Kitaorang ada baju Raglan, cam bawah ni.

Raglan Kod 1028 Charcoal Copy

Raglan Enzo 2 copy Raglan Enzo 1 copy

Hoodie Raglan Matahari copy

Baju Raglan matahari

Macam2 jenis Raglan ada.

Tak pun korang nak baju jersi lengan panjang. Ada jugak…Takpun klik button bawah ni….

baju jersi lengan panjang arorasport

KLIK SINI SEKARANG

 

Atau nak baju muslimah….pastu klik button bawah sana…

Muslimah SK02

KLIK SINI SEKARANG

Atau nak yang biasa2 je & murah2 je….ada jugak…

Baju roundneck 4square 2015 175gsm

KLIK SINI SEKARANG
Macam2 ada sebenarnya….korang godek2 je dalam blog kitaorang & cari kat page atas2 nun untuk macam2 lagi jenis & stail baju. So, terpulang pada citarasa korang sendiri. It’s up to you….

Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Oklah….macam biasa. Mari tengok apa cerita baju yang kitaorang print sebelum ni….

cetak baju

Ni antara baju2 yang kitaorang kena siapkan ni. Ni mana punya mamat sesat dalam timbunan kain ni?

Nasib baik tak bungkus sekali pos ke customer. Tetiba je muncul ni…..hehehehe.

cetak baju

cetak baju

Ni antara baju2 yang kitaorang siapkan tahun lepas ni. Tak sempat nak masukkan dalam blog sebab banyak sangat.

So, mana yang sempat je saya masukkan. Yang ni print gold & print biasa. Print Gold mahal sikit dari print biasa sebab kos dye gold lagi mahal.

cetak baju kelas

Yang ni kali kedua dah customer ni order ngan kitaorang. Alhamdulillah….kebanyakan yang repeat order lah yang banyak membantu bisnes kitaorang.

Betul le kata tokey2 besar luar sana…jaga kualiti & jaga servis. In Sha Allah, orang akan konfiden dengan kita.

baju muslimah

Yang ni printing atas baju muslimah. Gambar bunga tu memang siap datang camtu dah. Kitaorang print kotak & Rasul In My Heart tu je. Memang sempoi.

tshirt kelas tshirt kelas

Yang ni customer bagi design tapi kitaorang edit balik jadi camni. Trend camni memang ramai student order. Nampak macam bijak jer…korang nak jugak ke? Boleh order ngan kitaorang.

tshirt memancing

Yang special untuk geng2 memancing. Design tu diaorang buat dalam customink.com kat page Buat Design Sendiri tu je.

Memang cantikkkk…….

Oklah korang. Setakat ni dululah ye. Nak gi pulun printing baju lagi ni. Ingat ye…

Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

In Sha Allah kami akan layan korang sebaik mungkin nanti ye…

Jumpa lagi ye….tata..tiiti…tutututu….tttt…

Yang sentiasa bersama anda,

Abg Nik & Kak Salina
www.cetaktee.com
www.ainixtshirt.myshopify.com
www.mohcetakbajuiam.com

2015 dalam kenangan & 2016 cetak lagi,lagi dan lagi……..

Salam cetak baju & Selamat Tahun Baru kepada semua pelawat mohcetakbaju.com,

Kejap je masa berlalu. Semalam 2015, hari ni dah 2016 dah. Dah setahun berlalu camtu je.

Alhamdulillah…perancangan kitaorang dalam bisnes cetak baju ni berjalan lancar. Bagi sape2 nak join kitaorang untuk start buat duit ngan bisnes TShirt ni, jom lah. Bagi saya, bisnes pakaian atau tshirt ni antara bisnes yang sentiasa berkembang maju sebab pada saya setiap manusia akan pakai baju walau dimana saje mereka berada.

Tapi kan…dalam 2015 ni ada macam2 suka duka yang kitaorang lalui. Ada sedih & ada gembira.

So…mari saya kongsikan apa yang suka duka dalam bisnes kitaorang yang mungkin korang perlu tahu & korang nak tahu. Mana tahu korang lak lalui benda tu nanti…sape tahu kan…

Antaranya :

  1.  Tanggal 30/09/2015 – saya berjaya menghantar surat BERCUTI TANPA GAJI selama setahun mulai 01/01/2016 hingga 31/12/2016. Sebelum ni saya bekerja disektor kerajaan & isteri yang buat full time. Dah berapa tahun asyik terbantut je. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga.
  2. Tanggal 14/10/2015 – syarikat kitaorang Ainix Resources berjaya membeli sebuah mesin sulam 1 head dengan 6 pilihan warna benang brand SWF berharga RM45K dengan hasil titik peluh kitaorang dalam bisnes cetak baju ni.

mesin sulam mohcetakbaju

3.  Kami juga berjaya mempunyai tag baju dengan nama syarikat sendiri – Ainix Resources.

TShirt ainix mohcetakbaju

4.  Berita sedih dalam 2015 – saya kematian bapa pada 28/12/2015 yang lalu. Saya anggap satu kehilangan besar buat saya sekeluarga sebab beliau bukan saja bapa kepada kami tapi antara punca rezeki kitaorang murah. Kalau balik kampung, memang kitaorang akan dengar dia doa untuk anak2, satu persatu lepas setiap solat dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan ditempat orang beriman.

Itu antara suka duka yang sempat saya masukkan dalam blog kitaorang hari ni.

Selain daripada TShirt, saya juga ada prepare servis untuk buat karikatur atau kartun muka sorang2. Ni antara yang disapkan baru2 ni.

Karikatur Noni

 

 

Tahun 2016 ni, saya akan cuba beri kelainan yang tak ada pada website orang lain, In Sha Allah tapi berikan sedikit masa. Bila dah banyak masa free ni, senang le nak fikir macam2 perancangan untuk bisnes tshirt ni.

So, pada korang yang nak join kitaorang buat duit dengan bisnes tshirt atau nak order tshirt group korang yang lain dari yang lain, follow je blog kitaorang sentiasa ye. In Sha Allah, korang pasti tak menyesal nanti.

Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Ok…untuk hari ni saya akan kongsikan kepada korang pelbagai jenis baju yang kitaorang pernah print sebelum ni. Ianya sebagai bukti yang kitaorang memang betul2 buat bisnes TShirt ni.

Selamat menonton!

 

Ini antara gambar yang sempat di upload daripada ribuan baju yang telah berjaya disiapkan.

So, kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Ada macam2 jenis baju kosong yang korang boleh pilih. Klik pada page katalog2 diatas sana untuk pilih apa sahaja baju ikut citarasa korang ye.

So….sentiasalah follow kitaorang untuk lihat apa sahaja perkembangan tshirt kitaorang…..tunngggguuuuu!!!!

Yang sentiasa ikhlas membantu,

Abg Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com
www.cetaktee.com
www.mohcetakbajuiam.com
www.ainixtshirt.myshopify.com

TEMPAHAN MASIH DIBUKA. ORDER SEGERA SEBELUM TERLEWAT!!!

Raglan Kod 1028 Charcoal Copy

Hai & Salam Cetak Baju kepada semua,

Berjumpa lagi kita dalam blog kitaorang yang masih bertahan semenjak Tahun 2011.

Hari ni dah masuk bulan 10/2015. Maknanya…kurang lebih 2 bulan lagi Tahun 2015 nak tamat.

Nak tanya ni……korang dah ada ke kenangan yang korang nak ingat dalam Tahun 2015 ni terutamanya kenangan manis bersama group korang?

Bukan apa….disamping saya nak promote TShirt untuk korang, saya juga nak ingatkan supaya korang yang ada group seperti group kelas, reunion, BFF, persatuan, group motor, geng muzik dan macam2 lagi supaya mempunyai ada satu kenangan terindah dalam hidup korang.

Selain buat aktiviti bersama, korang juga patut ada TShirt group korang yang korang boleh ingat sampai bila2.

Saya suka sangat buat contoh tshirt group kitaorang masa belajar kat UKM dulu. Time tu dah nak grad dalam Tahun 1999. Kitaorang group jantan2 Sado ni buat le baju group sendiri. Siap ada nama & nombor masing2 lagi kat bahagian belakang tu.

Baju ni memang special betul sebab apa sahaja yang aktiviti kitaorang guna baju tu. Main bola, piknik, jalan2 dan macam2 lagi aktiviti. Seronok oooo…..

Pastu, nak dijadikan cerita…..masa tu ada kawan pompuan sorang tu, nak jumpa saya time konvo. Masa tu saya pakai le baju group tu & ada nama belakang sekali. Hari tu, dia ngan adik dia melilau cari saya. Tiba2….saya rasa ada orang tepuk belakang saya. “Ni abang Nik ye?” tanya budak tu. Saya sedikit terkejut beruk sambil tanya balik…”Haah…adik ni sape?” Jawab budak tu…”Saya adik Kak Salina.”

“Oooo ye ke…?”jawab saya dalam terkejut lagi. “Kak Salina nak jumpa. Kat sana.”

Saya pelik sebenarnya camane dia dapat tahu nama saya. Rupa2nya saya pernah bagi gambar saya pakai baju tu dulu kat Kak Salina. Pastu dia nampak lak belakang nama tu NIK, tu yang senang kenal tu.

Dipendekkan cerita, dengan sebab baju tu jugak le saya berjumpa jodoh ngan Kak Salina.

So..tu le sebabnya saya cadang kat korang buat TShirt group korang cepat2. Bukan nak suruh jumpa jodoh cepat…..hihihi. Tapi nak bagi seronok bila ada baju kenangan ngan kawan2 nanti.

Oklah…..hari ni tak nak cerita panjang. Nak kongsi baju apa yang terkini sekarang ni.

Untuk pengetahuan korang, ada baju Raglan Kelabu, hitam lengan panjang & pendek terbaru untuk korang.

Raglan Kod 1028 Charcoal Copy

Hoodie Raglan Matahari copy Raglan Enzo 2 copy Raglan Enzo 1 copy Baju Raglan matahari

Memang sesuai untuk korang yang sedang cari TShirt group lain dari yang lain.

Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

Baju Muslimah 8022 Copy

Muslimah pun ada tambahan lagi. Tapi yang ni hanya sebahagian je. Korang skrol ke atas balik, bawah header atas nun & cari je Katalog2 yang korang berkenan.

Microfiber 1804 COPY Microfiber 1804 2 copy

Kalau nak baju jersi lengan panjang pun banyak lagi pilihan lain….

baju lengan panjang jersi perempuan arorasport baju jersi lengan panjang arorasport baju netball arorasport

KLIK SINI UNTUK TENGOK MACAM2 LAGI PILIHAN BAJU JERSI LENGAN PANJANG TU…..

Oklah tu…..apa cerita hari ni?

tshirt kelas

tshirt pra universiti

Design ni saya lukis sendiri je. Customer bagi contoh design, pastu saya lukiskan balik. Pastu, tunjukkan kat dia & terus dia setuju.

Tapi design ni sebenarnya dia suruh tiru daripada satu design yang saya pernah buat sebelum ni. Cam bawah ni….

tshirt kelas

Tapi yang ini lebih dari 2 kaler. Tapi customer tu nak jimat bajet, so dia mintak buat 2 kaler je.

Selain daripada tu….

tshirt group tshirt group

Yang ni pun cantik. Kombinasi kaler dia memang naik. Buat atas baju kain jersi kod 1804 lengan pendek & lengan panjang.

Baju ni memang ramai yang order. Mungkin sebab lain dari yang lain kot.

tshirt kelas

Design ni pun sempoi jugak. Customer main lukis tangan je atas kertas. Pastu designer saya lukiskan balik. Kombinasi kaler pun cantik.

tshirt kelas

baju kelas

Ada 2 jenis baju yang diaorang pakai. Mula2 print oren, pastu tindih hitam. Alhamdulillah….sekejap je print.

tshirt group

tshirt group

baju group

Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

Yang ni saya tak tahu group apa. Diaorang geng2 remaja mintak saya printkan. Saya dah remaja purba. Tak tahu sangat pasal baju2 diaorang ni. Jangan print baju tak senonoh udah.

baju cetak kelas

baju kelas cetak

Ni design asal gambar baju budak2 tu tapi saya tak ada design baju camtu. Saya suggest guna baju dalam katalog saya. Lagipun, diaorang nak cepat ni sebab nak pegi ke Turki. Tu yang saya suruh dia pilih je baju mana yang ada.

Cetak baju kelas

Design baju Rafizani

Design baju Rafizani 3

Ni design asal & saya tukar dalam komputer macam kat atas nun.

Baju kelas

cetak tshirt

tshirt kelas

baju kelas

Ini baju kelas jugak ni tapi yang ni customer dah siap2 designkan dalam komputer. So, mudah sikit saya nak pecahkan kaler ikut blok & print.

3 kaler depan & 3 kaler belakang. Agak ambik masa jugak sebab nak tunggu kering satu2 design.

baju group

Yang ni simple je. Customer yang bagi semua detail & design. So, cepat sikit kalau camni.

Oklah…rasanya setakat ni dulu buat kali ni.

Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

Sebelum saya berundur, sekali lagi nak bagitau ni….kalau rasa2 nak order baju, tolong buat segera ye sebab sekarang ni dah banyak sedang menunggu. Lagi lama korang tunggu, takut lagi lama dapat baju tu nanti.

Raglan Kod 1028 Charcoal Copy

So….order segera ye.

Sampai jumpa lagi…baaaiiiiii….

Yang sentiasa ingin membantu,

Abg Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com

TShirt kelas…..antara kenangan terindah diwaktu sekolah …

Microfiber 1804 2 copy Microfiber 1804 COPY

Muslimah Budak copy Raglan Enzo 1 copy Raglan Enzo 2 copy

BAJU2 ENZO BARU DI http://www.mohcetakbaju.com

Hai & Salam Cetak Baju buat semua,

Apa khabar korang semua? Ada yang tengah ambik exam penting ke? Kitaorang doakan semoga sape2 yang tengah ambik exam tu, dapat result cemerlang nanti. Jangan duk nak belek handphone je. Exam tu penting tu. Jangan pikir masa terdekat je. Pikir sekali nun masa depan sekali. Kang nanti orang lain dapat gaji tinggi, korang je gaji rendah sebab malas nak belajar. Masa tu baru menyesal tak belajar betul2.

Tapi pada korang yang dah lepas exam atau tak ada exam penting tapi nak ada kenangan terindah ngan group korang, apakata tahun ni buat tshirt kelas. Special punya.

Korang jangan risau….korang yang duduk kat pelusuk Sabah Sarawak pun boleh merasa nak pakai tshirt kelas ni.

Tapi kebiasaannya, cikgu kelas le yang bantu tempahkan sebab kadang2 student2 ni terutamanya yang duduk ceruk2 kampung tak berapa pandai sangat nak order tshirt ni. Cikgu le yang bantu.

Macam yang order ngan kitaorang, ramai jugak cikgu2 yang sporting yang tolong order baju tu untuk anak murid diaorang.

Contohnya macam cikgu kat bawah ni. Regular customer kitaorang. Dah 3 tahun berturut2 dia tempah tshirt kelas untuk anak murid dia Tahun 6. Seronok bukan main budak2 tu bila dapat tshirt tu. Memang kenangan terindah le budak2 tu. Boleh ingat sampai bila2 kawan2 kelas diaorang time tu.

Baca apakata cikgu ni & ayat tu saya copy yang asal tanpa edit satu huruf pun :

Nama: Nadira idari bt Sufaat
Alamat Emel: nadiraidari@gmail.com
Komen/Teguran/Pesanan Untuk Kami: Dah 3 tahun berturut2 buat T-shirt dengan en Nik. Saya guru kelas sekolah rendah darjah 6. Puas cari kedai printing T-shirt tapi tak puas hati sebab mahal dan kurang berkualiti. Saya pun cari website saja2 je dan terjumpa web ni. saya suka sebab boleh design sendiri dan duduk rumah goyang kaki je tunggu T-shirt siap hehe. saya gembira bila anak2 murid saya gembira dan ini lah kenangan kami bersama. Saya akan terus order dan promosi pada kawan2 guru lain.

TShirt Kelas Nadira Idari 1 TShirt Kelas Nadira Idari 2 TShirt Kelas Nadira Idari 4 TShirt Kelas Nadira Idari 5 TShirt Kelas Nadira Idari 6

Yang bawah sekali tu, yang terkini Tahun 2015 ni. Bawah ni gambar baju sebagai bukti kitaorang tengah siapkan tu.

tshirt kelas

tshirt kelas
Sporting tul cikgu diaorang ni. Saya mula2 tu tak sangka jugak cikgu ni yang order tiap2 tahun ngan kitaorang tapi bila dia bagi gambar & bagitahu dah 3 tahun order ngan kitaorang, baru le kitaorang tahu. Terima kasih Cikgu Nadira sebab percaya kat bisnes kami. Nanti order lagi ye tahun depan….hehehehe.

Okay…..sebelum saya nak kongsi ngan korang antara TShirt yang kitaorang dah siapkan sebelum ni, nak promote lagi antara TShirt2 yang kitaorang ada kat blog ni. Baju yang paling biasa & paling murah kitaorang boleh offer ialah baju cotton brand 4square. Lengan pendek & panjang. Walaupun murah tapi kualiti tetap ok.

Baju roundneck 4square 2015

Baju lengan panjang 4square Katalog Long Sleeve 4square

Macam2 kaler ada. Dah beribu2 customer yang order ngan kitaorang & Alhamdulillah, semua puashati dengan kualiti baju & printing. Saya pun lebih suka baju ni sebab nak printing mudah & kain dia lembut je.

Selain daripada tu, baju raglan. Kalau taknak plain, yang ni pun banyak orang order.

 

Baju Raglan matahari

Macam2 pilihan baju ada kat blog saya ni untuk korang pilih. Korang & group pun lebih puashati.

So, kalau nak tengok macam2 lagi jenis baju yang kitaorang jual, klik kat page Katalog2 baju kat atas nun, ada Katalog Enzo, Gildan, Oren Sport, Change & Arorasport untuk korang pilih. Rajin2 le klik kat atas nun.

Kalau guna smartphone, klik kat bahagian MENU kat bahagian atas sekali. Macam2 jenis baju ada.

Nak printing EMBOSS pun ada. Printing jenis timbul. So, boleh dikatakan banyak juga pilihan yang korang boleh buat dalam blog ni tau…

Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

Okaylah……hari ni cam biasa. Kalau tak kongsi cerita tempahan sebelum ni memang tak sah. Okay…apa cerita hari ni?

tshirt cetak Raglan cetak baju Raglan

Ini contoh baju Raglan yang kitaorang print sebelum ni.Design simple je & diaorang guna Customink.com untuk designkan sendiri design diaorang tu.

tshirt kelas raglan tshirt kelas

Dalam artikel lepas, saya ada masukkan baju kelas kaler lain tapi dari customer yang sama. Yang ni pun guna baju jenis Raglan tapi brand Enzo ni. Lengan pendek. Design ni cikgu ni ambik dari website kitaorang satu lagi di http://www.cetaktee.com. Saya cuma adjust semula dia punya design ikut nama kelas yang diaorang nak. So, agak sempoi jugak. Masa lama skit masa nak edit design tu semula. Dah print, kejap je siap.

tshirt kelas raglan

tshirt kelas raglan

Yang ni pun macam yg kat atas nun. Ada 4 kelas semuanya. Semua guna baju Raglan Enzo. Design print sama, cuma tukar nama kelas & nama student je.

tshirt kelas

tshirt kelas

tshirt kelas

Yang ni pun baju kelas. Ini pun regular customer kitaorang ni. Tiap2 tahun order ngan kitaorang. Design semua diaorang buat dalam Customink.com. Korang pun boleh buat sebenarnya. Mudah je. Klik kat SINI untuk korang buat design tu sendiri. Memang senang. Cer tengok dulu.

tshirt kelas

tshirt kelas

Yang ni print atas baju kain jersi brand Arorasport. Bagi yang nak kain yang cantik sikit kena sanggup le bayar mahal sikit. Itu terpulang pada korang. Kalau bajet murah, pilih je baju yang murah2. It’s up to you guys……

 

family day

tshirt keluarga

Ini bukan baju kelas tapi baju family day. Tapi rasanya bukan family sangat pun ni. Rasanya diaorang kumpul kawan2 kot sebab tulis pun Friends Fun Day. Design ni saya yang designkan sendiri. Ambik contoh design yang dah ada sebelum ni.

tshirt syarikat raglan
tshirt syarikat

Ini baju syarikat  ni. Syarikat SPA. Belakang adalagi sebenarnya tapi tak sempat nak upload gambar.

Okaylah…sampai sini dulu hari ni. Kalau ikutkan hati, penuh page ni nak kongsi dengan design2 baju yang kitaorang baru siapkan baru2 ni. Tapi tak apa. Korang skrol lagi ke bawah2 untuk tengok macam2 lagi design baju yang kitaorang pernah buat sebelum ni.

Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

Ingat pesan kitaorang….TShirt kelas adalah antara kenangan yang paling indah bersama rakan2 sekelas. Simpan TShirt korang tu sampai dewasa, walaupun tak muat. Kalau muat lagi, pakai ramai2 masa reunion nanti. Takpun simpan untuk tunjukkan kat anak2. Mana tahu dalam nama ramai2 kat baju tu ada lak nama awek masa korang ngorat dulu. Nanti boleh mengimbau balik kenangan lama nanti.

So, kalau nak order, tolong buat segera sebab kalau lambat & korang nak guna cepat, takut tak sempat siap nanti. Lagipun Tahun 2015 tinggal kurang lebih 4 bulan je lagi.

Okay…jumpa lagi korang dilain masa. Baaaaiiiiiii…..

Yang suka cetak tshirt,
Abg Nik & Kak Salina
www.mohcetakbaju.com
www.cetaktee.com
www.mohcetakbajuiam.com

Kami sediakan macam2 jenis TShirt & printing untuk korang…..

Design Baju Raglan 2015

Hai & Salam Cetak Baju pada semua,

Apa khabar? Lama dah rasanya tak bersua dalam blog ni. Memang tak pernah bersua pun….rupa pun tak pernah nampak…hihihihi.

Harap2 korang sihat sokmo & sentiasa bahagia le hendaknya. Kitaorang pun…Alhamdulillah. Makin hari makin melimpah rezeki tuhan bagi. Syukur sangat2…

Untuk pengetahuan korang, Alhamdulillah kitaorang dah ambik staf sorang untuk bantu kerja2 printing & prepare blok printing. Nak harap pada kitaorang je, memang tak cukup tangan, kaki, mulut dll.

Memang staf sorang ni banyak membantu. So, mana2 order yang tersangkut tu dapat le cepat sikit.

Pada saya sendiri…terus terang saya bagitahu yang saya dah buat bisnes ni 6 tahun dah tapi masih lagi secara part time. Wife yang buat full time. Tapi walaupun camtu, syukur…rezeki tu kalah orang yang buat full time.

So….target saya dalam 5 tahun lagi, saya akan buat bisnes ni full time. Target saya jugak mempunyai kilang yang boleh menampung permintaan tinggi dari customer nanti. So, pada korang yang dari dulu sampai sekarang follow blog kitaorang, terima kasih banyak2 diucapkan & folllowlah sampai bila2. Mana tahu korang akan dapat banyak manfaat dari kitaorang nanti terutamanya bila saya dah start berhenti kerja & buat full time nanti ye.

Ok….bagi korang yang tengah mencari tempat nak printing baju korang, cuba stop sejenak kat sini & cuba survey apa yang kitaorang boleh offer kat korang.

Apa yang korang dapat kat blog ni?

1. Macam2 jenis brand & katalog baju yang berkualiti.

2. Harga yang berpatutan. Student paling ramai order ngan kitaorang.

3. Website untuk buat sendiri design nak print. Susah nak cari dalam Malaysia ni…

4. Artikel2 yang ada macam2 maklumat pasal printing & bisnes baju.

5. Kos pos tak payah pikir sebab kitaorang bagi kos pos FREE untuk Semenanjung & separuh harga untuk Sabah Sarawak.

6. Layanan yang memuaskan(In Sha Allah, persoalan akan dijawab segera)

7. Tips2 bagi bantu korang untuk start & kembangkan bisnes TShirt korang.

8. Ebook untuk bantu start bisnes TShirt

9. Macam2 jenis printing – silkscreen printing, sulam & heat press.

dan macam2 lagi. Korang2 godek le sendiri dalam blog ni kalau nak tahu apa yang kitaorang boleh offer kat korang.

So…buatlah keputusan bijak korang sendiri. Kalau korang tak order tshirt sekarang..bila lagi kan.

Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

Ok…hari ni saya nak kongsi jugak ngan korang yang saya sekarang ni buat nombor2 belakang guna stiker. Dah tak guna printing biasa sbb print biasa agak remeh & banyak kerja.

Cuma stiker ni saya guna yng berkualiti sikit. Kita panggil Plastisol Pre Cut Stiker. Ramai dah guna nombor camni. Korang boleh pilih samada nak nombor yang ada logo EPL ataupun tak ada.

Contoh macam bawah ni…

DSCN2094 nombor stiker baju

Cantik tak? Nama tu guna printing. Nombor tu je guna stiker. Kalau tengok macam bukan stiker. Memang cantik.

Ada beberapa jenis nombor yang saya offer. Antaranya…

Nombor Nicky Hitam

 

Jenis NICKY kaler hitam

Nombor Nicky Putih

 

Jenis NICKY kaler putih

Nombor Aden Hitam

Jenis ADEN Kaler hitam

Nombor Aden Putih

Jenis ADEN kaler putih

Nombor Adi Putih

Jenis ADI kaler putih

Nombor EPL Putih

Jenis EPL kaler putih

HARGA : 1 NOMBOR ~ RM5.00

So, pada korang yang excited nak order baju beserta nombor ni, boleh order ngan kitaorang nanti ye.

Ok…seperti biasa, kalau tak berkongsi cerita memang tak sah.

Ini ada beberapa cerita tentang tempahan yang kitaorang terima sebelum ni ye. Ni hanyalah sebahagian. Banyak lagi tak masukkan sebab nanti penuh lak blog ni nanti.

Cerita 1

tshirt bola jersi

nombor stiker baju

Yang ni tempahan nombor seperti sebelum ni.

Depan logo 3 kaler & depan 2 kaler. Agak mencabar jugak nak print ni sebab saya print sekali dengan logo sekali tapi Alhamdulillah…dipermudahkan.

Belakang nama print & nombor stiker seperti diatas.

Cerita 2

tshirt surau cetak

cetak tshirt surauYang ni untuk surau & printing special skit. Gold ngan hijau.

Design memang datang terus dari customer. Tinggal nak print je.

Print Gold mahal skit dari print biasa sebab guna serbuk Gold. Cara printing sama jugak tapi mesti kena guna kain silkscreen yang lubang besar supaya dye dia mudah keluar sebab dia guna powder bancuh ngan paste.

Cerita 3

cetak baju

cetak tshirt

Kalau nak jimat & nak murah sikit, buat semua nombor untuk semua baju. Kalau nombor jersi lain2 setiap baju, 1 nombor dah RM5 & 2 nombor RM10. Tak termasuk harga baju & printing lain lagi tu. So, ini cadangan saya kalau nak jimat sikit. Terpulang pada korang jugaklah ye.

Tapi nombor jersi, memang jadi pilihan ramai….

Cerita 4

beg kain

beg kain

Selain daripada TShirt, kitaorang ada jugak print beg kain. Beg kain ni biasanya sesuai untuk orang yang ada seminar, mesyuarat, kursus dll.

Cerita 5

baju jersi

Yang ni contoh baju jersi tapi ada logo EPL kat nombor tu. Terpulang pada masing2. Kalau tak nak ada logo tu, pilih je nombor yang tak ada logo tu.

Tengok….sampai Sandakan dah baju teman…hihihhi.

Cerita 6

cetak tshirt mrsm

cetak baju mrsm

Student MRSM pun ramai yang order ngan kitaorang. Design semua diaorang buat sendiri dalam customink.com je. Tak yah pening2 nak cari design. Semua ada kat situ. Macam yang ni depan lencana guna stiker & yang lain print.

Belakang ada lagi tapi tak sempat nak upload.

Oklah…rasanya setakat ni dululah ye. Banyak lagi kerja nak buat ni.

So….cam biasa…

Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

Sampai jumpa lagi, korang….baaaiiii….

Yang selalu disini,

Abang Nik & Kak Salina
www.cetaktee.com
www.mohcetakbajuiam.com

Jom buat bisnes TShirt dengan kitaorang untuk Tahun 2015 ni, nak tak…..

Iklan TShirt I AM 4

Hai, hai,hai & Salam Cetakbaju semua,

Apa khabar semua? Kejap je dah nak hujung Tahun 2014 & dah nak masuk 2015 dah.

Rasanya macam baru lagi kitaorang buat bisnes cetak baju ni tapi yang sebenarnya dah hampir 5 tahun dah dalam online ni. Kitaorang start bisnes ni dari Tahun 2010 lagi.

Dan sehingga sekarang jugak….dah berpuluh ribu tshirt kami siapkan dengan beribu customer dah order dengan kitaorang. Adat berniaga biasalah…..ada yang OK & ada jugak yang KO tapi majoriti berpuashati, Alhamdulillah.

So, korang camane? Dah berjaya dalam hidup korang dah ke atau masih sama seperti sebelum ni?

Bagi korang yang rasa2 nak cuba berniaga, cuba korang berniaga tshirt dalam Tahun 2015 ni. Inilah peluang terbaik korang sebenarnya.

GST

Tahun depan, ekonomi negara dijangka makin padat & mungkin ada yang sesak nafas dibuatnya. Mana tidak, tahun depan kerajaan buat GST. Banyak jugak yang akan efek perbelanjaan harian korang nanti.

Kita tak boleh buat apa dengan GST tu sebab kita rakyat biasa je. Nak tak nak, kita kena tempuh jugak.

Tapi jangan sebab GST kita tension & rasa tekanan hidup. Cari alternatif untuk tingkatkan pendapatan sampingan korang. Satu daripadanya ialah berniaga TShirt.

Tahu tak korang…..permintaan terhadap TShirt atau pakaian ni akan sentiasa ada sehingga hari kiamat.

Manusia mesti akan sentiasa membesar & memerlukan pakaian baru hampir setiap masa. Takkan nak pakai baju sama je dari kecik sampai besar. Pastu pulak…kalau ada aktiviti, biasanya korang kena buat tshirt jugak.

Islam pun suruh kita berpakaian untuk tutup aurat. So, bisnes pakaian ni memang akan mendapat permintaan yang tidak berhenti2 dari dulu, kini & sampai bila2.

Daripada korang join bisnes2 lain yang entah hape2, baik korang cuba lak bisnes tshirt ni.

Ramai kat luar sana join bisnes yang kena cari orang atau downline. Saya dulupun salah seorang daripada orang camtu. Nak kaya cepat le katakan. Bukan semua orang jenis yang pandai tarik pelanggan join bawah dia & lepas tu, sampai bila nak cari orang camtu. Sampai satu tahap, akan jadi tepu jugak nanti.

Lain dengan bisnes TShirt ni. Korang promote kat FB atau website, orang cari korang untuk buat tshirt dia, deal harga dengan pencetak baju, mark up harga & naaahhh…..dah dapat untung korang kat situ.

Nak lagi untung, cari customer yang nak buat tshirt untuk group. Lagi banyak untung camtu.

Ada tok guru printing saya bgtau dulu….ada kawan dia dapat income RM100,000 sebulan hanya menjadi orang tengah je. Hanya ambik untung atas angin. Dia buat marketing tapi orang lain tukang cetak. Tak ke untung besar tu.

Macam saya sendiri….setiap hari…jujur saya katakan, sehari beratus mesej yang masuk samada melalui emel, Whatsapp, call, blog, sms, website dll. So, camane saya nak katakan yang bisnes ni tak ada permintaan. Setiap hari saya akan menjawab emel tersebut yang kebanyakan besarnya bertanya untuk order tshirt diaorang.

Cuma satu lagi saya nak pesan kat korang….Kalau korang nak buat bisnes TShirt ni, jangan cuba masukkan semua design yang korang ada dalam satu promosi.
Cuba tumpu 1 jenis design atau konsep dulu sebelum start promote baju tu. Cuba familiarkan nama korang dengan design2 tertentu dulu.

Contohnya; korang minat dengan baju baby. So, cuba promotekan hanya baju baby sahaja. Jangan campurkan dengan baju dewasa. Cara macam ni boleh menjamin lagi laku ke tak bisnes korang tu.

Kalau nak lagi hebat lagi…kecikkan lagi skop baju baby tu. Jual baju baby kaler hitam sahaja.

Nak lagi hebat lagi….jual baju baby kaler hitam print I AM sahaja.

Semakin kecik fokus bisnes korang, semakin hebat customer pandang bisnes korang nanti.

Takpun korang jual tshirt secara pakej dengan barang2 lain.

Contohnya; korang jual tshirt untuk hari keluarga sahaja.

Sape2 yang beli tshirt hari keluarga, buatkan pakej sekali dengan beg cenderamata, banner, bendera, mug, button badge & macam2 lagi barang yang berkaitan dengan hari keluarga.

Atau; jual tshirt kawin…buat pakej sekali dengan kad kawin, banner, cenderamata, tuala hantaran dll yang berkaitan dengan majlis kawin.

Itu le sikit sebanyak idea yang saya boleh berikan bagi sape2 yang nak mulakan bisnes TShirt korang.

Korang tak perlu pandai mencetak baju untuk start bisnes Tshirt ni sebab bagi saya hanya orang yang mempunyai seni & minat yang tinggi sahaja boleh mencetak baju tersebut.

Apa yang korang boleh buat ialah….buat promosi, dapatkan order, order dengan pencetak baju (kami pun boleh) & buat untung. Mula2 memang rasa susah tapi bila dah biasa, korang rasa seronok nanti.

So, camane? Dah berkobar2 nak start bisnes TShirt korang ke? Tok guru saya kata…kalau duduk Malaysia ni tak kaya, tak tahu le. Kita bukan duduk negara yang berperang macam Syria, Iraq atau Palestin. Negara kita aman. Hanya orang malas & banyak alasan je yang tak akan berjaya.

So….bagi membantu korang memulakan bisnes TShirt ni, saya ada sediakan satu ebook yang mempunyai 80 jenis bisnes berkaitan TShirt yang korang boleh pilih ikut kesesuaian korang.

Ebook tersebut saya akan jual sebab isi kandungannya sangat eksklusif. Hasil pengalaman & pemerhatian saya sendiri dalam perniagaan cetak baju selama 5 tahun ini. Ebook tersebut akan mula dijual selewat2nya sebelum masuk Tahun 2015 nanti.

Tunggu kemunculan ebook tersebut nanti…..sabar ye……

Ok…cam biasa….apa cerita tempahan kitaorang sebelum ni?

tshirt basketball

tshirt basketball

TShirt basketball. 2 kaler printing. Cuma kalau atas baju kain jersi, susah sikit nak buat. Tapi Alhamdulillah….ok je. Kuning dia memang naik menyerlah betul. Sesuai di combine dengan kaler kuning tu.

tshirt kelas

tshirt group

Yang ni biasa je. Guna baju 4square ni. Cuma masalah masa nak lukis balik design kartun depan tu. Bila kita besarkan design dia pecah. So, saya kena lukis balik untuk jadikan design tu lebih sharp.

tshirt kelas

tshirt kelas

Sori..kabur sikit gambar. Design ni dah pernah buat dulu. Suka benor diaorang ni gambar katak. Cute kot.

Yang ni pun saya lukis tangan balik sebelum boleh print tu. Tapi memang sempoi punya…..

tshirt kelas

tshirt kelas

 

Ni baju untuk budak SPM hari tu ni. Memang boleh jadi kenangan untuk budak2 ni. Bila lain kali ada reunion, boleh pakai balik baju ni. Memang diaorang akan teringat zaman muda nanti yek….

tshirt cetak

Yang ni print atas baju kain jersi ni. Cantik kombinasi kaler tu bila print atas kaler baju camni. Design memang diaorang dah siapkan, so cepat saya siapkan hari tu.

tshirt kelas

tshirt kelas

Yang ini pun customer dah siapkan design dia & mudah skit nak print.

So, takat ni dulu ye. Banyak2 nanti, boring lak nanti.

Ok…cam biasa..kalau nak order :

1.  Isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun atau;

2. Emelkan detail & design nak print tu kat emel saya di adminkomisen@gmail.com atau:

3.  Call, Whatsapp, sms ke 0193643692 (Kak Salina) atau 0192254028 (Abang Nik) – PERINGATAN….JANGAN CALL MALAM2 YE SEBAB KITAORANG NAK REHAT JUGAK YE…..

So, jumpa lagi….baaaaiiiiii….

Yang sentiasa membantu anda,

Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com

 

Baju 4Square untuk korang yang ingin bajet rendah!

 

Pray for MH370

Hai korang,

Semalam saya baru balik dari bercuti & rasa macam bercampur2 perasaan sebab ada rasa seronok & ada rasa risau.

Seronok sebab dapat jumpa bonda & ayahanda tercinta. bila balik kampung ni, hati rasa tenang je bila lihat wajah mak ayah kita. Pastu, bangga lah jugak sebab dapat lagi berbakti dengan diaorang selagi nyawa mereka masih ada ni.

Bagi saya, rezeki yang melimpah ruah ni pun hasil dari usaha kitaorang berbakti kepada mak ayah semasa diaorang masih hidup ni. Saya selalu mintak mak terutamanya untuk kami sekeluarga murah rezeki & hasilnya, rezeki yang melimpah ruah sehingga kini, Alhamdulillah.

Risau lak ada 2. Satunya, risau yang tak habis2 tentang MH370. Mana le pergi kapalterbang ni ye. Doa le korang. Kalau kita duduk kat tempat penumpang tu, baru le kita tahu macamana perasaan sebenarnya situasi yang diaorang hadapi tu.

Risau keduanya ialah tentang order yang menimbun menunggu lepas balik kampung ni. Harap2 dapat le disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan ye.

Ok…hari ni saya tak nak bercakap panjang. Cuma nak bagitau semula yang design I AM NIKON(Nikon ganti nama masing2) masing lagi menjadi design yang popular sekarang ni. Kalau korang nak order, emelkan kat emel saya di adminkomisen@gmail.com ye.

tshirt kelas cetak baju kelas

 

Ok…selain daripada tu, nak bagitau jugak ni, brand 4square ada offer baju lengan panjang & lengan pendek untuk korang. Dewasa ada & kanak2 pun ada. Cer tengok gambar bawah ni.

Baju 4square

Baju 4square Polo

Ni baju lengan pendek.. Lengan panjang lak….

Baju Long Sleeve Roundneck 4square Baju Long Sleeve VNeck 4square

Lengan panjang 4square ni ada 2 jenis – roundneck & V Neck.

Nak tahu harga baju ni, klik kat page Katalog 4Square.

Kanak2 4square pun ada.

Baju Kids 4square 1 Baju Kids 4square 2 Baju Kids 4square 3

Harga pun boleh tengok kat page Katalog 4Square.

Ok….pada korang yang nak buat tshirt untuk apa sahaja aktiviti korang tapi nak bajet rendah, korang boleh pilih baju brand 4Square ni.

Kualiti baju ni walaupun murah tapi boleh menyamai Oren Sport atau Gildan.

Saya pun suka print baju 4Square ni sebab mudah nak print & tak mudah kembang kalau basuh banyak kali.

So, kalau korang rasa nak order baju ni, emelkan detail tempahan & design nak print tu kat emel saya di adminkomisen@gmail.com atau call kami di 0192254028 (Nik) / 0193643692 (Salina), SMS atau Whatsapp. Terpulang pada korang.

Ok….hari ni saya tak kongsi cerita printing ngan korang sebab agak sibuk skit. Baru balik dari kampung. Lain kali le ye.

Jumpa lagi…baaiiiii……

Signature

Macam2 cerita pasal tempahan cetak baju kitaorang…..

Hai & Salam Cetak Baju buat semua pelawat mohcetakbaju.com,

Apa khabar semua? Harap2nya sihat2 selalu le hendaknya ye….Dah masuk bulan 2/2013 dah. Tup tap tup tap…pejam celik pejam celik…dah bulan 2 dah. Rasanya cam baru je kitaorang buat bisnes online. Tahun ni dah nak masuk Tahun ke 3 dah kitaorang dalam online.

Saya agak bangga & syukur sangat2 sebab setakat hari ini..daripada mula bisnes online, saya masih lagi mampu bagi KOS POS FREE untuk semenanjung Malaysia & tanggung separuh untuk Sabah Sarawak.

Bayangkanlah….harga yang saya bagi tu, tetap sama samada korang order online ataupun offline. Saya consider harga yang saya bagi tu masih lagi berpatutan berbanding dengan kualiti baju yang kitaorang hasilkan.

Apa yang saya pegang untuk menjadi seperti sekarang ialah kata2 & pesanan guru2 saya. Kita buat bisnes ni jangan pikirkan untung semata2 tapi niat juga untuk bantu orang ramai kat luar sana. Bila kita ikhlas membantu, In Sha Allah, Allah akan bantu kita pula. Satu lagi…jaaaaaangan kita sombong & bongkak bila dah berjaya. Sentiasa bersyukur & ingat kpd orang yang susah. Apabila kita mula sombong dengan orang…itulah permulaan kejatuhan kita. Ingat tu.

Satu lagi…..untuk jadi senang bukan mudah. Dalam apa sahaja bisnes pun, kalau nak berjaya, mesti kena susah jugak kecuali le bisnes tu ayahanda kita punya. Mungkin senang skit kot. Tapi bagi saya..nak berjaya, kita mesti kena susah dahulu sebab bila satu hari kita dah senang & tiba2 kita dapat kesusahan, sekurang2nya kita tak panik sebab kita pernah susah dulu. Kebanyakan orang yang naik dengan senang, bila sekali jatuh…terus dia jatuh sebab dia tak pernah susah..betul tak?

Saya hanya berkongsi melalui pengalaman sendiri. Sape2 yang berjinak2 nak buat bisnes tu…pikir2kanlah. Jangan hanya takat hangat2 tahi kerbau je…yang penting usaha, jangan mudah give up, minat & rajin. In Sha Allah berjaya.

Ok…cam biasa. Kalau tak cerita pasal tempahan baju, memang tak sah. Nanti takut korang tak pecaye lak kang…

Citer pertama…..

tshirt group

Baju 2 kaler depan dari Kelantan. Bagi saya mudah je nak buat baju ni sebab design dia besar.

Camane proses nak print baju tu? Cer tengok kat bawah ni….

tshirt cetak

Baju sedang siap sedia untuk didera. Kasi susun dulu kemas2… Pastu….

cetak baju

Print putih dulu….untuk logo tu nak kuning kan…kalau baju gelap, biasanya saya buat putih dulu. Pastu, baru tindih kuning. Pastu pulak….

cetak baju kumpulan

Nah…ini le hasilnya. Very the simple past tense..hehehehe. Kalau design camni, In Sha Allah…untuk 50 lai, sehari boleh siap….

Ok..citer kedua lak….

cetak tshirt family day

Ini lak tshirt untuk family day ni. Kalau tak silap, diaorang buat design dalam Customink.com je ni. Sendiri punya idea je. Bahagian depan ni…bahgian belakang siap ada nombor2 lak….

tshirt family day

Belakang cam baju jersi. Siap nama ngan nombor sekali. Memang mudah nak print sebab 1 kaler hitam je.

tshirt jersi bola

Lagi…apa citer lagi…..

tshirt rewang

Yang ini paling sempoi…guna baju tshirt murah je. Depan 1 kaler & belakang 1 kaler.

tshirt kawin

Aisey…belakang lupa nak upload gambar le. Sori…ada yang depan je. Simple but nice.

Selain daripada tu, tshirt kelas pun banyak gak kitaorang terima…contohnya…

tshirt kelas

Ramai betul suka gambar headphone ni. Rasanya dah berbelas2 baju dah saya print baju camni ni….

tshirt kelastshirt kelas

Baju ngan design baju semua guna design dalam blog saya. Tak payah susah2 nak buat….jenis baju pun sebijik ngan baju sebelum ni.

So…rasanya itu jelah yang dapat kongsi hari ni…nak sambung kerja lak. Lepas ni saya nak kongsi pasal tempahan2 lain lak. Banyak lagi sebenarnya nak kongsi sebenarnya. Dalam kamera dah ada, cuma tak sempat lagi nak upload dalam komputer.

Ok….cam biasa2….toooloooooong jangan order baju kat ruangan komen di setiap artikel. Kalau nak tanya apa2, emel, call, sms ataupun isi je maklumat kat page Nak Tahu Harga Tak? kat bahagian atas nun. In Sha Allah, setiap pertanyaan awak tu akan berjawab. Kalau tak berjawab, kontek je terus kitaorang kalau rasa nak dengar suara saya atau orang rumah saya. Lagi konfiden…ye tak?

Sampai jumpa lagi korang….tata titi tutuuuu…baiiii…..

2013 dah…apa benda baru yang kitaorang offer?

Hai, hai, hai & Selamat Tahun Baru 2013 pada korang semua,

Tahun 2012 dah nak berlabuh & 2013 lak menjelang. Kalau diikutkan dah hampir, 1 tahun setengah mulai Jun, 2011 lagi kitaorang atas online ni.

Untuk pengetahuan korang jugak, setakat ni dah hampir 300,000 orang dah melawat blog kitaorang. Rasanya satu pencapaian yang hebat jugaklah tu, Alhamdulillah. Syukur pada Allah.

So, apa yang kitaorang nak offer kat korang untuk tahun 2013 ni?

Cer baca ni…..

1.  PRINT JENIS HEAT PRESS

Pada korang yang tak tahu apa itu Heat Press, cuba tengok gambar kat bawah ni.

DSCN0137

Ini namanya mesin heat press ataupun mesin panas tekan….hehehehe. Macamana saya print baju korang kalau guna heat press ni?

Cer tengok flow bagaimana saya print baju korang tu kalau guna heat press ni.

DSCN0133DSCN0141

DSCN0142

DSCN0145

tshirt cetak

cetak baju

Ini le flow bagaimana kitaorang print baju korang kalau guna heat press tu. Heat press kena guna mesin & kertas special.

Gambar diatas termasuklah pekerja kerahan kitaorang…heheheh. Kitaorang upah nasi ayam je sorang sebungkus ni. Yang kecik tu tambah susu sebotol. Senyap le diaorang tu nanti….hehehe.

Berbeza dengan printing guna dye kerana printing heat press ni korang boleh print gambar original termasuk yang banyak kaler sekalipun kat atas baju tu.

Cuba tengok beza kalau guna dye atau silkscreen seperti yang kitaorang buat sebelum ni….

DSCN0053

Print silkscreen guna manual. Guna tangan je. Tu yang letih skit kalau print silkscreen tu.

TAPI…..ADA TAPI JUGAK…BUKAN SEMUA JENIS BAJU BOLEH GUNA HEAT PRESS KITAORANG NI. HANYA BAJU2 BERIKUT JE BOLEH GUNA HEAT PRESS NI…..

1. BAJU KAIN JERSI WARNA PUTIH ATAU CERAH SAHAJA….DIULANGI!!!! HANYA KAIN JERSI WARNA PUTIH ATAU CERAH SAHAJA. KAIN COTTON KAMI TAK BOLEH BUAT.

# JERSI WARNA PUTIH ATAU CERAH SAHAJA

# KAIN COTTON

So, fahamkan……..hanya kain jersi putih atau cerah je yang saya boleh buat camtu. Tapi kalau dapat buat baju camtu, memang cantik sebab boleh print gambar original sekali.

2.  Saya jugak dalam proses untuk buat blog SPECIAL untuk baju kelas sahaja. Blog tu masih dalam proses. Tak sempat nak update lagi. Kalau korang2 saje nak tengok blog tu, cer klik kat sini kat www.cetakbajukelas.com.

Untuk blog cetakbajukelas.com ni, saya akan bagi peluang kat korang yang kreatif kat luar sana untuk sama2 buat duit dengan design baju masing2. Lagi satu, tujuan saya buat blog tu adalah untuk sape2 je yang nak buat baju kelas, senang nak cari idea untuk buat baju kelas korang.

So, kalau nak tahu bila kitaorang nak launch blog tu, follow je blog mohcetakbaju.com kitaorang nanti.

3.  Kitaorang dalam proses nak update balik harga baju Oren Sport. So, nantikanlah senarai baru tshirt Oren Sport tu ye.

4. Kitaorang jugak akan update balik Katalog Arorasport siap ngan harga sekali nanti. Pada korang yang nak cari baju jersi, kat Katalog Arorasport tu banyak pilihan.

So…..cam biasa. Kalau nak cerita pasal tempahan baju memang tak sah punya. Apa cerita hari ni?

Ok…kalau ikutkan customer emel gambar cam kat bawah ni…

Design Baju Awy Depan

Design Baju Awy Belakang

Pastu, ini hasilnya…..

cetak baju konvoi

tshirt group

Baju kaler putih cotton. So, agak mudah skit nak print. Tak perlu base putih dulu. Terus je print atas baju tu. Cuma bahagian belakang tu kena tindih 2 kaler. Mula2 merah. Pastu hitam supaya sama ngan design yang diaorang bagi tu.

DSCN0080tshirt group

Kalau ikutkan tarikh tu, hari ni diaorang berkonvoi tu. So, nanti kalau sempat saya mintak diaorang emelkan gambar konvoi tu nanti untuk tatapan korang semua.

Ok…ini lak cerita satu lagi pasal cetak guna mesin heat press. Memandangkan banyak gak kaler nak print, so saya suggest guna heat press je. Kalau guna silkscreen, konfem mahal & susah skit nak buat. Cer tengok camane kitaorang print baju tu.

DSCN0163DSCN0166

DSCN0142DSCN0165

Ini lah hasilnya. Design tu sebenarnya saiz A3. Memandangkan saya tak ada kertas stiker tu yang saiz A3, so saya gabungkan 2 kertas A4 untuk buat design besar camtu. Belakang ada jugak. Heat press jugak. Cer tengok gambar ni.

tshirt heat pressDSCN0175

Ni gambar En.Zul tengah pakai baju tu…seronok betul En.Zul bila terima baju tu.

Gambar Testimoni Ekuestrian Sarawak

Selain daripada tu, ada banyak jugak customer yang nak buat baju kelas tapi siap ada nombor jersi kat belakang. Macam customer sorang ni….

cetak baju kelas

Sebelum tu cuba baca apa kata dia tentang baju tu….

Nama: Syaza Nurhanas bt. Mat Seman
Alamat Emel: cazapirlorh@gmail.com
Komen/Teguran/Pesanan Untuk Kami: -Cepat,pantas & efisyen. Hehe
-Admin friendly.
-Jujur.
-Takde ape dah nak cakap sebab sy memang puas hati 🙂

Tq Syaza atas komen jujur awak tu. Saya harap korang semua pun akan mendapat layanan first class kitaorang gak nanti ye.

Baju ni senang je design dia. Diaorang guna Customink.com je seperti yang saya cadang kat korang kat page “Buat Design Sendiri” kat atas nun. Simple je. Cuma dengan syarat, bila dah buat design tu send je gambar tu kat kitaorang nanti.

cetak baju kelasbaju kelas

cetak baju kelascetak tshirt kelas

Gambar kartun & jenis tulisan semuanya customer pilih dalam Customink.com tu. Saya cuma transfer ke baju je.

Hari ni nampaknya semua cerita pasal baju warna putih je. Kebetulan tu. Kalau ikutkan banyak lagi nak cerita kat sini tapi kalau panjang2 sangatkan, boring lak. Cerita lain tu kitaorang simpan untuk artikel akan datang nanti.

So….pada sape2 yang nak baju atau tshirt untuk apa sahaja aktiviti korang, silakanlah isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau emel, call atau sms kitaorang.

Kalau boleh…jangan le order melalui komen2 dibawah ni. Susah nak menjawab.

Ok…jumpa lagi korang. INGAT!!!!KALAU NAK TAHU PERKEMBANGAN CERITA KITAORANG, SELALU2 LE LAWAT BLOG KITAORANG NI YE….

Baiiiiii……

Material atau jenis kain yang kitaorang jual….PART 1

Hai & Salam semua,

Lama tak update cerita kat sini. Biasanya saya update seminggu sekali tapi lama dah tak update sebab agak sibuk menyiapkan tempahan yang masuk. Bayangkanlah, saya terpaksa siapkan dalm 15 ke 20 blok printing sehari.

Biasanya time nak buat design tu yang ambik masa. Time nak print kejap je. Kadang2 tak sampai sejam dah siap dah. Kalau print 1 kaler le. Kalau banyak kaler, jenuh jugak.

Ok….hari ni saya nak cerita skit pasal material atau jenis baju yang kitaorang jual skarang ni.

Kalau korang tengok kat bahagian atas blog ni, ada 2 Katalog baju yang kitaorang offer. Katalog Enzo & Katalog Oren Sport. Company lain2 tapi dah establish dalam bisnes tshirt banyak tahun dah. Kiranya memang mantap le.

Untuk pengetahuan korang, saya paling banyak order baju Enzo sebab stok memang sentiasa ada & kualiti memang cantik.

Contohnya, kalau baju cotton. Enzo sebenarnya tak jual baju cotton tapi diaorang panggil TC. Kain jenis TC lagi elok dari kain cotton sebenarnya sebab biasanya kain camni tak akan kecut lepas basuh & tak kembang kalau pakai lama.

Korang ada pengalaman tak kalau beli baju, bila lepas basuh je, saiz jadi kecik skit. Biasanya kalau baju murah & brand cikai & ntah apa2 ntah, memang senang kecut. Saya pun berapa lai dah beli untuk guna sendiri. Memang kain dia maintain je walaupun dah basuh.

Satu lagi, kain jenis TC ni lagi cantik kalau kita print berbanding kain cotton. Kain cotton ni kadang2, cam kasar skit. Kain TC licin je. Memang senang nak print.

Maknanya kat sini, kalau sape2 nak order tshirt, saya memang suggest Enzo. Kalau tak ada kaler baju yang customer nak dalam Enzo, baru saya suggest Oren Sport.

Kalau bagi sape2 yang nak baju cotton yang bajet murah skit, saya ada jual jugak. Brand 4Square. Tapi brand ni saya terima 30 lai ke atas je sebab kos pos baju tu kat saya agak mahal skit. Kalau order banyak2, agak berbaloi skit.

Kalau sape2 nak baju cotton murah, bgtau saya balik nanti ye.

Baju jenis TC untuk Enzo tu, kitaorang ada banyak pilihan. Ada yang plain, ada yang bercorak dll. Saiz baju dari 28 ke 36 untuk kanak2 & saiz S ke 3XL untuk dewasa. Setakat ni, stok memang sentiasa ada. Biasanya kalau order hari ni, esok dah sampai dah.

Memang saya suspek betul le kat Enzo ngan Oren Sport ni sebab dalam 2 tahun saya buat bisnes ni, jarang2 sekali diaorang ada problem stok. Kalau tak ada pun, kejap je. Dalam sehari dua, dah ada dah stok tu.

Apa2 hal pun, korang boleh le kontek saya kalan nak tahu apa sahaja berkenaan material baju tu ye.

So, saya rasa untuk permulaan ni, ini le cerita saya dulu pasal material baju tu. Nanti kita sambung lagi dalam episod akan datang. Sambung ngan cerita tempahan baju lak.

Ok….ini cerita pertama hari ni.

cetak baju

 

cetak tshirt

 

Baju ni customer suruh buat emboss ataupun design timbul. Harga dia agak mahal skit berbanding kalau print biasa sebab saya kena guna special dye & guna iron untuk naikkan design dia.

Kalau nak emboss, kitaorang biasa buat kat baju cotton je. Macam gambar ni. Ini baju TC dari brand Enzo sebenarnya. Kalau baju dari jenis material lain, tak pernah cuba lagi.

Cer tengok bukti design yang timbul tu kat bawah ni.

cetak baju

 

cetak tshirt

 

Punyalah nak tunjukkan bukti design tu timbul, sanggup ambik gambar dari sudut tepi ni. Nampak tak design dia timbul? Memang cantik gak kalau nak buat timbul camtu tu.

Design apa ye tadi anak2…..ini namanya EMBOSS ataupun TIMBUL. Paham ye anak2….hehehehe.

cetak tshirt

 

Cerita kedua….yang ini cerita pasal baju kelas. Yang ini semua design & font, customer bagi. Memang bagi saya cantik gak design dia. Cuba tengok….

baju kelas

tshirt kelas

 

Yang bahagian belakang tu, diaorang bagi font jugak. Mechanical Engineering tu font “IRON MAIDEN”. Memang sesuai ngan baju.

Baju ni jenis kain jersi ni. Brand Enzo. Kain dia licin & senang sangat nak print. Kalau tak silap kod 1708 ni rasanya. Kalau tak silap le. Memang sesuai ngan kaler yang nak printing tu.

baju kelas

 

tshirt kelas

 

Tapi kan…kalau nak diikutkan, bukan mudah sebenarnya nak print baju ni sebenarnya sebab kena tindih 2 kali. Kalau tak buat base putih, kaler oren tu tak naik. So, nak bagi naik, kena print putih dulu. Tapi kalau baju cerah ataupun putih, tak perlu tindih putih sebenarnya sebab cukup dengan print terus kaler yang nak tu. Background dah memang putih. Senang le skit nak print.

Lagi cerita pasal tempahan baju…..

cetak baju

 

Yang ini design dia simple je sebenarnya tapi nak bagitau yang baju ni jenis TC, brand enzo. Satu lagi, nak bagitau yang untuk design ni, saya kena designkan balik guna Illustrator untuk dapatkan sharp camtu. Kalau ikut, design asal customer tu emelkan logo cam kat bawah ni tapi sebab bajet rendah, so saya cadang untuk buat 1 kaler je.

Ini lagi design baju yang dah ditempah tu….

baju cetakcetak baju

cetak bajucetak baju

Customer ni tak order banyak…10 lai je tapi memang cepat buat. Rasanya buat tengah malam ni. Esoknya terus pos.

Cuma yang ambik masa sikit yang baju hitam print kuning je sebab kena buat base putih dulu. Kalau tak buat memang tak naik kaler dia.

Lagi…apa cerita lagi?

baju kelas

cetak baju

Haaaa….yang ini special skit. Design belakang tu, saya buat sendiri tu. Disebabkan customer nak buat nombor 12 & ada nama student dalam tu, so terpaksa le ambik masa skit untuk saya siapkan design tu. Kalau korang nak tahu, saya caj skit harga untuk saya buat design tu sebab saya kena mengadap komputer gak time nak buat tu.

Tapi kalau korang pandai, buat sendiri pun boleh. Camtu lagi baik. Korang lagi puas hati.

baju kelascetak baju kelas

baju kelas

Korang tahu ke kat mana SMK Bum-Bum tu. Kalau tak silap, kat Sabah ni. Ini cikgu diaorang yang uruskan order baju ni. Bila diaorang dapat je baju ni, bukan main happy lagi. Seronok betul dapat baju tu. Alhamdulillah, kitaorang pun tumpang seronok bila customer puas hati.

So, setakat ni dulu le ye korang.

Kalau korang nak order, cam biasa….isi je form kat bahagian atas nun kat page “Nak Tahu Harga Tak” atau korang boleh emel, call atau sms kitaorang terus. No hal punya.

Jumpa lagi di lain waktu. Baiiiii…….